APA YANG LEBIH PENTING DARIPADA DUIT BERJUTA?

  • 0
Pada tahun 2012, Puan Pusparani Mohan kehilangan suami akibat kemalangan ketika bekerja di Changi Airport. Semasa kejadian, seorang warga China merampas dan melarikan sebuah teksi. Kemudian teksi itu melanggar Tuan Chandra Mogan dan akhirnya meninggal dunia.

Peristiwa itu mendapat liputan yang luas daripada media dan orang ramai bersimpati atas apa yang berlaku. Pihak Changi Airport Group membantu mengumpulkan sumbangan selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang ingin membantu.

Dua tahun kemudian, Puan Pusparani menerima pampasan insurans dan sumbangan sebanyak hampir SGD1 juta. Jika ditukar kepada RM jumlahnya kira-kira RM2.5 juta.

Malangnya dalam tempoh setahun sahaja wang itu habis dan beliau terpaksa mencari kerja bagi menyara diri serta 4 orang anak yang masih kecil. Padahal sebelum itu, pihak Changi Airport Group ada melantik penasihat kewangan bagi membantu Puan Pusparani menguruskan wang itu.

Penasihat kewangan mencadangkan pelan kewangan dan membahagikan SGD200,000 untuk setiap anak. Manakala SGD150,000 lagi untuk Puan Pusparani. Jika ditukar kepada RM, jumlahnya hampir RM400,000.

Dengan wang itu, beliau berhenti kerja di Singapore, kemudian pindah dan meneruskan kehidupan di Johor Bharu.

SGD50,000 daripada duit itu digunakan untuk bayar hutang, melancong dan berbelanja. Baki SGD100,000 lagi dilaburkan pada bisnes pengangkutan milik abangnya di Kuala Lumpur, dengan harapan setiap bulan ada pendapatan daripada bisnes itu.

Namun tanpa disangka, tindakan itu telah menelan habis wangnya dan juga wang anak-anaknya. Kata abangnya duit SGD100,000 itu hanya cukup untuk beli 1 lori. Sedangkan abangnya perlukan 3 lori.

Dah alang-alang melabur, Puan Pusparani keluarkan pula duit anaknya untuk tambah modal. Sepatutnya beliau tak boleh usik duit anak-anak. Tapi sebab fikir nanti boleh bayar balik, beliau ambil SGD400,000 (kurang lebih RM1 juta) duit anaknya untuk beli lori.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, bisnes berjalan ok dan ada bagi pendapatan. Masuk sahaja bulan ke-4 bisnes dah mula bermasalah dan akhirnya lingkup.
.
Walau bagaimanapun, duit anaknya masih ada SGD400,000 lagi. Kalau dalam RM sekitar RM1 juta. Sebab dah tak ada duit lain, beliau guna pula duit itu untuk perbelanjaan.

Nak tahu berapa lama duit ini dapat bertahan? 4-5 bulan sahaja. Tak tahu habis ke mana. Sebab tidak dinyatakan.

Duit memang penting. Tapi apa yang kita faham tentang duit dan bagaimana cara kita menguruskannya adalah lebih penting.

RFS
Jutawan Rupiah

HIDUP AFALAH PILIHAN

  • 0
Masa anak muda baru kerja teruja beli kereta baru, saya yang dah kerja 8 tahun masih selesa menunggang kapcai. Itupun beli motor terpakai. Hehe.

Masa orang seronok kahwin guna personal loan, saya sanggup bersusah supaya boleh kahwin tanpa berhutang.

Masa orang happy bercuti kat luar negara, saya sekeluarga menikmati percutian dalam negara.

Masa orang beli baju baru, saya masih pakai lagi baju yang dah lebih 10 tahun.

Masa orang merungut harga rumah mahal, alhamdulillah saya berjaya bantu beberapa orang kawan yang bergaji sekitar RM2,000 beli rumah.

Hidup adalah pilihan. Pilihlah kehidupan yang tenang dan bahagia. Bersabar dengan kesusahan. Bersyukur dengan kesenangan.

RFS