CARA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI BILA BELI RUMAH

  • 0
Sedang berkira-kira hendak membeli rumah? Tak kiralah nak beli untuk pelaburan atau duduk sendiri.

Dulu saya pun macam kebanyakan anak muda, tak tahu nak bermula dari mana. Nak bersedia apa? Berapa perlu ada simpanan?

Pertama sekali, ukur baju di badan sendiri. Caranya? Cuba congak-congak berapa installment yang sanggup anda bayar setiap bulan selama 30 tahun? Ini hanya anda dan pasangan (bagi yang dah kahwin) yang boleh jawab. Orang lain tak tahu.

Ok, dah dapat berapa jumlah tu? Sekarang darab dengan 200. Jangan tanya kenapa, buat je. >:(

Ok, katakanlah anda mampu bayar installment RM1k sebulan, bila darab 200 jadi RM200k. Betul?

Ok, cari dan beli rumah yang harganya tak lebih RM200k. Boleh cari kat Mudah, iProperty, iHartanah, LelongTips dan sebagainya. Jangan cari kat pejabat atau bilik pameran pemaju. Memang tak jumpa punya. -_-

Kalau sekarang masih menyewa RM600 sebulan, pastikan mampu menyimpan tak kurang RM400 sebulan selama 3-6 bulan. Simpanan ini langsung tak boleh usik, kecuali nanti bila nak guna untuk beli rumah.

Contohnya masa saya dan suri nak beli rumah dulu, setiap bulan RM900 wajib masuk Tabung Haji. Buat potongan gaji siap-siap. Masa tu kami masih menyewa RM300 sebulan kat Seremban.

RM300 sewa rumah semasa campur RM900 simpanan untuk beli rumah, jumlahnya RM1200. Ini jumlah installment yang mampu kami bayar setiap bulan.

Kalau ikut formula tadi, RM1200 darab 200 bersamaan RM240k. Ini bermakna, kami perlu cari rumah dengan harga RM240k ke bawah.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
Perunding kewangan tak bertauliah

CARA BIJAK KELUARKAN DUIT KWSP

  • 7
Anda ada akaun KWSP? Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan untuk hari tua. Ia terbahagi kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 di mana:
+ Akaun 1: 70% daripada simpanan dan khusus untuk persaraan
+ Akaun 2: 30% daripada simpanan dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan yang boleh bagi tambah nilai kepada simpanan persaraan.

Duit dalam KWSP itu duit sendiri tapi tak boleh guna sehingga umur bersara, iaitu 55 tahun.

Sebenarnya ada cara nak keluarkan dan guna duit KWSP itu, walaupun tak boleh keluar semua. Antara caranya adalah seperti berikut:

Akaun 1
1. Beli saham kat Bursa Malaysia. ---> Sekarang tak pasti masih boleh lagi atau tak.
2. Beli Unit Trust. ---> Beli dan yang ada potensi bagi dividen 10% ke atas. Boleh buat setiap 3 bulan atau 4 kali setahun.

Akaun 2
1. Beli rumah daripada pemaju. Keluarkan KWSP sebanyak deposit yang diperlukan. Tapi kat pemaju selalunya tak perlu deposit sampai 10%.
2. Beli rumah daripada orang (subsale). Lepas sign SPA, boleh keluarkan duit KWSP.
3. Keluarkan untuk bayar baki hutang rumah sebelum refinance atau jual.
4. Keluarkan untuk bayar ansuran rumah setiap bulan. Duit dari poket sendiri yang sepatutnya untuk bayar ansuran, boleh guna untuk pelaburan lain.
5. Keluarkan untuk daftar haji atau kos pergi haji apabila dapat panggilan.
6. Keluarkan untuk bayar kos sambung belajar. Peningkatan pendidikan boleh meningkatkan pendapatan. Nak guna untuk bayar PTPTN pun boleh ye.
7. Membiayai kos rawatan penyakit kritikal atau membeli peralatan bantuan kesihatan. ---> Kalau ada mencarum takaful, kes seperti ini boleh dielakkan.
8. Umur dah 50? Boleh keluarkan sebahagian.
9. Ada RM 1 juta 50 ribu dalam KWSP? Kalau ada, tak baca dah kot status saya ini. ^_^
10. Semua simpanan boleh dikeluarkan apabila bertukar dari sektor swasta ke sektor kerajaan dari sistem KWSP ke sistem Pencen.

Sekian. Terima kasih. Care to share.


RFS
Bukan staf KWSP

Rujukan

MANTERA PELABURAN

  • 0

Ada satu mantera yang selalu dilafazkan oleh para pelabur, "Past performance not indicate future result."

Persoalannya, apakah dengan mengetahui prestasi pulangan sebelum ini daripada sesuatu dana lanhsung tidak boleh menggambarkan prestasi serupa di masa hadapan?

Saya suka bagi analogi macam ini. Dalam sebuah liga bola sepak, ada sebuah kelab yang telah menjadi juara sebanyak 13 kali sejak liga dijalankan kira-kira 23 tahun lepas. Apakah kelab itu berpeluang menjadi juara musim ini?

Boleh jadi ya. Kelab itu berpotensi untuk kembali menjadi juara musim ini. Dan kemungkinan untuk terus menjadi juara pada masa hadapan juga selalu ada.

Tapi apakah setiap musim akan jadi juara? Jawapannya, tentu saja tidak.

Namun begitu, walaupun ada masanya tidak menjadi juara tapi sekurang-kurangnya kelab itu kekal dan konsisten dalam top 4 carta liga.

Hanya 2 musim yang lalu kelab itu jatuh ke tangga ke-7. Itupun disebabkan berlaku perubahan besar dalam pengurusan kelab.

Ada kelab lain, musim lepas juara liga. Musim ini pengurusan tidak berubah tapi kelab itu banyak kali masuk gua dan sangat hampir dengan jurang.

Boleh faham kot analogi ini.

Kesimpulannya, tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Sesiapa saja boleh pilih kelab, eh silap, pelaburan mana yang dia suka. Pulangan yang lepas hanya tinggal sejarah.

Walau bagaimanapun, sejarah perlu dirujuk sebagai panduan dan pedoman pada masa yang akan datang. Dan akhir sekali, terimalah sebuah lagu daripada saya yang bertajuk "Sejarah Mungkin Berulang".

Sekian.

RFS

CERAMAH PARENTING

  • 1

Semalam saya menyertai satu ceramah parenting (keibubapaan) yang disampaikan oleh sahabat saya, Us. Nur Firdaus I-Trec. Kami saling kenal sejak 12 tahun lepas ketika belajar di Darul Quran JAKIM.

Tamat belajar di DQ, Us. Nur Firdaus menyambung pengajian di UKM dalam bidang pendidikan. Sekarang beliau sedang belajar di UM peringkat master.

Beliau juga seorang ayah kepada 2 orang cahaya mata.

Antara point penting yang sempat saya catat dan ingat daripada perkongsian beliau adalah seperti berikut:

1. Ibu bapa perlu ambil tahu 3  aspek pertumbuhan anak:
+ cognitive
+ affective
+ psychomotor

2. Seelok-eloknya anak dijaga oleh ibu bapa. Kalaupun dijaga oleh orang lain, apa yang penting adalah kualiti penjagaan.

3. Dalam hadis Nabi dinyatakan, ajar anak solat umur 7 tahun dan kalau tak solat, pukulan (sebagai satu bentuk pengajaran) dibenarkan pada umur 10 tahun. Adapun prosesnya:
+ bina keakraban (attachment) dengan anak seawal usia
+ kenalkan anak dengan Allah pada setiap masa.
+ ajar solat sebelum 7 tahun.

4. Anak-anak akan banyak bertanya pada umur 4-7 tahun. Dalam satu kajian, anak bertanya 109 soalan yang berbeza.

5. Kata-kata atau soalan anak adalah output daripada otaknya. Otak adalah enjin yang memproses maklumat.

6. Ada 2 pattern soalan:
+ soalan sama berulang kali
+ soalan expanded (berkait dan bersambung)

7. Tindakan terbaik ibu bapa terhadap soalan anak adalah menjawabnya dengan penuh kesabaran.

8. Jangan beranggapan soalan akan berhenti apabila soalan telah dijawab. Kerana setelah satu soalan dijawab, dalam kepala anak ada berderet lagi soalan lain yang hendak ditanya.

9. Memarahi anak dan melarangnya bertanya soalan akan membantutkan perkembangan otak dan minatnya untuk terus belajar daripada persekitaran.

9. Kaitkan jawapan dengan Allah. Contoh:
+ ini kucing, Allah yang cipta.
+ Ini kertas, kertas dari pokok, Allah cipta pokok.
Mereka mungkin belum faham, tapi boleh serap apa jua yang kita sampaikan.

10. Anak-anak meniru perbuatan orang dewasa bermula umur 2 tahun. Ada 2 jenis peniruan.
+ meniru apa jua perbuatan
+ meniru tingkah laku sosial, termasuk ucapan (social referencing)

11. Parenting adalah satu kerja yang perlu dibuat sepanjang 24/7/365 tanpa rehat. Hanya dapat rehat bila anak tidur, itupan kadang-kadang tak dapat juga. Sebab bila anak tidur, baru dapat buat kerja.

12. Elakkan daripada memberi kuasa terhadap tv, komputer dan gajet. Kanak-kanak tidak perlukan itu. Mereka lebih perlukan perhatian. Memberi kuasa bermaksud membenarkan anak mengawal sendiri peralatan tersebut. Contohnya, anak boleh pegang remote untuk on, off atau tukar channel pilihannya sendiri.

13. Bagi RUANG untuk anak tapi tetapkan BATAS. Sentiasa perlu jelas konsep RUANG dan BATAS. Dalam kes tv, misalnya:
Ruang = boleh menonton tv
Batas = channel dan masa ditetapkan oleh ibu bapa

14. Bila beri ruang, anak akan buat silap. Ambil peluang daripada situasi itu untuk bimbing anak agar dapat belajar perbaiki kesilapan dan perbetulkan keadaan.

15. Kalau tak nak sunguh-sunguh korbankan masa dan tenaga mendidik anak sepanjang 5 tahun pertama usia anak, kita akan penat sepanjang hayat. Tempoh 5 tahun ini amat kritikal dalam mencorakkan siapa dan bagaimana anak kita nanti.

Wallahu ta'ala alam.

Tambahan: Saya bertanya kepada Us. Nur Firdaus, buku parenting apa yang beliau cadangkan untuk saya baca? Jawapan beliau adalah buku Brain Rules dan Brain Rules for Baby oleh John Medina.

RFS
Bapa 3 anak

P/S: Ini hanya sekadar point penting. Untuk syarah yang lebih jelas, terang dan terperinci, seeloknya terus datang dan dengar sendiri.

Ceramah seterusnya pada bulan Januari 2016, insya-Allah. Lokasi di Desa Pinggiran Putra, Kajang. Sesi perkongsian ini percuma tapi ilmu dan pengalaman yang disampaikan sungguh mahal dan tak ternilai harganya.

Saya akan berikan maklumat program dalam komen di bawah. Add dan follow juga perkongsian beliau di FB dan FB page Ikhwah Training & Resources.

KEKAYAAN BUKAN UKURAN KEJAYAAN

  • 0

Selalunya orang menganggap bahawa orang yang berjaya itu adalah orang kaya. Pandangan seperti ini mendorong ramai orang bertungkus lumus hendak menjadi orang kaya atau kalaupun tidak kaya, mahu kelihatan seperti orang kaya.

Sebenarnya wang bukanlah ukuran kejayaan. Ramai orang kaya sebenarnya tidak berjaya membina hidup yang baik dan mulia. Dan tidak sedikit pula individu yang berjaya sengaja memilih gaya hidup yang sederhana.

Apabila seseorang menjadikan wang sebagai kayu ukur kejayaan, dia sebenarnya menggunakan ukuran luaran. Wang dan harta adalah suatu yang ada di luar diri seseorang.

Ukuran luaran bermakna kita membandingkan kejayaan kita dengan kejayaan orang lain. Kalau kita lebih baik daripada orang lain, maka kita anggap diri kita sudah berjaya. Tapi kalau orang lain lebih baik, maka kita anggap diri kita tidak berjaya.

Perbuatan mengukur kejayaan dengan menggunakan orang lain sebagai perbandingan adalah perbuatan yang keliru dan tidak adil.

Orang yang berjaya adalah orang yang dapat melakukan sesuatu dengan sehabis baik keupayaannya, di dalam aspek penting dalam hidupnya (agama, kerja, rumah tangga dan masyarakat). Masing-masing individu perlu menentukan sendiri definisi kejayaan dan melakukan yang terbaik bagi mencapainya.

Pandangan yang mengatakan wang dan harta sebagai lambang kejayaan adalah pandangan yang keliru. Kalau untuk berjaya kita mesti kaya, hanya berapa kerat sahaja orang yang berpeluang menjadi orang berjaya.

Dan boleh jadi kita menganggap orang yang tidak kaya atau hidup sederhana adalah orang yang tidak berjaya. Padahal realitinya tidak seperti itu.

Orang yang menyamakan kejayaan dengan wang dan harta adalah orang yang salah faham terhadap erti kejayaan. Sebenarnya, semua orang boleh berjaya, walaupun bukan semua orang boleh menjadi kaya raya.

Sumber: Buku Mendorong Diri Sendiri oleh Puan Ainon Mohd. & Prof. Abdullah Hassan

P/S: Usia buku ini sudah lebih 12 tahun.

BUKU PANDUAN PELABURAN UNIT AMANAH

  • 1
Pelaburan unit amanah sesuai bagi mereka yang memiliki ciri-ciri berikut ini:

+ tiada masa menguruskan pelaburan
+ tidak dapat mengawal emosi dengan baik
+ tidak tenang dengan naik turun pasaran saham
+ memilih pelaburan yang berisiko tidak begitu tinggi
+ mahu memulakan pelaburan dengan modal sedikit tapi berterusan

Namun begitu, seorang pelabur unit amanah tidak seharusnya membiarkan begitu sahaja wangnya diuruskan oleh perunding unit amanah. Lagipun, perunding unit amanah  mungkin terlepas menyampaikan maklumat tertentu yang penting. Manakala maklumat yang disampaikan pula boleh jadi tidak sepenuhnya tepat.

Ingat prinsip ini ---> dalam pelaburan rugi itu pasti, untung belum tentu lagi. Terutamanya dalam pelaburan unit amanah.

Oleh itu, dalam apa jua bidang yang hendak diceburi pastikan anda memiliki ilmu yang cukup mengenainya.


Dalam pelaburan unit amanah, buku ini boleh menjadi rujukan dalam membantu menjayakan pelaburan anda. Harga asal buku ini RM39.90. Tapi kalau nak, saya boleh bagi harga bawah RM30. Dah jimat banyak. Untung kan?

Tapi malangnya, stok sangat terhad. Kalau ada yang berminat, boleh segera PM saya di FB atau hantar mesej kepada saya guna WhatsApp/Telegram di talian 0192129076.

First come, first serve.


RFS

P/S: Tuan dan Cikpuan boleh rujuk maklumat lanjut tentang buku ini dalam blog penulis ---> laburniaga.blogspot.com/2010/04/buku-panduan-pelaburan-unit-amanah.html


P/P/P/S: Kalau nak dapatkan buku-buku pelaburan hartanah, boleh klik ini

Rujukan


KOLEKSI TERBAIK BUKU-BUKU HARTANAH

  • 1
Ramai orang sanggup menghabiskan banyak wang dan masa bagi membayar hutang rumah (beratus ribu dan berpuluh tahun) tetapi kedekut melabur sedikit wang dan masa untuk membeli dan membaca walaupun hanya sebuah buku sebagai panduan membeli rumah. Pelik kan?

Saya harap anda yang sedang baca post ini bukan orang seperti itu. Hargai nilai wang dan masa yang kita ada dengan membaca sekurang-kurangnya satu buku sebelum membeli rumah pertama ataupun rumah-rumah yang seterusnya.


Mitos dalam hartanah

Mitos tentang hartanah ada macam-macam. Ada yang cakap:
+ Rumah ini aset
+ Harga rumah selalu naik
+ Lebih baik beli daripada menyewa
+ Kawasan ini hot, situ suam, sana sejuk
+ Jangan beli rumah daripada pemaju
+ Rumah subsale lagi untung dan kurang risiko
+ Rumah lelong banyak perangkap dan berhantu
+ Harga rumah tengah tinggi, nak beli tunggu masa jatuh nanti
+ Ekonomi sedang tenat, sesiapa beli rumah masa ini akan melarat.
+ Dan banyak lagi

Kalau dengar apa orang cakap, macam-macam komen ada. Kalau yang disampaikan itu betul, alhamdulillah. Tapi kalau salah, tak ke kasihan sesiapa yang percaya dan terima bulat-bulat.

Kalau nak ilmu yang tepat dan bertanggung jawab, ambil daripada orang yang betul dan dengan cara yang betul pula.

Antara sumber rujukan saya sejak mula belajar dulu adalah buku, ebook, blog (Abang Ensem, Shafie Bustan, Rohaniah Noor, Tuan Bri dan lain-lain) dan seminar yang kebanyakannya tidak terlampau mahal (tak lebih RM100).

Saya sendiri membaca tidak kurang daripada 12 buku, 3 ebook dan menyertai 3 kali seminar hartanah sebelum membeli rumah pertama di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kalau anda tak tahu atau keliru nak mula dari mana? Saya syorkan baca buku-buku ini. Saya sedia membantu anda bagi mendapatkannya.

Senarai harga asal buku-buku ini adalah seperti berikut:

1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM19.90
4. 40 Soalan RM29.90

Harga yang saya tawarkan kalau beli satu per satu adalah:
1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM16
4. 40 Soalan RM26

Belum termasuk pos.

Tapi kalau ambil 3 tajuk ke atas semestinya harga boleh nego lagi.

Kalau berminat, pilih tajuk buku yang anda kehendaki. Kemudian hantar mesej ke h/p saya di talian 0192129076 guna WhatsApp atau Telegram. Nanti saya bagi best price.

PERCUMA bonus senilai RM50 bagi yang ambil 3 tajuk ke atas.

Terima kasih.


RFS

CARA UNTUNG BELI BUKU

  • 0
Saya suka membaca buku, terutamanya buku-buku yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan dan bisnes. Kebanyakan koleksi buku-buku saya jenis ini diterbitkan oleh PTS dan TrueWealth.

Harga buku-buku PTS selalunya berpatutan dan sering pula menawarkan diskaun. Tapi kalau beli banyak, kadang-kadang saya sanggup tunggu pesta buku. Sebab kos penghantaran yang terkadang agak mahal, sampai makan diskaun yang ditawarkan.

Manakala buku-buku TrueWealth pula harganya agak mahal, selalunya RM30 ke atas. Jarang pula ada diskaun. Kalau ada diskaun besar, memang saya tak akan lepaskan peluang untuk borong.


Bagi saya beli buku ini tak rugi walaupun harganya agak mahal. Tapi kalau dapat beli dengan harga diskaun, lebih untung lagi.

Saya sendiri sangat jarang beli buku tanpa diskaun. Kalau tak ada diskaun, saya sanggup tunggu bila nanti ada promosi.

Kalau beli online, pertimbangkan juga kos penghantaran. Jangan sampai kos penghantaran makan diskaun. Tapi kalau dah nak sangat dan tak kisah pasal harga, balun je.

Sekian bebelan saya kali ini. Eh, korang baca sampai habis ke apa yang saya tulis ini?

Cuba komen sikit sebagai sokongan dan dorongan, saya nak kenal follower tegar saya.

Atas kesudian anda memberi sokongan dan dorongan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan jazakumullahu khayran.

RFS
Pembaca sekali gus penjual buku (dan juga ebook)

Ini ebook berbayar ---> mudahsimpanduit.blogspot.com
Ini pula yang percuma ---> bit.ly/1MCURFH

P/S: Ini gambar tahun 2012 masa saya nak kemas dan susun buku atas rak. Sekarang ada 2 rak besar warna putih macam ini.

RUMAH HARGA BAWAH RM100K DI SELANGOR

  • 1
Kawan baik saya nak jual rumah beliau di Apartment Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Beliau nak jual rumah ini sebab nak pindah ke Puncak Alam.


Apartment Buginvilla ada beberapa blok dengan keluasan 650kps dan 750kps. Yang nak dijual ini ada di tingkat 1 (atas ground floor) dengan keluasan 750kps.

Saya tak familiar sangat dengan kawasan ini. Apa yang saya tahu kat situ ada Pasaraya Tesco. Jaraknya dalam 5km sahaja. Kalau nak ke KL atau Shah Alam pula dalam 45 minit. Pintu tol pun dekat sangat, dalam 3-4km sahaja.


Orang nak beli mesti nak tahu harga kan? Harga pernah tanya jurunilai paling tinggi boleh dapat RM85k. Tapi kawan saya nak jual lagi murah daripada itu. RM75k sahaja. Itupun boleh nego lagi sikit-sikit. Yang penting dapat terjual dengan cepat sebab perlu duit untuk rumah baru kat Puncak Alam sana.

Sekarang unit ini sedang disewakan sebuah rumah dalam keadaan kosong dengan kadar sewa RM300/bulan sejak 2 tahun lepas. Keluar sahaja penyewa ini, sewakan RM400/bulan insya-Allah boleh dapat. Kalau nak sewa lagi tinggi, tambah sedikit perabot macam dapur, mesin basuh dan peti ais, boleh up lagi. Tak perlu yang baru, bagi yang second tapi masih elok pun dah ok.

Jangan percaya sangat cakap cakap saya ini. Cuba iklankan sendiri kat Mudah atau iBilik. ^_^

Kalau ada yang berminat nak beli untuk buat rumah sewa memang sesuai sangat.

Kalau ada yang berminat, bincang dulu dengan pasangan (bagi yang dah kahwin) dan mak ayah. Jangan lupa juga solat istikharah 2 rakaat dan baca doa minta pencerahan pada Allah SWT.

Kalau rasa dah mantap dan berminat nak beli, baru hantar mesej ke WhatsApp saya di talian 0192129076. Nanti kita bincang lebih lanjut details rumah ini dan macam mana proses seterusnya.

RFS

P/S: Nak belajar beli rumah 2 tahun sekali macam Tuan Wahi Abd Rashid? Klik ---> bit.ly/kitbelirumah







SOAL JAWAB TENTANG PERBANKAN DAN RIBA

  • 0
Soalan:

Sebagai REN saya membantu buyer untuk submit loan dan ada yang memilih islamic loan dan ada juga yang memilih conventional. 

Saya juga pernah cadangkan investor untuk mengambil full flexi loan kerana dia mempunyai lebihan cash kerana ia mampu menjimatkan interest.

Saya rasa tidak sedap hati selepas membaca artikel dibawah.
Ada sahabat REN boleh memberi pendapat atau ada yang arif tentang ini?

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir, "Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba, seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda, 'Mereka semuanya sama bersalah'." [Direkodkan oleh Imam Muslim]

Pemakan Riba itu ada 4 golongan :
1. Mengambil riba
2. Memberi riba.
3. Menjadi penulis/pencatat
4. Saksi kepada transaksi riba.

Artikel penuh ---> www.facebook.com/notes/abu-basyer/jauhkan-daripada-riba-dalam-semua-urusan-kehidupan/10151548766151040


Jawapan:

Kalau ikut artikel yang Tuan kongsikan, penulis mencadangkan supaya tinggalkan dan jauhi riba perbankan konvensional. Sebagai alternatifnya adalah perbankan Islam.

Saya perlu akui bahawa perbankan Islam masih banyak perlu penambahbaikan. Walau bagaimanapun, itulah alternatif terbaik yang kita ada sekarang.

Berkenaan pandangan orang yang menyatakan bahawa perbankan Islam pun tidak terlepas daripada mengamalkan riba, maka jika itu pandangan ijtihad yang dia pegang, maka haramlah baginya menggunakan produk/perkhidmatan perbankan sama ada perbankan Islam, apatah lagi perbankan konvensional.

Orang yang berpegang pada pandangan ijithad bahawa wang fiat adalah riba, maka jatuhlah hukum riba ke atasnya mengikut apa yang dia yakini.

Manakala mereka yang berpegang pada pandangan jumhur dan ulama' yang menyatakan bahawa wang fiat dan perbankan Islam adalah patuh syariah (ada beza antara halal dan konsep patuh syariah, yang ini bab lain), maka harus bagi mereka menggunakan produk/perkhidmatan perbankan Islam.

Berkenaan masalah Tuan dalam menghadapi pelanggan yang mahukan produk/perkhidmatan perbankan konvensional, apa yang boleh saya nasihatkan adalah supaya berkata jujur kepada pelanggan bahawa tuan hanya membantu permohonan pembiayaan daripada perbankan Islam dan salah di sisi agama berurusan dengan produk/perkhidmatan riba.

Riba ini, semua agama samawi (Islam, Nasrani dan Yahudi) pun haramkan. Tapi dalam perlaksanaannya, tepuk dada tanya iman.

Wallahu ta'ala 'lam.

RFS
mudahsimpanduit.blogspot.com

TIPS UNTUK MENINGKATKAN SELF-ESTEEM ANAK APABILA PULANG DARIPADA TEMPAT KERJA

  • 0

Apabila balik pasti kita semua penat seharian bekerja. Apabila pulang ke rumah, kita perlu siapkan kerja di rumah dan melayan anak-anak.

Sebelum memulakan sebarang tugas, luangkan masa beberapa minit dengan anak. Masa yang sangat kualiti. Masa yang sangat menggembirakan.

Apabila memulakan bicara, mulakan dengan soalan-soalan akhlak yang kita tahu anak kita mampu lakukan.

Contoh:
1) Siapa hari ini tolong ummi kemas rumah?
2) Siapa hari ini tolong ummi jaga Dani?
3) Siapa hari ini selalu beralah dengan Dani supaya tak tantrum?
4) Siapa yang selalu play dengan kakak?
5) Siapa baca Iqra' hari ini?
6) Siapa hafal surah hari ini?
7) Siapa baca buku hari ini?

Apabila anak menjawab, sertakan pujian dengan impak positifnya.

Contoh: Dhuha, tolong Ummi kemas rumah. Terus puji dan nyatakan impaknya.

"Bagus kakak solehah girl, tolong Ummi kemas rumah (puji). Mesti Ummi tak penat sangat dan happy (impak positif)"

________________________

Teknik di atas di ambil daripada komunikasi Nabi Muhammad saw dengan sahabat. Nabi saw menyoal tentang siapa yang melakukan akhlak baik tersebut, kemudian menyatakan impak positifnya, iaitu 'sudah tentu masuk syurga'.

Hadith rujukan: Hadith Abu Bakar Masuk Syurga.

Abu Hurairah melaporkan, bahawa pada suatu masa Rasulullah pernah bertanya, 

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya!”

Lalu Nabi Muhammad pun berkata, “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

[Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim]

Sumber: Mengurus Tingkah Laku Anak Gaya Nabi

GURU ITU ORANG KAYA

Perbualan antara Ustaz Rahmat Abdullah dengan ibunda beliau tentang pekerjaan.

“Kalau nggak mau jadi pegawai Pemda*, lu mau kerja jadi apa sih?”

“Mamat ngajar aja, Bu.”

“Nggak lepas itu omongannya dari dulu sampai sekarang, pengen jadi guru aja. Nggak kepengen jadi orang berharte”

“Guru itu justru hartanya banyak. Ngasih ilmu aja kerjaannya. “

“Ya, udah. Jadi guru juga nggak apa sih, bagus. Asal satu, jangan Korupsi!"

Sumber: Filem Sang Murabbi

*Pemda = Pemerintah daerah atau kerajaan negeri

Dalam satu hadis Rasulullah SAW dinyatakan bahawa amalan anak Adam terputus apabila mereka meninggal dunia kecuali 3 perkara, iaitu:

1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakan

Bila kita perhatikan dan fikirkan, seorang guru berpeluang memperolehi ketiga-tiga perkara di atas. Jika para guru memanfaatkan peluang yang terhidang ini dengan sebaiknya, maka dia akan menjadi antara orang paling kaya.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS

10 SEBAB GROUP WHATSAPP JADI SEMAK

  • 0

Ada beberapa sebab kenapa group WhatsApp jadi semak. Berikut ini adalah 10 di antaranya:

1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga
bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.

2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!

3. Respon menganjing/tak serius pada komentar ahli group yang bagi
cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?

4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap
rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa
punyalah payah.

5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih
sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak
berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya
sampai jam 2-3 pagi. WTH?!

6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full. Gila kau! Habis jammed hp.

7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama,
dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.

8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia
ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.

9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.

10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita
sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.

Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!

Sumber: Arif Atan

MAJLIS NIKAH DAN WALIMAH KAMI

  • 0

Saudari Mujahidah Puteri menulis status FB seperti berikut:

Bila menatap lambakan potret sahabat-sahabat dalam arena dakwah yang baru mendirikan rumahtangga, dengan pelbagai aksi mesra, bersanding, solekan tebal dan gambar close up, pertama sekali yang terdetik adalah rasa simpati.

Mereka ahli dalam bidang agama dan tentu sekali menyedari perihal hukum, justeru saya cenderung menganggap keberadaan mereka dalam suasana sedemikian adalah bukan atas pilihan mereka.

Detik-detik bergelar raja sehari, kadang-kadang yang banyak menetukan itu dan ini adalah kaum keluarga. Si pengantin kadangkala terpaksa mengikut demi menjaga hati. Lalu terjadilah apa yang terjadi.

Cuma harapnya, ia kembali diperbaiki. Isteri hanya untuk tatapan suami. Jangan biar keindahannya dinikmati oleh mata-mata ajnabi. Bahagia dan berkat dalam rumahtangga bukan pada potret perkahwinan yang dibangga-bangga, ingat tu :)

[copied from myilham.com]
___

Berikut ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya ketika melangsungkan pernikahan dan majlis walimah.

Majlis Nikah

Saya menikah dan mengadakan walimah pada hari yang berbeza. Ketika majlis nikah, hanya keluarga dekat dan kawan rapat sahaja yang dijemput.

Pada malam sebelum majlis nikah, saya berbincang dan berpakat dengan bakal ayah mertua melalui telefon tentang perjalanan program (tentatif) untuk esok hari. Kami menyepakati apa yang perlu (seperti pakai sarung tangan bagi isteri sebagai bentuk ikhtiar berhati-hati) dan apa yang tidak perlu dilakukan (seperti cium dahi isteri, jemput baca ---> notarfs.blogspot.com/2011/12/mencium-dahi-isteri-selepas-akad-nikah.html).

Juru gambar dan juru solek atau mak andam (sekiranya ada) sepatutnya mengikut kehedak kita sebagai pelanggan yang sianggap raja, bukannya kita yang mengikut kehendaknya. Jadi, tidak perlu ikut kehendak mereka sekiranya boleh mencalarkan maruah kita dihadapan Allah SWT dan Rasul SAW.

Majlis Walimah

Ketika majlis walimah, kami menghidangkan jamuan secara buffet. Kami membahagikan 3 kawasan meja makan, bagi mengurangkan percampuran (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan.

Gambarannya seperti ini: kawasan meja lelaki, meja buffet (sebagai partition), kawasan meja keluarga (di tengah), meja buffet lagi dan kawasan meja perempuan. Kami meletakkan label bagi setiap kategori meja. Walaupun tidak semua tetamu mengikut meja yang ditetapkan, namun begitu sedikit sebanyak apa yang kami upayakan boleh dikatakan memuaskan.

Meja makan pasangan pengantin diletakkan berasingan dari meja para tetamu, iaitu di bahagian dalam pagar rumah.

Saya dan isteri tidak bersanding, malah kami menjadi penyambut tetamu dan beramah mesra dengan mereka. Saya di kawasan meja lelaki, manakala isteri di kawasan meja perempuan dan sekali sekala ke kawasan meja keluarga.

Jadi kami hanya bersama ketika makan dan sesi bergambar bersama tetamu tertentu sahaja.

Untuk sesi bergambar bersama tetamu, kami hanya bergambar di dalam rumah. Hanya keluarga dan kawan rapat sahaja yang dapat bergambar kami suami isteri, sama ada kami yang menjemput ataupun mereka yang meminta.

Tetamu yang kurang rapat, hendak minta bergambar dan masuk ke dalam rumah pun segan. :)

Pernikahan adalah suatu ibadah. Syarat diterimanya suatu ibadah adalah kemurnian ikhlas pada niat serta mengikut panduan yang diajarkan syariat.

Tidak mungkin suatu ibadah itu bisa mencapai redha Allah jika dalam proses pelaksanaannya ternoda oleh hal-hal yang bertentangan dengan kehendak-Nya.

Syaitan sentiasa berusaha merosakkan niat dan proses ibadah pernikahan hamba-hamba Allah dengan pelbagai cara. Syaitan sungguh kreatif dalam menjerumuskan anak Adam ke dalam lembah dosa.

Hanya dengan perlindungan-Nya saja kita boleh terlepas daripada tipu daya syaitan. Maka mohonlah kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan dan sentiasa dijaga.

Sekadar perkongsian pengalaman. Semoga ada manfaatnya.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS
Bukan malaikat

BELI SARAPAN DI GERAI KEGEMARAN DI PASAR AMPANGAN

  • 0

Pagi semalam saya beli sarapan di kawasan pasar Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Seperti biasa, kalau saya bermalam di rumah mertua di Taman Paroi Jaya, saya akan beli sarapan di sini.

Selepas meletak kereta Perodua Viva silver di bahu jalan sebelah klinik swasta, saya berjalan kaki ke gerai kegemaran.

Untuk 5 bungkus nasi kerabu, 3 bungkus laksam, sebungkus nasi lemak dan sebungkus nasi dagang harga yang perlu saya bayar hanya RM26.50 sahaja.

Di samping harganya yang berpatutan, rasa juadahnya juga begitu memuaskan.

Alhamdulillah.

RFS
Bukan pegawai KPDNKK

NASIHAT KEWANGAN OLEH ABANG BANGLA

Kawan saya mengatakan bahawa beliau ada kenal beberapa orang Bangladeshi dan Indonesian (bukan saya) yang datang bekerja di Malaysia. Beliau selalu tanya bagaimana mereka boleh survive walaupun dibayar upah yang murah.

Antara tips yang mereka kongsikan adalah:

1. Mula dari bawah.

Permulaan hidup memang susah, terpaksa jadi kuli orang, tapi di situ kita akan belajar selok belok kerja yang kita lakukan. Lama kelamaan boleh buat bisnes sendiri.

2. Hidup bawah paras kemampuan.

Jika gaji hanya seribu sebulan, jangan berbelanja seolah-olah gaji sepuluh ribu sebulan. Jangan kerana mahu mendapat kekaguman orang lain yang hanya beberapa saat cuma, kita terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ada sesetengah daripada mereka sudah jadi jutawan, ada yang sudah balik negara sendiri dengan pikulan emas bukan wang tapi emas.

Kata-kata paling pedas seorang Abang Bangla pernah cakap kepada kawan saya,

"Orang Malaysia ini banyak berlagak. Macam mana gaji 2-3 ribu tara cukup? Pagi-pagi pigi kirija naik kereta, isi minyak mahal-mahal. Tengok saya pigi kirija naik basikal saja.

Kalau makan mesti mau pigi kedai makan, makan mahal-mahal. Saya masak sindiri saya mau makan, pakat dengan kawan-kawan gilir masak-masak.

Saya gaji sebulan 1 ribu saja, tapi saya boleh simpan wang banyak ribu juga. Itu hari saya guna 20 ribu bili rantai emas untuk bini saya Bangladesh sana.

Orang sini gaji mahal-mahal mau simpan sikit-sikit pun susah"

RFS

P/S: Ramai orang pandai buat duit. Semua orang pandai habiskan duit. Tapi tidak ramai yang pandai urus duit.

Perkara paling penting dalam mengurus kewangan adalah membina simpanan. Tapi kalau hutang keliling pinggang, macam mana nak menyimpan?

Ini saya belanja satu ilmu ---> bit.ly/cmsdfreemium

PERCUMA sahaja! Jangan cakap saya tak payung.

Saya ada kongsikan beberapa subjek seperti berikut:
+ Cara mudah dan seronok simpan duit
+ Barah kewangan
+ Ubat merawat barah kewangan
+ Kisah mangsa skim cepat kaya dirawat daripada barah kewangan
+ Bagaimana kawan saya gaji RM1500 boleh beli rumah di Bandar Seri Putra, Bangi
+ Formula kadar harga rumah mampu milik
+ Dan lain-lain

5 STRATEGI IBU BAPA PENDORONG

Ada 5 strategi yang perlu dijalankan bagi menjadi ibu bapa pendorong, iaitu:

1. Buang strategi garang.
2. Mengubah 'konsep diri' negatif ke positif.
3. Mengekalkan 'konsep diri positif' dengan MEMUJI daya usaha, hasil kerja dan prestasi anak.
4. Tingkatkan estim diri (maruah/harga diri) anak.
5. Cipta peluang supaya anak dapat bertindakbalas
dengan maklumat dan pengalaman baru.

Sumber: Mengurus tingkah laku anak gaya Nabi

HIMPUNAN MAHFUZHAT

  • 0
Pondok pesantren di Indonesia sedikit sebanyak terkesan dengan pendidikan daripada Pondok Pesantren Modern Darussalam, Gontor. Antara program yang dijalankan adalah kelas Mahfuzhat (peribahasa Arab). Mahfuzhat wajib dihafaz dan ditulis serta difahami maknanya oleh setiap pelajar sejak tahun satu.

Mahfuzhat yang selalu dilafazkan ini diharapkan dapat menjadi prinsip sepanjang kehidupan para pelajar di pondok, lebih-lebih lagi apabila telah keluar dan berampur dengan masyarakat nantinya.

Bagi yang pernah membaca novel atau menonton filem Negeri 5 Menara pasti ingat dengan kelas Mahfuzhat yang mengajarkan mantera keramat, "Man jadda jada!"


Baca juga: Bagaimana kehidupan para pelajar di maahad

Berikut adalah beberapa Mahfuzhat itu:

1. ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ
1. Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia

2. ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ
2. Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.

3. ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ
3. Barang siapa sabar beruntunglah ia.

4. ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
4. Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit pulalah temannya.

5. ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ
5. Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji.

6. ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ
6. Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan.

7. ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ
7. Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

8. ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ
8. Kesabaran itu menolong segala pekerjaan.

9. ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ
9. Cobalah dan perhatikanlah, niscaya kau jadi orang yang tahu.

10. ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ
10. Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang kubur.

11. ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ
11. Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.

12. ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ
12. Waktu itu lebih mahal daripada emas.

13. ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
13. Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat.

14. ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ
14. Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku.

15. ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ
15. Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam).

16. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ
16. Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.

17. ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ
17. Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang.

18. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ
18. Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di atas batu.

19. ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ
19. Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.

20. ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ
20. Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.

21. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮ
21. Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.

22. ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ
22. Bersatu adalah pangkal keberhasilan.

23. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً
23. Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.

24. ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ
24. Kemuliaan itu dengan adab kesopanan (budi pekerti), bukan dengan keturunan.

25. ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
25. Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).

26. ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ
26. Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.

27. ﺳُﻮْﺀُ ﺍﻟﺨُﻠُﻖِ ﻳُﻌْﺪِﻱ
27. Kerusakan budi pekerti/akhlaq itu menular.

28. ﺁﻓَﺔُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﺍﻟﻨِّﺴْﻴﺎَﻥُ
28. Bencana ilmu itu adalah lupa.

29. ﺇِﺫَﺍ ﺻَﺪَﻕَ ﺍﻟﻌَﺰْﻡُ ﻭَﺿَﺢَ ﺍﻟﺴَّﺒِﻴْﻞُ
29. Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya.

30. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣَﻦْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ ﻓَﻠِﻜُﻞِّ ﺷَﻴْﺊٍ ﻣَﺰِﻳَّﺔٌ
30. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, karena segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.

31. ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻳَﺼْﻠُﺢْ ﻟَﻚَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ
31. Perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan baik padamu.

32. ﻓَﻜِّﺮْ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﺰِﻡَ
32. Berpikirlah dahulu sebelum kamu berkemauan (merencanakan).

33. ﻣَﻦْ ﻋَﺮَﻑَ ﺑُﻌْﺪَ ﺍﻟﺴَّﻔَﺮِ ﺍِﺳْﺘَﻌَﺪَّ
33. Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia.

34. ﻣَﻦْ ﺣَﻔَﺮَ ﺣُﻔْﺮَﺓً ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻴْﻬَﺎ
34. Barang siapa menggali lobang, akan terperosoklah ia di dalamnya.

35. ﻋَﺪُﻭٌّ ﻋَﺎﻗِﻞٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺻَﺪِﻳْﻖٍ ﺟَﺎﻫِﻞٍ
35. Musuh yang pandai, lebih baik daripada kawan yang jahil.

36. ﻣَﻦْ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺣْﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
36. Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya.

37. ﺍِﺟْﻬَﺪْ ﻭَﻻَ ﺗَﻜْﺴَﻞْ ﻭَﻻَ ﺗَﻚُ ﻏَﺎﻓِﻼً ﻓَﻨَﺪَﺍﻣَﺔُ ﺍﻟﻌُﻘْﺒﻰَ ﻟِﻤَﻦْ ﻳَﺘَﻜﺎَﺳَﻞُ
37. Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan jangan pula lengah, karena penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas.

38. ﻻَ ﺗُﺆَﺧِّﺮْ ﻋَﻤَﻠَﻚَ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻐَﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﻘْﺪِﺭُ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﻤَﻠَﻪُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ
38. Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini.

39. ﺍُﺗْﺮُﻙِ ﺍﻟﺸَّﺮَّ ﻳَﺘْﺮُﻛْﻚَ
39. Tinggalkanlah kejahatan, niscaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu.

40. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﺣْﺴَﻨُﻬُﻢْ ﺧُﻠُﻘﺎً ﻭَﺃَﻧْﻔَﻌُﻬُﻢْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ
40. Sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.

41. فيِ التَّأَنِّي السَّلاَمَةُ وَفيِ العَجَلَةِ النَّدَامَةُ
41. Di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan.

42. ثَمْرَةُ التَّفْرِيْطِ النَّدَامَةُ وَثَمْرَةُ الحَزْمِ السَّلاَمَةُ
42. Buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan.

43. الرِّفْقُ بِالضَّعِيْفِ مِنْ خُلُقِ الشَّرِيْفِ
43. Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat).

44. فَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا
44. Pahala/imbalan suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya.

45. تَرْكُ الجَوَابِ عَلىَ الجَاهِلِ جَوَابٌ
45. Tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawabannya.

46. مَنْ عَذُبَ لِسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
46. Barang siapa manir tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya.

47. إِذَا تَمَّ العَقْلُ قَلَّ الكَلاَمُ
47. Apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya.

48. مَنْ طَلَبَ أَخًا بِلاَ عَيْبٍ بَقِيَ بَلاَ أَخٍ
48. Barang siapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.

49. قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
49. Katakanlah yang benar itu, walaupun pahit.

50. خَيْرُ مَالِكَ مَا نَفَعَكَ
50. Sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu.

51. خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
51. Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (sederhana).

52. لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ
52. Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.

53. إِذاَ لمَ ْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
53. Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).

54. لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً
54. Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir.

55. لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
55. Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.

56. لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ
56. Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya.

57. وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً
57. Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.

58. هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ
58. Hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri.

59. رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
59.Pokok dosa itu, adalah kebohongan.

60. مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ
60. Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya.

61. لَيْسَ الجَمَالُ بِأَثْوَابٍ تُزَيِّنُنُا إِنَّ الجَمَالَ جمَاَلُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
61. Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan.

62. لاَ تَكُنْ رَطْباً فَتُعْصَرَ وَلاَ يَابِسًا فَتُكَسَّرَ
62. Janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan.

63. مَنْ أَعاَنَكَ عَلىَ الشَّرِّ ظَلَمَكَ
63. Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu.

64. أَخِي لَنْ تَنَالَ العِلْمَ إِلاَّ بِسِتَّةٍ سَأُنْبِيْكَ عَنْ تَفْصِيْلِهَا بِبَيَانٍ: ذَكَاءٌ وَحِرْصٌ وَاجْتِهَادٌ وَدِرْهَمٌ وَصُحْبَةُ أُسْتَاذٍ وَطُوْلُ زَمَانٍ
64. Saudaraku, kamu tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas.
- Kecerdasan
- Rakus (terhadap ilmu)
- Kesungguhan
- Harta benda (bekal)
- Mempergauli guru
- Waktu yang panjang

65. العَمَلُ يَجْعَلُ الصَّعْبَ سَهْلاً
65. Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah.

66. مَنْ تَأَنَّى نَالَ مَا تَمَنَّى
66. Barang siapa berhati-hati niscaya mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan.

67. اُطْلُبِ العِلْمَ وَلَوْ بِالصَّيْنِ
67. Carilah/tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina.

68. النَّظَافَةُ مِنَ الإِيْمَانِ
68. Kebersihan itu sebagian dari iman.

69. إِذَا كَبُرَ المَطْلُوْبُ قَلَّ المُسَاعِدُ
69. Kalau besar permintaannya maka sedikitlah penolongnya.

70. لاَ خَيْرَ فيِ لَذَّةٍ تَعْقِبُ نَدَماً
70. Tidak ada baiknya sesuatu keenakan yang diiringi (oleh) penyesalan.

71. تَنْظِيْمُ العَمَلِ يُوَفِّرُ نِصْفَ الوَقْتِ
71. Pengaturan pekerjaan itu menabung sebanyak separohnya waktu.

72. رُبَّ أَخٍ لَمْ تَلِدْهُ وَالِدَةٌ
72. Berapa banyak saudara yang tidak dilahirkan oleh satu ibu.

73. دَاوُوْا الغَضَبَ بِالصُّمْتِ
73. Obatilah kemarahan itu dengan diam.

74. الكَلاَمُ يَنْفُذُ مَالاَ تَنْفُذُهُ الإِبَرُ
74. Perkataan itu dapat menembus apa yang tidak bisa ditembus oleh jarum.

75. لَيْسَ كُلُّ مَا يَلْمَعُ ذَهَباً
75. Bukan setiap yang mengkilat itu emas.

76. سِيْرَةُ المَرْءِ تُنْبِئُ عَنْ سَرِيْرَتِهِ
76. Gerak-gerik seseorang itu menunjukkan rahasianya.

77. قِيْمِةُ المَرْءِ بِقَدْرِ مَا يُحْسِنُهُ
77. Harga seseorang itu sebesar (sama nilainya) kebaikan yang telah diperbuatnya.

78. صَدِيْقُكَ مَنْ أَبْكَاكَ لاَ مَنْ أَضْحَكَكَ
78. Temannmu ialah orang yang menangiskanmu (membuatmu menangis) bukan orang yang membuatmu tertawa.

79. عَثْرَةُ القَدَمِ أَسْلَمُ مِنْ عَثْرَةِ اللِّسَانِ
79. Tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah.

80. خَيْرُ الكَلاَمِ مَا قَلَّ وَدَلَّ
80. Sebaik-baik perkataan itu ialah yang sedikit dan memberi penjelasannya/jelas.

81. كُلُّ شَيْئٍ إِذَا كَثُرَ رَخُصَ إِلاَّ الأَدَبَ
81. Segala sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali budi pekerti.

82. أَوَّلُ الغَضَبِ جُنُوْنٌ وَآخِرُهُ نَدَمٌ
82. Permulaan marah itu adalah kegilaan dan akhirnya adalah penyesalan.

83. العَبْدُ يُضْرَبُ بِالعَصَا وَالحُرُّ تَكْفِيْهِ بِالإِشَارَةِ
83. Hamba sahaya itu harus dipukul dengan tongkat, dan orang yang merdeka (bukan budak) cukuplah dengan isyarat.

84. اُنْظُرْ مَا قَالَ وَلاَ تَنْظُرْ مَنْ قَالَ
84. Perhatikanlah apa-apa yang dikatakan (diucapkan) dan janganlah meperhatikan siapa yang mengatakan.

85. الحَسُوْدُ لاَ يَسُوْدُ
85. Orang yang pendengki itu tidak akan menjadi mulia.

86. الأَعْمَالُ بِخَوَاتِمِهَا
86. Tiap-tiap pekerjaan itu dengan penyelesaiannya.

87. إِلهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً # وَلاَ أَقْوَى عَلىَ النَّارِ الجَحِيْمِ
87. Wahai Tuhanku, aku bukanlah ahli surga tapi aku tidak kuat di neraka.

3 ILMU KITA KENA CARI SENDIRI

  • 0
Pada pemerhatian saya, ada 3 ilmu yang kalau kita tak usaha cari dan belajar sendiri, kita akan amalkan mengikut pengalaman yang kita rasa dan lihat sendiri daripada ibu bapa, atuk nenek, pakcik makcik atau nasihat saudara, rakan, jiran ataupun sekadar terikut-ikut orang lain, sama ada disedari atau tidak.

1. Ilmu perhubungan antara pasangan suami isteri
2. Ilmu keibubapaan
3. Ilmu kewangan

Ketiga ilmu ini sangat penting tapi malangnya ketiga ilmu ini tidak diajar secara formal di bangku sekolah dan di bilik kuliah.


Mana Nak Cari?

1. Ilmu perhubungan antara pasangan suami isteri

Boleh baca dan ulang selalu buku seperti:
+ Suami Memimpin, Isteri Mengurus oleh Pak Utih
+ Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps
+ Men Are From Mars, Women Are From Venus

2. Ilmu keibubapaan
Baca buku-buku parenting seperti:
+ Tarbiyah al-Awlad ataupun Prophetic Parenting
+ Ibu Kool Bapa Hebat
+ Segenggam Iman Anak Kita

3. Ilmu kewangan
+ Rich Dad Poor Dad
+ Jutawan Dari Planet Jupiter atau boleh juga Maharaja Wang oleh Tuan Azizi Ali
+ Ebook ini --->  Nota Duit

Saya percaya setiap ringgit yang anda laburkan bagi membeli buku ini, setiap minit yang anda habiskan bagi membaca dan mempelajari ilmu yang terkandung di dalamnya, akan sangat bermanfaat jika dapat diamalkan sepanjang hidup anda.

Oh, banyak sangat! Tak mampu nak beli dan baca semua. Apatah lagi nak amalkan. 

Kata ulama', "Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua."

Wallahu ta'ala a'lam.


RFS

PRINSIP IBU BAPA PENDORONG

  • 0

Ada 5 prinsip yang perlu menjadi pegangan bagi menjadi ibu bapa pendorong.

1. Pujian sebagai motivasi
2. Tidak siasat kesalahan anak
3. Tidak kritik diri dan salah anak
4. Menjaga dan menyelamatkan maruah anak
5. Berkata positif atau lebih baik diam

Sumber: Mengurus tingkah laku anak gaya Nabi

BUKU PELABURAN HARTANAH

  • 0

Saya sudah baca lebih 50 buku pelaburan hartanah. Buku terbaik yang saya cadangkan daripada penulis Malaysia adalah buku tulisan Renesial Leong yang bertajuk:

1. Property Jewels
2. Your Tenant Your Jewels
3. Commercial Property Jewels

[Tuan Ezam Marjan ]

Saya bertuah dapat memiliki 2 daripada 3 tajuk buku yang dikongsikan di atas memandangkan agak sukar hendak mendapatkan buku-buku itu.

Buku yang saya miliki adalah dalam versi bahasa Malaysia.

RFS

P/S: Mana nak cari buku Commercial Property Jewels? :v

PROFIT-BASED MEDICINE?

Biasanya setiap kali sebelum ke klinik langganan, suri saya akan menelefon klinik terlebih dahulu bagi memastikan bahawa doktor yang bertugas adalah doktor pilihan kami.

Namun minggu lepas ketika anak saya sakit kulit, saya terus membawa anak ke klinik tanpa bertanyakan siapa doktor yang bertugas. Kebetulan doktor yang sedang bertugas ketika itu sememangnya bukan doktor yang biasa menjadi pilihan kami.

Selepas pemeriksaan dibuat, saya bertanyakan apa nama penyakit yang menyerang kulit anak saya. Kata beliau, "impetigo."

Saya bertanya lagi adakah ia berjangkit memandangkan anak saya seorang lagi seakan mula menunjukkan gejala serupa. Tambahan pula anak saya dijaga di pusat asuhan bersama kanak-kanak lain.

Beliau mengatakan tidak berjangkit. Saya agak musykil kerana biasanya sakit kulit boleh berjangkit.

Saya bertanya sekali lagi sebelum keluar dari bilik rawatan. Jawapan yang diberikan sama. Oh, ok. Namun dalam hati masih ragu.

Keraguan saya bertambah apabila mendapat ubat daripada kaunter farmasi. Saya menjangkakan hanya akan menerima satu dua ubat sahaja iaitu ubat sapu dan minum.

Namun saya mendapat ubat tambahan iaitu ubat demam/tahan sakit (walaupun anak saya tidak demam dan doktor sendiri sudah membuat pemeriksaan menggunakan alat pengukur suhu badan) dan ubat tahan gatal/selesema. Di samping itu antibiotik diarahkan supaya diminum sebanyak 3.5ml 4 kali dalam sehari. Oh!

Apakah perkara ini juga dinamakan dengan praktik PROFIT-BASED MEDICINE?

Saya tidak pasti.

RFS

UCAPKAN SAYANG

  • 0

Walaupun isteri Anda tahu bahawa Anda menyayanginya, dia tetap mengharapkan Anda mengucapkan, "Saya sayang awak" atau yang seumpamanya dan berasa bahagia apabila mendengarnya.

Anda pula memang perlu mengucapkannya berulang kali bagi meneguhkan komitmen cinta terhadapnya.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS

MARAH SEBAB SAYANG?

  • 0
Seorang peserta bertanya kepada saya, "Bolehkah kita marah anak, tetapi selepas itu kita berkata kepada mereka bahawa kita marah kerana sayang?"

1. Marah bukan satu-satunya cara untuk menjelaskan perasaan sayang.

2.  Teknik marah yang salah memberi kesan negatif kepada psikologi. Sukar sekali kita mendengar kata-kata positif diucapkan oleh orang yang sedang marah.

3. Nabi menunjukkan beliau diam ketika marah. Apabila tingkah laku orang lain berubah, beliau senyum dan memuji kebaikan.

4.Apabila ibu bapa kerap menggunakan alasan "marah kerana sayang", kita akan memerhati tingkah laku konsisten kanak-kanak iaitu:
Mereka mengulang-ulang tingkah laku nakal supaya mereka dimarah. Marah tanda sayang. Apabila buat nakal, mereka mendapat perhatian.


Sumber: Cikpuan Nurhidayah Jaafar

3 PERKARA BUAT HIDUP LEBIH BERKUALITI

The quality of your life will depend on 3 thing.
1. The books you read
2. The people you spend time with
3. The dreams you dream
[Unknown]

Aplikasi:
1. Baca al-Quran, kitab Hadis, buku-buku yang berkualiti
2. Berkenalan, berkawan dan bergaul dengan orang-orang yang positif dan berusah menjadi orang yang positif bagi orang lain.
3. Tetapkan impian dan matlamat. Ianya percuma. Kemudian berikhtiar bagi mencapainya.

Wallahu al-Musta'an.

RFS

ZIKIR PILIHAN

Salah satu daripada sekian banyak zikir/wirid yang diajarkan oleh Bonda kepada saya dan adik-beradik yang lain adalah seperti berikut.

. ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻟَﺎ ﻣَﺎﻧِﻊَ ﻟِﻤَﺎ ﺃَﻋْﻄَﻴْﺖَ، ﻭَﻟَﺎ ﻣُﻌْﻄِﻲَ ﻟِﻤَﺎ ﻣَﻨَﻌْﺖَ، ﻭَﻟَﺎ ﺭَﺍﺩَّ ﻟِﻤَﺎ ﻗَﻀَﻴْﺖَ، ﻭَﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻊُ ﺫَﺍ ﺍﻟْﺠَﺪِّ ﻣِﻨْﻚَ ﺍﻟْﺠَﺪُّ

Bonda mengajarkan zikir ini ketika saya masih di sekolah rendah dan belum tahu apa makna lafaz yang saya hafal.

Apabila saya telah belajar dan faham bahasa Arab, saya begitu kagum dengan makna zikir ini. Sungguh indah.

Zikir ini tentang tawakal, berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

Wallahu ta'ala a'lam.


RFS

KADAR AIR YANG PERLU DIMINUM

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air.

Cara kira:
Berat badan (kg) / 25kg
= Jumlah air (liter) yang perlu diminum setiap hari

Untuk hidup lebih sihat, kita perlu minum air kosong mengikut keperluan badan.

RFS

P/S; Saya perlu minum 2.8 liter air kosong setiap hari.

PANDANGAN PERIBADI SAYA TENTANG VAKSIN

  • 0
Bismillah.

Mereka yang anak-anaknya terkena AEFI adalah ibu bapa yang percaya dengan kebaikan vaksin dan imunisasi. Oleh kerana percaya dengan kebaikannya itu, mereka membawa buah hati kesayangan ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Apa yang dapat saya simpulkan, menurut GPF apa yang berlaku (pada gambar) ini adalah AEFI. Berkenaan pengkelasan (klasifikasi) AEFI ini hanya boleh dipastikan selepas siasatan yang terperinci dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

---------- selingan ----------
Mohon jangan hina diri anda dengan mengatakan bahawa ini adalah kesan melecur terkena air panas, seterika, ekzos, rokok dan sebagainya. Mohon luangkan sedikt masa bagi membaca keterangan (caption) pada gambar sebelum memberi komentar.

Usah pula mengatakan bahawa kesan sampingan daripada suntikan vaksin sepatutnya bermula di paha (kawasan suntikan), bukannya di belakang badan. Ini boleh menyerlahkan kerendahan tahap intelektual anda tentang sistem tubuh badan manusia).
---------- ---------- ----------

Namun yang menjadi masalah, ibu bapa sungguh sukar hendak mendapat kerjasama daripada pihak pegawai perubatan dan jururawat yang terbabit bagi membuat laporan AEFI.

Pihak pegawai perubatan dan jururawat yang berkenaan juga sukar hendak mengakui bahawa ini adalah AEFI serta seboleh-bolehnya hendak menafikannya dengan pelbagai teori dan alasan.

Melihat daripada yang berlaku ini sepertinya menjadi sebuah kewajaran apabila ibu bapa hendak mempertimbangkan semula sama ada masih mahu meneruskan pemberian vaksin atau terus berhenti serta merta.

Pilihan di tangan masing-masing.
_____

Saya secara peribadi begitu kagum dan hormat kepada sesiapa sahaja yang berkerjaya sebagai pegawai perubatan ataupun jururawat. Bagi saya, hanya mereka yang memiliki jiwa kental dan cekal sahaja layak dan mampu memilih kerjaya sebagai pegawai perubatan dan jururawat.

Namun dalam hal vaksin dan imunisasi, izinkan saya dan rakan-rakan memilih jalan yang berbeza dengan kebanyakan para pegawai perubatan dan jururawat selama ianya tidak bercanggah dengan kehendak syariat.

Walau bagaimanapun, kami memilih jalan ini bukannya tanpa ilmu dan hujah tersendiri. Menolak vaksin tidak bermakna menolak peranan industri perubatan dan farmasi secara keseluruhannya. Dan jauh sekali daripada hendak mencabar, memperlekeh mahupun memburukkan kerjaya para pegawai perubatan dan jururawat. Tidak sama sekali.

Namun para pegawai perubatan dan jururawat usahlah memaksa kami mengikut kehendak mereka. Apatah lagi mendabik dada berasa bahawa mereka lebih tahu dan paling benar dalam perkara ini serta memandang rendah ilmu dan pengalaman ibu bapa yang memilih untuk tidak menerima/meneruskan pemberian vaksin bagi buah hati kesayangan.

Boleh jadi ibu bapa yang mereka pandang rendah itu lebih tahu dan lebih banyak mengkaji tentang vaksin dan hubungannya dengan sistem ketahanan tubuh badan manusia (imuniti).

Mohon hormati pilihan orang lain sekiranya mahu dihormati.

What you give, you get back.

Wallahu ta'ala a'lam.


Mohon Cikpuan yang budiman lagi bijaksana sudi menilai dan memberi pandangan ke atas hujah saya berikut ini.

1. Setiap vaksin yang telah, sedang dan akan disuntikkan ke dalam tubuh seorang bayi mengandungi bahan-bahan tertentu seperti formaldehyde, aluminum, thimerosal (merkuri), MSG, antibiotik dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh badan dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Rujukan:
> http://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/additives.htm
> http://www.cdc.gov/.../vaccine-decision/side-effects.html
> http://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/side-effects.htm

2. AEFI (Adverse Event Following Immunization)

Sebarang kesan advers yang dialami setelah pelalian diberikan yang dipercayai disebabkan oleh pelalian tersebut. [GPF m/s 6]

Apa sahaja bentuk kesan sampingan yang berlaku selepas pemberian vaksin sama ada ringan (demam, ruam, bengkak), sederhana (muntah-muntah, pingsan, sawan) mahupun serius (kecacatan otak, lumpuh, kematian) disebut dengan istilah AEFI.

Secara ringkasnya GPF adalah sebuah polisi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengatur dan mengawasi keselamatan proses vaksinasi/imunisasi.

Menurut GPF, setiap AEFI yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak yang berkenaan supaya dapat direkodkan dan dilakukan tindakan yang sepatutnya.

Rujukan:
> http://moh.gov.my/.../Garispanduan_Farmakovigilans.pdf
> http://www.pharmacy.gov.my/.../garispanduan...

3. Di Amerika Syarikat, dalam sehari sahaja ada beberapa kali laporan AEFI dibuat. Dalam setahun pula ada ribuan laporan AEFI dilaporkan. Kesemua laporan ini dapat dengan mudah dimuat turun (download) pada laman sesawang CDC* dan VAERS.

* CDC (Centers for Disease Control and Prevention) adalah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat dibawah US Department of Health and Human Services yang berperanan mengawal sesuatu wabak penyakit dan menjalankan usaha-usaha pencegahan sesuatu penyakit itu daripada menular.

Rujukan:
> http://wonder.cdc.gov/vaers.html
> https://vaers.hhs.gov/data/data
_____

Saya berikan rujukan daripada link CDC, VAERS dan KKM. Kesemua ini adalah badan yang berautoriti dalam bidangnya.

Wallahu ta'ala a'lam.

P/S: Ini adalah antara hujah yang saya sampaikan dalam perbincangan atau mungkin lebih tepatnya perdebatan tentang kesan vaksin di sini.

TIPS MELANCONG KE CAMERON HIGHLAND

1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau musim perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal yang normal.
+ kesukaran untuk park kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.

2. Jika anda mahu membeli buah tangan atau buah/sayuran/teh dan lain-lain, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh mendapatkan buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 sahaja berbanding jika anda beli di kawasan lain mungkin hanya 3 pek dengan RM10.

Anda boleh beli teh uncang sekotak RM5 dan jika beli lebih anda boleh dapat tawaran istimewa jika anda bijak mengayat.

Saya pernah mmbeli 20 kotak teh uncang dengan rm100 serta mendapat strawberry white coffe sekotak dengan percuma (harga RM0 jika beli).

Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.

3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan porsi yang kenyang, lauk yang hebat harga yang memuaskan, masakan sedap, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Parkir kereta, jalan kaki untuk buat tinjauan (survey). Biasa backpackers suka menginap di hotel begitu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil ada bilik yang pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Sumber: Fadillah Nur

TIPS PEMBELIAN PENYAMAN UDARA

Untuk memilih penyaman udara yang bersesuaian perlulah merujuk kepada "Cooling Capacity" dalam unit Btu/hr seperti 1HP, 1.5HP atau 2HP. Bukannya memilih penyaman udara dengan harga paling murah.

"Rule of Thumb" bagi memilih penyaman udara adalah seperti berikut:

7.5 x Luas ruang (panjang x lebar) x tinggi

Contoh:

Bilik tidur dengan keluasan 10x20 kaki dan tinggi 10 kaki

Cooling Capacity (Btu/Hr)
= 7.5 x (luas ruang) x tinggi bilik
= 7.5 x (10x20) x 10
= 15000 Btu/hr @ 1.5HP
(1HP = 10000 Btu/hr)

Oleh itu, kita perlu membeli penyaman udara dengan kuasa 1.5HP untuk bilik tidur berkenaan.

Sekiranya kita membeli penyaman udara 1HP yang sememangnya lebih murah, kemungkinan besar bilik tidur itu tidak cukup sejuk dan penyaman udara akan sering mengalami kerosakan walaupun baru sahaja dibeli.

Jenama yang dicadangkan adalah York dan Acson kerana spare part mudah dan murah berbanding dengan Panasonic.

Sumber: Khairul Hamzi

KESILAPAN KEWANGAN ANAK MUDA BIASA BUAT

  • 0

Beberapa kesilapan pengurusan kewangan yang biasa dilakukan oleh anak muda bila mula bekerja:

1. Membeli kereta idaman dengan slip gaji pertama.
2. Bergaya dengan pakaian mahal dan berjenama.
3. Sentiasa bertukar gajet terkini, kadang-kadang secara berhutang.
4. Tidak segera mula membina simpanan kecemasan.
5. Menangguh menyimpan untuk deposit pembelian rumah.
6. Lebih banyak berhibur, kurang minat belajar tentang kewangan, bisnes dan pelaburan.
7. Tidak melanggan polisi takaful.
8. Terjebak dengan skim cepat lingkup dan MLM wayang.
9. Tidak disiplin dalam menggunakan kad kredit.
10. Membuat pinjaman peribadi, biasanya untuk belanja kahwin.
11. Tidak menyusun bajet bulanan dan penyata kewangan.
12. Menangguh pembayaran hutang PTPTN.
13. Memulakan pelaburan dengan berhutang dan tanpa simpanan yang cukup sebagai sokongan (back up).
14. Mengizinkan identiti peribadi digunakan oleh ahli keluarga atau rakan untuk memohon pinjaman.
15. Menjadi penjamin kewangan bagi pinjaman orang lain.
16. Membeli barang liabiliti guna ansuran mudah 3-5 tahun.

Ada lagi? Mohon komen di bawah. Boleh juga kongsi pengalaman peribadi ataupun pengalaman orang lain.

RFS

P/S: Kalau anda serius nak belajar ilmu kewangan lebih luas dan mendalam, saya rekemen anda laburkan RM30 untuk study ebook ini ---> bit.ly/kitabduit

CAPITAL APPRECIATION

  • 0

Ada yang bertanya tentang capital appreciation dalam group pelanggan mudahsimpanduit.blogspot.com dan di bawah ini adalah jawapan saya.

Capital appreciation antara landed property vs non landed property, selalunya landed property menang tapi untuk cash flow selalunya non landed menang.

Kalau antara sesama non landed property pula, secara mudah urutannya adalah seperti berikut ini, bermula dari yang paling tinggi capital appreciation-nya;
1. Condo
2. Medium cost apartment
3. Flat (low cost)

Biasanya capital appreciation ditentukan oleh beberapa perkara berikut ini:
+ kemudahan seperti pool, gym, gated, guarded, lift, parking lot, dll.
+ keadaan property seperti leasehold vs freehold, master title vs strata title, kepadatan hunian, pengurusan JMB, majoriti penghuni (penjawat awam, pelajar, pekerja/pelajar asing, dll), tahap keselamatan, dll.
+ kemudahan yang berhampiran seperti: KTM/LRT, akses keluar masuk, tol, pasaraya, bank, sekolah, masjid/surau, restoran, kedai runcit, dll.

Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan.

Kesemua perkara ini boleh kita tahu dan rasa sendiri bila kita buat sendiri site view ke hartanah yang nak kita beli.

RFS

P/S: Kalau ada kesilapan atau ada maklumat yang tertinggal, mohon komen di bawah. ^_^

bit.ly/kitbelirumah

ADAB MEMANDU DI JALAN RAYA

  • 0
Antara adab-adab memandu di jalan raya adalah seperti berikut.

1. Laluan paling kanan adalah untuk laluan kenderaan dengan kelajuan tinggi. Laluan ini juga digunakan untuk memotong.

2. Berikan lampu tinggi kepada kenderaan yang melaju perlahan di lorong paling kanan agar bertukar laluan ke kiri. Kalau kenderaan di depan buat tidak tahu atau tidak perasan, mungkin itulah masanya hon boleh digunakan.

3. Laluan tengah untuk kelajuan sederhana. Jika di lebuh raya untuk kenderaan yang dipandu mengikut had laju.

4. Laluan paling kiri untuk kelajuan yang lebih perlahan dan kenderaan berat/besar.

5. Apabila memandu di lorong paling kanan, sekali-sekala perhatikan kenderaan di belakang yang mungkin melaju tinggi dan hendak memotong.

6. Berikan lampu isyarat apabila hendak bertukar laluan sama ada ke kiri atau ke kanan.

7. Hanya bertukar laluan apabila keadaan selamat, bukannya berharap kenderaan di belakang memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan.

8. Berikan lampu isyarat dalam tempoh masa yang cukup (sekurang-kurangnya 5 saat) sebelum bertukar laluan, bukannya mengejut.

9. Hon diciptakan bukan untuk jadi tunggul kayu. Ia mempunyai fungsi tertentu. Gunakan ia jika terpaksa dan perlu.

Sekian khidmat masyarakat ini disampaikan.

Pandu cermat jiwa selamat.

RFS
Penunggang kapcai
Kadang-kadang jadi pemandu

P/S: Kalau ada yang salah, mohon maafkan dan tolong betulkan. ^_^

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ASET

  • 0
No. 1 apabila sudah cukup kuota, terus tukar jadi no. 2. Tabung kecemasan 6 bulan wajib ada.

No. 2 lagi banyak lagi elok. Kena banyak belajar supaya bijak nak uruskan.

No. 3 sekadar untuk keperluan sahaja. Usah berlebihan.

Lemak badan perlu dijaga agar kekal BMI normal. ;)

RFS

P/S: Sebahagian makna aset yang dinyatakan dalam gambar di atas tidak seperti makna aset bagi sesetengah orang. Bagi sesetengah orang, aset adalah apa sahaja yang membuat duit masuk ke dalam poket. Manakala apa sahaja yang membuat duit keluar poket adalah liabiliti.

NASIHAT BAGI BAKAL PENGANTIN BARU

Buat kawan-kawan dan adik-adik yang bakal membina rumah tangga, antara sunnah-sunnah selepas pernikahan adalah seperti berikut ini.

- Suami solat sunat berjemaah dengan isteri, ini amalan sahabat. Buat pada malam pertama.
- Suami pegang ubun-ubun isteri dan baca doa.
- Suami hidang susu untuk isteri.

Ringkasnya semua amalan ini dibuat malam pertama di dalam bilik berdua dengan isteri, BUKAN depan orang ramai.

Amalan suami mencium isteri di hadapan para tetamu, tok kadi, wali dan saksi entah datang dari mana. Jangan tanya saya. -_-

Wallahu ta'ala a'lam.


BELANJA KAHWIN

Belanja kahwin yang paling banyak menelan kos biasanya untuk belanja kenduri dan wang hantaran.
Untuk menjimat perbelanjaan kenduri kahwin, rancang untuk sekalikan majlis nikah dan walimah pada hari yang sama.

Untuk perbelanjaan yang lebih jimat, buat kenduri yang sederhana. Utamakan belanja keperluan seperti makan minum tetamu dan tempat yang selesa.

Kurangkan belanja kehendak seperti mahligai pengantin macam anak raja, pakaian pengantin yang dipakai sehari cuma, kek 7 tingkat, DJ dan sound system konsert Jom Heboh, khidmat juru kamera dan sesi penggambaran macam nak masuk majalah, goodies bag atau bunga telur, sewa kereta mewah dan sebagainya.

Ingat, lagu tema kita adalah Kun Anta. ;)

Perbelanjaan selepas perkhawinan lebih penting daripada perbelanjaan majlis kahwin yang orang kata, "Alah, apa salahnya? Sekali seumur hidup."
_____

Tips berbelanja.
- Ukur baju di badan sendiri.
- Belanja di bawah paras kemampuan, bukannya mengikut kemampuan.
- Bezakan antara keperluan dan kehendak.
- Orang yang membazir bersaudara dengan syaitan. (Surah al-Isra': 27)
- Tidak boros, tidak kedekut, berpada-pada dalam membelanjakan wang. (Surah al-Furqan: 67)
_____

Untuk wang hantaran pula, tukar dengan sesuatu yang nampak lebih bernilai tapi dengan kos yang lebih rendah. Contohnya rumah, kereta, polisi takaful.

Rumah boleh cari yang bawah harga pasaran atau rumah dengan deposit/booking fee yang rendah.
Untuk memiliki kereta hanya perlu bayar sedikit wang muka.  Pastikan kereta mampu milik supaya tidak terbeban dengan ansuran bulanan.

Dengan RM100 sebulan atau RM1200 setahun, seorang anak muda boleh mendapat perlindungan asas sebanyak setengah juta.

Alternatif lainnya sijil ASB, SSP BSN, emas dan sebagainya.

Sekian perkongsian ringkas daripada saya seorang bujang tiga. Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu bakal pengantin dalam membuat persediaan.

RFS

P/S: Jangan suka tayang sweet (kemesraan) suami isteri di media sosial. Orang yang suka sangat tayang sweet di media sosial, di samping banyak mendapat pujian, rumah tangganya juga akan lebih banyak mendapat ujian.

Kehidupan dalam rumah tangga bukannya semua manis-manis belaka. Ada juga masam, sekali-sekala masin dan terkadang pahit. Namun semua itulah yang akan mendewasakan diri dan mematangkan fikiran.

3 CARA BELI RUMAH

  • 0
Nak beli rumah ada 3 cara:

1. Beli rumah baru daripada pemaju. Biasanya entry cost rendah. Tapi installment tinggi sebab selalunya rumah baru mahal-mahal.

Booking fee dalam RM3k-5k. Deposit ada diskaun 5-7%. S&P, legals fee, stamp duty, loan agreement, takaful dan lain-lain selalunya percuma (masuk dalam harga/hutang rumah).


2. Rumah sub sale (terpakai). Entry cost sederhana. Installment pun sederhana mengikut pilihan rumah dan bajet yang ditentukan sendiri.

Deposit 10% memang wajib kecuali bagi kes-kes tertentu di mana hartanah dijual dengan harga di bawah harga pasaran.

Kalau jumpa rumah > 10% bawah harga pasaran dan penjual bersetuju tak perlu bayar penuh 10% deposit (bayar booking fee sahaja), maka entry cost kadang-kadang lebih rendah berbanding entry cost beli rumah daripada pemaju.

Baca: Bagaimana cara beli rumah 2 tahun sekali.


3. Rumah lelong. Entry cost agak tinggi tapi installment rendah.

Baca: Tips membeli rumah lelong

Kenapa entry cost tinggi? Sebab wajib buat bank draft 10% dari harga rizab, duit topup deposit kalau harga naik masa lelongan, kos baik pulih sebelum rumah boleh ditempati.

Kenapa installment rendah? Sebab selalunya rumah lelong dijual dengan harga di bawah harga pasaran. Kalau dijual ikut harga pasaran, lebih baik beli rumah sub sale.

Baca: Kesilapan pembeli rumah lelong yang wajib dielakkan


RFS

P/S: Setakat ini saya masih belum berjaya beli rumah melalui lelongan. Persaingan agak sengit. :D

Baca: Berapa harga rumah paling mahal yang mampu saya beli?