Salah satu tanda seseorang berminat untuk memperbaiki keadaan kewangannya adalah apabila dia sanggup memperuntukkan wang dan masa bagi belajar ilmu kewangan.
Membaca status FB yang berkenaan adalah permulaan yang baik, tapi tak cukup. Baca buku, dengar audio, tengok video dan hadiri seminar kewangan supaya nampak pelan kewangan secara lengkap dan menyeluruh.
Saya sendiri mewajibkan diri sendiri membaca (atau ulang baca) sekurang-kurangnya sebulan 1 buku/ebook kewangan. Ini dah nak habis bulan Mac, alhamdulillah saya dah baca lebih 3 buku/ebook kewangan dan pelaburan. Itu belum termasuk seminar, bengkel atau kursus.
Anda dah baca buku apa? Kalau boleh, mohon komen kat bawah. Terima kasih.
RFS
Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts
KOLEKSI TERBAIK BUKU-BUKU HARTANAH
Ramai orang sanggup menghabiskan banyak wang dan masa bagi membayar hutang rumah (beratus ribu dan berpuluh tahun) tetapi kedekut melabur sedikit wang dan masa untuk membeli dan membaca walaupun hanya sebuah buku sebagai panduan membeli rumah. Pelik kan?
Saya harap anda yang sedang baca post ini bukan orang seperti itu. Hargai nilai wang dan masa yang kita ada dengan membaca sekurang-kurangnya satu buku sebelum membeli rumah pertama ataupun rumah-rumah yang seterusnya.
Mitos dalam hartanah
Mitos tentang hartanah ada macam-macam. Ada yang cakap:
+ Rumah ini aset
+ Harga rumah selalu naik
+ Lebih baik beli daripada menyewa
+ Kawasan ini hot, situ suam, sana sejuk
+ Jangan beli rumah daripada pemaju
+ Rumah subsale lagi untung dan kurang risiko
+ Rumah lelong banyak perangkap dan berhantu
+ Harga rumah tengah tinggi, nak beli tunggu masa jatuh nanti
+ Ekonomi sedang tenat, sesiapa beli rumah masa ini akan melarat.
+ Dan banyak lagi
Kalau dengar apa orang cakap, macam-macam komen ada. Kalau yang disampaikan itu betul, alhamdulillah. Tapi kalau salah, tak ke kasihan sesiapa yang percaya dan terima bulat-bulat.
Kalau nak ilmu yang tepat dan bertanggung jawab, ambil daripada orang yang betul dan dengan cara yang betul pula.
Antara sumber rujukan saya sejak mula belajar dulu adalah buku, ebook, blog (Abang Ensem, Shafie Bustan, Rohaniah Noor, Tuan Bri dan lain-lain) dan seminar yang kebanyakannya tidak terlampau mahal (tak lebih RM100).
Saya sendiri membaca tidak kurang daripada 12 buku, 3 ebook dan menyertai 3 kali seminar hartanah sebelum membeli rumah pertama di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kalau anda tak tahu atau keliru nak mula dari mana? Saya syorkan baca buku-buku ini. Saya sedia membantu anda bagi mendapatkannya.
Senarai harga asal buku-buku ini adalah seperti berikut:
1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM19.90
4. 40 Soalan RM29.90
Harga yang saya tawarkan kalau beli satu per satu adalah:
1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM16
4. 40 Soalan RM26
1. MBR RM35
2. BRK RM29
3. Langsaikan Pinjaman RM16
4. 40 Soalan RM26
Belum termasuk pos.
Tapi kalau ambil 3 tajuk ke atas semestinya harga boleh nego lagi.
Kalau berminat, pilih tajuk buku yang anda kehendaki. Kemudian hantar mesej ke h/p saya di talian 0192129076 guna WhatsApp atau Telegram. Nanti saya bagi best price.
PERCUMA bonus senilai RM50 bagi yang ambil 3 tajuk ke atas.
Terima kasih.
RFS
PENDAPATAN 4 ANGKA DARIPADA INTERNET
Pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM1000/bulan (sebahagian orang suka menyebut dengan pendapatan 4 angka) ibarat sebuah tembok tinggi yang menghalang perjalanan seorang pemula (beginner/newbie) seperti saya. Namun apabila tembok itu telah berjaya dilepasi, saya percaya mampu pergi lebih jauh dan laju in syaa Allah. Allahumma amin.
Pada mulanya pendapatan RM1000/bulan daripada internet kelihatan agak besar dan sukar saya capa. Cuba bayangkan, 4 angka tu! :) Tidak sedikit wang yang telah dieluarkan untuk membeli bermacam-macam pakej e-book dan video tutorial bagi mencapai matlamat mendapatkan pendapatan 4 angka pertama daripada internet. Namun hasilnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Apa yang salah?
Akhirnya saya menyedari bahawa ini adalah masalah fokus dan paradigma. Sekiranya masalah fokus dan paradigma ini dapat diselesaikan, laluan akan semakin mudah dan cerah in syaa Allah.
Masalah fokus.
Kebanyakan orang (Ceh! Cakap orang, padahal diri sendiri pun macam tu) tidak fokus dengan apa yang dikerjakan. Projek yang satu belum berjaya, sudah mula silau dan terpikat dengan projek lain pula. Begitu dan begitulah seterusnya. Maka sampai bila-bila tidak berjaya.
Dalam internet ada pelbagai cara hendak mendapatkan wang. menyertai affiliate, dropship, jual barang digital (e-book, aplikasi, laman sesawang dan sebagainya), jual barang fizikal (makanan, pakaian, gadjet dan sebagainya), jual perkhidmatan dan macam-macam lagi. Semuanya mendatangkan wang. Namun sekiranya semuanya hendak dibuat, biasanya tidak ada satupun yang akan menjadi. (Pengalaman sendiri la tu! :P)
Akhirnya saya memilih menjual barang fizikal iaitu buku. Saya memilih facebook sebagai media bagi mendapatkan pelanggan. Ini adalah fan page kedai buku atas talian saya Hikmah Book Shop.
Selesai masalah pertama.
Tapi pendapatan 4 angka pertama masih belum pernah tercapai. Kalau jualan (bukan pendapatan) 4 angka sebulan memang pernah. Tapi jika ditolak wang modal maka hasil keutungan yang didapat cuma 3 angka sahaja. Alhmdulillah kathira.
Masalah paradigma
Antara RM1000 dan 4 angka, yang mana satu lebih mudah dicapai? Saya fikir RM1000 lebih mudah memandangkan ia lebih spesifik dan jelas. Namun bagi sesetengah orang, ia masih nampak agak besar. Cuba perhatikan penerangan berikut ini.
RM1000 / 30 hari = RM33.33 --> digenapkan menjadi RM34/hari
Saya hanya perlu menjual 2 unit produk dengan keuntungan bersih RM17 setiap hari.
Atau saya hanya perlu menjual 1 unit sahaja produk dengan keuntungan bersih RM34 setiap hari.
Ok. Sekarang antara RM1000/bulan dan RM34/hari, yang mana satu lebih mudah dicapai? :) Jadi, adakah sekarang sudah berlaku anjakan paradigma? :D
![]() |
| Dapat jual banyak ni tiap hari pun kira ok kan? |
Saya sendiri ada sebuah produk dengan keuntungan bersih sekitar RM22/unit yang dijual menggunakan facebook. Sekiranya setiap hari saya berjaya menjual 2 produk sahaja, maka pendapatan saya RM1320/bulan, in syaa Allah. :)
Bagaimana sekiranya handak mendapatkan RM2000, RM3000 dan seterusnya? Saya fikir sekarang saya sudah menjumpai cara dan jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah kathira.
P/S: Walaupun menjual 2 produk sahaja sehari menggunakan facebook nampak mudah tapi hendak mencapainya secara konsisten tidak semudah yang difikirkan tanpa ilmu dan tindakan yang tepat. Wallahu ta'ala a'lam.
P/P/S: PM saya sekiranya mahu saya tunjukkan bagaimana hendak mendapatkan ilmu supaya berjaya menjual setiap hari dan konsisten.
TIPS MEMILIH JODOH | ANTARA BACAAN AL-QURAN DAN JODOH
Wanita dinikahi karena empat hal. Karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan selamat. (H.R. bukhari dan Muslim)
Dan (wahai isteri-isteri Nabi) ingatlah (sebutlah) apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Ahzab: 34)
Sudah begitu lama saya tercari-cari tips yang mudah bagi para lelaki dalam memilih jodoh. Sebelum ini saya pernah berkongsi bahawa tips bagi para wanita dalam memilih jodoh adalah dengan menilai kualiti solat lelaki yang hendak diterima sebagi suami. Perkongsian ini saya tulis sejak lama dengan tajuk TIPS MEMILIH JODOH | ANTARA SHALAT DAN JODOH. Untuk makluman para pembaca, perbincangan berkenaan perkara tersebut saya tulis dalam bahasa Indonesia. Itulah sebab mengapa solat ditulis shalat. :)
Kini, setelah lebih dua tahun saya berkongsikan perkara itu, barulah saya berasa yakin untuk berkongsi tips memilih calon pendamping hidup yang taat beraga bagi para lelaki. Caranya adalah dengan menilai kualiti tilawah (bacaan) al-Quran wanita yang hendak disunting sebagai isteri. Tips tersebut serupa dengan cara Imam Hasan Al-Banna dalm menentukan pendamping hidup.
Buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna oleh Ustaz Muhammad Lili Nur Aulia terbitan Alam Raya Enterprise halaman 22 (seperti dalam gambar) ada menceritakan tentang perkara ini.Wallahu ta'ala a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



