PERANGKAP MLM/SCAM

  • 0
Saya percaya semua orang pernah ditawarkan menyertai mana-mana bisnes MLM dan/atau Skim Cepat Kaya (Scam/SCK). Ada yang akap macam ini, "Belum lengkap hidup seseorang itu sekiranya belum pernah ditawarkan menyertai MLM dan/atau Skim Cepat Kaya."

Saya sendiri pernah beberapa kali ditawarkan pelbagai bisnes MLM dan SCK sejak menuntut di IPT sehingga ke hari ini. Ada yang saya sertai sekadar untuk mendapatkan produk dengan harga ahli, ada bisnes yang membuahkan sedikit keuntungan dan tidak sedikit pula yang rugi.

Namun begitu berasa serik menanggung rugi, saya mula berjinak untuk belajar tentang bisnes, kewangan dan pelaburan yang sebenar. Mujur saya agak cepat berasa serik, iaitu ketika masih di IPT. Apabila sudah mula bekerja, saya lebih banyak belajar tentang bisnes, kewangan dan pelaburan melalui buku, ebook, seminar dang bengkel sama ada yang percuma mahupun yang berbayar sehingga 4 angka.

Alhamdulillah, sejak itu saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan bertindak serta tidak pernah lagi menyertai mana-mana bisnes dan pelaburan yang mengarut.

Satu perkara yang patut saya syukuri, dulu saya tidak pernah menyertai bisnes MLM atau terperangkap dalam SCK dengan menggunakan duit pinjaman sama ada daripada ahli keluarga, apatah lagi daripada institusi kewangan. Jadi, walaupun pernah jatuh rugi beberapa kali, kerugian yang ditanggung tidak begitu teruk berbanding mereka yang berani dan sanggup membuat pinjaman.

Biasanya jurujual bisnes MLM dan SCK suka mensasarkan golongan penjawat awam (pegawai kerajaan) sebagai mangsa.

Kenapa? Kerana para penjawat awam biasanya begitu mudah dipujuk agar membuat pinjaman peribadi bagi menyertai sebarang bisnes/pelaburan yang menjanjikan keuntungan tertentu. Dan sememangnya pihak institusi kewangan juga lebih mudah meluluskan permohonan bagi golongan penjawat awam.

Boleh dikatakan sekiranya ada penjawat awam yang masih belum pernah menanggung hutang pinjaman peribadi itu adalah satu perkara yang sungguh pelik.

Jika anda atau pasangan anda adalah seorang penjawat awam, sila berhati-hati! Perangkap MLM dan SCK sentiasa menanti. ;)


RFS

P/S: Duit simpanan selalu habis? Terpaksa berhutang sehingga gaji seterusnya masuk? Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? 100% PERCUMA. Download ebook Cara Mudah Simpan Duit di sini ---> bit.ly/cmsdfreemium



TIP JIMAT ELEKTRIK - SETERIKA

  • 0
Seterika adalah alat yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

Bagi menjimatkan tenaga, rancang masa tertentu untuk menggosok pakaian. Gosok pakaian sebanyak mungkin pada satu-satu masa.

Jika menggosok sehelai dua pakaian sahaja, proses memanaskan seterika perlu menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Amalan sepert ini akan menyebabkan bil elektrik meningkat.

‪#‎SimpanDuit‬ ‪#‎JimatDuit‬

RFS
mudahsimpanduit.blogspot.com

P/S: Seorang kawan saya mengesyorkan agar menjadikan seterika sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan pengantin baru. Rakan saya itu mendapat seterika sebagai hadiah perkahwinan dan menggunakan seterika hadiah itu selama 10 tahun. Bayangkan berapa banyak manfaat daripada sebuah seterika berbanding pinggan mangkuk ataupun gelas bagi pasangan penganti baru.

P/P/S: Ramai rakan saya mengesyorkan agar membeli seterika jenama Philips kerana kualiti dan ketahananya. Saya sendiri selesa menggunakan seterika jenama Philips sejak lebih 15 tahun yang lalu.

MULA BISNES DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN

  • 0
Dari Ainon Business School (ABS):

Apakah maknanya fakta dan statistik di bawah ini?

+ 93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi.

+ 74% produk baru tersungkur dalam pasaran.

+ 80% bisnes yang dibuka dengan menggunakan modal
pinjaman bank dan geran berakhir gulung tikar.

Maknanya:

+ Mulakan bisnes dengan modal yang sedia ada dalam tangan. Sebagai contoh, mulakan bisnes dari rumah. Gunakan alat-alat yang sudah sedia ada di dalam rumah.

+ Gunakan strategi ikat perut.

+ Pertaruhkan duit modal dari simpanan sendiri pada jumlah yang kita mampu bakar. Kalau kita mampu bakar RM2k, pertaruhkan duit RM2k itu sahaja. Kalau lingkup, kita masih dapat bangun semula dan cuba bisnes lain.

+ Jangan sekali-kali memulakan bisnes baru dengan menggunakan modal duit pinjaman bank.

+ Jangan mulakan bisnes dengan mengeluarkan produk baru. Jual produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Pilih produk yang mudah dijual.
_____

Mulakan bisnes dengan wang yang ada di tangan. Jangan memulakan bisnes dengan wang pinjaman.

Ada banyak bisnes yang boleh dimulakan tanpa wang ataupun dengan jumlah wang yang sedikit seperti mejadi ejen affiliate, dropship, takaful, unit amanah dan sebagainya. Saya syorkan belajar di sini ---> bit.ly/17cjtpc atau kalau nak yang lagi jimat, klik yang ini ---> bit.ly/1U1kaod

Seseorang yang tidak mampu menjana wang tanpa wang, maka dia tidak akan dapat menjana wang walaupun mempunyai wang.

Kata Azizi Ali, "Nak jadi usahawan amat senang. Sesiapa sahaja boleh buka kedai. Tapi nak jadi usahawan yang berjaya bukannya senang. Untuk memastikan kedai masih kekal beroperasi sejak hari pertama dibuka perlukan banyak kepakaran. lmu, usaha, disiplin dan stamina 4 perkara di antaranya."


RFS

P/S: Ramai orang pandai buat duit. Semua orang pandai habiskan duit. Tapi tidak ramai yang pandai urus duit.

Perkara paling penting dalam mengurus kewangan adalah membina simpanan.

Ini saya belanja satu ilmu ---> bit.ly/1MCURFH
Percuma sahaja. Satu sen pun tak payah bayar. Jangan cakap saya tak payung. ^_^