Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts
Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts

MANFAAT AUTOPHAGY BILA BERPUASA

  • 0
Petang tadi keluarga saya makan ayam penyet. Tapi saya tak makan. Bila masuk waktu maghrib, saya hanya minum air kosong, kemudian terus gerak ke surau.

Lepas solat isyak, kat surau ada sediakan kuey tiaow goreng, bihun goreng, popia dan teh tarik. Tapi saya terus balik.

Saya sedang puasa sejak petang semalam sampai pagi esok. Sasaran kali ini nak puasa sekurang-kurangnya 36 jam. Kalau lebih, kira bonus.

Salah satu manfaat utama daripada puasa adalah autophagy, iaitu satu proses di mana badan kita membuang sel-sel lama dan rosak bagi digantikan dengan sel-sel baru dan baik. Bila proses ini berlaku, insya-Allah badan akan beransur menjadi lebih sihat dan kuat.

Proses autophagy ini tak berlaku dan boleh terganggu bila ada makanan/minuman masuk perut. Sebab bila kita makan minum (kecuali air kosong), hormon insulin dalam badan akan naik.

Tak lapar ke tak makan? Tipu lah kalau tak lapar langsung. Lapar memang ada, tapi tak ada rasa sampai nak kebulur. Hehe.

Ok lah, nak tido dulu. Kalau tido lambat, hormon kortisol pula naik. Bila kortisol naik, badan jadi lebih lapar dan tekanan darah juga jadi tinggi.

Selamat berehat.

RFS
IF for Life

P/S: Rekod puasa paling lama yang pernah saya buat, 50 jam lebih sikit.

RESET BODY DENGAN INTERMITTENT FASTING

  • 0
Masa balik Aceh itu hari, jadual Intermittent Fasting saya terganggu. Selalunya buat 16 jam atau lebih. Masa kat sana dapat buat 12 jam sahaja. Itupun kadang-kadang ada yang tak cukup. Huhu.
Rasa tak tenteram pula kalau tak makan puas-puas, sebab banyak yang sedap-sedap dan harga pun murah. Contohnya roti bakar coklat macam dalam gambar kat atas. Harganya cuma Rp10k atau sekitar RM3 sahaja. 

Kat kedai yang sama juga ada jual kebab daging Rp10k, burger special (daging dengan telur) Rp10k, mi/nasi goreng telur Rp8k dan Indomie (macam Maggie) goreng Rp7k. Sekali makan kenyang dengan harga serendah RM3 ke bawah. Kan murah tu? 

Bagi mengurangkan rasa bersalah dan memperbaiki kesilapan itu, baki bulan Januari ini saya berazam nak buat IF sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk beberapa hari. 

Alhamdulillah, dah mula sejak semalam dan hari ini dapat sekalikan dengan puasa sunat.

RFS
IF for Life

P/S: Last meal, 7:30 petang semalam. Next meal: 7:30 pagi esok. Total: 36 jam. Buka puasa nanti minum green tea dan air kosong sahaja.