3 PERINGKAT SYUKUR

  • 0
Ada 3 peringkat syukur, iaitu:

1. Orang yang sentiasa menyebut alhamdulillah bagi setiap nikmat dan keadaan.
2. Orang yang bersyukur dengan melakukan sujud syukur.
3. Orang yang bersyukur dan turut berkongsi nikmat yang serupa kepada orang lain.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Sumber: Tazkirah subuh
Olahan: RFS

MINTA MAAF

  • 0
Saya tidak hairan jika ada orang yang bersalah tidak mahu mengakui kesalahannya apatah lagi hendak meminta maaf.

Saya juga tidak hairan jika ada orang yang bersalah kemudian mengakui kesalahannya dan meminta maaf.

Apa yang menghairankan saya adalah jika ada orang yang tidak bersalah namun meminta maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya. Hanya orang berjiwa besar dan berhati mulia sahaja yang sanggup melakukannya.

Wallahu al-Musta'an.

RFS

KEADAAN KEWANGAN ANAK MUDA KITA 2

  • 0
Anak muda baru bekerja tapi tidak ada kereta, dipandang hina.

Anak muda baru bekerja guna kereta import model terbaru, dipandang mulia.

Apa yang orang tidak tahu dan rasa, anak muda yang pertama hidup bahagia dan merancang sesuatu yang besar untuk masa depannya.

Manakala anak muda yang kedua hidup tertekan dan terbeban membela kereta yang makan instalment, minyak dan maintanance macam puaka.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS

P/S: Bagi kebanyakan orang, memiliki kereta itu perlu. Namun tidak semestinya kereta import model terbaru.

PAKEJ PEMBIAYAAN PERUMAHAN

  • 0
Apabila hendak membeli rumah menggunakan pembiayaan daripada institusi kewangan, ada beberapa pakej pembiayaan yang ditawarkan. Antaranya adalah seperti berikut ini.

1. Musharakah Mutanaqisah
2. Mudharabah
3. Bay' Bi-Thaman 'Ajil (BBA)

Sebagai pelanggan yang bijak (kerana membaca perkongsian ini ^_^), pilihlah pakej nombor 1 atau 2 dan elakkan memilih ataupun menerima tawaran nombor 3.

Usah menerima dan beranggapan bahawa apa sahaja pakej yang ditawarkan oleh institusi kewangan melalui pegawai mereka adalah yang terbaik bagi pelanggan.

Perbankan Islam adalah entiti bisnes dan bukannya badan kebajikan.

Sebolehnya maklumkan sejak awal membuat permohonan pembiayaan pakej apa yang anda kehendaki.

Jika anda tidak pasti hendak memilih pakej apa, ramai mentor pelaburan hartanah saya menasihatkan agar memilih pakej Islamic Full Flexi sama ada hartanah untuk kediaman mahupun pelaburan.


RFS
_____

P/S:

Sebagai pengguna, gunakan kebijaksanaan dan hak kita untuk melakukan sedikit "due diligence" sebelum melanggan mana-mana produk/perkhidmatan.

Perkara ini juga terpakai dalam bidang lain seperti insurans/takaful, perubatan, pendidikan, bahkan dalam urusan agama (furu'). Wallahu ta'ala a'lam.

KEADAAN KEWANGAN ANAK MUDA KITA

  • 0
Gaji RM3000 sebulan. Beli kereta baru.
Bayar ansuran bulan-bulan hanya
RM500 sahaja selama 9 tahun.

Bank telefon tawarkan kad kredit
had maksimum RM 6000.
Wow! Ini sudah bagus, katanya.
Dua kali ganda jumlah gaji.

Disebabkan gagal mengawal nafsu,
laptop, tabet, telefon pintar terbaru dan
power bank semua disapu guna
kad kredit berhantu.

Cukup sebulan dua, had penggunaan
kad kredit sudah sampai paras bahu.
Bulan-bulan kena bayar minimum RM250.

Sekali-sekala muncul berita tentang
harga rumah, dialah hero nombor satu.
Katanya harga rumah mahal, melampau,
nak beli tak mampu.

Padahal bukannya tidak mampu.
Tapi tak pandai kawal nafsu dan nak beli
rumah pada harga di atas RM100 ribu.
Setiap kali mohon pembiayaan rumah,
setiap kali itu pula ditolak.

Dengan gaji bersih RM3000 bersama
beban hutang RM750 sebulan, institusi
kewangan menilai bahawa seseorang
hanya boleh dan mampu membeli rumah
pada harga RM90 ribu dengan tempoh
30 tahun. Lebih daripada itu, dianggap
tidak mampu.

Kecuali...

Cerita di atas adalah rekaan. Tiada kaitan
dengan yang hidup ataupun sudah mati.


-----------
Perhatikan Langkah Anda
-----------

Ayat di atas biasa dijumpai di pintu tren.

Dalam pengurusan kewangan, pemilihan
langkah pertama sangat menentukan
perjalanan langkah-langkah berikutnya.

Jika tersilap langkah, boleh jadi
terpaksa menanggung bebanan hutang
sehingga akhir hayat.

Kecuali jika tahu, mahu dan mampu
memperbetulkan kesilapan sebelum
ajal datang menjemput.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Baca beita penuh di sini > http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

P/S: Saya selalu terfikir bahawa
setiap orang yang mampu membeli kereta
sebenarnya mampu membeli rumah.
Namun tidak setiap orang daripada mereka
mampu membeli rumah apabila
telah membeli kereta.

Ini disebabkan peratusan DSR
(Debt Service Ratio) ataupun DBR
(Debt Burden Ratio) seseorang meningkat
apabila telah membeli kereta secara
sewa beli.

Apatah lagi jika ditambah beban hutang
yang lain seperti potongan pinjaman
pengajian, kad kredit, pembiayaan
peribadi dan sebagainya.

Wallahu ta'ala a'lam.