Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

KOLEKSI TERBAIK BUKU-BUKU HARTANAH

  • 1
Ramai orang sanggup menghabiskan banyak wang dan masa bagi membayar hutang rumah (beratus ribu dan berpuluh tahun) tetapi kedekut melabur sedikit wang dan masa untuk membeli dan membaca walaupun hanya sebuah buku sebagai panduan membeli rumah. Pelik kan?

Saya harap anda yang sedang baca post ini bukan orang seperti itu. Hargai nilai wang dan masa yang kita ada dengan membaca sekurang-kurangnya satu buku sebelum membeli rumah pertama ataupun rumah-rumah yang seterusnya.


Mitos dalam hartanah

Mitos tentang hartanah ada macam-macam. Ada yang cakap:
+ Rumah ini aset
+ Harga rumah selalu naik
+ Lebih baik beli daripada menyewa
+ Kawasan ini hot, situ suam, sana sejuk
+ Jangan beli rumah daripada pemaju
+ Rumah subsale lagi untung dan kurang risiko
+ Rumah lelong banyak perangkap dan berhantu
+ Harga rumah tengah tinggi, nak beli tunggu masa jatuh nanti
+ Ekonomi sedang tenat, sesiapa beli rumah masa ini akan melarat.
+ Dan banyak lagi

Kalau dengar apa orang cakap, macam-macam komen ada. Kalau yang disampaikan itu betul, alhamdulillah. Tapi kalau salah, tak ke kasihan sesiapa yang percaya dan terima bulat-bulat.

Kalau nak ilmu yang tepat dan bertanggung jawab, ambil daripada orang yang betul dan dengan cara yang betul pula.

Antara sumber rujukan saya sejak mula belajar dulu adalah buku, ebook, blog (Abang Ensem, Shafie Bustan, Rohaniah Noor, Tuan Bri dan lain-lain) dan seminar yang kebanyakannya tidak terlampau mahal (tak lebih RM100).

Saya sendiri membaca tidak kurang daripada 12 buku, 3 ebook dan menyertai 3 kali seminar hartanah sebelum membeli rumah pertama di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kalau anda tak tahu atau keliru nak mula dari mana? Saya syorkan baca buku-buku ini. Saya sedia membantu anda bagi mendapatkannya.

Senarai harga asal buku-buku ini adalah seperti berikut:

1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM19.90
4. 40 Soalan RM29.90

Harga yang saya tawarkan kalau beli satu per satu adalah:
1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM16
4. 40 Soalan RM26

Belum termasuk pos.

Tapi kalau ambil 3 tajuk ke atas semestinya harga boleh nego lagi.

Kalau berminat, pilih tajuk buku yang anda kehendaki. Kemudian hantar mesej ke h/p saya di talian 0192129076 guna WhatsApp atau Telegram. Nanti saya bagi best price.

PERCUMA bonus senilai RM50 bagi yang ambil 3 tajuk ke atas.

Terima kasih.


RFS

NASIHAT BAGI BAKAL PENGANTIN BARU

  • 0
Buat kawan-kawan dan adik-adik yang bakal membina rumah tangga, antara sunnah-sunnah selepas pernikahan adalah seperti berikut ini.

- Suami solat sunat berjemaah dengan isteri, ini amalan sahabat. Buat pada malam pertama.
- Suami pegang ubun-ubun isteri dan baca doa.
- Suami hidang susu untuk isteri.

Ringkasnya semua amalan ini dibuat malam pertama di dalam bilik berdua dengan isteri, BUKAN depan orang ramai.

Amalan suami mencium isteri di hadapan para tetamu, tok kadi, wali dan saksi entah datang dari mana. Jangan tanya saya. -_-

Wallahu ta'ala a'lam.


BELANJA KAHWIN

Belanja kahwin yang paling banyak menelan kos biasanya untuk belanja kenduri dan wang hantaran.
Untuk menjimat perbelanjaan kenduri kahwin, rancang untuk sekalikan majlis nikah dan walimah pada hari yang sama.

Untuk perbelanjaan yang lebih jimat, buat kenduri yang sederhana. Utamakan belanja keperluan seperti makan minum tetamu dan tempat yang selesa.

Kurangkan belanja kehendak seperti mahligai pengantin macam anak raja, pakaian pengantin yang dipakai sehari cuma, kek 7 tingkat, DJ dan sound system konsert Jom Heboh, khidmat juru kamera dan sesi penggambaran macam nak masuk majalah, goodies bag atau bunga telur, sewa kereta mewah dan sebagainya.

Ingat, lagu tema kita adalah Kun Anta. ;)

Perbelanjaan selepas perkhawinan lebih penting daripada perbelanjaan majlis kahwin yang orang kata, "Alah, apa salahnya? Sekali seumur hidup."
_____

Tips berbelanja.
- Ukur baju di badan sendiri.
- Belanja di bawah paras kemampuan, bukannya mengikut kemampuan.
- Bezakan antara keperluan dan kehendak.
- Orang yang membazir bersaudara dengan syaitan. (Surah al-Isra': 27)
- Tidak boros, tidak kedekut, berpada-pada dalam membelanjakan wang. (Surah al-Furqan: 67)
_____

Untuk wang hantaran pula, tukar dengan sesuatu yang nampak lebih bernilai tapi dengan kos yang lebih rendah. Contohnya rumah, kereta, polisi takaful.

Rumah boleh cari yang bawah harga pasaran atau rumah dengan deposit/booking fee yang rendah.
Untuk memiliki kereta hanya perlu bayar sedikit wang muka.  Pastikan kereta mampu milik supaya tidak terbeban dengan ansuran bulanan.

Dengan RM100 sebulan atau RM1200 setahun, seorang anak muda boleh mendapat perlindungan asas sebanyak setengah juta.

Alternatif lainnya sijil ASB, SSP BSN, emas dan sebagainya.

Sekian perkongsian ringkas daripada saya seorang bujang tiga. Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu bakal pengantin dalam membuat persediaan.

RFS

P/S: Jangan suka tayang sweet (kemesraan) suami isteri di media sosial. Orang yang suka sangat tayang sweet di media sosial, di samping banyak mendapat pujian, rumah tangganya juga akan lebih banyak mendapat ujian.

Kehidupan dalam rumah tangga bukannya semua manis-manis belaka. Ada juga masam, sekali-sekala masin dan terkadang pahit. Namun semua itulah yang akan mendewasakan diri dan mematangkan fikiran.

ISU TERHANGAT SEMINGGU DUA INI | HANTARAN TINGGI

  • 0
Bismillah.
1. Hantaran adalah adat, bukannya syariat. Tiada yang salah dengan adat selagi masih menepati kehendak syariat.

2. Hantaran akan diberikan kepada bakal isteri, bukan kepada ibu bapanya. Sepatutnya beliaulah yang paling layak menentukan kadarnya. Dan hantaran tidak sepatutnya digunakan oleh ibu bapa bagi menampung belanja perkahwinan anak perempuan mereka, kecuali dengan persetujuannya.

3. Ibu bapa bakal isteri turut perlu bersedia daripada segi kewangan apabila hendak melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka dan bukannya mengharapkan hantaran bakal suami anak perempuan mereka.
RM10k dianggap masih tinggi oleh sebahagian pemuda, namun dianggap kadar paling rendah yang boleh ditetapkan oleh sebahagian ibu bapa.
4. Tiada masalah dengan hantaran yang tinggi selagi bakal suami mampu. Kadar kemampuan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, ada baiknya kadar hantaran dibincangkan bersama antara bakal pasangan suami isteri beserta pihak keluarga.

5. Bagi sesetengah ibu bapa permintaan wang hantaran yang agak tinggi adalah sebagai komitmen dan bukti bahawa bakal menantu lelaki mereka in syaa Allah mampu menyara anak perempuan mereka nantinya.

6. Bakal suami tidak perlu menutup ketidakmampuan diri bagi memenuhi permintaan kadar hantaran yang dianggap tinggi dengan mengeluh dan merungut. Adalah lebih baik seawal yang boleh belajar dan mengamalkan pengurusan kewangan sebagai persediaan bagi menghadapi perbelanjaan yang agak besar apabila hendak berkahwin nanti.

7. Jalan singkat yang biasa diambil oleh bakal suami bagi memenuhi permintaan hantaran yang tinggi adalah dengan membuat pembiayaan/pinjaman peribadi. Biasanya mereka ini sebelumnya telahpun menanggung hutang belajar dan kenderaan.

8. Berkahwin adalah ibadah seperti mana haji adalah ibadah bagi yang mampu menunaikannya. Seseorang tidak disuruh berhutang untuk berhaji kerana berhutang bagi tujuan itu adalah tanda belum mampu daripada sudut kewangan. Begitu pula dengan berkahwin. Sekiranya masih belum mampu, teruskan usaha sambil berpuasa seperti nasihat Nabi SAW.
Perkara ini boleh berlaku sekiranya bakal menantu lelaki memiliki ciri-ciri bakal penghuni syurga dan bersedia membawa sekali bakal isterinya ke sana bersama-sama. :)
Sekadar perkongsian pandangan daripada saya yang masih mentah serta kurang ilmu dan pengalaman hidup. Boleh ditolak dan dipertikaikan sepenuhnya, tidak memaksa pula untuk diterima sebahagian apatah lagi semuanya. 

Sekiranya ada kebaikan, alhamdulillah. Sekiranya sebaliknya, astaghfirullah.

Wallahu ta'ala a'lam.