KEADAAN KEWANGAN ANAK MUDA KITA

  • 0
Gaji RM3000 sebulan. Beli kereta baru.
Bayar ansuran bulan-bulan hanya
RM500 sahaja selama 9 tahun.

Bank telefon tawarkan kad kredit
had maksimum RM 6000.
Wow! Ini sudah bagus, katanya.
Dua kali ganda jumlah gaji.

Disebabkan gagal mengawal nafsu,
laptop, tabet, telefon pintar terbaru dan
power bank semua disapu guna
kad kredit berhantu.

Cukup sebulan dua, had penggunaan
kad kredit sudah sampai paras bahu.
Bulan-bulan kena bayar minimum RM250.

Sekali-sekala muncul berita tentang
harga rumah, dialah hero nombor satu.
Katanya harga rumah mahal, melampau,
nak beli tak mampu.

Padahal bukannya tidak mampu.
Tapi tak pandai kawal nafsu dan nak beli
rumah pada harga di atas RM100 ribu.
Setiap kali mohon pembiayaan rumah,
setiap kali itu pula ditolak.

Dengan gaji bersih RM3000 bersama
beban hutang RM750 sebulan, institusi
kewangan menilai bahawa seseorang
hanya boleh dan mampu membeli rumah
pada harga RM90 ribu dengan tempoh
30 tahun. Lebih daripada itu, dianggap
tidak mampu.

Kecuali...

Cerita di atas adalah rekaan. Tiada kaitan
dengan yang hidup ataupun sudah mati.


-----------
Perhatikan Langkah Anda
-----------

Ayat di atas biasa dijumpai di pintu tren.

Dalam pengurusan kewangan, pemilihan
langkah pertama sangat menentukan
perjalanan langkah-langkah berikutnya.

Jika tersilap langkah, boleh jadi
terpaksa menanggung bebanan hutang
sehingga akhir hayat.

Kecuali jika tahu, mahu dan mampu
memperbetulkan kesilapan sebelum
ajal datang menjemput.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Baca beita penuh di sini > http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

P/S: Saya selalu terfikir bahawa
setiap orang yang mampu membeli kereta
sebenarnya mampu membeli rumah.
Namun tidak setiap orang daripada mereka
mampu membeli rumah apabila
telah membeli kereta.

Ini disebabkan peratusan DSR
(Debt Service Ratio) ataupun DBR
(Debt Burden Ratio) seseorang meningkat
apabila telah membeli kereta secara
sewa beli.

Apatah lagi jika ditambah beban hutang
yang lain seperti potongan pinjaman
pengajian, kad kredit, pembiayaan
peribadi dan sebagainya.

Wallahu ta'ala a'lam.

KOS PENGANGKUTAN ATAU TEMPAT TINGGAL?

  • 0

Dua tahun lepas saya dan isteri membuat
keputusan untuk berpindah dan tinggal
di Nilai kerana isteri saya bekerja di sana.

Sebelumnya ketika kami masih tinggal
di Seremban, untuk kos pengangkutan sahaja
isteri saya perlu menghabiskan tidak kurang
daripada RM100/minggu atau
kira-kira RM400/bulan. :(

Sekarang peruntukan RM200/bulan untuk
kos pengangkutan kadang-kadang lebih. :D
Alhamdulillah.

Ada duit lebih daripada peruntukkan
pengangkutan sebelum ini RM200/bulan
boleh buat harta. Alhamdulillah.

Disebabkan sudah berpindah ke Nilai,
saya yang sebelumnya bekerja di Seremban
sekarang telah berpindah kerja di Bangi.
Lebih dekat dan jimat. (y)

Peruntukkan saya untuk pengangkutan
hanya RM15/minggu atau kira-kira RM60
sahaja sebulan.

Saya menunggang kuda besi
jenama tempatan sahaja.
Tak de kelas langsung kan? :P

Pada saya, biarlah [1] bersusah-payah
dahulu bersenang lenang kemudian
berbanding [2] hidup biar papa asal bergaya.

Wallahu ta'ala a'lam.

Sekadar perkongsian pengalaman.
Sekiranya ada kebaikan, alhamdulillah.
Jika sebaliknya, wa al-'iyadzu billah.

P/S: Perkongsian ini saya tulis sebagai
maklum balas bagi tulisan Tuan Zaidi Ismail
ini > http://goo.gl/Rcmz86