Showing posts with label Sedekah. Show all posts
Showing posts with label Sedekah. Show all posts

KELEBIHAN ORANG KAYA YANG BERTAKWA

  • 0
Orang-orang fakir Muhajirin mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, “Orang-orang kaya mendapatkan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal; Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka memiliki kelebihan harta. Mereka boleh menunaikan haji, umrah, jihad dan juga bersedekah (manakala kami kekurangan harta).” 

Maka Baginda bersabda, “Adakah kamu sekalian mahu sekiranya aku ajarkan sesuatu yang dengannya kalian akan dapat menyaingi mereka yang telah mendahului kalian. Dan dengannya juga kalian akan dapat mendahului orang-orang yang datang sesudah kalian. Dan tidak akan ada seorang pun yang lebih baik daripada kalian kecuali jika dia melakukan seperti apa yang kalian lakukan?” 

Mereka menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” 

Baginda berkata, “Hendaklah kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir setelah selesai setiap solat sebanyak 33 kali.”

Setelah beberapa lama, orang-orang fakir Muhajirin itu datang kembali kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Saudara-saudara kami yang kaya telah mendengar dan mengetahui apa yang kami lakukan, lalu mereka telah melakukan perkara yang sama.” 

Maka Rasulullah SAW berkata, “Itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”

[Direkodkan oleh Imam Muslim]

Sumber: Kitab Riyadh al-Solihin, hadis ke-1426

HUTANG OH HUTANG

  • 0
Ada orang yang terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup. Ada juga orang yang mengalami kesempitan hidup kerana berhutang.

Persamaan keduanya, mereka sama-sama berhutang dan sama-sama mengalami kesempitan hidup.

Manakala perbezaan keduanya, seorang berhutang kerana keperluan sedangkan seorang lagi berhutang kerana kehendak.

Dalam suatu hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." [Direkodkan oleh Imam al-Baihaqi]

Tapi ada juga orang yang tidak sedikitpun berasa risau dan tidak pula berasa hina dengan hutang yang tidak pernah dibayar sedikitpun sejak berhutang dulu sehinggalah ke hari ini. Malah ada orang yang tanpa segan silu, hutang lama belum bayar tapi sudah tukar kereta baru. Hu hu hu...

Saya percaya anda pernah kenal sekurang-kurangnya satu orang jenis macam ini.

Memang padanlah ayat yang paling panjang dalam al-Quran adalah tentang hutang.


Bayar Hutang

Allah akan membantu orang yang bersungguh mahu melangsaikan hutangnya.

Nabi SAW pernah berkata, "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin merugikannya, Allah juga akan merugikannya." 

[Direkokan Imam Al-Bukhari]

Izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi. Kira-kira 6 tahun lepas ketika saya sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Jambi, saya dan beberapa orang kawan membuka bisnes kedai makan. Antara sumber kewangan bagi memulakan bisnes itu adalah wang pinjaman daripada abang saya, Ustaz Nizamul Fakri. Jumlahnya mencecah 10 juta. Bukan RM, tapi Rp. :D

Bisnes tersebut berjalan kira-kira setahun dan kemudian bungkus. Dan saya masih lagi menanggung hutang. Alhamdulillah. ^_^

Selang beberapa tahun, abang saya tidak ingat bahawa saya pernah berhutang dengan beliau. Maklum sahaja ketika itu beliau orang kaya, kerja di luar negara, tinggal di Doha. Namun begitu saya tidak pernah lupa. Saya berjanji kepada diri sendiri akan tetap membayarnya suatu masa nanti.

Alhamdulillah, hutang itu berjaya saya bayar juga akhirnya. Abang saya sendiri baru ingat bahawa saya masih berhutang ketika saya maklumkan hendak mengembalikan wangnya.


Jangan Beri Hutang

Kata kakak saya Cikpuan Hikmah Safir, "Bila orang hendak berhutang dengan kita, orang itu akan cium tangan kita. Tapi bila sampai masa kita hendak minta balik duit kita, kita perlu cium kaki orang itu."

Saya tambahkan, "Itupun (selepas cium kaki orang itu) belum tentu lagi dia akan bayar hutang dia." -_-

Sekiranya ada yang mahu berhutang daripada kita,
1. Jika kita mampu, bagi sebanyak mana yang diperlukan dan halalkan.
2. Bagi hanya seberapa banyak yang kita mampu dan halalkan. (Paling banyak saya boleh bagi RM100)
3. Tidak usah bagi langsung tapi tolak dengan cara yang baik.

Sekian perkongsian kali ini semoga bermanfaat dan boleh menjadi panduan dalam urusan hutang.


RFS

P/S: Kalau kita ada banyak simpanan, kita tidak perlu berhutang. Panduaan kewangan ini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com boleh membantu anda membuat simpanan secara konsisten.

PROJEK IBADAH QURBAN DI KEMBOJA

  • 0
Setiap setahun sekali, pemilik rumah akan bayar cukai tanah dan cukai taksiran.

Setiap setahun sekali, pemilik kenderaan akan memperbaharui insurans/takaful dan bayar cukai kenderaan.

Setiap tahun sekali, orang dan syarikat dengan pendapatan tertentu akan bayar cukai pendapatan.

Kurang lebih 40 hari sahaja lagi kita akan berjumpa kembali dengan hari raya 'Id al-Adha. Apa kata kalau setiap tahun sekali kita turut menyediakan belanjawan bagi menunaikan ibadah qurban.

Anggaran kadar qurban 1 bahagian lembu sekitar RM250-300 sahaja.

Jika kita sanggup dan mampu membayar cukai setiap tahun, kita sebenarnya sanggup dan mampu pula menunaikan ibadah qurban.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS

P/S: Rakan sepengajian saya di Darul Quran JAKIM yang berasal dari Kemboja, Ustaz Solah Reas Al-Hafiz, menawarkan ibadah qurban di kampung beliau dengan kadar RM280 bagi 1 bahagian lembu. Jika RM280 masih berbaki, akan dijadikan sebagai sedekah bagi pihak penaja qurban berkenaan. PM saya bagi maklumat lanjut. Terima kasih.

LAUNDRY SAJADAH

  • 0
Minggu lepas ketika dalam perjalanan dari tempat kerja Bangi ke rumah di Nilai, saya singgah sebentar di surau R&R Nilai bagi menunaikan solat asar.
Ehsan daripada gegarsyeh.blogspot.com
Setelah solat, saya melihat seseorang sedang menyusun sajadah yang nampaknya telah dibasuh dan terlipat kemas pada rak sajadah. Kemudian beliau mengumpulkan sajadah yang lainnya dan memasukkannya ke dalam plastik. 

Saya percaya beliau akan membawa balik sajadah itu bagi dibasuh, kemudian menghantarnya semula ke surau dan mengambil sajadah yang lain pula untuk dibawa balik. Begitu seterusnya.

Saya sungguh kagum dengan perbuatan beliau yang sederhana namun begitu kreatif dalam berbuat kebajikan dan mengumpul saham akhirat.

Saya doakan beliau istiqamah dan perbuatan beliau itu boleh menjadi sunnah hasanah.

P/S: Sekiranya di surau lelaki ada sajadah, maka di surau perempuan ada sajadah dan telekung. :)

BAGAIMANA BOLEH BERSEDEKAH SETIAP HARI?

  • 1
Suatu ketika saya pernah terfikir bagaimana caranya supaya saya boleh bersedekah setiap hari memandangkan begitu banyak ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada orang yang bersedekah. an sesungguhnya Allah SWT tidak pernah mungkin mengingkari janji-Nya.

Akhirnya saya terfikir untuk menyediakan sebua tabung sedekah di rumah untuk sata dan suri isi setiap hari sebelum pergi bekerja ataupun keluar rumah. Saya menjadikan tin bekas snack Mister Potato (seperti dalam gambar) sebagai tabung sedekah harian kami. :D
 Apabila telah cukup seminggu ataupun sebulan ataupun ketika dirasakan perlu, wang yang telah terkumpul di dalam tabung tersebut dihitung (seperti dalam gambar di bawah) dan kemudian disalurkan. :)

RM 10 JADI RM 1000

  • 1

Pada hari Jumaat (27/1/2012) yang lepas saya mengadakan kuiz bagi pelajar-pelajar kelas Al-Quran saya. Bagi sesiapa yang boleh menjawab soalan dengan benar, saya akan bagi peruntukan sarapan di kantin pada waktu rehat pagi itu juga (Pukul 10:30) sebanyak RM 1. Dan tambahan RM 0.50 lagi bagi yang menjawab soalan bonus.

Akhirnya 4 orang pelajar mendapat peruntukan RM 1.50, manakala 4 orang lagi mendapat peruntukan RM 1. Total RM 10 sahaja. Bila buat macam tu, pelajar rasa seronok. Saya yang buat kuiz juga rasa seronok melihat mereka bersemangat dan bersungguh.

Bagitu kelas Al-Quran berakhir pada pukul 9:30, pelajar-pelajar menuju ke kelas akademik, manakala saya menuju ke kantin sekolah untuk bersarapan. Selepas bersarapan, kira-kira pukul 10:00, Ustaz Shaiful mendatangi saya dengan membawa sebuah bekas yang berisi kertas-kertas kecil yang bergulung. Beliau meminta saya untuk mengambil salah satu kertas tersebut kemudian membukanya. Apabila kertas tersebut dibuka, di dalamnya tertulis 1. Ketika itu baru saya menyedari bahawa itu adalah undian kutu dan saya mendapat giliran yang pertama. Alhamdulillah! :)

Ketika itu saya belum mengeluarkan RM 10 untuk membelanja pelajar kelas Al-Quran saya, tetapi saya tahu saya akan membelanjakannya sekejap lagi. Ketika itu saya juga belum menerima duit kutu RM 1000, tetapi saya tahu saya akan menerimanya tidak lama lagi.

Begitulah balasan Allah kepada saya. Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya.

Setiap kebaikan pasti akan dibalas oleh Allah sekurang-kurangnya 10 kali ganda (suarah al-An'am: 160). Dan Allah melipatgandakannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki.

PERANCANGAN HIDUP DAN MATI

  • 0
Selain novel, buku yang paling laris di kedai buku adalah buku-buku perancangan hidup seperti buku motivasi, pengurusan diri, perancangan kewangan, bisnes, pelaburan atau yang serupa dengannya. Buku-buku seperti itu sangat membantu orang yang membeli, membaca dan mengamalkannya. Walaupun harga buku-buku tersebut hanya RM 20-30 tetapi nilai yang terkandung di dalamnya berkali-kali ganda lebih bernilai dari harganya.

Namun sayangnya kebanyakan tulisan-tulisan perancangan hidup hanya menekankan tentang keperluan, kemudahan dan keselesaan hidup sahaja. Jarang-jarang menyentuh tentang kehidupan selepas mati.


PERANCANGAN MATI

Perancangan dalam hidup itu memang perlu. Tapi perancangan untuk mati lebih perlu. Sebab kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan hidup yang tak mati-mati.

Berkenaan perancangan mati, Nabi SAW pernah berpesan bahawa ketika manusia mati semua amalannya akan terputus kecuali 3 perkara (sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh). Jadi selain 3 perkara itu, tidak ada lagi yang bisa kita harapkan dalam kehidupan setelah mati. Maka selagi masih hidup, marilah kita merancang 3 perkara tersebut dengan sebaik-baiknya.

1. Sadaqah jariyah

Sadaqah jariyah atau lebih dekenali dengan sebutan waqaf adalah infaq yang manfaatnya berpanjangan. Selama manfaatnya masih berjalan, maka pahalanya juga akan terus mengalir kepada pemberi waqaf walaupun dia telah meninggal dunia.

Yang menjadi persoalan adalah jika Anda memperuntukkan 10% (sebagai contoh) dari pendapatan bulanan untuk pelaburan kehidupan dunia, berapa % pula yang Anda peruntukan untuk pelaburan kehidupan akhirat? Jawapan Anda akan menunjukkan sejauh mana kebijakan Anda dalam perancangan "hidup".


2. Ilmu yang bermanfaat

Anda pasti memiliki ilmu yang bermanfaat yang boleh dikongsikan kepada orang lain. Maka, berkongsilah! :) Lebih bagus lagi jika ilmu yang dikongsikan itu menjadi sunnah hasanah.

Harapan saya semoga tulisan-tulisan di dalam blog ini diterima oleh Allah sebagai salah satu bentuk perkongsian ilmu yang bermanfaat. Allahumma amin!


3. Doa anak soleh/ah

Anak soleh bukan disebabkan ayahnya bernama Soleh atau ibunya bernama Solehah. :D Tapi anak soleh adalah seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya secara istiqamah. Salah satu cara untuk mengetahui tingkat kesolehan seorang anak adalah dengan melihat bagaimana dia menjaga kewajipan solat.

Bagaimana dengan orang yang tidak memiliki anak? Dalam hal ini guru saya Ustaz Mubarak Al-Hafizh, seorang tokoh ulama dari daerah Jambi, Indonesia, pernah mengatakan bahawa lafaz anak (walad) di dalam hadis disebutkan dalam bentuk nakirah bukan ma'rifah. Itu boleh bermaksud umum bukan khusus. Anak itu tidak semestinya anak sendiri. Tapi boleh juga anak angkat, anak saudara atau anak didik. Wallahu ta'ala a'lam.

Semoga saya dan adik-beradik yang lain istiqamah menjadi anak soleh/ah yang sentiasa mendoakan Ayah dan Bunda.

MATEMATIK SEDEKAH

  • 0
Menurut ilmu matematik yang biasa kita pelajari:
10 - 1 = 9
10 - 2 = 8
10 - 3 = 7
10 - 4 = 6
10 - 5 = 5
dan seterusnya

Tapi menurut firman Allah dalam surah al-An'am ayat 160:
10 - 1 = 19
10 - 2 = 28
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
dan begitulah seterusnya

Sifirnya sangat mudah, sedekah 1 dapat 10. Kalau 10, dibalas 100. Kalau RM 800, Allah ganti RM 8 ribu. :D Senang 'kan?


Jika mengikut surah Al-Baqarah ayat 261 lebih hebat lagi. Setiap sedekah berupa infaq diumpamakan seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi sebuah pohon dengan 7 cabang dan setiap cabang membuahkan 100 benih baru. Dan jika Allah SWT berkehendak, Dia mampu menjadikannya lebih banyak dari itu.
Kita boleh gambarkan seperti berikut ini:
10 - 1 = 709
10 - 2 = 1408
10 - 3 = 2107
10 - 4 = 2806
10 - 5 = 3505
dan seterusnya

Jika setiap infaq dibalas dengan 10 kali ganda sahaja sudah sangat hebat apatah lagi jika dibalas sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Mungkin ada di antara kita telah melakukan infaq tapi merasa tidak mendapat balasan. "Allah mengikut persangkaan hamba-Nya", maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Jadi yakinlah bahawa setiap infaq yang kita lakukan pasti dibalas oleh Allah SWT. Hanya saja balasan-Nya ada yang disegerakan dan ada yang ditunda sehingga kita benar-benar perlu. Ada balasan dalam bentuk harta (material) dan ada juga yang dibalas dalam bentuk dikurniakan kesihatan, disembuhkan dari sakit, dipermudahkan jodoh, dihapuskan dosa, dihindarkan dari musibah, dilindungi dari azab dan lain sebagainya.


Catatan:

Hukum matematik di atas pernah berlaku ke atas saya beberapa kali. Saya pernah menceritakan dua kisah di antaranya di dalam blog ini. Jika Anda berminat untuk membacanya, sila klik link berikut ini:

SEDEKAH ATAU INFAQ?

  • 0
Kita mungkin sering bersedekah tapi kita sangat jarang melakukan infaq. Kerana walaupun sedekah dan infaq memiliki persamaan namun sebenarnya sedekah dan infaq adalah dua hal yang berbeza. Secara mudahnya, perbezaan antara sedekah dan infaq adalah sebagaimana yang akan dijelaskan berikut ini.

Sedekah adalah perbuatan baik yang memberikan manfaat bagi diri sendiri dan orang lain. Contoh: doa, nasihat, senyuman, membuang duri dari jalan solat dhuha, bahkan berjimak dengan isteripun sedekah. Di bawah ini saya menyertakan beberapa dalil tentang sedekah yang bukan infaq.

"Senyumanmu untuk saudaramu adalah sedekah" (H.R. Bukhari Kitab Adab)

"Doa keselamatan yang datang dari salah seorang di antara kamu sekalian akan menjadi sebuah amal sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap suruhan kepada kebaikan adalah sedekah, dan larangan kemunkaran adelah sedekah. Sedekah juga dapat diperoleh melalui shalat dhuha 2 rakaat" (H.R. Bukhari no. 2989, Muslim no. 1668).

"Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha" (H.R. Abu Daud, Kitab Shalat no. 1285, 1286, 5243).

"Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka boleh bersedekah dengan kelebihan hartanya (sedangkan kami tidak boleh)." Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemunkaran adalah sedekah, dan hubungan jima' kalian (dengan isteri) adalah sedekah." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala." (HR. Muslim)
Infaq adalah memberikan harta benda (materi) yang bermanfaat kepada orang lain. Atau dengan kata lain, setiap sedekah yang melibatkan harta benda (materi) adalah infaq. Contoh: mengisi wang dalam tabungan di masjid, memberi wang, makanan atau pakaian kepada orang yang memerlukan, memberi makan kepada haiwan.

Jadi, infaq itu termasuk sedekah tapi sedekah itu boleh jadi bukan infaq. Untuk bersedekah tak perlu ada harta tapi untuk melakukan infaq perlu ada harta.

Wallahu ta'ala a'lam.

Credit to Khalifah Ali

BERSEDEKAH TAPI MENGHARAPKAN BALASAN?

  • 0
Sedekah adalah salah satu bentuk ibadah kepada Allah. Meminta kepada Allah supaya menunaikan hajat juga merupakan ibadah yang disebut juga dengan doa. Keduanya adalah amal yang dituntut oleh Islam dalam semua keadaan. Apakah pada waktu susah atau senang, pada waktu miskin atau kaya.

Namun jika kedua amal ini dihimpunkan menjadi satu (bersedekah kemudian meminta kepada Allah supaya membalas sedekah tersebut dengan menunaikan hajat), sebagian orang menganggapnya salah. Alasannya karena suatu ibadah yang mengharapkan balasan dianggap tidak ikhlas. Benarkah demikian? Jawabannya bisa ya atau tidak. Ya, tidak ikhlas jika mengharap balasan dari makhluk. Tetapi tidak jika mengharap balasan dari Khaliq. Karena Allah SWT sendiri telah berfirman, "Mintalah kepada-Ku, aku akan menunaikannya"

Untuk lebih jelas, izinkan saya menerangkannya dengan beberapa tanya jawab seperti berikut:

(-) Bolehkah seseorang yang malas beribadah, misalnya tidak solat tetapi meminta sesuatu kepada Allah?
(+) Tentu saja boleh. Siapa saja boleh berdoa kepada Allah SWT.

(-) Bolehkah seseorang yang beribadah meminta sesuatu kepada Allah?
(+) Jika orang yang tidak beribadah kepada-Nya saja boleh meminta, apa lagi orang yang taat beribadah.

(-) Bolehkah seseorang yang melakukan suatu ketaatan kepada Allah kemudian dia bertawasul kepada Allah dengan amalnya tersebut supaya menunaikan hajatnya?
(+) Sekali lagi jawabannya adalah boleh berdasasarkan dalil hadis Nabi SAW tentang 3 orang yang terperangkap di dalam sebuah gua kemudian mereka bertawasul dengan amalan mereka masing-masing supaya mereka dapat keluar dari gua tersebut.

Jadi jika seseorang bersedekah tanpa mengharapkan balasan, ini merupakan sikap yang sangat mulia. Namun jika ada seseorang bersedekah dan kemudian meminta kepada Allah supaya membalas sedekah tersebut dengan menunaikan hajatnya, maka itu juga tidak salah. Malah sebenarnya dia telah melakukan dua ibadah, ibadah sedekah dan doa.

Wallahu ta'ala a'lam.


Catatan:

Berdasarkan pengalaman, saya pernah menggunakan cara di atas. Alhamdulillah! Allah SWT berkenan menunaikan hajat saya tersebut. Di antara pengalaman tersebut pernah saya ceritakan di [sini].

MENAHAN MILIK ALLAH

  • 0
Dan janganlah orang-orang yang kikir dengan apa yang Allah berikan (titipkan) kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahwa (kikir) itu baik bagi mereka. Padahala (kikir) itu buruk bagi mereka. Akan dikalungkan apa (harta) yang mereka kikirkan itu pada hari kiamat. Dan milik Allah-lah segala apa yang ada di langit dan bumi. Dan Allahh Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (Ali 'Imran: 180)

Katakanlah (Rasulullah SAW), "Sekiranya kamu menguasai khazanah rahmat Tuhanku, niscaya (khazanah) itu akan kamu tahan karena takut untuk menginfakkannya." Dan manusia itu memang sangat kikir. (al-Isra': 100)

Ingatlah bahwa kamu adalah orang-orang yang diajak untuk berinfak di jalan Allah. Namun ada di antara kamu yang kikir. Dan barang siapa yang kikir sesungguhnya di kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah Maha Kaya. (Muhammad: 38)

Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengirah bahawa hartanya itu dapat membuatnya hidup kekal. (al-Humazah: 2-3 )

Ketika tangan terasa begitu berat menghulurkan infaq, ingatlah ayat di atas. Semoga kita tidak tergolong ke dalam manusia kikir yang menahan karunia milik Allah. Amin!


Catatan:

Sedekah di bulan Ramadhan lebih baik daripada bersedekah di bulan lainnya. Jika sebelum ini kita (memang) kurang bersedekah, maka saat ini adalah kesempatan untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Jika sebelum ini kita sudah (merasa) banyak bersedekah, maka kali ini kita mesti bersedekah lebih banyak dari sebelumnya. Kalau sama atau malah kurang dari sebelumnya, maka sesungguhnya kita termasuk orang-orang yang sangat malang. :( Wa al-'iyadzu billah!

Jika Ramadhan pergi, jangan sampai kita susah untuk bersedekah. Jangan pula kita menunggu Ramadhan datang, baru mau bersedekah. Karena Tuhan Ramadhan dan Tuhan bulan-bulan yang lainnya adalah Tuhan yang sama. Semestinya ibadah kita kepada-Nya tidak mengira masa. Karena salah satu bukti bahwa suatu ibadah itu dilakukan dengan ikhlas adalah istiqamah (konsisten).

Jadi, jangan takut susah karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena susah! Hidup mudah memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari hidup mudah. Jangan tunggu hidup mudah baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka hidup Anda akan mudah. Sedekah membawa berkah!

LEBIH BAIK SEDEKAH

  • 3
Lebih baik sedekah sedekah 1 ribu dengan ikhlas daripada sedekah 10 ribu tapi tidak ikhlas. Tapi lebih baik sedekah 10 ribu dengan ikhlas daripada sedekah 1 ribu tapi tidak ikhlas. Namun menurut yang menerima, "Lebih baik 10 ribu daripada 1 ribu. Masalah ikhlas atau tidak, urusan yang memberi dengan Allah. Yang penting saya menerima dengan ikhlas." :D

Lebih baik sedekah 1 ribu sebanyak 10 kali daripada sedekah 10 ribu tapi hanya sekali. Karena 1 x 10 berbeda dengan 10 x 1. Namun yang lebih baik lagi sedekah 10 ribu sebanyak 10 kali, 10 x 10. :D

Catatan:

Sedekah di bulan Ramadhan lebih baik daripada bersedekah di bulan lainnya. Jika sebelum ini kita (memang) kurang bersedekah, maka saat ini adalah kesempatan untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Jika sebelum ini kita sudah (merasa) banyak bersedekah, maka kali ini kita mesti bersedekah lebih banyak dari sebelumnya. Kalau sama atau malah kurang dari sebelumnya, maka sesungguhnya kita termasuk orang-orang yang sangat malang. :( Wa al-'iyadzu billah!

Jika Ramadhan pergi, jangan sampai kita susah untuk bersedekah. Jangan pula kita menunggu Ramadhan datang, baru mau bersedekah. Karena Tuhan Ramadhan dan Tuhan bulan-bulan yang lainnya adalah Tuhan yang sama. Semestinya ibadah kita kepada-Nya tidak mengira masa. Karena salah satu bukti bahwa suatu ibadah itu dilakukan dengan ikhlas adalah istiqamah (konsisten).

Jadi, jangan takut susah karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena susah! Hidup mudah memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari hidup mudah. Jangan tunggu hidup mudah baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka hidup Anda akan mudah. Sedekah membawa berkah!

RANGKAIAN IBADAH NIKAH VOL 3 (PERSIAPAN KEUANGAN)

  • 0
Ketika seseorang telah membuat keputusan untuk berkhitbah (bertunang), maka semestinya dia telah siap atau sekurang-kurangnya mulai membuat persiapan untuk hari yang paling bersejarah dalam hidupnya dan keluarganya kelak.

Beberapa waktu sebelum menikah, saya sendiri pernah ditanyakan bagaimana kesiapan saya. Sebagian jawaban atas pertanyaan tersebut saya tulis dalam judul KESIAPAN MENIKAH.

Di antara beberapa hal yang perlu disiapkan seorang laki-laki sebelum memikul amanah sebagai suami adalah kesiapan dari sudut spiritual, emosional, konsepsional, fisik, material dan sosial.

Dari beberapa hal di atas, kesiapan dari sudut material (keuangan) menjadi beban pikiran paling berat bagi pemuda sekarang untuk menikah, apakah keuangan sebelum, ketika maupun setelah menikah.

Ada berbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Berbisnis, berinvestasi, berhutang, mencuri atau menipu (dua cara yang terakhir salah di sisi agama dan hukum). Hanya saja apakah cara-cara tersebut benar-benar menyelesaikan masalah atau malah menambah masalah baru. Apa yang pasti, Allah hanya menerima ibadah (termasuk ibadah nikah) yang ikhlas diniatkan karena-Nya serta dilakukakan dengan cara yang sah di sisi agama-Nya.

Bagi yang masih memiliki jangka waktu yang panjang, maka peluang untuk membuat persiapan menjadi lebih mudah. Bagi yang sudah kesempitan waktu, saya doakan semoga tidak hilang arah sehingga menempuh cara-cara yang dibenci Allah. Wa al-'iyadzu billah!

Saya juga pernah mengalami masalah keuangan ketika hendak menikah. Tetapi alhamdulillah Allah berkenan memberi petunjuk kepada saya dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kini saya terdorong untuk untuk menyampaikan cara tersebut kepada para pembaca sekalian. Semoga dapat membantu. Amin!

Tentu Anda tidak sabar ingin mengetahui cara apa yang saya gunakan, bukan? Caranya sangat sederhana. SEDEKAH! Sekurang-kurangnya 10% dari yang kita perlukan. Karena Allah akan membalas setiap kebaikan (sekurang-kurangnya) 10 kali lipat (al-An'am: 160). Bersedekahlah dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah SWT. Karena sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi janji-Nya.

Katakanlah Anda memerlukan biaya untuk menikah sebanyak RM 10 ribu. Maka Anda perlu bersedekah sekurang-kurangnya RM 1 ribu kepada orang atau orang-orang yang sangat memerlukannya.

Setelah itu, berikhtiar dan bertawakkallah kepada Allah. Jangan pernah sedikitpun berburuk sangka apa lagi sampai meragukan kuasa Allah!

"Untuk sendiri saja tidak cukup, bagaimana mau bersedekah kepada orang lain?" Kalau begitu, kenapa Anda berani mengambil keputusan untuk menikah, jika 10% dari biaya menikah saja tidak mampu Anda penuhi? :)

"Aku (Allah) sesuai persangkaan hamba-Ku." (H.R. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah). Bagi saya, sedekah adalah jawaban untuk segala masalah keuangan. Saya meyakini hal itu. Karena begitulah cara saya memahami petunjuk Allah dalam surah al-An'am: 160 dan hadis Nabi SAW bahwa harta tidak akan berkurang dengan bersedekah (H.R. Muslim). Bahkan dalam surah al-Baqarah: 261, Allah menjelaskan bahwa sedekah dibalas sebanyak 700 kali lipat atau malah lebih bagi sesiapa yang Allah kehendaki.

Saya telah beberapa kali membuktikan sedekah sebagai jalan penyelesaian masalah keuangan dan kunci pembuka pintu rezeki Allah Yang Maha Luas lagi Maha Kaya. Kini, giliran Anda pula untuk membuktikannya. ;-) Selamat mencoba! Mudah-mudahan ketagihan! :D

Masih bersambung...


Catatan:

Jadi, jangan takut susah karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena susah! Hidup mudah memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari hidup mudah. Jangan tunggu hidup mudah baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka hidup Anda akan mudah. Sedekah membawa berkah!

SEDEKAH TIDAK PERNAH SALAH SASARAN

  • 0
Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi SAW bersabda:

"Ada seorang laki-laki berkata, 'Aku mau bersedekah malam ini.' Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan pelacur. Keesokan paginya orang banyak membicarakan bahwa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, 'Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.'

Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Keesokan paginya orang banyak membicarakan pula bahwa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, 'Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.'

Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada seorang pencuri. Keesokan paginya orang banyak membicarakan pula bahwa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, 'Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.'

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya, 'Sedekahmu sudah diterima dengan baik oleh masing-masing orang yang kamu beri sedekah. Adapun perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyadari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri". (H.R. Muslim)


Catatan:

Saya pertama sekali mendengar riwayat hadis ini dari al-Fadhil Ustaz Misbahul Wathan, LC dalam diskusi tentang sedekah pada waktu liqa'. :) Jazahullahu khayran atas perkongsian ilmu dari beliau.

Jadi, jangan takut miskin karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena miskin! Kaya memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari kaya. Jangan pernah menunggu kaya baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka Anda akan tambah kaya. Sedekah membawa berkah!

KIRA-KIRA 10% SEDIKIT ATAU BANYAK?

  • 1
Bukankah kita selalu berdoa kepada Allah supaya dilimpahkan rezeki. Dan bukankah kita selalu diberi rezeki oleh Al-Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki? Allah hanya 'minta' 2,5% per tahun dari rezeki harta kita untuk disisihkan kepada golongan dhu'afa' sekaligus untuk mensucikan harta kita. Itupun hanya dari rezeki harta, tidak termasuk rezeki yang lain, dan itupun kalau cukup nishab (kadar minimal wajib zakat) dan haul (cukup setahun).

Bukankah 2,5% itu sangat sedikit? Tapi ramai orang yang mengabaikannya bahkan enggan menunaikannya. Sehingga Khalifah al-Rasyid Abu Bakar R.A. pernah memerangi orang yang enggan memenuhi kewajiban zakat.

Alhamdulillah! Syukur bagi yang telah mampu memenuhi kewajiban tersebut dengan sempurna. Tapi, bukankah 2,5% sangat sedikit? Bagaimana kalau kita coba tingkatkan jadi 10%. Bukankah zakat itu sedekah yang wajib? Bagimana dengan sedekah yang sunat?

Kira-kira bagaimana? Sepertinya 10% masih terasa banyak ya?

Bagaimana kalau begini! Jika Anda diberi modal oleh investor sekian juta untuk dikelola. Kemudian investor tersebut cuma minta jatah 10%, sisanya 90% semuanya untuk Anda. Kira-kira bagaimana? Tentu bagian untuknya sangat sedikit bukan? Tapi kenapa untuk menyisihkan harta 10% untuk yang satu ini terasa begitu berat?

Mungkin kita lupa bahwa Allah sebagai 'investor' dan kita hanya pengelola. Atau mungkin karena kita terlalu fokus pada apa yang kita beri, bukan pada yang kita terima. Mungkin juga karena kita merasa rezeki harta yang kita dapat adalah hasil jerih payah kita dan sepenuhnya milik kita, sehingga kita lupa bahwa sebenarnya hanya dengan izin Allah rezeki itu bisa kita terima.
Jadi, jangan takut miskin karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena miskin! Kaya memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari kaya. Jangan pernah menunggu kaya baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka Anda akan tambah kaya. Sedekah membawa berkah!

Ingatlah bahwa Allah Maha Kaya (Al-Ghany) dan Maha Memberi Kekayaan (Al-Mughny).

Mudah-mudahan sempena awal tahun baru Hijriah dan Masehi ini kita bisa sepakat untuk menyisihkan 10% dari rezeki harta kita untuk ibadah sosial karena sebenarnya 10% itu adalah sedikit. Jadi, banyak-banyaklah bersedekah! Dan bersedekahlah banyak-banyak! Jika kita tidak ragu-ragu untuk bersedekah, mudah-mudahan Allah juga tidak ragu-ragu menambah rezeki kita.

KALI INI DIBALAS 100 KALI LIPAT

  • 3
Juma'at lalu (18/12) saya hendak mengambil uang di ATM Maybank. Sebelum masuk pintu ruangan tempat mesin ATM berada, saya melihat seorang ibu yang kurang bernasib baik duduk di dekat pintu menanti belas kasih hamba Allah yang bernasib lebih baik darinya. Langsung terdetik di hati saya. Wah! Ini rezeki saya! Kebetulan tangan saya juga sudah agak gatal karena sudah lama tidak bersedekah. :)

Setelah mengambil uang di ATM, saya memeriksa isi dompet saya. Ada beberapa lembar RM 1, selembar RM 5 dan 3 lembar RM 50 yang baru saya ambil dari ATM. Kalau cuma kasih RM 1-2, saya malu pada diri sendiri. RM 50? Wah, saya belum sanggup! Di samping itu uang tersebut saya ambil dari ATM khusus untuk membeli keperluan harian. Karena sudah seminggu lebih ini saya selalu menggunakan barang
roommate saya di MTNP. Hari itu saya baru 9 hari berkhidmat sebagai mu'allim di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Akhirnya saya putuskan hanya bisa memberi RM 5. Dan saat itu juga saya teringat suatu pesan yang menganjurkan supaya kita memberi sedekah dengan penuh rasa hormat kepada orang yang menerima sedekah kita. Jabat erat tangannya, pandang dalam-dalam matanya, tepuk pundaknya kemudian ucapkan kata-kata yang baik untuk menghiburnya dan doakan kebaikan untuknya.

Memang sebelum-sebelum ini saya hanya sekedar memberi tanpa memperhatikan hal-hal seperti ini apalagi sampai bersikap begitu santun kepada penerima sedekah. Sebelum-sebelum ini saya hanya sekedar memberi materi dan sama sekali tidak membangun ikatan emosi. Malah pernah juga memberi sekedarnya dengan maksud mengusir atau supaya tidak terus-menerus diikuti. Astaghfirullah!

Saya berjalan ke depan ibu tadi kemudian berjongkok sehingga sama rendah dengan si ibu, tidak seperti sebelum-sebelumnya, sekedar membungkuk lalu melempar uang ke tempat yang telah tersedia. Saya memanggilnya lalu menghulurkan uang. Karena bukan mahram, tidak mungkin saya menjabat tangannya. :) Saya mengucapkan sesuatu kepadanya, menatap sekedarnya, kemudian pergi meninggalkannya menuju mobil di tempat parkir.

Ketika sudah berada di mobil, sekilas saya melihat ibu tadi sedang menadahkan kedua tangannya ke atas. Saya yakin bahwa tidak ada yang didoakan oleh ibu itu kecuali kebaikan. Apapun itu, semoga Allah berkenan mengabulkan permintaannya dan memberikan kebaikan kepadanya. Amin!

Hari ini (24/12) tepat seminggu setelah peristiwa di atas, saya mendapat balasan 100 kali lipat dari sedekah saya. Tadi siang dalam
meeting bersama semua pegawai MTNP, diumumkan bahwa semua pegawai MTNP mendapat bonus 1 kali gaji bulanan berkat pencapaian cemerlang pelajar-pelajar tingkatan 3 dalam PMR yang baru saja diumumkan pada pagi hari. Sedangkan saya yang baru 12 hari mengabdi di MTNP diumumkan berhak mendapat bonus RM 500. Padahal saya mengabdi di situ belum cukup 2 minggu. Dan bisa dikatakan, saya sama sekali tidak terlibat dengan pencapaian cemerlang PMR tersebut. Kalaupun tidak mendapat bonus, saya bisa akur dan sangat sadar dengan status saya yang masih baru.

Saat itulah saya berfikir, kira-kira apa penyebab saya diberi rezeki RM 500 tersebut oleh Allah. Setelah beberapa saat, saya teringat tentang sedekah RM 5 minggu lalu. Bisa jadi itulah penyebabnya.
Wallahu ta'ala a'lam. Biasanya setiap kebaikan yang kita lakukan, minimal mendapat ganjaran 10 kali lipat (al-An'am: 160). Tapi kali ini dibalas 100 kali lipat. Al-hamdu lillahi katsira!

Ketika saya melihat kalender, rupanya Jum'at (18/12) yang lalu bertepatan dengan 1 Muharram 1431 H. Apakah ini juga menjadi salah satu penyebab sedekah saya tersebut dibalas 100 kali lipat? Sekali lagi, W
allahu ta'ala a'lam. Yang pasti hal ini bukan suatu kebetulan. Karena saya yakin, dalam ilmu Allah tidak ada yang kebetulan.

Selalu ada hikmah di balik rencana yang Allah atur untuk kita, hamba-Nya.

DHUHA EVERYDAY

  • 2
Demi waktu dhuha! (al-Dhuha: 1)

Demi matahari dan sinarnya pada waktu dhuha! (al-Syams: 1)

Dua ayat Alqur'an di atas seharusnya sudah cukup untuk menarik perhatian kita terhadap keistimewaan waktu dhuha yang ingin Allah tekankan di dalam kitab-Nya yang mulia.

Hadis Rasulullah SAW, "Doa keselamatan yang datang dari salah seorang di antara kamu sekalian akan menjadi sebuah amal sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap suruhan kepada kebaikan adalah sedekah, dan larangan kemunkaran adelah sedekah. Sedekah juga dapat diperoleh melalui shalat dhuha 2 rakaat" (H.R. Bukhari no. 2989, Muslim no. 1668).

Dalam hadis yang lain, "Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha" (H.R. Abu Daud, Kitab Shalat no. 1285, 1286, 5243).

Mengeluarkan sedekah untuk setiap persendian merupakan ungkapan rasa syukur atau terimakasih kepada Allah atas nikmat tubuh badan. Alangkah tidak berterimakasihnya kita jika selama ini telah memanfaatkan tubuh untuk melakukan berbagai hal, bahkan terkadang melakukan maksiat kepada Allah, namun tidak pernah sekalipun melakukan shalat dhuha.


Kesimpulannya tubuh kita punya sekitar 360 persendian yang perlu diberi sedekah.
Salah satu caranya dengan shalat dhuha, karena shalat dhuha juga merupakan sedekah. Mari melakukan shalat dhuha (minimal 2 rakaat) setiap hari. Dhuha everyday!

Saya yakin kita semua sepakat bahwa mengerjakan dua rakaat pada waktu dhuha bukanlah suatu perkara yang berat dan sulit. Maka, marilah kita ungkapkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat-Nya berupa 360 persendian (ruas tulang) yang kita miliki. Marilah kita berlomba menjadi hamba Allah yang rajin bersyukur.

Mulai sekarang, tanamkanlah di dalam hati bahwa kita setiap hari berhutang kepada Allah. Dan hutang tersebut baru lunas setelah kita melaksanakan minimal 2 rakaat shalat dhuha.

Semoga Allah, yang kita tiada berdaya dan upaya kecuali dengan izin-Nya, memberi kita taufiq dan hidayah agar kita mampu melaksanakan apa yg telah kita ketahui. Amin!

Catatan:

Di kalangan peserta Entrepreneur University (universitasnya para pengusaha sukses, insya Allah), shalat dhuha dikenal dengan shalat pengusaha. Karena shalat dhuha salah satu kunci meraih rezeki sepanjang hari.

KETIKA 'UTUSAN' ALLAH DATANG KEPADA KITA

  • 3
Raisul Fadhla menganggap peminta-minta yang datang kepada kita adalah 'malaikat' yang diutus oleh Allah. Siapapun dan bagaimanapun keadaannya. Terbesit perasaan menyesal dan kecewa jika tidak ada yang bisa diberikan untuk menolongnya. Karena bisa jadi melalui 'utusan' itulah Allah akan memberikan berkah yang melimpah kepada kita. Bagaimana dengan Anda? (8:48)

Status saya di facebook pada
12 November 2009 yang lalu itu mendapat beberapa respon yang positif. Hanya ada satu pertanyaan yang diajukan. Pertanyaannya adalah sebagai berikut, "Trus gimana dong dengan peraturan pemerintah yang melarang masyarakat untuk memberi pada peminta-minta, karena disinyalir peminta-minta yang berada di sekitar kita telah diorganisir dan disulap menjadi sebuah perusahaan 'CV/PT peminta-minta' yang mendatangkan rejeki bagi pengelolanya."

Saya menjawab pertanyaan tersebut dengan singkat, "Ana rasa kalimat 'siapapun dan bagaimanapun keadaannya' sudah menjawab pertanyaan A*****. W
allahu ta'ala a'lam bi al-shawab..."

Kawan, sejauh ilmu saya yang dangkal ini, Alqur'an dan Hadits hanya memberi petunjuk tentang 8 golongan orang yang berhak menerima sedekah/zakat (
al-Taubah: 60), di antaranya adalah golongan faqir dan miskin, tapi tidak pernah meletakkan syarat orang yang bagaimana yang tidak boleh ditolong. Tapi entah mengapa terkadang kita suka berdalih dan tangan kita terasa begitu berat utk terhulur.

Saya begitu menghormati profesi seseorang, bahkan 'profesi' sebagai peminta-minta sekalipun. Oleh karena sumber rezekinya dari meminta, adalah bentuk
syukur kita kepada Allah dengan membantunya karena profesi kita lebih baik dari dia. Coba bayangkan, begitu besar pengorbanan yang diperlukan untuk terpaksa menjadi peminta-minta.

Anda tahu profesi sebagai sales? Coba tanyakan kepada mereka bagaimana perasaannya ketika ditolak, padahal dia menjual sesuatu bukan meminta-minta. Bandingkan pula bagaimana perasaan seorang peminta-minta yang telah mengubur hidup-hidup harga dirinya, memotong putus urat malunya, demi secebis harapan supaya ada hati yang mengasihaninya, tapi semua pengorbanannya itu ditolak?
Semoga kita tidak termasuk orang yang suka menolak peminta-minta, walaupun hanya sekedar mengucapkan kata, "MAAF". Karena tidak ada seorangpun di dunia ini bercita-cita menjadi peminta-minta. Karena sekiranya kita benar-benar memahami konsep sedekah, maka sebenarnya kitalah yang 'perlu' kepada mereka bukan mereka yang 'perlu' kepada kita.

Anggap saja
peminta-minta yang datang kepada kita sebagai 'utusan' Allah yang datang untuk menguji nikmat rezeki harta kita. Atau anggaplah mereka sebagai 'utusan' khusus yang Allah antar kepada kita untuk mensucikan rezeki harta kita yang sudah lama tidak ditunaikan karena kesibukan, kelalaian atau kelupaan kita. Ketika 'utusan' itu datang, maka bersyukurlah! Bagaimana bentuk syukur itu seharusnya? Dengan membantu 'utusan' tersebut semampunya! Bertakwalah kepada Allah semampumu (jangan diartikan sekedarnya, tapi dengan usaha maksimal).

Wallahu ta'ala a'lam bi al-shawab.