FINANCIAL FREE VERSI RFS

  • 0

Baru-baru ini ada klien yang pm saya nak tanya dan discuss beberapa perkara tentang kewangan. Jadi sebahagian daripada perbincangan itu saya tulis dan share semula.

Perbualan kami bermula apabila klien tu bertanya, saya berhenti kerja makan gaji sebab buat bisnes GatherCare full time ke?

Untuk makluman, komisen daripada GatherCare cuma RM100 sahaja setahun. Maknanya kalau bahagi 12 bulan, purata dalam RM8 lebih sikit je sebulan. Jadi kalau nak jadi kaya dan mewah, memang agak susah dan makan masa walaupun tak mustahil. 

Sebenarnya saya bersara sebelum join GatherCare lagi. Berhenti kerja hujung tahun 2018. Baru join dan share tentang GatherCare awal tahun 2021. Jadi ada gap 2 tahun lebih.

Dan bisnes GatherCare ini pun saya buat secara part time je, bukannya full time.

Nak financial free, mula-mula kita kena kira berapa belanja/komitmen bulanan. Lagi tinggi belanja, lebih kuat kena kerja.

Macam saya walaupun anak ramai (5 orang) tapi dah biasa hidup sederhana dan komitmen bulanan tak banyak mana. Jadi lebih mudah nak capai sasaran.

Malah sejak beberapa tahun lepas kami suami isteri tiap bulan boleh menyimpan at least RM3k sebulan.

Kalau gaya hidup mewah, nafsu belanja besar, tak sanggup amal delay gratification, memang terpaksa kerja sampai tua.

Banyak manapun buat duit, tiap bulan 5 angka, tapi nak menyimpan 4 angka pun tak boleh, maka sampai bila-bila kekal dalam kitaran rat race.

Saving ini yang buat orang bertambah kaya dari bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Daripada saving itu nanti boleh guna sebahagian untuk bina bisnes dan melabur. Sentiasa tambah ilmu dan asah kemahiran buat duit juga.

Hasil daripada ilmu, kemahiran, bisnes serta pelaburan itu akan bantu jana pendapatan pasif.

Bila saving, bisnes, dan pelaburan dah boleh hasilkan pendapatan pasif yang cukup untuk cover belanja/komitmen bulanan, maka boleh bersara/pencen/financial free.

Berkenaan hutang pula, kami hanya berhutang untuk kereta dan rumah sahaja. Itupun sesuai keperluan dan ikut kemampuan.

Tak pernah ada kad kredit. Tak pernah ambik personal loan. Tak pernah guna kemudahan ansuran mudah untuk beli gadget, perabot, dll barangan atau perkhidmatan. 

Last kami bayar kereta tahun 2014. Tak de plan nak tukar sebab tahu kena bela liabiliti kalau beli baru guna loan. Selagi tak de keperluan, guna je kereta lama.

Beli kereta MPV pun secara tunai. Bila anak ramai, dah jadi keperluan ada MPV, padahal cuma guna sekali sekala. Sebab tu cuma beli yang murah. Alhamdulillah, jumpa yang ok, kereta kawan baik abang ipar.

Beberapa rumah kami masih ada hutang. Ada yang boleh bayar habis, tapi tak de keperluan. Better simpan cash dan bayar je lah macam biasa.

Macam rumah sewa memang penyewa yang bayarkan. Maksudnya kadar sewa lebih tinggi daripada instalment bulanan. 

Rumah duduk sendiri bayar dalam RM1,7k tiap bulan. Ok lah kot. Sebab kalau menyewa pun bayar kurang lebih macam tu juga.

Ambik takaful khas untuk cover hutang rumah, takut meninggal sebelum habis bayar. Bila ada liabiliti, pastikan backup dengan takaful

Actually, cuma perlu faham dan susun elok 4 perkara di bawah ni je supaya boleh bersara dengan bergaya. Tak perlu mewah, tapi cukuplah dapat hidup selesa walaupun sederhana. 

Incomes vs Expenses

Assets vs Liabilities

Saya belajar sambil main Cashflow Game sampai dapat faham betul-betul macam mana boleh susun 4 perkara itu supaya dapat keluar daripada rat race.

Boleh download kat Apple Store atau Google Play. Bayar sikit, tapi tak sampai RM10 pun.

Nak suruh baca buku atau join kelas kadang-kadang orang malas. Tapi kalau main game insya-Allah ok. Hehe.

SESUATU TENTANG NILAI MASA

  • 0

Minggu lepas saya belajar kelas Business Strategic Gameplan anjuran BRC. Nama je kelas bisnes, tapi lebih banyak ajak dan ajar kita supaya sentiasa berfikir serta belajar agar jadi seorang manusia yang berilmu dan bermanfaat. 

Dalam banyak-banyak sharing, salah satunya tentang Value of Time, Nilai masa. 

Bila buat refleksi saya terfikir bahawa orang yang berjaya dan kaya adalah mereka yang mampu meningkatkan nilai masa mereka. 

Setiap orang ada masa 24 jam sehari. Tapi nilai 24 jam itu adalah berbeza bagi setiap orang. 

Contohnya solat 5 waktu. Semua orang yang solat 5 waktu ada nilai berbeza. 

Yang solat berjamaah terutamanya di masjid/surau dah tentu 27 kali ganda lebih bernilai daripada mereka yang solat sendirian. Kalau yang tinggal solat amatlah malang. 

Orang yang exercise contoh jogging atau angkat beban. Sambil exercise tu ada yang berfikir, berzikir, dengar ngaji, dengar podcast, dengar muzik atau tak dengar apa-apa. Just exercise. 

Begitu juga masa memandu kereta atau menunggang motor. Sambil buat aktiviti itu masa terus berjalan. Kalau tak diisi dengan aktiviti bernilai atau bermanfaat, maka ia berlalu begitu sahaja dengan nilai yang rendah atau sia-sia.

Sempena tahun baru kali ini saya cuba melakukan beberapa rutin harian baru agar dapat lebih menghargai masa dan sisa umur yang masih berbaki. 

Sekian perkongsian kali ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. 

Become the best in the world at what you do. Keep redefining what you do until this is true. [Naval Ravikant] 

RFS

P/S: Nak baca ulasan saya tentang kelas BSG? Klik kat sini - BSG

P/P/S: Nak baca emel daripada saya? Isi details kat sini - yup.la/notawang

MACAM MANA NAK CAPAI FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak sambung perkongsian tentang Financial Confidence yang sempat tertangguh minggu lepas. 

Jadi, macam mana caranya kita boleh nak capai Financial Confidence? 

1. Upgrade mindset

Ada ungkapan yang menyatakan seperti ini, "Being broke is temporary situation. Being poor is state of mind."

Cara untuk tambah baik mindset adalah dengan belajar dan berlatih secara berterusan. 

Boleh dengan banyakkan membaca, dengar ceramah, tengok video, sertai kelas, dapatkan bimbingan mentor atau apa sahaja kaedah pembelajaran yang dapat bantu upgrade mindset kita. 

2. Your network is your net worth 

Sungguh benar ungkapan yang menyatakan bahawa jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut wangi. 

Untuk tujuan ini, saya ada beberapa group WhatsApp untuk bina circle yang sekepala dengan saya dalam beberapa hal.

Daripada perkongsian dan perbincangan dalam group itu alhamdulillah terhasil banyak peluang emas.

Contohnya, kami dapat sama-sama belajar kewangan, bisnes, marketing, trade saham, beli rumah lelong, melabur dalam bisnes F&B, klinik gigi dan macam-macam lagi. 

Jadi bermula daripada sekarang, sertai circle yang boleh menyokong dan mendorong kita agar mencapai apa yang kita impikan.

3. Fokus buat apa yang anda minat dan mahir

Buat apa yang anda minat sampai mahir. 

Anda tentu akan buat sesuatu yang anda minat walaupun tak dapat duit. Bahkan anda sanggup keluar duit untuk buat sesuatu anda minat.

Dan bila dah mahir dalam perkara yang anda minat, orang akan sanggup bayar anda untuk buat perkara itu. 

4. Develop dan upgrade skill buat duit

Kemahiran yang kita ada sejak lahir lagi adalah kemahiran cari makan. Begitu sahaja lahir, bayi akan terus mencari sumber makanan. Selagi tak dapat, ia akan menangis. 

Tapi bila dah beranjak dewasa, keperluan kita bukan sekadar makan minum, pakaian dan kediaman. Kita juga ada keperluan lain seperti pendidikan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain. 

Untuk memenuhi semua keperluan itu, kita mesti memiliki kemahiran buat duit. 

Bagi mencapai Financial Confidence pula, kita perlu menguasai High Income Skill iaitu kebolehan menjana pendapatan besar dan pantas dengan hanya menggunakan apa yang ada pada dari kita sahaja. 

Antara High Income Skill yang amat bernilai sekarang ini seperti marketing, branding, copywriting, closing, public speaking. 

Anda boleh dikatakan telah capai Financial Confidence kalau dapat buat 5 angka dalam masa sebulan ataupun sekurang-kurangnya 4 angka seminggu. 

5. Rancang dan urus wang dengan bijak

Kemahiran buat duit memang penting. Tapi kemahiran urus duit jauh lebih penting. Alangkah baiknya jika keduanya dapat berjalan seiring. 

Tak guna kalau anda pandai buat duit, tapi bab urus duit ke laut, susah menyimpan, kuat membazir, tak ada aset.

Simpan duit dengan konsisten meskipun jumlahnya sedikit. Mula bina aset walau sekecil 1 gram emas sekalipun.

Bila ada aset yang cukup, saya jamin anda bukan sahaja capai Financial Confidence, tapi juga capai Financial Freedom. 

Ok lah, panjang dah emel kali ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya buat anda yang membacam

Dalam post yang akan datang, insya-Allah saya akan cuba berkongsi mengenai High Income Skill.


RFS

P/S: Panduan yup.la/bwt ini insya-Allah boleh bantu RFS dalam develop dan upgrade skill buat duit. Saya sendiri alhamdulillah antara yang terawal dapat belajar panduan itu. 

FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak share tentang Financial Confidence. 

Ha?! Apa benda tu?

"Financial Confidence is the ability to make everything back if you were to suddenly lose it. True financial confidence means that you are not bound by any job, country, or material possessions. Your skills and abilities create financial confidence, because no one can take them away from you." Dan Lok

Secara mudahnya, walau apapun yang berlaku, anda ada kebolehan untuk menghasilkan wang dengan kemahiran yang anda ada sekarang. 

Kalau tak ada skill ini, apabila sumber pendapatan utama hilang atau terjejas, orang akan hilang punca dan tak tahu nak buat apa. Itulah yang banyak berlaku apabila pandemik melanda negara dan dunia sejak tahun lepas.

Orang-orang hebat, mereka ada financial confidence ini. Bila diberhentikan kerja, dia terus kerja sendiri (freelance) ikut kepakaran yang dia miliki. Ada yang bisnes tiba-tiba jatuh sebab PKP, dia terus tukar bisnes lain. Dan rupanya pendapatan yang dihasilkan sama, malah kadang-kadang lebih baik daripada kerja atau bisnes mereka sebelumnya. 

Adakah anda dah capai financial confidence?

Cuba jawab soalan ini dulu.

Sekiranya anda kehilangan segalanya hari ini; wang, harta, kerja atau bisnes, adakah anda boleh bangkit semula? Nak sara diri, keluarga dan bayar komitmen sedia ada lagi?

Ya, nak dapat balik semua itu memang ada prosesnya dan makan masa. Tapi ada tak keyakinan anda boleh survive dan akhirnya akan kembali macam asal atau bahkan mungkin lebih lagi? 

Jika jawapan anda ya, maka syabas dan tahniah!

Jika jawapan anda tidak, maka sesuatu perlu dilakukan sebelum malapetaka yang lebih buruk berlaku.

Fuhhh... Bunyi macam seram, kan? 

Tapi itulah realiti yang boleh berlaku dan malah dahpun berlaku. Ada waktu ketika bisnes yang anda bina merudum, runtuh, kena tipu. Gaji atau elaun kena potong, kena berhenti kerja. Atau pelaburan yang anda join rugi besar, duit kena bawa lari, market crash, property rosak, penyewa lari. Dan macam-macam masalah lagi. 

Semua itu di luar kawalan kita, sebab kita tak tahu pun bila benda itu nak jadi. Lepas ini muncul pula krisis apa lagi, kita pun tak tahu. 

Kita tak boleh nak salahkan keadaan atau takdir. Itu semua adalah proses kehidupan, nak tak nak bila dah jadi terpaksa hadap juga. 

Sebab itu financial confidence ini sangat penting. Tak kan nak tunggu benda buruk jadi dulu baru terhegeh-hegeh nak cari solution, kan?

Jadi, macam mana nak capai financial confidence? 

Insya-Allah saya akan cuba terangkan dalam posting seterusnya. 

Cuma sebagai penutup, saya nak share tentang cerita Tuan Hafiz Mansor yang jatuh bankrap, tapi boleh survive dan bangkit untuk jadi kaya. Beliau adalah seorang yang ada financial confidence. RFS boleh ikuti kisah jatuh bangun beliau kat sini - yup.la/lpx

Sekian. Terima kasih sudi baca sampai habis. Stay safe and keep healthy. 


RFS

BIO HACK: MAKAN BESAR TAPI MAINTAIN SIHAT DAN SLIM

  • 0
Sekarang kan sedang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Dah tentu ramai yang jadikan peluang ini untuk cheat diet, makan sedap-sedap dan puas-puas. Kan? Hihi.

Ben Greenfield, seorang jurulatih kecergasan ternama dari US ada berkongsi tips bio hack simple untuk kekal sihat dan slim walaupun makan banyak. 

Jadi berdasarkan kajian yang beliau jumpa, ada 2 cara yang boleh kita buat.

1. Kajian di Jepun mendapati bahawa kita dapat kawal paras gula dalam darah selepas makan minum macam-macam dengan berjalan selama 15 minit. 

Ataupun...

2. Sebelum makan, bersenam dulu sekejap. Ya, tak perlu lama, 30 saat sahaja pun dah cukup. Boleh buat squat, lunges, pumping. Kalau terlebih rajin, buatlah jumping jack atau burpees. Kahkah. 
Ben sendiri biasanya sebelum makan besar akan beransur sekejap pergi ke tandas, bukan untuk buang tapi sebab nak buat squat. 

Ok, itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih sudi baca sampai habis dan selamat beramal.

RFS
Health is wealth

P/S: Kalau nak tengok video Ben cakap pasal benda ni, boleh tengok dalam komen kat sini - https://youtu.be/zbtDOzy34-Y

P/P/S: Kat atas itu gambar mi Aceh kat Warung Mie Bang Baka 1990, Jalan Study Found, Kuta Alam, Banda Aceh. Alhamdulillah, hari itu sempat merasa sebelum balik Malaysia.