CARA SELESAIKAN MASALAH KEMISKINAN

  • 0
Untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian suatu masalah, kita perlu mengelak daripada menjadi sebahagian daripada masalah itu.

Cara untuk menyelesaikan masalah kemiskinan adalah dengan tidak menjadi miskin.

Bagi sebahagian orang, tidak mengapa tidak jadi orang kaya. Sememangnya bukan semua orang boleh jadi orang kaya. Tapi setiap orang perlu berusaha agar tidak terus-menerus jadi orang miskin. Ini wajib.

Kenapa wajib? Sebab salah satu rukun Islam adalah zakat. Zakat hanya boleh ditunaikan oleh orang yang tidak miskin sahaja.

Apa ukurannya? Apabila seseorang memiliki harta sekurang-kurangnya senilai 85 gram emas dan tempoh pemilikannya sempurna sepanjang 1 tahun hijrah, maka dia telah wajib menunaikan zakat sejumlah 2,5% daripada hartanya.

Ketika seseorang muslim telah mampu menunaikan zakat, barulah dia boleh dikatakan bukan orang miskin.

Wallahu ta'ala a'lam.


RFS