PERTIMBANGAN DALAM MENGAMBIL TAKAFUL

  • 2
Saya memiliki beberapa pertimbangan dalam mengambil polisi takaful. Di antaranya ialah siapa yang menjadi ejen, berapa harga yang perlu saya bayar berbanding berapa nilai perlindungan yang akan saya dapat, apa sahaja aspek perlindungan yang boleh saya dapat dan lain sebagainya.
Berkenaan aspek perlindungan apa sahaja yang perlu didapat, saya mendapat gambaran yang jelas melalui tulisan Saudara Afyan [ini]. Dalam tulisan tersebut dijelaskan bahawa ada 4 perlindungan yang perlu dimiliki oleh seseorang, iaitu:
  1. Perlindungan kematian dan hilang upaya (life)
  2. Perlindungan penyakit kritikal (critical illness)
  3. Perlindungan rawatan hospital dan pembedahan (hospital & surgical)
  4. Perlindungan kemalangan diri (personal accident)
Pelan perlindungan seseorang tidak lengkap sekiranya tidak memiliki keempat-empat polisi perlindungan di atas kerana keempat-empat perlindungan tersebut saling melengkapi antara satu sama lain.
1. Perlindungan kematian dan hilang upaya
a) Kematian. Ini adalah perlindungan yang mesti dimiliki oleh setiap orang kerana kematian adalah suatu kepastian. Tidak kira bagaimana cara seseorang meninggal dunia (kecuali bunuh diri), keluarganya akan mendapatkan pampasan. Tiada siapa hendakkan musibah. Namun jika musibah datang tanpa diundang, setidaknya polisi ini boleh meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
b) Hilang upaya. Kehilangan upaya menyeluruh kekal (total permanent disability - TPD) adalah satu kes yang sangat serius. Kita hanya mati sekali. Tetapi apabila seseorang hilang upaya, keadaannya berpanjangan sehinga bertahun-tahun. Lagipun, kos menjaga orang yang hilang upaya sering kali lebih tinggi daripada kos pengebumian. Sudah jatuh ditimpa tangga. Seseorang yang menderita hilang upaya biasanya akan kehilangan punca pendapatan. Dengan adanya perlindungan ini diharapkan pampasan yang akan diterima boleh membantunya dalam menyara hidup.
2. Perlindungan penyakit kritikal
Sekiranya pemegang polisi disahkan menderita salah satu dari beberapa penyakit kritikal (yang disenaraikan dalam polisi), maka pemegang polisi akan mendapat pampasan. Tujuannya adalah untuk melindungi risiko kehilangan pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti panjang atau terus berhenti kerja bagi mendapat rawatan.
Pada pandangan saya, penyakit kritikal biasanya berpunca dari gaya hidup seseorang. Orang yang bekerja di pejabat dan kurang konsisten dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat lebih berisiko terkena penyakit kritikal. Hu hu hu...
Seseorang akan sentiasa merasa sihat selama dia merasa tidak perlu berjumpa doktor. Padahal orang yang tidak merasa perlu berjumpa doktor belum tentu sihat. Oleh itu, amalkanlah gaya hidup yang sihat dan buatlah medical check up setahun sekali bagi mengenal pasti tahap kesihatan dari masa ke semasa. Jangan tunggu terhantuk baru tengadah.
3. Perlindungan rawatan hospital dan pembedahan
Polisi ini lebih dikenal dengan kad perubatan atau medical card. Polisi ini dapat melindungi semua, atau sekurang-kurangnya kebanyakan daripada perbelanjaan perubatan seseorang di hospital.
Polisi ini berbeza dengan polisi perlindungan penyakit kritikal. Polisi perlindungan penyakit kritikal hanya memberi pampasan jika seseorang disahkan menderita penyakit kritikal. Tapi seseorang yang perlu mendapat rawatan di hospital tidak semestinya menderita penyakit kritikal dahulu. Ketika situasi begini berlaku, medical card boleh digunakan untuk membayar kos rawatan.
Situasi lainnya: jika seseorang disahkan menderita penyakit kritikal dan mendapat wang pampasan, wang pampasan tersebut memang boleh digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital. Namun jika wang (yang sepatutnya untuk sara hidup) tersebut digunakan untuk membayar kos rawatan, maka dia dan keluarganya perlu bersedia kerana wang tersebut akan habis dengan segera.
Sebagai tambahan, kita perlu menyedari bahawa kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika peruntukan kewangan Anda agak terhad, Anda boleh memilih medical card yang murah dulu dan ketika kedudukan kewangan Anda lebih baik, Anda boleh menaik taraf medical card tersebut sesuai peruntukan kewangan Anda. Setakat yang saya tahu medical card yang paling murah di pasaran adalah medical card dari Takaful Ikhlas. Bak kata Saudara Afyan dalam status fb-nya, "Medical card boleh dilanggan dengan kos RM 30 sahaja sebulan? Jadi, kenapa perlu bayar lebih?"
4. Perlindungan kemalangan diri
Di samping perlu memiliki ketiga polisi perlindungan di atas, seseorang juga perlu memiliki polisi perlindungan ini kerana kemalangan boleh menyebabkan kematian dan hilang upaya. Namun kematian dan hilang upaya tidak semestinya berpunca dari kemalangan.
Polisi ini melindungi seseorang dari akibat kematian dan hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan. Biasanya pampasan akan dibayar 2 kali ganda jika kemalangan maut berlaku ketika menggunakan pengangkutan awam (bas, LRT, kapal terbang dan sebagainya).
Memadangkan statistik kemalangan jalan raya di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia, oleh sebab itu saya berpandangan bahawa setiap orang yang tinggal di Malaysia wajib memiliki polisi ini. Tak kan kenderaan (wajib) ada insurans/takaful tapi tuan punya kenderaan tak ada takaful? :-/ Pelik tapi benar!
Lagipun, polisi ini merupakan yang paling murah di pasaran. Hanya dengan membayar serendah RM 30 setahun (lebih rendah dari insurans/takaful kenderaan Anda), Anda boleh mendapatkan perlindungan senilai RM 60 000. Malah terkadang Anda boleh mendapatkannya secara percuma (apabila memiliki kad kredit tertentu, membuka akaun simpanan tertentu, pengguna prepaid Tune Talk dan lain-lain).
Berapakah kos minima untuk mendapatkan keempat-empat perlindungan di atas? Maaf, saya belum menjadi ejen dari mana-mana syarikat takaful. :) Tapi saya sendiri hanya mencarum RM 150 sebulan untuk mendapat keempat-empat perlindungan tersebut, tidak sampai 10% dari pendapatan saya setiap bulan.
Malangnya, ada orang yang mencarum dalam jumlah yang sama atau bahkan lebih tetapi polisinya hanya untuk 3 perlindungan di atas atau malah kurang. Oleh sebab itu, lebih baik mengkaji terlebih dahulu hal-hal yang berkenaan untuk memahami berbagai produk takaful yang ditawarkan di pasaran. Dengan begitu kita akan dapat menjimatkan belanja pada masa yang sama mendapat perlindungan yang efektif dan efesyen.
Alhamdulillah! Saya hanya mencarum RM 5/hari untuk mendapatkan keempat-empat polisi perlindungan di atas. Lebih murah dari makan tengah hari sesetengah orang di antara kita. :) Saya telah melantik Saudara Afyan Mat Rawi dari Takaful Ikhlas sebagai ejen takaful saya.
Catatan:
Pada awalnya saya dikecualikan daripada perlindungan penyakit kritikal oleh Takaful Ikhlas kerana saya berwarga negara asing (Indonesia). Jadi saya perlu mengambil polisi perlindungan tersebut dari syarikat takaful lain. Dan menurut saya itu bukanlah tindakan bijak kerana dengan begitu saya perlu membayar untuk 2 orang ejen . Tetapi akhirnya ejen takaful saya berjaya menghapuskan pengecualian tersebut dengan pertimbangan bahawa saya adalah pasangan kepada warga negara.
Walau bagaimanapun, sebenarnya polisi takaful di atas hanyalah instrument perlindungan yang kedua bagi saya. :) Saya memiliki instrument perlindungan yang lebih baik berbanding polisi takaful di atas. Saya telah memperuntukkan 10% dari pendapatan saya setiap bulan untuk instrument yang saya yang pertama. Di samping sebagi instrument perlindungan, instrument ini juga merupakan instrument pelaburan dan perniagaan yang sangat menguntungkan. Jika Anda ingin mengetahui instrument tersebut, sila klik di [sini]. :) Terima kasih!

MENYERTAI TAKAFUL

  • 2
Perancangan dan pengurusan kewangan seseorang tidak lengkap tanpa aspek perlindungan. Oleh itu saya memutuskan untuk segera mengambil polisi takaful. Dengan menyertai takaful, bermakna seseorang telah memindahkan sebahagian risiko kepada syarikat takaful.

Namun sebelum membuat keputusan untuk memilih polisi takaful mana yang hendak diambil, saya cuba membuat sedikit kajian. Hal ini penting bagi menjimatkan wang dan dalam masa yang sama boleh memiliki polisi yang sesuai dan perlindungan yang mencukupi. Saya membaca panduan-panduan yang dituliskan di dalam buku-buku kewangan. Saya juga turut membaca beberapa blog ejen takaful yang dengan mudah boleh kita jumpai melalui search engine. Di antara blog yang saya kunjungi ialah:
Dan dengan izin Allah SWT, dalam masa proses mengkaji ini law of attraction berlaku ke atas saya. Alhamdulillah! Minggu lepas sahaja, Allah pertemukan saya dengan 3 orang kawan yang masing-masing merupakan ejen takaful dari 3 syarikat yang berbeza. :) Ini memudahkan urusan saya dalam mendapatkan maklumat dan penerangan.

Akhirnya pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, saya telah menandatangani polisi takaful life, critical illness, personal accident dan medical card dari Takaful Ikhlas.

SEMINAR PROPERTY PALING MURAH

  • 2
Entry kali ini ada kaitan dengan dua entry sebelumnya.

Ketika melayari www.milandoshi.com, saya menemukan ini:
Invest RM 68 to get 2 Complimentary Property intensive Tickets (worth RM 388/each) + 1 Property Book (worth RM 49.90) for FREE!
Unbelivable, right? Istilah "too good to be true is not true" agak mengganggu saya dalam membuat keputusan di sini. Mujur saya masih ingat dengan kisah Kambing Selam yang pernah saya ceritakan pada entry sebelumnya. Saya yakin seminar inilah yang diceritakan olehnya. Akhirnya dengan senang hati saya membuat keputusan untuk mendaftar dan menyertainya.

Namun saya melupakannya untuk beberapa ketika. Sehingga sehari sebelum program seminar tersebut saya mendapat sms (dalam bahasa Inggris) dari Calvin, seorang commitee program. Isi sms tersebut meminta saya untuk melakukan transfer RM 68 ke akaun HSBC atas nama Wealth Mastery Academy sebelum pukul 12 tengah malam.

Sebelum melakukan transfer, saya menghubungi Calvin bagi mendapatkan pengesahan dan kepastian serta bertanya beberapa soalan. Saya masih terkejut dengan tawaran 2 tiket + sebuah buku hanya dengan harga RM 68. Akhirnya saya mendapat penjelasan bahawa tawaran tersebut memang benar dan saya boleh memilih tajuk buku yang saya kehendaki. Memandangkan saya telahpun memiliki buku "Bagaimana Anda boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang", maka saya memilih buku "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Melalui Pelaburan Hartanah dan Pasaran Saham", buku yang tidak jadi saya beli pada Tahun baru Cina kerana bajet kewangan saya yang terhad. :)
Calvin juga memberi tahu bahawa seminar tersebut akan diadakan dalam bahasa Inggris. Dan setakat ini semua seminar Milan Doshi adalah dalam bahasa Inggris. Dari situ saya membuat kesimpulan. Panitia meletakkan sasaran peserta ini adalah golongan yang well educated. Kenapa saya berfikir begitu? Kerana orang yang menguasai bahasa Inggris biasanya dari kalangan orang yang berpendidikan tinggi. Dan biasanya golongan ini juga memiliki pendapatan yang lumayan dan peluang untuk membuat pelaburan lebih terbuka luas.

Walau bagaimanapun, saya masih tertanya-tanya kenapa mereka dapat menganjurkan seminar dengan biaya yang sangat murah. Pada akhir seminar tersebut saya mendapatkan jawapannya. Tentu ada juga ingin tahu apa jawapannya? Sila sertai sendiri seminar tersebut. Anda hanya perlu membayar RM 68 untuk mendapatkan 2 helai tiket seminar (senilai RM 776) dan sebuah buku Milan Doshi yang Anda kehendaki. Nothing to lose, right?


Catatan:

Menyertai seminar ini merupakan salah satu pelaburan yang terbaik bagi saya dan isteri.

Pada saya, lebih baik Anda menyertai seminar ini berbanding sekadar membeli buku Milan Doshi sahaja. Kalau hanya beli buku, tak dapat tiket seminar. Tapi kalau pergi seminar, buku dapat, tiket seminar pun dapat. Bukan 1 tiket tetapi 2.

Dalam seminar ini Milan Doshi sempat mempromosikan "3 Day Mind Blowing Financial Program - REAL ESTATE WEALTH MASTERY". Saya tertarik untuk menyertai program ini. Tapi untuk sementara waktu saya tangguhkan dulu kehendak tersebut. Untuk makluman, program ini juga dalam bahasa Inggris. :)

BUKU MILAN DOSHI

  • 4
Beberapa bulan yang lalu ketika sedang membaca blog Abang Ensem, saya terjumpa satu entry tentang buku Milan Doshi yang dibaca oleh Abang Ensem. Kemudian di dalam ruang komen, Kambing Selam mengatakan bahawa dia telahpun memiliki buku tersebut secara percuma. Dia hanya perlu membayar RM 68 untuk mendapat 2 helai tiket seminar serta sebuah buku Milan Doshi seharga RM 69.90 secara percuma. Wow! Unbelievable! Ok! Untuk sementara kisah tersebut berhenti di situ.

Ketika cuti Tahun Baru Cina, 3/2/2011, saya tergerak untuk membeli buku di MPH Book Store, Jusco Seremban 2. Salah satu buku yang ingin saya beli adalah buku Milan Doshi. Dan saya ingin membeli buku versi bahasa Melayu supaya memudahkan saya dalam memahami kandungan buku tersebut. Di sana saya menemukan kedua tajuk buku yang ditulis oleh Milan Doshi. Dan salah satunya dalam keadaan yang sudah agak cacat. Mungkin sebab ramai orang telah membaca tapi tidak mahu membelinya.
Memandangkan bajet kewangan saya yang agak terhad, selain membeli 2 buah buku Renesial Leong, saya hanya membeli sebuah buku Milan Doshi iaitu "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang". Walaupun buku tersebut agak cacat, saya terpaksa membelinya kerana hanya itulah satu-satunya stock yang ada. Hmmm... Nampaknya ketika itu saya mesti mengamalkan istilah "don't judge the book by its cover". :)

Dalam masa yang sama saya masih teringat tentang kisah Kambing Selam di atas dan berharap dapat memiliki sebuah lagi buku Milan Doshi dengan cara yang sama, membayar RM 68 untuk 2 tiket seminar + sebuah buku. :)

Harapan saya tersebut menjadi kenyataan ketika saya melayari website Milan Doshi sebagaimana yang ditulis di dalam bukunya, www.milandoshi.com. Alhamdulillah! :) Saya akan menceritakan tentang seminar tersebut pada entry selanjutnya, insya Allah.

KEPENTINGAN BELAJAR BAHASA ASING

  • 0
Dulu saya tidak begitu faham kepentingan belajar bahasa asing. Tapi sekarang saya benar-benar merasakan betapa pembelajaran bahasa asing, khasnya bahasa Arab dan Inggris, yang pernah saya pelajari di sekolah dulu sangat penting dan bermanfaat bagi kehidupan. Bagi saya, tanpa menguasai kedua bahasa tersebut, maka acces ilmu dan kehidupan sosial seseorang menjadi agak terhad.

Saya ada beberapa pengalaman tentang bagaimana pembelajaran bahasa asing sangat bermanfaat bagi kehidupan saya. Salah satunya adalah pada minggu lepas ketika saya bersama isteri menghadiri sebuah seminar di Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Seminar ini dikendalikan oleh Wealth Mastery Academy Sdn Bhd dan penceramahnya adalah Milan Doshi, seorang certified financial planner sekaligus seorang millionaire melalui properti dan saham.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah seminar tersebut dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggris. Ini adalah seminar berbahasa Inggris pertama yang saya hadiri seumur hidup saya. :) Sebelumnya saya sempat ragu-ragu sama ada hendak menyertainya atau tidak. Kerana saya menganggap kemampuan bahasa Inggris saya tidak begitu baik. Namun saya fikir tidak salah untuk mencuba. Dan akhirnya saya menyertainya. :)
Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Seremban, saya berfikir bahawa alangkah bertuahnya diri ini kerana mampu menguasai bahasa Inggris (walaupun tidak begitu mahir) sehingga dapat memahami sedikit sebanyak apa yang telah disampaikan di dalam seminar sebentar tadi.

Dalam hal ini saya merasa sangat terhutang budi kepada DJA dan RIAB, sekolah menengah saya dahulu. Di sana saya "dipaksa" untuk menguasai bahasa asing. Para pelajar tidak dibenarkan berkomunikasi kecuali dalam bahasa Arab atau Inggris. Tentang metode pembelajaran bahasa asing di DJA pernah saya ceritakan sedikit di dalam entry [ini].