CARA UNTUNG BELI BUKU

  • 0
Saya suka membaca buku, terutamanya buku-buku yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan dan bisnes. Kebanyakan koleksi buku-buku saya jenis ini diterbitkan oleh PTS dan TrueWealth.

Harga buku-buku PTS selalunya berpatutan dan sering pula menawarkan diskaun. Tapi kalau beli banyak, kadang-kadang saya sanggup tunggu pesta buku. Sebab kos penghantaran yang terkadang agak mahal, sampai makan diskaun yang ditawarkan.

Manakala buku-buku TrueWealth pula harganya agak mahal, selalunya RM30 ke atas. Jarang pula ada diskaun. Kalau ada diskaun besar, memang saya tak akan lepaskan peluang untuk borong.


Bagi saya beli buku ini tak rugi walaupun harganya agak mahal. Tapi kalau dapat beli dengan harga diskaun, lebih untung lagi.

Saya sendiri sangat jarang beli buku tanpa diskaun. Kalau tak ada diskaun, saya sanggup tunggu bila nanti ada promosi.

Kalau beli online, pertimbangkan juga kos penghantaran. Jangan sampai kos penghantaran makan diskaun. Tapi kalau dah nak sangat dan tak kisah pasal harga, balun je.

Sekian bebelan saya kali ini. Eh, korang baca sampai habis ke apa yang saya tulis ini?

Cuba komen sikit sebagai sokongan dan dorongan, saya nak kenal follower tegar saya.

Atas kesudian anda memberi sokongan dan dorongan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan jazakumullahu khayran.

RFS
Pembaca sekali gus penjual buku (dan juga ebook)

Ini ebook berbayar ---> mudahsimpanduit.blogspot.com
Ini pula yang percuma ---> bit.ly/1MCURFH

P/S: Ini gambar tahun 2012 masa saya nak kemas dan susun buku atas rak. Sekarang ada 2 rak besar warna putih macam ini.

RUMAH HARGA BAWAH RM100K DI SELANGOR

  • 1
Kawan baik saya nak jual rumah beliau di Apartment Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Beliau nak jual rumah ini sebab nak pindah ke Puncak Alam.


Apartment Buginvilla ada beberapa blok dengan keluasan 650kps dan 750kps. Yang nak dijual ini ada di tingkat 1 (atas ground floor) dengan keluasan 750kps.

Saya tak familiar sangat dengan kawasan ini. Apa yang saya tahu kat situ ada Pasaraya Tesco. Jaraknya dalam 5km sahaja. Kalau nak ke KL atau Shah Alam pula dalam 45 minit. Pintu tol pun dekat sangat, dalam 3-4km sahaja.


Orang nak beli mesti nak tahu harga kan? Harga pernah tanya jurunilai paling tinggi boleh dapat RM85k. Tapi kawan saya nak jual lagi murah daripada itu. RM75k sahaja. Itupun boleh nego lagi sikit-sikit. Yang penting dapat terjual dengan cepat sebab perlu duit untuk rumah baru kat Puncak Alam sana.

Sekarang unit ini sedang disewakan sebuah rumah dalam keadaan kosong dengan kadar sewa RM300/bulan sejak 2 tahun lepas. Keluar sahaja penyewa ini, sewakan RM400/bulan insya-Allah boleh dapat. Kalau nak sewa lagi tinggi, tambah sedikit perabot macam dapur, mesin basuh dan peti ais, boleh up lagi. Tak perlu yang baru, bagi yang second tapi masih elok pun dah ok.

Jangan percaya sangat cakap cakap saya ini. Cuba iklankan sendiri kat Mudah atau iBilik. ^_^

Kalau ada yang berminat nak beli untuk buat rumah sewa memang sesuai sangat.

Kalau ada yang berminat, bincang dulu dengan pasangan (bagi yang dah kahwin) dan mak ayah. Jangan lupa juga solat istikharah 2 rakaat dan baca doa minta pencerahan pada Allah SWT.

Kalau rasa dah mantap dan berminat nak beli, baru hantar mesej ke WhatsApp saya di talian 0192129076. Nanti kita bincang lebih lanjut details rumah ini dan macam mana proses seterusnya.

RFS

P/S: Nak belajar beli rumah 2 tahun sekali macam Tuan Wahi Abd Rashid? Klik ---> bit.ly/kitbelirumah







SOAL JAWAB TENTANG PERBANKAN DAN RIBA

  • 0
Soalan:

Sebagai REN saya membantu buyer untuk submit loan dan ada yang memilih islamic loan dan ada juga yang memilih conventional. 

Saya juga pernah cadangkan investor untuk mengambil full flexi loan kerana dia mempunyai lebihan cash kerana ia mampu menjimatkan interest.

Saya rasa tidak sedap hati selepas membaca artikel dibawah.
Ada sahabat REN boleh memberi pendapat atau ada yang arif tentang ini?

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir, "Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba, seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda, 'Mereka semuanya sama bersalah'." [Direkodkan oleh Imam Muslim]

Pemakan Riba itu ada 4 golongan :
1. Mengambil riba
2. Memberi riba.
3. Menjadi penulis/pencatat
4. Saksi kepada transaksi riba.

Artikel penuh ---> www.facebook.com/notes/abu-basyer/jauhkan-daripada-riba-dalam-semua-urusan-kehidupan/10151548766151040


Jawapan:

Kalau ikut artikel yang Tuan kongsikan, penulis mencadangkan supaya tinggalkan dan jauhi riba perbankan konvensional. Sebagai alternatifnya adalah perbankan Islam.

Saya perlu akui bahawa perbankan Islam masih banyak perlu penambahbaikan. Walau bagaimanapun, itulah alternatif terbaik yang kita ada sekarang.

Berkenaan pandangan orang yang menyatakan bahawa perbankan Islam pun tidak terlepas daripada mengamalkan riba, maka jika itu pandangan ijtihad yang dia pegang, maka haramlah baginya menggunakan produk/perkhidmatan perbankan sama ada perbankan Islam, apatah lagi perbankan konvensional.

Orang yang berpegang pada pandangan ijithad bahawa wang fiat adalah riba, maka jatuhlah hukum riba ke atasnya mengikut apa yang dia yakini.

Manakala mereka yang berpegang pada pandangan jumhur dan ulama' yang menyatakan bahawa wang fiat dan perbankan Islam adalah patuh syariah (ada beza antara halal dan konsep patuh syariah, yang ini bab lain), maka harus bagi mereka menggunakan produk/perkhidmatan perbankan Islam.

Berkenaan masalah Tuan dalam menghadapi pelanggan yang mahukan produk/perkhidmatan perbankan konvensional, apa yang boleh saya nasihatkan adalah supaya berkata jujur kepada pelanggan bahawa tuan hanya membantu permohonan pembiayaan daripada perbankan Islam dan salah di sisi agama berurusan dengan produk/perkhidmatan riba.

Riba ini, semua agama samawi (Islam, Nasrani dan Yahudi) pun haramkan. Tapi dalam perlaksanaannya, tepuk dada tanya iman.

Wallahu ta'ala 'lam.

RFS
mudahsimpanduit.blogspot.com

TIPS UNTUK MENINGKATKAN SELF-ESTEEM ANAK APABILA PULANG DARIPADA TEMPAT KERJA

  • 0

Apabila balik pasti kita semua penat seharian bekerja. Apabila pulang ke rumah, kita perlu siapkan kerja di rumah dan melayan anak-anak.

Sebelum memulakan sebarang tugas, luangkan masa beberapa minit dengan anak. Masa yang sangat kualiti. Masa yang sangat menggembirakan.

Apabila memulakan bicara, mulakan dengan soalan-soalan akhlak yang kita tahu anak kita mampu lakukan.

Contoh:
1) Siapa hari ini tolong ummi kemas rumah?
2) Siapa hari ini tolong ummi jaga Dani?
3) Siapa hari ini selalu beralah dengan Dani supaya tak tantrum?
4) Siapa yang selalu play dengan kakak?
5) Siapa baca Iqra' hari ini?
6) Siapa hafal surah hari ini?
7) Siapa baca buku hari ini?

Apabila anak menjawab, sertakan pujian dengan impak positifnya.

Contoh: Dhuha, tolong Ummi kemas rumah. Terus puji dan nyatakan impaknya.

"Bagus kakak solehah girl, tolong Ummi kemas rumah (puji). Mesti Ummi tak penat sangat dan happy (impak positif)"

________________________

Teknik di atas di ambil daripada komunikasi Nabi Muhammad saw dengan sahabat. Nabi saw menyoal tentang siapa yang melakukan akhlak baik tersebut, kemudian menyatakan impak positifnya, iaitu 'sudah tentu masuk syurga'.

Hadith rujukan: Hadith Abu Bakar Masuk Syurga.

Abu Hurairah melaporkan, bahawa pada suatu masa Rasulullah pernah bertanya, 

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Saya!” Beliau bertanya lagi,

“Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya!”

Lalu Nabi Muhammad pun berkata, “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

[Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim]

Sumber: Mengurus Tingkah Laku Anak Gaya Nabi

GURU ITU ORANG KAYA

Perbualan antara Ustaz Rahmat Abdullah dengan ibunda beliau tentang pekerjaan.

“Kalau nggak mau jadi pegawai Pemda*, lu mau kerja jadi apa sih?”

“Mamat ngajar aja, Bu.”

“Nggak lepas itu omongannya dari dulu sampai sekarang, pengen jadi guru aja. Nggak kepengen jadi orang berharte”

“Guru itu justru hartanya banyak. Ngasih ilmu aja kerjaannya. “

“Ya, udah. Jadi guru juga nggak apa sih, bagus. Asal satu, jangan Korupsi!"

Sumber: Filem Sang Murabbi

*Pemda = Pemerintah daerah atau kerajaan negeri

Dalam satu hadis Rasulullah SAW dinyatakan bahawa amalan anak Adam terputus apabila mereka meninggal dunia kecuali 3 perkara, iaitu:

1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakan

Bila kita perhatikan dan fikirkan, seorang guru berpeluang memperolehi ketiga-tiga perkara di atas. Jika para guru memanfaatkan peluang yang terhidang ini dengan sebaiknya, maka dia akan menjadi antara orang paling kaya.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS