CERITA PIILIHANRAYA

  • 0
Minggu mengundi itu hari saya balik rumah mentua Isnin malam. Selasa memang dah ambil cuti siap-siap memandangkan ada sedikit urusan di Mahkamah Seremban 2.

Kebetulan Isnin malam itu ada jelajah kempen Pakatan Harapan di Taman Paroi Jaya, Seremban. Masa kami sampai, masih belum mula, seat pun banyak kosong lagi. Tapi jalan memang dah mula sesak.

Lepas hantar isteri dan anak-anak balik rumah mentua, saya keluar semula jalan kaki ke tapak perhimpunan. Kalau bawa kereta memang susah nak parking. Lagi pun hanya 300-400 meter sahaja dari rumah.

Sampai sana, semua seat dah penuh, yang berdiri pun ramai. Kena bijak mencelah supaya boleh dapat tempat yang boleh nampak panggung bicara.

Yang jadi penceramah malam itu YB Aminuddin (sekarang dah jadi MB Negeri Sembilan), YB Anthony Loke (dah jadi Menteri Pengangkutan), YB Hannah Yeoh (bekas Speakers DUN Selangor) dan YB Azmin Ali (dah jadi Menteri Ekonomi).

Saya kagum dengan ucapan YB Anthony Loke dan YB Hannah Yeoh yang fasih bercakap dalam bahasa Melayu. Ucapan mereka juga sungguh bertenaga.

Tapi yang paling power sekali malam itu adalah ucapan bekas MB Selangor, Azmin Ali. Beberapa kali beliau cakap, "Padan muka orang Negeri Sembilan!" Kemudian diselingi dengan gelak tawa audiens yang mendengar. Hihi.

Berapa ramai yang datang ke sana malam itu? Saya tak pasti. Tapi anda boleh congak sendiri dengan melihat gambar terakhir yang saya kongsikan.
RFS
Mengundi tahun depan