RAHSIA KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

  • 0
Prof. Dr. David Guy Myers seorang pakar dalam bidang psikologi ada menulis tentang hubungan antara kekayaan dan kebahagiaan dalam buku beliau The Pursuit of Happiness: Who is Happy and Why.

Beliau menyatakan bahawa kajian yang dijalankan di serata dunia membuktikan ada 2 cara untuk menjadi kaya dan bahagia.

1. Memiliki harta yang banyak.
2. Tidak mempunyai kehendak yang banyak.

Jadi sekiranya anda bercita-cita hendak menjadi seorang yang kaya dan bahagia sekali gus, pastikan anda memiliki banyak harta dan pada masa yang sama tidak mempunyai banyak kehendak.

Saya mendapati ramai orang yang telah mencapai kebebasan kewangan adalah mereka yang memiliki aset (pendapatan pasif) yang cukup dan pada masa yang sama kehidupan mereka sederhana namun selesa.

Tidak dinafikan, ada juga di antara mereka yang mencapai kebebasan kewangan menjalani hidup agak mewah. Namun ianya tidak menjadi masalah selagi mana aset mereka masih mampu menampung perbelanjaan keperluan dan kehendak mereka sekeluarga.

Kesimpulannya, bagi menjadi seorang yang kaya dan bahagia pastikan agar terlebih dahulu dapat mencapai kebebasan kewangan.


RFS

P/S: Mulakan langkah pertama anda ke arah kebebasan kewngan dengan membina simpanan yang kukuh. Sekiranya anda masih berasa sukar membuat simpanan secara konsisten setiap bulan, panduan kewangan ini boleh membantu menyelesaikan masalah anda  ---> mudahsimpanduit.blogspot.com

KEBEBASAN KEWANGAN

  • 0
Kebebasan kewangan adalah apabila jumlah pendapatan pasif setiap bulan melebih jumlah perbelanjaan bulanan.

Financial Freedom = Passive Income > Expenses


Modul Belajar Ilmu Kebebasan Kewangan

Saya sangat mengesyorkan buku Cashflow Quadrant dan permainan Cashflow oleh Robert Kiyosaki sebagai modul mempelajari ilmu kebebasan kewangan.

Permainan Cashflow yang direka oleh Robert Kiyosaki  ini adalah simulasi sebenar bagaimana kita menguruskan kewangan peribadi. Matlamat utamanya adalah mencapai impian yang kita inginkan. 

Tapi sebelum itu kita terlebih dulu perlu mencapai kebebasan kewangan dengan cara membina pendapatan pasif yang lebih besar berbanding perbelanjaan. Setiap pemain perlu keluar daripada perlumbaan tikus (rat race) secepatnya bagi mencapai kebebasan kewangan.
Harganya tidak sampai pun RM10 (hanya RM9.68). Kalau beli papan permainan Cashflow yang sebenar, harganya tidak kurang RM200 dan anda perlu mencari rakan lain yang berminat agar dapat bermain bersama.

Saya pernah beli papan permainan Cashflow yang sebenar tapi hanya main tidak sampai 10 kali sebab susah hendak mencari rakan bemain dan sekali main akan makan masa yang agak lama.


RFS

P/S:

Untuk mencapai kebebasan kewangan, secara asasnya setiap orang perlu memiliki simpanan yang besar. Simpanan yang besar boleh dibina bermula daripada simpanan yang kecil namun konsisten setiap bulan. Kemudian simpanan itu perlu dilaburkan bagi membesarkan tabung simpanan sedia ada.

Jika anda masih berasa sukar membuat simpanan secara konsisten pendapatan bulanan, saya sangat syorkan agar anda meempelajari dan mengamalkan panduan kewangan ini.

PENDAPATAN PASIF

  • 0
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diterima daripada kerja yang dibuat terlebih dahulu dan tidak memerlukan usaha tambahan. Kalaupun perlu kerja tambahan, kerja itu hanya sedikit dan lebih mudah.

Contoh pendapatan pasif seperti kutipan sewa hartanah, royalti (buku, lagu, filem, game, software, application, bisnes francais), dividen pelaburan dan sebagainya.

Semakin besar jumlah pendapatan pasif seseorang, semakin cepat pula dia mencapai kebebasan kewangan (Financial Freedom).


Saya sendiri menceburi pelaburan hartanah dan menguruskan beberapa rumah sewa sebagai sumber peendapatan pasif. Tapi pelaburan hartanah perlu simpanan yang agak besar untuk permulaan.

Di samping itu, saya juga menjalankan satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan pasif dengan modal pemulaan serendah RM10. Sekiranya anda turut berminat menjana pendapatan pasif melalui perniagaan ini, sila hantar mesej menggunakan SMS/WhatsApp ke nombor telefon saya 019212 9076 dengan mesej ---> Projek Pendapatan Pasif


RFS

DEFINISI KAYA (HARTA)

  • 0
Saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kaya itu adalah apabila seseorang memiliki pendapatan pasif yang lebih besar berbanding perbelanjaan atau lebih sering disebut dengan istilah kebebasan kewangan (Finaancial Freedom). 

Financial Freedom = Passive Income > Expenses

Bukan semua orang mampu menjadi jutawan. Dan bukan semua jutawan pula mencapai kebebasan kewangan. 

Tapi sesiapa sahaja (ya, sesiapa sahaja) mampu mencapai kebebasan kewangan jika memiliki ilmu serta sanggup mengamalkan tabiat kewangan yang baik.

Apabila telah mencapai kebebasan kewangan, dengan sendirinya jalan ke arah menjadi jutawan akan menjadi lebih mudah.


RFS

P/S: Ada perbezaan pandangan terhadap istilah pendapatan pasif. Saya akan cuba terangkan apa yang saya faham tentang pendapatan pasif pada perkongsian akan datang.

P/P/S: Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Rujuk di sini --->  mudahsimpanduit.blogspot.com

DEFINISI KAYA

  • 0
Definisi kaya tidak sama bagi setiap orang.

1. Menurut majalah Forbes, orang kaya adalah orang yang memiliki pendapatan sekurang-kurangnya USD 1 juta setahun.

2. Mengikut pandangan kebanyakan rakyat Malaysia pula orang kaya adalah seorang jutawan iaitu orang yang memiliki sekurang-kurangnya RM 1 juta dalam akaun simpanannya.

3. Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Amru bin Al-As pernah ditanya oleh seorang lelaki, "Bukankah kami termasuk orang-orang yang miskin?"
Abdullah berkata kepada orang itu, "Adakah engkau mempunyai isteri yang tinggal bersamamu?"
Dia menjawab, "Ada." 
Abdullah bertanya, "Adakah engkau mempunyai kediaman yang engkau diami?"
Dia menjawab : "Ada." 
Abdullah berkata, "Kalau begitu engkau termasuk orang-orang kaya."

4. Rasulullah SAW pernah berkata, "Bukanlah kaya itu kerana banyak harta tapi kaya (yang sebenarnya) ialah kaya jiwa. [Direkodkan oleh Imam Muslim]

Apakah maksud kaya jiwa? Kaya jiwa ialah jika hati mampu bersabar apabila diuji dengan kemiskinan dan mampu bersyukur apabila diuji dengan kekayaan (ya, menjadi kaya juga merupakan suatu ujian). 

Dalam apa jua keadaan orang yang memiliki hati dn jiwa yang sedemikian akan mendapat ketenangan dalam hidupnya.

Maha Adil Allah SWT yang telah menentukan bahawa kekayaan jiwa itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira orang miskin atau kaya. Asalkan hati itu dihubungkan dengan Allah, maka hati itu akan tenang.

Wallahu ta'ala a'lam.

Apa definisi kaya menurut anda? ^_^



RFS

P/S: Dalam perkongsian akan datang insya-Allah saya akan kongsikan definisi kaya (harta) menurut pilihan saya. ;)

P/P/S: Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Download ebook Cara Mudah Simpan Duit di sini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com

TIP JIMAT ELEKTRIK - ALAT PENYAMAN UDARA

  • 0
Alat penyaman udara yang biasa terdapat di rumah menggunakan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan elektrik dan menyumbang antara 25-30 peratus bil elektrik.

Malah ada yang mengatakan bahawa 1 alat penyaman udara bersamaan pertambahan RM100 pada bil elektrik setiap bulan.


Tip Jimat Elektrik bagi Alat Penyaman Udara

1. Laraskan suhu alat penyaman udara di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis alat penyaman udara dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan alat itu.

3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu alat penyaman udara beroperasi pada tahap optimum.

4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa alat penyaman udara untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam alat dipasang. Penggunaan kipas pula lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

RFS

WANG BUKAN SEGALANYA?

Ada yang berkata bahawa wang bukan segalanya.

Namun semua orang mencari wang, termasuk orang yang mengatakan bahawa wang bukan segalanya.

Tiada yang salah dengan mencari wang selagi caranya halal dan tidak menyalahi undang-undang.

Wallahu ta'ala a'lam.



RFS

P/S: Gaji banyak tapi tak tahu ke mana? Susah simpan sekurang-kurangnya 10% gaji? Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Rujuk di sini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com

FOKUS PADA TELUR SENDIRI

  • 0

Ciki. Seekor ibu ayam.

Ciki sedang mengeram telurnya yang sebiji.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 2 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 4 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 6 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Tiba-tiba Pak Jib datang. Masuk reban dan ambil telur. Untuk dibuat telur dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan char kuey teow telur dibasuh.

Aduh. Ciki menyesal. Kalau aku duduk mengeram diam-diam kat telur dulu, mesti sempat menetas. Walaupun sebiji.

[Umar Talib]
______

Dulu kisah saya dalam dunia perniagaan internet seperti ini.

Apa yang nampak menguntungkan, semua hendak dibuat. Akhirnya yang dikejar tak dapat. Apa yang dikendong habis berciciran. Semua tidak menjadi.

Kata kuncinya di sini adalah FOKUS.

‎RFS‬

P/S: Turning point saya untuk fokus hanya pada bidang (niche) tertentu bermula sejak menyertai Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2013 di Wisma MCA.

KADAR HUTANG ISI RUMAH RAKYAT MALAYSIA

  • 0
Sekiranya diteliti, hampir setiap isi rumah di Malaysia paling kurang ada menanggung satu hutang, sama ada hutang kereta ataupun hutang rumah.

Manakala setiap pelajar yang baru menamatkan pengajian di IPT, terutama daripada golongan menengah ke bawah, khasnya lelaki, apabila tersilap percaturan akan terbeban dengan 3 hutang sekaligus, iaitu hutang belajar, hutang kereta dan hutang persendirian bagi membiayai perkahwinan.

Cuba bayangkan apabila mereka baru bekerja dengan gaji RM1500-2000 kemudian ditolak hutang-hutang itu, berapakah wang yang masih berbaki? Belum sampai pertengahan bulan mereka sudah kehabisan wang gaji.

Tidak hairan kadar bankrap di negara ini mencapai 60 orang setiap hari.

RFS