PERANCANGAN MEMBELI RUMAH KEDIAMAN

  • 0
Ketika ini saya baru sahaja berpindah tempat kerja. Jika sebelum ini saya mengajar di Maahad Tahfiz di Kuantan, Pahang, sekarang ini saya mengajar di Maahad Tahfiz di Seremban, Negeri Sembilan. Antara sebab saya berpindah ke Negeri Sembilan disebabkan suri saya menetap di Seremban dan bekerja di Nilai, Negeri Sembilan. Saya terpaksa berulang Kuantan-Seremban-Kuantan hampir setiap minggu. Apabila dikira-kira kos perjalanan saya dalam lingkungan RM400 setiap bulan. Abang sulung saya pernah memberi nasihat kira-kira begini: Buat apa kita mencari nafkah untuk keluarga tetapi terpaksa berpisah dan jauh dari keluarga?
Ehsan daripada Tuan Flickr
Apabila dapat berpindah ke Negeri Sembilan, saya dan suri merancang hendak membeli rumah sendiri. Kami telahpun bersepakat hendak membeli rumah di Nilai. Ketika menetap di Seremban, setiap bulan suri saya perlu memperuntukkan kira-kira RM400 bagi minyak dan tol.

Apabila dijumlahkan kos pengangkutan saya RM400 dan suri RM400, setiap bulan kami menghabiskan kira-kira RM800 bagi pengangkutan. Jumlah sebanyak itu apabila digunakan untuk membeli rumah, boleh dapat rumah berharga RM160k dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Daripada RM800 itu terus dihabiskan di atas jalan, adalah lebih baik jika digunakan untuk membeli rumah. :)

Saya telah mengkaji iklan rumah dijual di kawasan Nilai sejak beberapa bulan yang lalu. Rumah teres 1 tingkat masih ada yang dijual pada harga di bawah RM100k. Manakala rumah teres 2 tingkat dijual pada harga RM150k-200k dan ada juga yang lebih mahal.

Bajet yang kami tetapkan bagi harga rumah yang hendak kami beli pada harga di bawah RM200k bagi rumah teres 2 tingkat. Lebih murah, lebih baik. Sempena cuti sekolah yang masih berbaki ini, saya menggiatkan lagi usaha mencari dan melawat rumah yang dijual di kawasan Nilai. :D

TEGURAN SATU MENIT

  • 2
Teguran Satu Menit (TSM) adalah salah satu dari 3 kaedah efektif dalam mendisiplinkan anak-anak menurut buku The One Minute Father (OMF) tulisan Spencer Johnson, M.D. Sebagai salah seorang warden di asrama MTNP, saya ingin mencuba untuk menggunakan cara ini dalam mendisiplikan pelajar-pelajar saya.

Bagi mengukuhkan kefahaman dan tindakan saya dalam menerapkan cara ini, maka saya merasa perlu menuliskannya di dalam blog ini. :)

TSM bisa berhasil dengan baik jika:
  1. Saya mengatakan terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar saya bahwa saya akan menegur mereka jika mereka melakukan kesalahan.
  2. Saya perlu menegur mereka sesegera mungkin.
  3. Saya sebutkan secara spesifik apa yang telah mereka lakukan.
  4. Saya katakan kepada mereka dengan tegas apa yang saya rasakan akibat perbuatan mereka tersebut.
  5. saya akan diam selama beberap detik yang tak menyenangkan dan terasa panjang-supaya mereka bisa merasakan apa yang saya rasakan.
  6. Kemudian saya akan menenangkan diri lalu menyentuh mereka dengan cara yang membuat mereka merasa bahwa saya berada di pihak mereka.
  7. Saya mengingatkan mereka bahwa meskipun tindakan yang mereka lakukan adalah tidak baik, namun menurut mereka adalah anak yang baik.
  8. Saya katakan kepada mereka, "Saya menegur karena sayang". Dan saya tepuk pundak mereka. Ketika TSM berakhir maka semuanya selesai. Saya tidak akan menyebutkan lagi kesalahan itu di kemudian hari.
  9. Kemudian saya akan mendengar apapun yang ingin mereka katakan kepada saya.
  10. Saya sadar, meski[un hanya memerlukan satu menit untuk melakukan TSM kepada mereka dengan rasa sayang, keuntungan yang saya terima akan berlangsung seumur hidup.

Pada masa yang akan datang insya Allah saya akan turut berkongsi tentang kaedah Pujian Satu Menit dan Tujuan Satu Menit. :)

KAUM YAHUDI DI MADINAH

  • 0
Sekurang-kurangnya ada 2 hal penting yang boleh saya ambil dari riwayat hidup salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salman al-Farisi R.A. Yang pertama adalah tentang strategi dalam perang Khandaq. Dan yang kedua adalah tentang kewujudan kaum yahudi di Yatsrib (kini dikenali dengan Madinah)

Sebelum memeluk Islam, Salman al-Farisi R.A. adalah seorang ahli kitab (nasrani). Ia mempelajari agama tersebut dari seorang ahli kitab yang juga ketua gereja yang soleh. Sebelum gurunya itu meninggal, ia sempat berpesan kepada Salman bahawa tidak lama lagi akan diutuskan seorang rasul di kawasan yang berbatu dan banyak pohon kurma. Ciri-ciri rasul itu adalah ia [1] boleh menerima hadiah tetapi [2] tidak dibenarkan mengambil sedekah dan [3] terdapat khatm nubuwwah (tanda kenabian) di pundaknya.
Setelah itu Salman mengambil keputusan untuk mencari tempat yang dimaksudkan gurunya itu. Tahukah Anda ke mana Salman pergi? Ia pergi ke Yatsrib.

Kita telahpun mengetahui bahawa selain suku Aus dan Khazraj, kaum yahudi adalah di antara golongan yang menetap di Yatsrib. Saya merasa bukanlah suatu kebetulan (there is no accident-quote from Kungfu Panda) pada ketika itu kaum yahudi yang juga ahli kitab telah lama menetap di sana. Di Madinah dan sekitarnya ada yahudi dari Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa'.

Adakah kewujudan ahli kitab di sana sama seperti Salman, menanti kehadiran seorang utusan Allah sebagaimana yang diceritakan di dalam kitab yang diturunkan kepada mereka?

Jawapannya boleh jadi ya. Mereka ke sana kerana meyakini apa yang disampaikan di dalam kitab mereka.

Orang-orang yang Kami berikan kitab (ahli kitab) mengenalnya (Rasulullah SAW) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri... (Surah al-Baqarah: 146)

Dalam kitab tafsir diriwayatkan bahawa Ibnu Salam, salah seorang sahabat R.A. yang sebelumnya juga adalah seorang ahli kitab mengatakan, "Sesungguhnya ketika aku melihatnya, maka aku segera mengenalinya sebagaimana aku mengenal anakku sendiri bahkan aku lebih mengenal Muhammad SAW."

Di antara pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas:
  • Ahli kitab (nasrani dan yahudi) sebenarnya telah lama menantikan kehadiran utusan Allah sebagaimana yang disampaikan di dalam kitab mereka.
  • Mereka tahu dan meyakini apa yang disampaikan oleh Allah melalui utusan-utusan-Nya. Bahkan mereka turut meyakini apa yang Rasulullah SAW sampaikan. Untuk melihat salah satu buktinya, klik di [sini].
  • Kerana meyakini apa yang disampaikan oleh utusan Allah, mereka cuba mengambil tindakan yang sepatutnya. Sedangkan umat Islam masih ramai yang tak pandai mengaji, memahami, apatah lagi mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

ORANG ALIM

  • 1
Dari segi bahasa, alim itu bermakna orang yang memliki ilmu. Di dalam masyarakat kita orang alim lebih dikenali sebagai orang yang memiliki banyak ilmu agama. Dan biasanya semakin banyak ilmu yang dimiliki oleh seseorang, maka semakin banyak pula amalnya.

Imam Nawawi di dalam kita al-Tibyan menulis bahawa 'Ali Bin Abi Talib mengatakan orang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmunya dan bersesuaian ilmunya dengan amalnya.

Namun sebagai seorang manusia mungkin seseorang masih belum mampu mengamalkan ilmunya. Meskipun demikian, setidaknya setiap eorang perlu berusaha sedaya upaya agar mampu mengamalkan ilmunya, bukan malah beramal menyalahi ilmunya.

Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana terkadang kita mendapati ada di kalangan orang yang memiliki ilmu agama yang tinggi tetapi tidak beramal dengan ilmunya. Sebagai contoh, berapa ramai profesor atau doktor dalam bidang pengajian Islam yang boleh kita jumpai solat berjamaah di masjid kampus? Walaupun di kampus khas pendidikan Islam. Tentu kita tidak layak mempertikaikan ilmu mereka. Tapi perkara ini (orang alim meninggalkan solat berjamaah) tidak patut berlaku. Ini baru dari sudut solat berjamaah, belum hal-hal lainnya lagi.

Orang Alim Takut Kepada Allah SWT
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ulama. (Surah Fatir: 28)

Ulama adalah bentuk jama' dari kata alim. Bermakna orang alim adalah orang takut kepada Allah SWT. Dalam hal ini tidak semestinya ilmu yang menjadi ukuran bahawa seseorang itu alim atau tidak. Tidak pula umur yang menentukannya. Tapi orang alim adalah orang yang sangat besarrasa takutnya kepada Allah SWT.

Dalam hal ini, pelajar mungkin lebih alim dari seorang profesor atau doktor, murid lebih alim dari ustaz/ustazah.

Mungkin ilmu kita memang tidak banyak tapi kita boleh menjadi seorang yang alim dengan takut kepada Allah SWT dan mengamalkan ilmu kita.

iman + ilmu + amal = alim

Wallahu ta'ala a'lam

PESAN TAZKIRAH

  • 0
Sms tazkirah

Short message service atau lebih dikenali dengan sms adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui handphone untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Sebuah pesan sms maksima hanya terdiri dari 140 karakter. Penggunaan sms menjadi begitu meluas kerana mudah dan murah.

Pada hari-hari tertentu seperti hari jadi, hari guru baru-baru ini, hari raya dan lain-lain sms digunakan sebagai pengganti kad ucapan. Pada hari-hari tersebut penggunaan sms akan lebih banyak daripada kebiasaannya.

Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengirim atau menerima sms. Alangkah baiknya kalau sms tersebut boleh menyumbang ke arah kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain, bukan sebaliknya. Untuk itu, saya mengajak diri saya sendir dan para pembaca sekalian supaya kita boleh gunakan kemudahan sms untuk kebaikan.

Cara paling mudah untuk melakukan perkara di atas adalah dengan mengirim sms tazkirah sekurang-kurangnya 1 sms setiap hari kepada seseorang di dalam senarai contact di dalam h/p kita. Isi sms tersebut boleh diambil dari ayat Quran atau hadis Nabi SAW atau kalam hikmah orang-orang soleh. Jika Anda mendapat kemudahan free sms kepada seorang atau lebih, sangat malang dan rugi jika kemudahan tersebut dibiarkan saja dan tidak digunakan bagi tujuan ini. Mubazir!

Sms atau status facebook?

Status facebook juga boleh digunakan untuk menyumbang ke arah kebaikan (begitu pula sebaliknya). Hanya saja kesan terhadap orang yang membaca status fb dan orang yang menerima sms adalah berbeza. Pada saya, sms lebih bersifat personal berbanding status fb. Oleh sebab itu selain tetap menulis status yang baik di fb,

Pesan berantai

Anda mungkin pernah mendapat pesan sama ada melalui sms, fb, ym, e-mail dan sebagainya yang berbentuk pesan berantai. Di akhir pesan tersebut kita diminta untuk menyebarkannya kepada orang lain, biasanya ditentukan 5, 10, 20 atau bahkan 50 orang, jika tidak akan berlaku sesuatu yang buruk ke atas kita atau keluarga kita.

Saya tidak berniat menulis lagi tentang pesan berantai kerana saya kira tulisan blog Kereta Mayat berkenaan hal itu sudahpun cukup. Dan saya peribadi bersetuju dengan apa yang ditulis. Sila klik di [sini] untuk membacanya.


Adab dalam menerima dan menyampaikan pesan

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah (tabayun) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah ke atas suatu kaum disebabkan kebodohan, maka akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat: 6)

Pastikan pesan yang diterima atau hendak disampaikan kepada orang lain adalah berita yang benar, sahih, authentic. Sekadar merasa bahawa pesan yang kita terima itu (nampak) baik tidak bermakna kita boleh percaya begitu sahaja dan terus menyampaikannya. Lakukan sedikit tabayun bagi memastikan kesahihan pesan tersebut. Apatah lagi jika pesan itu dikaitkan dengan Allah, Nabi SAW dan agama Islam. Kerana agama kita dibina atas dalil yang sahih sahaja, bukan dengan sangkaan-sangkaan (yang boleh jadi benar atau salah). Wallahu ta'ala a'lam.

Jemput baca entry [ini] supaya lebih jelas dengan point ini. :) Terima kasih!