PENGENALAN TENTANG MTNP

  • 0


Logo


Sejarah


Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta milik penuh Yayasan Pahang. Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan menguruskan MTNP sepenuhnya. Institusi ini beroperasi di kampus yang serba lengkap di kawasan seluas 3 ekar, bersebelahan Kompleks Yayasan Pahang.


Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang ditubuhkan pada tahun 1996 pada mulanya berada di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Pahang. Premis operasi awalnya menggunakan tingkat atas Masjid Negeri dan kemudian berpindah ke empat buah rumah teres yang disewa di Jalan Bukit Ubi, Kuantan.


Bermula 1 Jun 2006, Yayasan Pahang telah mengambil alih sepenuhnya MTNP yang kemudiannya beroperasi di kampus baru sekarang ini di Jalan Tanjung Lumpur, Kg. Peramu, Kuantan.



Misi, Visi dan Matlamat


Misi

Membangunkan modal Insan yang cemerlang, sepadu, seimbang serta berkeupayaan tahap tinggi berasaskan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang profesional memenuhi keperluan bangsa dan negara.


Visi

Maahad ini menjadi institusi terkemuka di Malaysia, terkenal dengan pembinaan kecemerlangan modal insan yang sepadu dan seimbang berasaskan ilmu Wahyu dan Alamiyah dalam seluruh potensi keinsanan bagi melahirkan kualiti insan sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi.


Matlamat

Melahirkan golongan hafiz yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Melahirkan golongan hafiz profesional yang menguasai hablu min Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu min al-nas (hubungan sesama manusia) seperti tuntutan al-Quran. Melahirkan golongan profesional yang mampu menggarap Islam sebagai sau sistem praktikal untuk menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan insan melalui kajian dan analisis saintifik secara profesional yang membuka hati nurani manusia dan alam untuk berkasih sayang dan keamanan alam sejagat.



Key Result Area MTNP


Kecemerlangan akademik

Kecemerlangan hafazan

Kecemerlangan sakhsiah diri



Laman Web Rasmi MTNP


LAWATAN MA RIAB KE MTNP

  • 0
Selasa, 26 Oktober 2010 (semalam) sekitar pukul 12 tengah hari, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mendapat kunjungan dari Madrasah 'Aliyah (MA) Ruhul Islam Anak bangsa (RIAB), Aceh Besar, Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Rombongan pelawat terdiri dari 12 orang guru pengiring dan 80 orang lebih pelajar Tingkatan 6.

Setakat ini, ini adalah sekolah paling jauh yang pernah datang melawat ke MTNP. Para pelawat menempuh perjalanan ratusan atau bahkan mungkin ribuan batu untuk sampai ke MTNP. Ini menjadi suatu kebanggaan dan penghormatan bagi MTNP dan juga MA RIAB itu sendiri.
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar
Kerana saya adalah alumni MA RIAB (ehm.. ehm..), saya telah mendapat amanah untuk menyambut dan mempengerusikan majlis taklimat. Sesi taklimat dikendalikan oleh KPP HEP MTNP, Ustaz Mohd Lafzul Bin Muda. Turut menjayakan sesi taklimat En. Mohd Izuan (sound system), En. Megat Azlan (video montaj dan slide) dan Cikgu Amirun (photographer).
Setelah sesi taklimat, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan di dewan makan MTNP. Kemudian setelah menunaikan solat, mereka dibawa melawat persekitaran MTNP. Akhirnya setelah sesi penggambaran di sekitar MTNP, tetamu meneruskan perjalanan ke destinasi lain yang telah diaturkan.
Semoga kunjungan silaturahim ini mendapat rahmat, berkat dan redha Allah serta membuahkan pengajaran dan pengalaman yang berharga bagi kedua-dua belah pihak khasnya dan umat Islam amnya. Allahumma amin!

LEBIH BERHARGA DARI HARTA, TAHTA DAN WANITA

  • 0
Pada masa awal Rasulullah SAW menggerakkan dakwah secara terang-terangan di Makkah, bermacam cara dari pihak kafir Quraisy untuk menghentikan gerakan dakwah tersebut di antaranya adalah dengan cara diplomasi (perundingan).

Berbagai tawaran disampaikan kepada Rasulullah SAW baik secara langsung ataupun melalui pamannya, Abu talib. Uniknya, strategi ini dilakukan setelah perbincangan dan kesepakatan mereka bersama, bukan atas inisiatif individu.

Di antara orang yang disepakati oleh pemimpin kafir Quraisy untuk melakukan rundingan adalah:
  • 'Utbah Bin Rabiah
  • Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-'As Bin Wayl
  • Beberapa orang dari kalangan pemimpin Quraiys yang tidak disebutkan namanya
Di antara tawaran yang disampaikan kepada Rasulullah SAW supaya menghentikan dakwah yang dilaksanakannya ialah:
  • Jika Rasulullah SAW menginginkan harta, maka mereka akan menjadikan Rasulullah SAW sebagai orang yang paling kaya di kalangan mereka.
  • Sekiranya Rasulullah SAW menghendaki kemuliaan dan kekuasaan, maka Rasulullah akan dijadikan pemimpin bahkan raja.
  • Kalau Rasulullah SAW inginkan wanita, maka mereka akan mencarikan gadis Arab yang paling jelita untuk dinikahkan dengan Rasulullah SAW.
  • Atau kalau Rasulullah menginginkan kesemua yang mereka tawaran itu sekaligus, mereka bersedia memenuhinya.
Sebagai seorang manusia biasa, mungkin kita akan tergoda dengan salah satu tawaran di atas. Atau mungkin ada yang berpikir, "Bagaimana kalau aku terima dulu tawaran tersebut dan menghentikan (menyembunyikan) gerakan dakwah untuk sementara? Tapi jika sampai waktu yang tepat, dakwah akan kembali digerakkan dengan lebih efektif dan efesien."

Namun, Rasulullah SAW tidak mengajarkan demikian. Rasulullah SAW tidak tergoda apa lagi menerima tawaran mereka. Bahkan Rasulullah SAW pernah berkata kepada pamannya Abu Talib atas tawaran kafir Quraiys, "Demi Allah, sekiranya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan dakwah ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah menunjukkan kemenangannya atau aku mati karenanya."

Sumber: Fiqh al-Sirah I, Ramadhan al-Buty dan al-Rahiq al-Makhtum, Shafiy al-Rahman al-Mubarakfury


Catatan:

Jika dalam menghancurkan Islam saja musuh-musuh Islam mengatur langkah secara berjamaah, semestinya para pendakwah lebih-lebih lagi perlu menyusun strategi secara berjamaah dalam menegakkan Islam.

Dakwah lebih berharga dari harta, tahta dan wanita. Masih tidak percaya? Tindakan Rasulullah SAW (yang dibahas) di atas adalah buktinya.