NAK JADI JUTAWAN? URUS BAB INI DULU

  • 0
Ramai yang bercita-cita nak jadi jutawan. Tapi masalahnya, gaji setiap bulan yang tak banyak mana itu pun tak dapat diuruskan dengan baik.

Jangan mimpi ada net worth tinggi kalau simpan 10% daripada pendapatan pun masih terkial-kial lagi.

Tak perlu pergi jauh-jauh, cuba tengok balik gaji yang dapat baru ni berapa lagi ada baki?

Masih ada 4 angka? Atau dah tinggal 3 angka? Harapnya tak lah hanya 2 angka sahaja.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
Jutawan Rupiah

4 PERKARA YANG MAHASISWA ATAU GRADUAN MUDA KENA ELAK ATAU TINGGALKAN

  • 0
Saya pernah jadi mahasiswa selama 5 tahun. Tiga tahun di Darul Quran JAKIM, 2 tahun di IAIN Jambi. Selepas habis belajar, alhamdulillah saya terus dapat kerja. Di bawah ini saya kongsikan 4 perkara yang perlu dielakkan atau ditinggalkan terus oleh mahasiswa atau graduan muda.

1. Merokok

Amalan ini adalah satu pembaziran. Mereka yang dah lama merokok sedar perkara ini, tapi bukan mudah nak berhenti. Awak yang masih muda belia, kalau belum pernah merokok, jangan cuba-cuba. Tak kisah lah rokok konvensional ke rokok elektrik. Yang pasti ini bukan satu keperluan tapi menelan belanja yang tidak sedikit. Makin lama, makin banyak. Bagi yang masih merokok, carilah apa cara sekalipun yang penting boleh berhenti. Sayangi anak, isteri dan juga diri sendiri.

2. Couple

Couple Ini biasanya bermula dengan tindakan lelaki tackle hati perempuan untuk dijadikan kekasih atau stock geli-geli. Yang jadi kekasih dan berjaya naik taraf jadi isteri tu hanya sedikit yang berjaya. Yang banyaknya terkandas kat tepi jalan. Tapi yang jadi stock geli-geli tu memang malang lah. Dah bagi hati, ramai jugak yang bagi body, tapi usah harap laki nak jadikan isteri. Kalau dapat baby, tak tahulah macam mana nasib budak tu nanti.

Zaman sekarang ini orang laki kalau nak tengok aksi suami isteri hanya di hujung jari. Dari alam fantasi ke alam realiti. Bermula dengan teori, kemudian nak buat praktikal. Kalau ada perempuan bagi peluang, memang dia tak kan lepaskan. Dan untuk dapat peluang tu lelaki sanggup bersabar dan korbankan banyak perkara. Yang ni perempuan kena faham betul-betul.

Jadi buat gegadis kat luar sana yang sedang jadi girlfriend mana-mana lelaki, cuba fikir-fikir lagi apa faedah bagi anda dalam hubungan sekarang ini? Lebih baik break segera atau cepat-cepat jumpa tok kadi.

Lelaki yang mulia tak akan ajak dating anak dara orang. Perempuan yang mahal pula tak akan keluar dating dengan lelaki ajnabi.

3. Bisnes MLM wayang

Bisnes MLM tak masalah. Yang jadi masalah bisnes MLM wayang. Produk dan perkhidmatan sekadar wayang, yang lebihnya macam mana boleh jadi jutawan minggu depan dengan cara ajak join seramai yang boleh awak punya kawan dan kenalan. Ada beberapa cara nak kenali bisnes seumpama ini.

A. Orang ramai nak join bukan sebab produk/perkhidmatan sangat, tapi sebab kononnya boleh kaya dengan segera.
B. Modal permulaan yang tidak sedikit. Bisnes MLM yang betul boleh mula dengan modal yang rendah. Nak mula bisnes seeloknya memang dengan modal kecil. Kalaupun lingkup, masih mampu teruskan hidup.
C. Kalau sampai perlu buat loan, memang sah kena lari laju-laju dan jauh-jauh. Apa jua strategi dan teknik yang diajar, bisnes tak patut dimulakan dengan pinjaman.

4. Pelaburan yang too good to be true

Pelaburan memang boleh jana pendapatan pasif, kerja sekali dapat hasil berkali-kali. Tapi kena faham, pelaburan ada beza dengan perniagaan. Tapi di sebalik setiap pelaburan, ada perniagaan.

Apa beza pelaburan dengan perniagaan?
A. Pelaburan sifatnya pasif (hanya perlu letak duit), manakala perniagaan aktif (banyak kerja kena buat).
B. Pelaburan pulangannya kecil (kalau setahun boleh dapat 20% dah ok sangat), perniagaan pulangannya besar (untung 100% tu biasa).
C. Pelaburan tempoh nak dapat pulangan lambat (6 atau 12 bulan), perniagaan pula cepat (harian, mingguan, bulanan). Kalau ada pelaburan tawarkan pulangan bulanan, mingguan dan harian, maknanya sama ada itu perniagaan ataupun peleburan.
D. Lagi satu, untuk melabur kita tak perlu sibuk cari orang. Hanya perlu fokus pada sendiri punya modal dan perjalanan pelaburan. Yang perlu cari orang tu kalau bukan perniagaan, peleburan.

Ramai mahasiswa dan graduan muda yang sedang terjebak dengan 4 perkara ini tak sedar diri sehinggalah nasi sudah menjadi bubur dan duit sudah banyak lebur. Menjadi tanggung jawab kita bersama untuk sedarkan mereka. Setuju?

Kesemua perkara ini di samping boleh jadi penyakit dalam kewangan, di sisi agama ia juga dikira sebagai kesalahan.

Oh, saya tak tulis ini saja-saja. Tapi masa muda-muda dulu saya pernah dengar Tomok nyanyi, "Sejarah mungkin berulang..." (Itu je pun rangkap yang saya masih ingat).

Bukan macam zaman awak sekarang ni, sibuk dengan lagu "Kurela Dibenci" dan entah apa-apa lagi. Tak boleh nak bayangkan Klasik FM nanti 30 tahun lagi lagunya macam ni, "Bukan dia, dia, dia, dia, dia..." Macam tu ke? Ah, saya pun tak layan lagu macam tu.

Eh, panjang pulak tulisan kali ni. Ramai ke yang baca? Siapa yang sanggup baca sampai habis, saya ucapkan syabas dan tahniah. Mohon komen apa-apa supaya mudah saya nak kenal.

Siapa yang sudi share dan set privacy setting untuk Public, saya akan cuba lawat satu per satu bagi ucapan penghargaan.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
Bekas mahasiswa dan graduan yang tak berapa muda

SIMPANAN IKUT BERAPA TAHUN KERJA

  • 2
Anda dah kerja berapa lama?

Mungkin ada yang baru setahun, 3 tahun, 5 tahun atau mungkin lebih.

Sepatutnya setiap jumlah tahun yang kita dah kerja, sebanyak itu pula jumlah simpanan kita mengikut bulan.

Contohnya dah kerja 3 tahun, sepatutnya dah ada simpanan bersamaan 3 bulan gaji untuk kecemasan. Kalau dah 5 tahun, sepatutnya ada simpanan kecemasan sebanyak 5 bulan gaji. Dan begitulah seterusnya.

Kan setiap tahun kerja ada dapat bonus sekurang-kurangnya sekali bersamaan satu bulan gaji, ada yang lebih.

Kalau simpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan tiap bulan pun, akan ada simpanan sebulan gaji setiap tahun.

Kalau tak ada, maknanya duit simpanan itu telah dihabiskan sebahagian atau keseluruhannya untuk perbelanjaan, aset atau liabiliti.

Kalau guna untuk aset ok lagi. Nak topup balik duit simpanan yang dah digunakan itu tak banyak masalah.

Yang jadi masalah bila peruntukan simpanan kecemasan itu habis untuk dibelanjakan atau beli liabiliti. Memang menyedihkan.

Baru-baru ini peserta sesi 1 on 1 saya ada pendapatan isi rumah lebih RM7k. Satu jumlah yang agak selesa. Dah kerja selama 5 tahun.

Ada seorang isteri dan seorang anak. Isteri kerja sendiri, jadi anak tak hantar pengasuh atau taska. Sendiri jaga. Maknanya belanja untuk anak tak banyak mana.

Tapi bila masuk bab saving, sebulan tak pernah dapat menyimpan. Kalaupun ada simpan RM100-200, ada masanya aka digunakan juga.

Simpanan kecemasan langsung tiada. Jangan kata sebanyak 5 bulan gaji (sebab dah kerja 5 tahun), tapi sebulan gaji pun tak ada. Yang ada hanya beberapa gram emas yang nilainya ratus-ratus RM sahaja.

Antara puncanya adalah hutang personal loan. Ada 2 personal loan yang ansurannya RM1200 setiap bulan.

Kereta murah sahaja, Proton Saga. Tapi sebab ambik skim graduan, 0 deposit dan 10 tahun tempoh hutang, kesannya tidak baik untuk kesihatan kewangan untuk jangka masa panjang.

Kat sini saya nampak masalah utama adalah pada perbelanjaan yang agak di luar kawalan. Saya pun tak pasti kat mana sebab nak cepat dan tak perincikan satu per satu.

Satu-satunya alat yang saya nampak boleh membantu adalah simpanan KWSP sahaja. Guna untuk kambus sebahagian lubang hutang, kemudian mula guna lebihan cash flow untuk bina simpanan dan aset.

Kembali kepada persoalan di atas, anda dah kerja berapa lama?

Kemudian semak ada berapa jumlah simpanan dan nilai aset yang anda punya sekarang?

Kalau jumlahnya tak cukup pendapatan bulanan selama jumlah tahun anda kerja, maka ada sesuatu yang tidak kena. Segera periksa. Jangan bertangguh lama-lama.

RFS

TOLONGLAH BAGI SIGNAL

  • 0
Saya tak kisah orang pandu kereta apa. Saya tak kisah orang bawa motor apa. Saya tak kisah laju macam mana dan pintas saya. Saya tak kisah orang nak tukar laluan kiri atau kanan. Saya tak kisah orang nak masuk lorong atau simpang mana.

Tapi ada satu perkara yang kadang-kadang buat saya bengang menyampah. Selalu sangat jumpa spesis tak reti bagi lampu isyarat.

Sesekali terserempak juga dengan spesis yang agak rare, bagi isyarat arah lain, tapi kenderaannya ke arah lain.

Sekian luahan perasaan saya. Terima kasih sudi baca.

RFS
Rider kapcai

BEBAS KEWANGAN VERSI TAKWA

Bagi orang yang beriman, bebas kewangan juga bermakna membebaskan diri daripada pesona dunia dan godaannya yang melekakan.

Contoh terbaik dalam perkara ini sudah semestinya Rasulullah SAW serta para sahabat R.A. seperti Sayyidah Khadijah, Abu Bakr, Uthman bin Affan dan Abdurrahman bin 'Auf.

Kekayaan mereka melimpah ruah, tapi mereka memilih hidup sederhana dan lebih suka membelanjakan harta mereka di jalan Allah SWT.

Mencapai bebas kewangan itu penting, tapi bebas daripada tipu daya dunia itu lebih penting.

Menjadi kaya tanpa menghiraukan halal haram, hidup mewah sehingga melupakan ummah, membelanjakan harta untuk sesuatu yang kurang bermakna padahal ada banyak perkara lain yang lebih patut diutamakan, dan yang seumpamanya. Ini adalah antara amalan yang perlu dielakkan oleh seorang mukmin.

Berusahalah untuk menjadi orang kaya yang bertakwa, bukan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata, tapi juga untuk kehidupan yang lebih kekal di akhirat sana.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
Bukan PU

DEFINISI BEBAS KEWANGAN

  • 0
Definisi bebas kewangan adalah apabila jumlah pendapatan pasif lebih banyak dan mampu menampung kos sara hidup.

Finacial Freedom = Passive Income > Expenses

Mana datang pendapatan pasif? Pendapatan ini datang daripada aset yang dibina dengan susah payah serta mengorbankan banyak perkara. Ia perlukan 2 modal utama, iaitu wang (simpanan) yang banyak dan juga masa yang panjang.

Aset itu boleh jadi dalam bentuk bisnes, hartanah, saham, simpanan dalam TH atau ASB, unit trust dan sebagainya.

Kekayaan seseorang bukan dinilai pada berapa besar pendapatannya (cash flow). Tapi diukur pada berapa besar aset yang dia punya (net worth).

Siapa pernah jumpa saya untuk sesi 1 on 1 insya-Allah dah faham dan jelas tentang perkara ini. Tinggal lagi macam mana nak kena urus cash flow lebih baik dan rancang untuk tingkatkan net worth dari semasa ke semasa.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

HARTA VS BEBAN

  • 0
HARTA = Bagi kita pendapatan (dia bayar kita)
BEBAN = Kita kena belanja dia (kita bayar dia)

Cuba semak kita kini ada banyak beban atau banyak harta?

KAYA = HARTA
MISKIN = BEBAN

Orang menjadi kaya kerana mempunyai banyak harta, manakala orang menjadi semakin miskin kerana mempunyai banyak beban.

Kalau nak kaya = Kumpul Harta
Kalau nak miskin = Kumpul Beban

[Tuan Zaidi Ismail]

P/S: Dalam bahasa lain, harta adalah aset, manakala beban adalah liabiliti.

ADA MASALAH KEWANGAN?

Masalah kewangan tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ketika masalah masih ringan, kita kena segera ambil tindakan untuk selesaikan. Jangan tunggu masalah dah parah, baru gelabah nak cari jalan.

Bila kita tak ada ilmu, duit berjuta boleh habis sekelip mata. Tapi kalau ada ilmu, tak ada duit pun boleh buat duit. Kalau ada duit sikit, boleh jadi banyak. Jika ada banyak duit, jumlahnya tambah membukit.

Apa yang nak disampaikan kat sini, ada 2 perkara.
1. Agar terhindar dan keluar dari masalah kewangan, kita perlu menuntut ilmu.
2. Untuk berjaya dan cemerlang dalam urusan kewangan, kita juga perlu menadah ilmu.

Kat mana nak belajar? Saya ada buat satu group FB untuk mereka yang baru nak belajar pasal kewangan. Kalau dah power, tak sesuai. Serius saya cakap.

Sesiapa yang join saya akan bagi 2 ebook kewangan yang saya tulis sendiri bertajuk Cara Mudah Simpan Duit dan 7 Perangkap Kewangan.

Group ini berbayar. Berapa? Kalau pantas bertindak, tak sampai RM50 sebab saya offer diskaun untuk masa terhad.

Berminat? Boleh terus ke sini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

TIPS MEMPERBAIKI REZEKI

  • 0
3 Tips Memperbaiki Rezeki

1. Solat di awal waktu. Solat di masjid atau surau untuk lelaki.
2. Perbaiki silaturrahim. Orang yang menghulurkan tangan tak semestinya buat salah. Menghulurkan tangan cuma bermaksud bersedia meleburkan ego demi mendapat redha Allah.
3. Zakat dan sedekah secara sistematik. Asingkan minimum 5% daripada pendapatan setiap bulan bagi tujuan ini.

[Tuan Zuhairi Nopiah]

PERLU KE BAYAR HUTANG SEGERA?

Hutang memang wajib dibayar. Tapi bukan semua hutang perlu dilangsaikan segera. Selagi cash flow ok, tak perlu nak habiskan cepat-cepat. Kecuali kalau ada plan lain yang lagi ok.

Kalau ada simpanan RM10k sama ada kat akaun simpanan, KWSP, dalam bentuk emas dan sebagainya, jangan habiskan semua untuk bayar hutang. Bayar mana yang mustahak dan mendesak sahaja. Selebihnya, bayar ansur macam biasa.

Bayar hutang memang elok, tapi lebih elok kalau ada aset yang tolong bayarkan hutang itu.

Mana datang aset? Tukar simpanan RM10k tadi (atau sebahagiannya) jadi aset. Kalau tak de simpanan? Sekarang masanya untuk mula menyimpan. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.

Lagi satu nak bagi tahu, sesetengah hutang ada yang dah di-back up siap-siap dengan takaful. Kalau kita meninggal, hutang itu akan di-cover oleh takaful secara automatik.

Hutang sekadar alat. Kalau bijak guna, insya-Allah menghasilkan manfaat. Kalau salah guna, boleh mendatangkan mudharat.

Belajar sesuatu?

Dalam Group Bincang Wang saya ada kongsikan case study untuk terangkan lebih lanjut berkenaan perkongsian dalam post ini.


Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

BEBAS HUTANG BELUM TENTU BEBAS KEWANGAN

  • 2
Bebas kewangan bukan bermaksud bebas hutang. Begitu pula sebaliknya, bebas hutang tidak semestinya bebas kewangan.

Ramai yang silap faham dan beranggapan bahawa kalau semua hutang habis dibayar mereka akan bebas kewangan.

Tak, bukan macam tu.

Hutang ada 2 jenis. Hutang untuk bina aset boleh bantu seseorang semakin hari semakin kaya. Hutang untuk beli liabiliti akan buat seseorang semakin hari semakin miskin.

Ramai je yang bebas kewangan tapi hutangnya pun boleh tahan. Tapi hutang itu diansur dengan pendapatan daripada aset.

Ramai juga yang tiada sebarang hutang, tapi belum bebas kewangan. Sebab mereka masih perlu bekerja untuk menyara diri dan keluarga.

Maksud sebenar bebas kewangan adalah kebebasan masa. Seseorang ada pilihan nak buat apa sahaja, bila-bila masa, tanpa perlu risau pasal duit. Sebab tanpa perlu kerja pun, duit tetap mengalir ke dalam akaun bank mereka daripada pendapatan yang dijana oleh aset.

Tapi ramai je orang yang dah bebas kewangan tetap pilih untuk terus bekerja sebab itu memang minat dan kemahiran mereka. Contohnya Bill Gates, Warren Buffet, Mark Zuckerberg, Jack Ma dan ramai lagi.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

MISKIN TAK HINA, KAYA LEBIH MULIA

  • 0
Kalau kita lahir dalam keadaan miskin, itu bukan salah kita. Tapi bila kita mati dalam keadaan miskin, itu adalah pilihan kita sendiri.

Jadi kaya itu penting, tapi tak hidup miskin itu lebih penting. Kalaupun kita tak dapat jadi orang kaya, jangan sampai jatuh miskin.

Cara untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara dan dunia adalah dengan tidak menjadi miskin. Walaupun tak kaya mana, masih boleh hidup dengan selesa.

Orang kaya sombong itu teruk. Tapi orang miskin yang sombong lebih teruk.

Orang miskin bertakwa tinggi derajatnya di sisi Allah, tapi orang kaya bertakwa kedudukannya di sisi Allah dan manusia lebih baik lagi.

Ok, dah panjang lebar membebel ni. Siapa masih follow perkongsian saya di FB mohon komen ---> F

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

BENGKEL PEMASARAN DENGAN FB PERSONAL

  • 0
Pagi ini saya berkongsi strategi dan teknik pemasaran guna FB personal kepada rakan-rakan ahli pasukan INFAQ Consultancy di pejabat One Solution Advisor, Shah Alam.

RFS

P/S: Ini sebahagian gambar daripada peserta.





SILAP NAIK MOTOR

  • 0
Alkisah satu cerita. Pada suatu pagi saya keluar rumah macam biasa nak pergi kerja. Singgah hantar anak sekejap, lepas tu sambung perjalanan meredah jalan dan lebuh raya ke Bangi.

Jangan bayangkan saya memandu kereta hasil kejuruteraan Jerman. Saya selesa menunggang kapcai buatan Jepun. Jimat minyak dan tol. Dan yang lebih penting lagi, jimat masa.

Hari itu matahari dah mula naik, jadi penglihatan saya agak sedikit terganggu. Silau. Kebetulan pula mata saya juga sedang gatal. Ini gatal betul-betul, bukan miang. :)

Selepas memacu selama kurang lebih 25 minit, saya sampai di sekolah tempat saya berkhidmat dengan selamat. Alhamdulillah, berkat doa isteri, anak-anak dan juga anda yang sentiasa setia membaca perkongsian saya. ^_^

Saya kena punch in sebelum pukul 7:55 pagi. Kalau lewat, insya-Allah akan dapat surat. Ada juga saya terlambat beberapa kali. Setakat ni dah pernah dapat surat 2 kali. :'(

Sejurus setelah mematikan enjin dan menurunkan stand, saya terus melompat dari motor dan bergegas menghulurkan tangan kanan sambil meletakkan jari telunjuk pada mesin bagi merekodkan kehadiran.

Selepas itu, dalam keadaan penglihatan agak kabur dan pening pening lalat, saya segera kembali menunggang motor.

Tapi saya rasa lain macam. Kenapa motor ini lebih rendah dan ringan? Bila saya tengok balik betul-betul, rupanya saya silap motor. Kapcai kesayangan saya ada kat sebelah.

Lebih malang lagi, tuan punya motor sendiri tegur saya, "Eh, silap motor tu." Lepas tu saya uli-uli mata kononnya mata masuk habuk sambil pindah ke motor sendiri. Tapi jauh di sudut hatiku, kutahu itu tak banyak membantu untuk cover malu.

Pesan moral daripada kisah ini, "Please, don't try this at home!"

Sekian. Terima kasih. If you care, please don't share. ;)

RFS
Rider kapcai yang pemalu

P/S:  Bermula bulan ini, paling lewat kena punch in pukul 7:50. Pagi tadi saya punch in tepat pukul 7:50 dan 50 saat, 10 saat sahaja lagi nak masuk 7:51 dan dikira lewat. Fuhhh... Selamat. :D

KAJIAN KES KEWANGAN KAWAN YANG BERPENDAPATAN RM2K SEBULAN

  • 0
Kajian kes kewangan bagi yang berpendapatan RM2k sebulan.

Beberapa minggu lepas, seorang senior masa belajar kat IPTA dulu nak jumpa saya untuk rancang dan susun kewangan beliau.

Beliau sudah berkahwin namun isteri tidak bekerja. Sebelumnya pernah kerja tapi bila ambik kira kos ke tempat kerja dan pendapatan yang diterima setiap bulan tidak berbaloi.

Lagi pun masa tu anak dah 2 orang. Daripada hantar pengasuh atau taska (kalau perlu kerja), lebih baik jaga sendiri. Boleh juga buat part time perniagaan online.

Ok, berbalik kepada kewangan kawan saya tadi. Pada bahagian cash flow, beliau ada pendapatan kurang lebih RM2k sebulan daripada mengajar kat sekolah dan buat part time.

Beliau boleh simpan RM100 sahaja sebulan. Itupun kadang-kadang korek balik kalau perlu dan terpaksa. Saya pun faham, bila pendapatan tak seberapa dan isteri tak kerja, cabarannya sungguh hebat.

Pada bahagian net worth, alhamdulillah beliau tidak memiliki sebarang hutang. Bab ini saya tabik sama beliau. Sebab kat Malaysia ni, biasanya wajib ada hutang kereta bila mula kerja dan hutang pembiayaan peribadi untuk kahwin.

Simpanan beliau ada, tapi tak banyak. Saya sarankan supaya cukupkan 1 bulan jumlah pendapatan dahulu dan jangan usik kecuali untuk kecemasan. Lepas tu upgrade sampai 3 bulan.

Untuk protection, beliau dan isteri belum langgan takaful. Nasihat ikhlas saya kepada beliau supaya segera langgan takaful, walaupun sekadar RM100 dulu. Nanti bila pendapatan dah meningkat, boleh upgrade.

Fokus kat income protection dulu. Medical card tak payah dulu sebab kemudahan hospital kerajaan kat Malaysia antara yang terbaik di dunia dengan kos yang sangat minima. Hanya saja bagi beberapa kes, mungkin giliran menunggu agak lama dan makan masa.

Ok, masuk bab pelaburan. Sejujurnya saya cakap kat beliau, "Pelaburan adalah cara orang kaya gandakan duit. Bukan untuk orang miskin buat duit. Kecuali untuk pelaburan yang boleh guna leverage, contohnya macam hartanah dan ASB. Tapi itupun kena ada ilmu dan kemahiran serta keupayaan kewangan."

Jadi saya nasihatkan daripada melabur, lebih baik niaga part time lagi untuk tambah pendapatan. Tapi pendapatan itu bukan untuk dibelanjakan. Sebab ramai orang bila pendapatan bertambah, perbelanjaan pun turut meningkat.

Pendapatan daripada projek tepi itu nanti gunanya untuk penuhkan tabung kecemasan dan modal untuk bina aset.

Sekian. Terima kasih. Care to share.
.
RFS

BELI RUMAH ATAU KERETA

  • 0
Orang bijak boleh beli rumah dengan zero down payment atau jumlah deposit yang sedikit. Orang yang lebih bijak, beli rumah boleh dapat duit. Semua ini ada ilmunya. (Baca komen pertama kat bawah).

Manakala orang yang kurang bijak suka beli kereta baru tanpa down payment dengan ansuran setiap bulan sekitar 20-30% jumlah gaji.

Orang yang beli rumah dengan 10% wang pendahuluan masih lebih bijak berbanding orang yang beli kereta tanpa bayar wang pendahuluan.

Rumah itu keperluan asas. Kenderaan juga keperluan walaupun bukan keperluan asas.

Apa yang ramai anak muda terlupa, kenderaan itu tak semestinya kereta yang kusyennya masih berbalut plastik.

Beli kereta baru tak salah asalkan ikut kemampuan. Harga kereta mampu milik itu tak lebih 12 bulan jumlah gaji.

Sekian. Terima kasih sudi baca sampai habis. Care to share.

RFS
.
P/S: Bukan sedikit anak muda yang merungut tak mampu beli rumah tapi tiap kali keluar gajet baru, dialah orang yang terawal beli, berhutang pun tak mengapa.

PERLINDUNGAN SEBELUM PELABURAN

  • 0
Malam tadi ada seorang kawan, Maulana F, WhatsApp saya tanya pasal unit trust. Saya jawab dan sampaikanlah apa yang patut dan perlu.

Saya cakap juga kalau beliau boleh kumpulkan 3-5 orang, saya boleh minta Tuan Afyan Mat Rawi atau ahli pasukan INFAQ Consultancy yang berhampiran untuk buat presentation bagi terang lebih mendalam dan terperinci.

Dah habis sembang bab UT, saya pula tanya beliau pasal takaful. Gaji kawan saya tu dalam RM4k, tapi dia punya takaful RM30k sahaja dan saving sebulan RM50. Kalau apa-apa jadi, RM30k itu cukup untuk cover 7,5 bulan sahaja. Allahu...
Takaful fungsinya untuk perlindungan. Bukan untuk simpanan, apatah lagi pelaburan. Kalau nak pulangan pelaburan, lebih baik letak kat TH, ASB atau UT. Jangan keliru dengan saving atau investment linked dalam takaful.

Kalau ada saving atau investment linked yang disertakan bersama polisi takaful, fungsinya ada 2 sahaja.
1. Untuk lindungi polisi supaya tak terus lapse bila lambat atau tak bayar.
2. Untuk serap kenaikan kos, walaupun tak sepenuhnya. Sebab kos memang akan naik juga ikut umur peserta dan inflasi semasa.

Jadi kalau langgan takaful, fokus kat perlindungan, bukan simpanan, apatah lagi pelaburan.

Takaful asas, basic takaful, basic sum covered, kematian dan hilang upaya itu adalah perkara yang sama. Jumlah sepatutnya untuk jadi income protection/replacement adalah 10 tahun pendapatan.

Macam kawan saya, kalau gaji sekarang RM4k × 12 bulan x 10 tahun, bersamaan RM480k. Nak genapkan RM500k pun ok.

Ini saya nak ulang balik. Untuk dapat perlindungan asas dan kad perubatan ikut keperluan, kosnya tak lebih pun 10% pendapatan. Kalau lebih? Cuba semak balik, mungkin ada yang tak kena.

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh komen kat bawah atau terus PM. Saya bukan ejen takaful, walaupun pernah ambik dan lulus Takaful Basic Examination. ^_^

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

DRAMA RUMAH PERTAMA PART 1

  • 0
Ini kisah saya dan isteri beli rumah pelaburan kami yang pertama pada tahun 2013. Kami beli cara 'bodoh' je sebab kena keluar 10% deposit dan 3-5% lagi untuk urusan pindah milik. Kalau cara bijak, beli rumah tak perlu keluar duit pun. Bahkan kalau nak beli rumah dapat duit, pun ada caranya. Kalau nak belajar, rujuk komen pertama kat bawah.

Ok, kat atas tadi tu sekadar intro. Sekarang kita masuk ke scene drama yang sebenar. He he he...

Satu petang masa dalam perjalanan balik dari tempat kerja, saya ternampak satu banner jual rumah digantung di sebuah unit di Apartment Desa Jati, Nilai.

Saya terus berhentikan kapcai kesayangan kat tepi jalan, capai hp dalam poket kemudian terus menghubungi no hp yang tertera di banner.

"Hello, Tuan. Saya Rais dari Nilai nak tanya rumah yang Tuan jual kat Desa Jati masih available?"

"Ok. Tuan owner atau ejen? Berapa harga nak jual?

"Ok, Tuan. Saya berminat nak beli rumah ni, bila kita boleh jumpa? Saya dan isteri nak tengok dalam rumah."

"Ok, Tuan. Esok petang sebelum pukul 6 saya confirm balik."

Keesokan harinya saya, suri yang sedang mengandung anak kedua dan Qawwam melawat rumah yang hendak dijual. Rumah dalam keadaan baik dan baru sahaja dicat. Sebelum ini disewakan untuk kegunaan hostel pelajar USIM.

"Owner nak jual dengan harga RM73k. Paling-paling boleh kurang pun RM70k," kata Mr. Leong, ejen yang tolong jualkan rumah ni.

"Oh, ok. Kami dah tengok dan memang berminat nak beli. Cuma pasal harga tu, tolong Mr. Leong maklumkan kat owner kalau boleh dapat kurang lagi." Saya nak tunjuk kat ejen bahawa saya serious buyer dan bukan sekadar nak window shopping.

Memang sudah menjadi peranan seorang ejen hartanah bertindak sebagai pemudah cara antara penjual dan pembeli, sebab mereka dapat komisyen daripada setiap transaksi yang berjaya.

Kalau rumah ni laku dengan harga yang dipersetujui bersama, saya sebagai pembeli untung dapat rumah, Mr. leong untung dapat komisyen, penjual pun untung dapat jual rumah kat pengarah drama yang kacak macam saya. :v

Balik dari situ, malamnya saya menghadap notebook, pasang broadband, buka Mudah dan Iproperty cari iklan jual rumah Apartment Desa Jati. Kuota internet 10GB sebulan tu jangan habiskan untuk tengok dan download movie je. Kah kah hah.

List tak banyak, ada dalam 3-4 unit sahaja. Harga mahal sikit dari yang Mr. Leong jual. Saya call satu per satu nak tanya beberapa perkara. Antaranya:
A. Masih available atau dah terjual?
B. Kalau dah terjual, berapa harga?
C. Bank apa bagi pembiayaan untuk harga macam tu?

Selepas buat beberapa panggilan, saya dapati ada rumah yang terjual pada harga RM65k dengan pembiayaan daripada bank sotong.

Esoknya saya call balik Mr. Leong maklumkan bahawa bank bagi value RM65k untuk unit lain kat apartment ni. Kalau boleh, nak minta kat owner harga macam tu juga. Kalau ok, kita proceed. Kalau tak, tak pe dulu sebab harga dah lebih mv dan kena topup duit sendiri.

Bersambung... (Kan drama?)

Belum habis lagi ni. Ada panjang lagi kalau nak cerita. Esok lusa insya-Allah saya sambung balik, ok?
.
Tapi dalam perkongsian kat atas pun saya dah dedahkan beberapa langkah yang kita boleh buat bila nak beli rumah. Siap bagi skrip perbualan kat telefon lagi. :) Lepas ni kalau jumpa iklan jual rumah, boleh la try skrip tu. :D

Jom bantu mereka yang belum beli rumah dengan cara share post ini atau mention/tag mereka dalam komen kat bawah. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat bagi kita semua.

RFS
Pengarah drama jadian

MISKIN KAYA BUKA TIBA-TIBA

  • 0
Sangat jarang berlaku orang biasa tiba-tiba jadi kaya. Ada, tapi sangat jarang. Begitu pula sebaliknya. Tak ada orang biasa tiba-tiba jatuh miskin. Ada, tapi jarang-jarang.

Kebanyakannya akan melalui satu proses. Nak kaya, ada prosesnya. Jadi miskin pun ada prosesnya. Bukan berlaku secara tiba-tiba sahaja.

Proses kaya adalah tangguh kepuasan, berjimat cermat, bina simpanan dan tambah aset.

Proses miskin pula dengan belanja melebihi kemampuan, bela hutang, beli simbol kemewahan dan kumpul beban.

Anda yang baca status ini pun, sedar ataupun tidak, sedang dalam proses menuju ke satu arah.

Kalau arah itu menuju kejayaan dan kecemerlangan, syabas dan tahniah saya ucapkan. Teruslah melangkah.

Tapi kalau sedang silap langkah, tiada masalah. Semua orang buat salah. Ini masanya sedar dan insaf, kemudian bertaubat.

RFS

BERKONGSI MANFAAT

  • 0
Kalau ada seorang sahaja dapat manfaat daripada perkongsian kita, itupun sudah lebih daripada cukup.

Ramai yang lebih pakar dan berpengalaman daripada kita tapi tidak berkongsi kepada orang ramai atas pelbagai sebab. Kan?

Setuju?

RFS
Bukan otai, hanya rider kapcai

FORMULA BELI KERETA

  • 0
Sedang berkira-kira nak beli kereta? Kereta apa? Berapa cc? Auto atau manual? Dan harganya berapa?

Kalau dari segi perancangan kewangan dan hutang, harga kereta jangan lebih daripada gaji setahun. Ok, kat bawah ni saya kongsikan 2 formula yang mudah-mudahan boleh bantu untuk buat keputusan.
Katakanlah nak beli All New Persona Auto 1.6 Standar. Memang mengancam sungguh Persona baru ni. Harganya kurang lebih RM50k.

1. Guna formula ni ---> harga kereta bahagi 12
RM50k / 12 = RM4167

Kalau gaji sekarang > RM4167, ok lah nak beli kereta ni. Tapi kalau gaji RM3900, kena turunkan standard sikit ambik transmission manual. Cara yang lain, up kan pendapatan. Mungkin buat part time UBER atau Grab Car driver.

Kalau tak nak tambah kerja, boleh guna formula di bawah untuk ukur kemampuan poket.

2. Pendapatan sebulan x 12 = harga kereta

Kalau gaji RM2500 sebulan, setahun bersamaan RM30k. Pilihlah nak beli mana-mana kereta yang harganya RM30k ke bawah sama ada kereta baru atau terpakai.

Ok, itu je nak share. Terima kasih sudi baca sampai habis. All the best.

RFS
Masih rider kapcai

7 TIPS BERJIMAT

  • 0
Setiap kali pergi kerja dari Nilai ke Bangi saya akan jumpa papan iklan Mr. DIY ini (rujuk gambar) selepas laluan nak masuk ke tol Elite. Bagus nasihat ni. Saya suka. ^_^
Antara penjimatan yang kita boleh buat bila berbelanja adalah seperti berikut.

1. Bijak bezakan antara kehendak dan keperluan
Makan itu keperluan asas. Tapi makan kat KFC, Domino Pizza atau Secret Recipe itu kehendak. Kalaupun mampu, sebulan sekali cukuplah. Ini setiap weekend nak makan sedap je, padan lah simpanan selalu kering kontang.

2. Hidup di bawah kemampuan
Walaupun mampu beli tudung branded, beli je kat kawan-kawan yang ada jual tudung atau shawl. Kan dapat jimat puluh-puluh RM, di samping support bisnes kawan sendiri. Sambil menyelam, minum air. Lagi untung kalau dapat diskaun lebih. Kawan kan?

3. Rancang perbelanjaan
Bila nak keluar untuk berbelanja, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Rancang dan tulis siap-siap nak beli apa. Hanya beli barang yang ditulis saja. Nak keluar shopping tu, perut jangan dalam keadaan lapar, supaya nafsu makan tak mempengaruhi nafsu belanja.

4. Buat belanjawan
Kalau ada peruntukan makan RM400 sebulan, bahagikan RM100 seminggu. Kalau tak cukup juga, jangan usik bajet minggu depan atau korek simpanan. Cuba latih diri puasa sunat, terutamanya bagi orang bujang.

5. Bandingkan harga
Setiap produk ada banyak pilihan. Contohnya sekarang saya dah ganti Nutella RM12-15 dengan Delfi RM8-9. Beli kat 99 Speedmart. Kalau beza berat/kuantiti, tekan kalkulator kat hp, kira harga tiap gram/unit jatuh berapa sen dan pilih yang paling murah. Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama, kan? Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus. Kaedah ini juga terpakai untuk susu dan lampin anak. Kadang-kadang saya compare beberapa jenama kat 3-4 tempat. Tak de lah sampai saya jalan ke 3-4 tempat tu. Katalog yang dapat dalam peti surat tu kan ada?

6. Belanja ikut keutamaan
Ikutkan hati, semua benda kita nak beli, kan? Sabar. Utamakan yang utama, dahulukan keperluan, kemudiankan kehendak. Mana yang ada, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Contohnya pakaian anak, abang/kakak punya boleh turunkan kat adik. Contoh lainnya hp. Nak baiki atau beli baru? Saya dah pernah tulis dulu. (Rujuk komen kat bawah).

7. Hidup bersederhana
Ini adalah salah satu rahsia kenapa orang kaya kekal dan tambah kaya. Ramai orang kaya memilih cara hidup sederhana (mengikut standard mereka masing-masing). Malangnya kita, dah lah susah, suka pula hidup mewah. Sebab itulah tak kaya-kaya dan ramai kena tipu dengan skim cepat kaya.

Akhir kata, keadaan kewangan kita sekarang adalah kesan perbuatan kita 3, 5 dan 10 tahun lepas. Dan keadaan kewangan kita 3, 5 dan 10 tahun akan datang adalah kesan tindakan kita hari ini. Menyalahkan keadaan dan orang lain tak banyak membantu. Tambah ilmu dan mula bertindak. Tanpa tapi, tanpa nanti.

Syabas dan tahniah sebab sanggup baca sampai habis. Sekian. Terima kasih.
.
RFS
Bakal duta Mr. DIY

6 LANGKAH PRAKTIKAL UNTUK LANGSAI HUTANG

  • 0
Rasa semak dengan hutang yang banyak? Macam mana nak buat?

1. Pertama, kita kena sedar dan insaf bahawa yang namanya hutang, nak tak nak kena bayar juga. Jadi, bulatkan tekad nak habiskan semua hutang yang ada dan berazam untuk tak lagi buat hutang baru, (kecuali hutang bijak untuk tambah aset).

2. Langkah seterusnya, senaraikan semua hutang yang ada. Dari situ nanti kita akan nampak:
+ semua hutang yang ada
+ berapa bayaran bulanan
+ berapa profit/interest bank
+ berapa lama lagi tempoh habis bayar

3. Bila dah nampak semua tu, kita boleh pilih cara mana yang sesuai supaya hutang cepat habis:
A. Habiskan baki hutang yang paling sikit.
B. Serang hutang yang profit/interestnya paling tinggi.

4. Bila hutang X dah habis bayar, guna peruntukan yang sebelumnya untuk bayar hutang X untuk serbu hutang Y atau Z pula. (Tengok balik #3)

5. Sepanjang proses ni kena fokus dan cekal. Seeloknya cari pendapatan tambahan untuk bayar hutang lebih cepat.

6. Bila semua hutang dah habis, peruntukan yang sebelum ini guna untuk bayar hutang XYZ jangan guna untuk belanja pula, apatah lagi buat hutang bodoh lagi. Guna sebahagian atau semua peruntukan itu untuk 2 perkara, iaitu 1# tambah simpanan atau #2 tambah harta (aset).

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

SECEBIS KISAH TENTANG SEORANG RFS

  • 0
Saya habis belajar dan konvo bulan Ogos 2009. Lepas tu dapat balik dan duduk kat kampung sekejap. Bulan Disember 2009 dah mula kerja kat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Ada orang Kuantan baca post ni? ^_^

Masa tu walaupun gaji dan elaun tak sampai RM2000 pun, tapi rasa macam banyak sangat. Bujang lagi kan?! :D

Saya tak de kenderaan langsung. Motor tak punya, apatah lagi kereta (lesen kereta pun tiada). Tinggal pula kat asrama, jadi warden jaga pelajar. Pergi balik kerja jalan kaki je. Kalau sekali sekala perlukan kenderaan, saya akan pinjam motor kawan ataupun minta tolong kawan hantar/ambik.

Gaji saya banyak habis untuk 2 perkara, #1 makan minum dan #2 buku bacaan, terutamanya buku kewangan. Selebihnya saya simpan sama ada simpan tunai ataupun tukar kepada emas perak.

Ahad, 11hb April 2010 adalah kali pertama saya jumpa isteri, 11hb Jun 2010 hari Jumaat kami menikah. Tepat-tepat 2 bulan sejak taaruf dan tak sampai 7 bulan sejak saya baru mula kerja.

Lepas kahwin, saya masih kerja dan menetap di Kuantan, isteri tinggal kat rumah mertua di Senawang. Hujung minggu baru jumpa. Masa ni, komitmen saya bertambah untuk tambang bas pergi balik Kuantan-Seremban-Kuantan.

Waktu itu saya beli motor, senang nak ulang alik dari Tanjung Lumpur ke terminal. Itupun motor terpakai dan jenama tempatan. Untuk makluman, sampai sekarang saya masih belum beli kereta. Kalau perlu guna kereta, pinjam isteri punya.

Masa ni saya dah mula rancang nak beli rumah pertama. Tapi tak cari kat kawasan Kuatan sebab memang bercadang akan pindah dan menetap lama kat Negeri Sembilan atau Selangor.

Bila ada cuti agak panjang, saya akan merayau kat kawasan Senawang, Seremban dan Nilai survey rumah lelong dan sub sale. Kawasan Bangi dan Kajang pun selalu intai juga kat Mudah dan LelongTips.

Hujung 2011 saya pindah kerja kat Maahad tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS), Senawang dan menetap di Taman Panchor Jaya. Hujung tahun itu juga isteri saya sign SPA beli rumah pertama kami kat Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. Alhamdulillah.

Kenapa pilih Nilai? Ada banyak sebab. Di samping peluang dan potensi yang sungguh memikat, isteri saya kerja di USIM. Jadi memang cari rumah dekat tempat kerja salah seorang daripada kami. Jimat minyak dan tol. :)

Bulan Ogos 2012 kami pindah ke rumah baru di Nilai. Kalau sebelumnya isteri saya ulang alik Senawang-Nilai-Senawang, kali ini giliran saya pula berulang alik Nilai-Senawang-Nilai.

Tapi itu hanya sementara. Saya berhenti daripada MTAS hujung tahun 2012, kemudian baru cari kerja baru. Alhamdulillah, hujung tahun 2012 diterima kerja di Sekolah Al-Amin Bangi dan masih berkhidmat sampai sekarang. Dah nak masuk 4 tahun kat sini.

Setiap pagi dan petang menunggang kuda besi membelah jalan dan lebuh raya PLUS Nilai-Bangi-Nilai bagi menjemput sesuap rezeki untuk sendiri dan anak isteri. Alhamdulillah, ada sedikit boleh simpan bulan-bulan untuk bina kehidupan akan datang yang lebih cemerlang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal wa fy kulli fal wa ni'mah.

Walaupun hidup saya sekarang tak lah senang, tapi apa yang lebih penting hati saya tenang. Bukankah ketenangan hati dan jiwa yang menjadi dambaan semua orang?

Panjang lagi ni kalau nak cerita. Tak cerita lagi pasal side income dari berniaga macam-macam, tulis dan pasarkan ebook, buat sublet, buat pelbagai internet marketing dan banyak lagi. Kita cerita lain kali, insya-Allah. Ok?

Saya nak pesan kat anak muda supaya belajar ilmu kewangan, bisnes dan pelaburan sejak awal. Masa bujang jangan tinggikan komitmen dengan berhutang di luar kawalan. Semakin umur berganjak, semakin bertambah ahli keluarga, semakin meningkat kebijaksanaan, semakin matang pengalaman, ketika itu kita semakin faham dan mengakui erti peribahasa berikut ini.
+ Bersusah-bersenang dahulu, bersenang-senang kemudian.
+ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
+ Sudah terhantuk, baru tengadah.
+ Sedia payung sebelum hujan.

Lagi satu, dan ini adalah yang paling penting. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya.

Eh, ada ke yang baca saya tulis panjang-panjang macam ni? Kalau anda baca sampai habis, tolong komen ---> Nice!

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
Rider kapcai

P/S: Saya ada buat satu group FB untuk mereka yang berminat nak belajar pasal kewangan. Nama group ni, Group Bincang Wang. Bila join group ini, anda akan dapat:
+ Ebook Mudah Simpan Duit
+ Ebook 7 Perangkap Kewangan
+ Belajar ilmu kewangan daripada perkongsian di dalam group.

Tapi group ini group berbayar. Kalau memang minat nak join, boleh emel saya di hikmahbookshop@gmail.com dengan mesej 'BW'. Nanti saya reply details.

HP ROSAK, NAK BAIKI ATAU BELI BARU?

  • 0
HP isteri saya rosak. Bila nak cas, tak boleh. Memandangkan bateri HP kami sama, bila bateri HP saya dah full, saya akan tukar ke HP isteri. Bateri HP isteri masuk HP saya untuk saya cas dan guna. Macam tu lah berulang kali.

Tapi bila kadang-kadang nak berhubung, kebetulan pula HP suri sedang tak bateri, alahai lecehnya. Serabut betul rasanya. Apatha lagi kalau ada perkara penting nak bincang.

Jadi nak tak nak memang kena buat pilihan, nak repair atau terus beli baru je?

Dalam perkara ni, kalau beli baru memang terbaik. Akan dapat HP baru, model terkini dan performance mantap.

Tapi HP sedia ada pun tak de lah teruk sangat. Baru guna tak sampai 2 tahun, semua function ok, cuma masalah kat tempat cas je, itu yang rasa spoiled.

Dari segi kos pula, kalau baru kena keluar duit kurang-kurang RM500 untuk beli HP yang ok dan tak terlalu canggih. Kalau repair macam mana? Ha, yang ni kena survey dulu. Kalau murah dan berpatutan (tak lebih RM100), repair masih berbaloi.

Saya pun tanya kawan kat mana boleh baiki HP? Dia pun rekemen supaya hantar kat kawannya, student USIM. Saya pun minta no HP brother tu. Namanya Zaqwan Razak, no HP 0145127900.

Saya WhatsApp brader tu bagi tahu masalah. Dia pun bagi tahu kalau nak repair kerosakan tu, anggaran kosnya macam ni. Alhamdulillah, masih bawah RM100. ^_^

Kami pun berpakat jumpa kat Surau Desa Anggerik. Lepas solat maghrib saya bagi HP isteri saya untuk dibaiki. Bayar kemudian bila dah siap nanti.

Esok petangnya Bro Zaqwan hantar mesej bagi tahu HP dah siap. Wah! Cepat juga dia buat. Memang terbaik lah. Malamnya kami jumpa, saya ambik HP dan bayar. Setel masalah, alhamdulillah.

Bro Zaqwan ni bagi tahu, kalau ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan ada masalah HP, boleh WhatsApp dia bagi tahu apa masalah dan dapatkan sebut harga. Kalau masih berbaloi, apa salahnya repair je dengan dia. Kalau mahal, baik beli baru je kan? :D

Dia rupanya memang dah berpengalaman buat kerja ni. Macam-macam jenis HP dia dah buat dan macam-macam masalah dia dah baiki. Masalah power button, tempat cas, software HP, screen pecah memang selalu sangat, dan banyak lagi.

Saya sendiri memang puas hati dan berani rekemen dia ni sebab service student price, kerja berkualiti dan yang paling penting, jujur dan amanah. Lepas ni kalau ada apa-apa masalah HP memang saya akan rujuk kat dia je.

Itu sahaja saya nak share. Kalau nak tengok-tengok portfolio kerja dia sebelum ni dan yang terkini, boleh lawat FB page Pro Get Services. Kalau nak terus ke kedai pun boleh. Lokasinya sebaris dengan Restoran Al-Furqan berhampiran Apartment Sutera Indah yang jadi hostel pelajar USIM tu.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

KESAN BURUK GAJET KEPADA ANAK

Antara kesan apabila kanak-kanak terlalu banyak dan kerap menggunakan gajet adalah seperti berikut.

+ Mengganggu fungsi otak, saraf dan mata.
+ Mudah hilang fokus.
+ Perkembangan mental terbantut.
+ Ketinggalan dalam pembelajaran.
+ Kemampuan mengawal diri menurun.
+ Meningkatnya kecenderungan untuk buat sesuatu secara melulu.
+ Kajian juga menunjukkan kanak-kanak kurang empati dan lebih ganas dalam interaksi.

Kesan di atas sedikit sebanyak juga berlaku terhadap orang dewasa. Bila Pokemon Go mula masuk ke negara ini, mungkin kita akan lihat kesannya akan bertambah parah.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

BOLEH KE BELI RUMAH KALAU GAJI RM2000 ATAU BAWAH RM2000?

  • 0
Sebenarnya siapa sahaja yang ada pendapatan boleh beli rumah. Tapi tak dapat dinafikan, lagi besar pendapatan selalunya lagi mudah. Bagi yang gaji tak besar mana, contohnya RM2000 ke bawah, pun masih boleh beli rumah kalau komitmen rendah.

Bila gaji tak tinggi, kita kena sedar diri. Jangan letak harapan nak beli rumah banglo atau kondo. Dapat beli flat atau apartment dulu pun dah ok sangat sebagai permulaan. Akan datang kalau nak pindah rumah yang lebih selesa atau nak tambah rumah lagi, insya-Allah tak de masalah.

Bila simpanan tak banyak, kita perlu kreatif. Macam mana nak sediakan deposit 10% daripada harga rumah? Lain-lain kos sekitar 5% lagi nak sediakan macam mana pula? (Baca jawapannya kat komen pertama di bawah).

Ni saya nak kongsi kisah benar. Rakan-rakan di tempat saya kerja pun gaji dalam lingkungan RM1500-2000 sahaja. Alhamdulillah, saya dah bantu 3-4 orang rakan beli rumah sejak 2 tahun lepas. Yang seorang tu baru saja beli tanah pula. Sekarang ini ada 2 orang kawan lagi sedang dalam proses beli rumah. Deposit dah setel, loan dah approved.

Kalau gaji anda RM2500, RM3000 atau lebih, insya-Allah pun boleh beli rumah. Tak kisah nak beli untuk duduk sendiri ataupun pelaburan. Kita semua tahu rumah ni adalah keperluan.

Ok, lepas baca perkongsian ni ada rasa nak beli rumah tak? :D

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

RUMAH SEBAGAI ALAT BANTU SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN

  • 0
Macam mana boleh setel masalah kewangan dengan rumah?

Kalau beli rumah yang betul untuk pelaburan, kita boleh dapat 2 pulangan.
1. Elaun daripada penyewa.
2. Kenaikan harga rumah.

Pada masa yang sama akan berlaku 2 perkara, iaitu:
1. Ekuiti (pemilikan) meningkat
2. Baki hutang berkurang.

Kesemua ini boleh bantu untuk tambah pendapatan dan pendapatan tambahan itu boleh guna untuk bayar hutang.

Apabila nilai rumah meningkat, kita ada pilihan sama ada:
1. Refinance atau topup loan.
2. Jual.

Contoh rumah pangsa yang saya beli di Nilai pada tahun 2013 dengan harga RM65k, sekarang harganya mencecah RM120k. Kalau saya refinance atau topup loan atau jual, saya akan dapat wang tunai dalam RM50k-65k.

Itu belum termasuk elaun yang saya dah terima setiap bulan daripada penyewa sejak tahun 2013.

Elaun ini adalah duit sewa tolak installment dan maintenance fee setiap bulan.

RM600 sewa - RM400 installment & maintanance fee

Dapat elaun kurang lebih RM200 sebulan.

Macam tu lah kurang lebih macam mana rumah boleh bantu selesaikan masalah kewangan.

RFS

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG TAKAFUL

  • 0
Takaful ini fungsinya untuk:
+ income protection/replacement
+ assets preservation
apabila berlaku 3D, iaitu:
+ death
+ disable
+ diseases

Orang yang paling perlu ambil takaful adalah ketua keluarga (istilah dalam bahasa Inggerisnya breadwinner). Memandangkan ketua keluarga yang bertanggung jawab dalam urusan nafkah.

Dalam perancangan kewangan, perlindungan takaful adalah salah satu daripada 7 rukun.

Bagi memenuhi rukun ini, biasanya 4 perlindungan yang diperlukan adalah:
+ takaful asas (kematian dan hilang upaya)
+ sakit kritikal
+ kad perubatan
+ kemalangan

Takaful asas <--- untuk keperluan ahli waris meneruskan hidup
Sakit kritikal dan kad perubatan <--- untuk keperluan pelanggan meneruskan hidup

Jumlah perlindungan yang disarankan adalah seperti berikut:
+ takaful asas (kematian dan hilang upaya) = 120 bulan (10 tahun) jumlah gaji
+ sakit kritikal = 60 bulan (5 tahun) jumlah gaji
+ kad perubatan = bilik RM200 ke atas dan had tahunan yang tinggi.

Namun begitu, sekiranya keadaan kewangan semasa belum mengizinkan, adalah lebih baik melanggan sekadar yang mampu dulu. Apabila nanti keadaan kewangan sudah lebih baik, boleh pertimbangkan untuk upgrade perlindungan ikut keperluan sebenar.

Jumlah caruman bagi kesemua perlindungan ini maksimum adalah 10% daripada pendapatan bulanan.

Saya bukan ejen takaful. Tapi syarikat rundingan kewangan di mana saya bernaung sememangnya menjadi wakil jualan syarikat takaful.

Walau bagaimanapun pelanggan berhak memilih sama ada mahu berlanggan takaful melalui syarikat kami ataupun tidak.

Apa yang penting, kami dapat sampaikan apa yang pelanggan perlu tentang takaful dan aspek lainnya dalam perancangan kewangan.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS
.
P/S: Tapi syarikat saya bekerja dah ada sediakan kemudahan takaful. Masih perlu langgan takaful sendiri ke? Jemput baca perkongsian dalam screenshot.
P/P/S: Saya dapat tahu ada yang cilok (copy & paste) status dan gambar screenshot ini tanpa adab. Hmmm...

HARTANAH SEBAGAI ALAT BANTU SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN

  • 0
Saya ada kecenderungan berpendapat bahawa hartanah boleh jadi alat untuk bantu selesaikan kebanyakan masalah kewangan.

Ada orang yang bersusah payah perbaiki kewangan kerana nak melabur hartanah. Ada juga yang melabur dalam hartanah sebab nak perkemaskan lagi kewangan sedia ada yang dah ok.

Hartanah boleh bantu banyak masalah kewangan seperti:
+ sumber modal bisnes dan pelaburan (buat refinance atau OD)
+ bina simpanan (dalam bentuk ekuiti dan capital gain)
+ alat untuk optimumkan simpanan dalam KWSP
+ salah satu jalan untuk capai bebas kewangan
+ tambah pendapatan (daripada sewa)
+ hapuskan hutang dan liabiliti
+ bantu kos perkahwinan
+ tabung pendidikan
+ tabung pencen
+ alat leverage
+ dan lain-lain

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

P/S: Anda ada nak komen terhadap pandangan di atas? Harap sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.

GUNAKAN KEMUDAHAN ONLINE BANKING

  • 0
Salah satu kemudahan yang sangat membantu urusan kita dengan pihak bank pada hari ini adalah kemudahan perbankan atas talian (online banking).

Dengan kemudahan ini kita boleh jimat masa (tak perlu beratur), jimat tenaga (tak perlu memandu kereta atau menunggang motor) dan bahkan jimat duit (tak perlu bayar parking).

Urusan transfer duit, bayar ansuran hutang kereta dan rumah, bayar bil api air, bayar caruman takaful, bayar yuran taska atau sekolah anak dan banyak lagi. Kesemua ini boleh buat depan komputer atau bahkan cukup dengan hp sahaja.

Namun begitu, percaya atau tidak, masih ramai yang tak gunakan sepenuhnya kemudahan ini. Sama ada sebab tak tahu cara ataupun memang tak nak guna sebab tak percaya dan rasa tak selamat.

Ada juga yang berkira tak nak bayar sedikit caj yang tak seberapa (bagi sesetengah transaksi), tapi sanggup habiskan masa yang sebenarnya lebih berharga.

Kalau tak tahu, boleh belajar macam mana nak buat. Kalau tak nak atas apapun sebabnya, kena ada anjakan paradigma. Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh jadi pencetus dan membuka minda.

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS

P/S: Dulu saya pun bayar instalment rumah kat mesin CDM. Saya tiada akaun simpanan dengan bank itu. Pernah sekali tu, punyalah beratur panjang, bila sampai giliran saya, out of order. :'(

PERUNTUKKAN WANG DAN MASA UNTUK BAIKI KEADAAN KEWANGAN

  • 0
Salah satu tanda seseorang berminat untuk memperbaiki keadaan kewangannya adalah apabila dia sanggup memperuntukkan wang dan masa bagi belajar ilmu kewangan.

Membaca status FB yang berkenaan adalah permulaan yang baik, tapi tak cukup. Baca buku, dengar audio, tengok video dan hadiri seminar kewangan supaya nampak pelan kewangan secara lengkap dan menyeluruh.

Saya sendiri mewajibkan diri sendiri membaca (atau ulang baca) sekurang-kurangnya sebulan 1 buku/ebook kewangan. Ini dah nak habis bulan Mac, alhamdulillah saya dah baca lebih 3 buku/ebook kewangan dan pelaburan. Itu belum termasuk seminar, bengkel atau kursus.

Anda dah baca buku apa? Kalau boleh, mohon komen kat bawah. Terima kasih.

RFS

EMEL DARI PEMBACA EMEL KEWANGAN BERSIRI

Dapat reply daripada salah seorang pembaca emel kewangan bersiri saya. Jemput baca.

Waalaikummusalam tuan.

Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak sebab tuan masih sudi berkongsi ilmu kewangan dengan saya.

Menurut rekod saya, kali terakhir saya terima emel dari tuan adalah pada 23 Februari 2016. Sudah lebih sebulan tidak menerima emel dari tuan.

Walau bagaimanapun, saya sentiasa membaca status dan perkongsian tuan di Facebook dan saya telah lama menetapkan see first dan close friends. Tetapi mungkin disebabkan kekangan waktu dan kerja, saya jarang dapat respon setiap status dan perkongsian tuan.

Untuk pengetahuan tuan, walaupun saya jarang respon di facebook setiap status dan perkongsian tuan, tetapi saya sentiasa berusaha untuk mengamalkan setiap ilmu yang saya dapat dari tuan.

Selain itu saya juga banyak kongsikan ilmu-ilmu tersebut kepada staff dan para pekerja di tempat saya berkerja.

Untuk makluman tuan, saya sekarang berkerja di sebuah kilang di Petaling Jaya.

Kebanyakan pekerja di kilang ini adalah ibu-ibu tunggal yang mempunyai masalah keluarga, termasuklah berkaitan kewangan. Bahkan sesetengah mereka sudah terjebak dengan hutang Ah Long. Lebih separuh dari gaji mereka setiap bulan adalah untuk membayar hutang Ah Long.

Selain itu, ada juga sesetengah staff di tempat kerja saya yang mempunyai gaji ribuan ringgit sebulan. Masih berstatus bujang dan sudah berkerja bertahun-tahun. Tetapi, duit gaji mereka habis entah ke mana.

Melalui ilmu-ilmu yang saya dapat dari tuan, alhamdulillah sedikit-sebanyak saya kongsikan dengan mereka. Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan.

Saya juga berharap dan bermohon kepada Tuhan agar saya dan kita semua terhindar dari masalah kewangan dan lain-lain masalah yang mungkin berat untuk kita hadapi.

Oleh itu, besarlah harapan saya agar tuan dapat terus berkongsi ilmu dengan saya. Saya juga mengucapakn ribuan terima kasih kepada tuan atas apa yang tuan kongsikan selama ini. Semoga Tuhan memberkati tuan. Insyaallah.

P/S: Bagi yang berminat melanggan emel kewangan bersiri daripada saya, boleh langgan kat sini ---> bit.ly/1MCURFH

RISIKO DALAM PELABURAN

  • 0
Salah satu perkara penting berkaitan dengan pelaburan adalah faktor RISIKO. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Pelaburan yang sempurna atau pelaburan tanpa risiko tidak wujud sama sekali.

Di dalam dunia pelaburan, untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, anda perlu mengambil risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak mampu mengambil risiko, anda perlu berpuas hati dengan pulangan rendah atau sederhana.

Walau bagaimanapun, selalunya faktor risiko ini berkait rapat dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kita ada terhadap sesuatu pelaburan. Semakin tinggi ilmu, kemahiran dan pengalaman, risiko akan jadi semakin rendah. Begitu pula sebaliknya.

RFS

KOS SARA VS KOS GAYA

  • 0
Dalam urusan kewangan, yang lebih penting bukanlah BERAPA banyak pendapatan yang DITERIMA tapi BERAPA banyak ianya boleh DISIMPAN dan BAGAIMANA ianya DIURUSKAN.

Perlu bijak BEZAKAN antara kos SARA hidup dan kos GAYA hidup.

Kos sara ada hadnya. Manakala kos gaya tiada sempadan. Bahkan tidak sedikit orang yang sanggup berhutang (kad kredit, pembiayaan peribadi, skim ansuran mudah dan lain-lain) agar dapat memenuhi gaya, mutu, keunggulan.

RFS

MISKIN ATAU KAYA

  • 0
Kalau kita lahir dalam keadaan miskin, itu bukan salah kita. Tapi bila kita mati dalam keadaan miskin, itu adalah pilihan kita sendiri.

Jadi kaya itu penting, tapi tak hidup miskin itu lebih penting. Kalaupun kita tak dapat jadi orang kaya, jangan sampai jatuh miskin.

Cara untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara dan dunia adalah dengan tidak menjadi miskin. Walaupun tak kaya mana, masih boleh hidup dengan selesa.

Orang kaya sombong itu teruk. Tapi orang miskin yang sombong lebih teruk.

Orang miskin bertakwa tinggi derajatnya di sisi Allah, tapi orang kaya bertakwa kedudukannya di sisi Allah dan manusia lebih baik lagi.

RFS

BELAJAR UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

  • 0
Masalah kewangan tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ketika masalah masih ringan, kita kena segera ambil tindakan untuk selesaikan. Jangan tunggu masalah dah parah, baru gelabah nak cari jalan.

Bila kita tak ada ilmu, duit berjuta boleh habis sekelip mata. Tapi kalau ada ilmu, tak ada duit pun boleh buat duit. Kalau ada duit sikit, boleh jadi banyak. Jika ada banyak duit, jumlahnya tambah membukit.

Apa yang nak disampaikan kat sini, ada 2 perkara.
1. Agar terhindar dan keluar dari masalah kewangan, kita perlu menuntut ilmu.
2. Untuk berjaya dan cemerlang dalam urusan kewangan, kita juga perlu menadah ilmu.

Kat mana nak belajar? Boleh bermula kat sini --->  bit.ly/1MCURFH

Sekian. Terima kasih. Care to share.

RFS