PERSEDIAAN BERKHWIN

  • 0
Ada seorang anak muda PM saya tanya soalan dan minta nasihat tentang persediaan nak kahwin.

Saya bukanlah orang yang ada banyak pengalaman dalam kehidupan rumah tangga. Kahwin pun sekali sahaja.  Itupun dah 8 tahun lepas. Hihi.

Tapi memandangkan Nabi SAW pernah pesan bahawa sekiranya ada yang minta nasihat, maka kita perlu tunaikan permintaannya. Dan sebaik-baik nasihat adalah agar bertakwa kepada Allah serta beriman kepada hari akhirat.

Nak kahwin ada pelbagai persediaan yang perlu disiapkan. Kewangan hanya salah satu daripada banyak perkara.

Perkara yang paling utama adalah agama. Menilai agama bakal pasangan itu memang penting, namun menjaga dan meningkatkan agama dalam diri sendiri lebih penting lagi.

Nak dapat jodoh baik, kena jadi baik dulu, kini dan selamanya.

Dalam bab bercinta ini ada beberapa buku yang suka saya cadangkan untuk dibaca oleh bakal pengantin, pengantin baru dan juga pengantin lama.

Antaranya buku Tentang Cinta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan buku oleh Ustazah Fatimah Syarha seperti Cinta High Class atau novel Seindah Mawar Berduri.

Lagi satu, baca juga buku-buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang cinta. Insya-Allah boleh jadi panduan untuk perbaiki diri sebagai ikhtiar bertemu jodoh yang baik.

Dalam bab kewangan pula, nak cari dan kumpul duit tak perlu tunggu ada jodoh. Tapi kalau dah jumpa jodoh, wajib ada duit bila nak kahwin. Kan?

Boleh cari duit dan jodoh sekali gus serentak. Kalaupun belum jumpa jodoh, duit masih perlu tetap dicari dan diuruskan dengan baik bagi meneruskan hidup.

Bila dah sampai masa nak kahwin pula, ada 2 hal yang perlu diambil kira, #1 duit untuk belanja kahwin dan #2 duit belanja untuk kehidupan selepas berkahwin. Usah berlebihan pada #1 sehingga menyusahkan yang #2.

Kewangan memang bukan perkara utama dalam membina kebahagiaan rumah tangga. Tapi masalah kewangan boleh jadi punca utama keruntuhan rumah tangga.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih sudi baca sampai habis.

RFS
Pengantin purba

ORANG MAHAL

  • 0
Orang yang merasakan dirinya mahal tidak memerlukan barangan mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun di sekeliling mereka.

Apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk membeli simbol-simbol kekayaan palsu, supaya diri kita dilihat sebagai orang kaya, orang berada ataupun orang yang mahal.

RFS

APA YANG LEBIH PENTING DARIPADA DUIT BERJUTA?

  • 0
Pada tahun 2012, Puan Pusparani Mohan kehilangan suami akibat kemalangan ketika bekerja di Changi Airport. Semasa kejadian, seorang warga China merampas dan melarikan sebuah teksi. Kemudian teksi itu melanggar Tuan Chandra Mogan dan akhirnya meninggal dunia.

Peristiwa itu mendapat liputan yang luas daripada media dan orang ramai bersimpati atas apa yang berlaku. Pihak Changi Airport Group membantu mengumpulkan sumbangan selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang ingin membantu.

Dua tahun kemudian, Puan Pusparani menerima pampasan insurans dan sumbangan sebanyak hampir SGD1 juta. Jika ditukar kepada RM jumlahnya kira-kira RM2.5 juta.

Malangnya dalam tempoh setahun sahaja wang itu habis dan beliau terpaksa mencari kerja bagi menyara diri serta 4 orang anak yang masih kecil. Padahal sebelum itu, pihak Changi Airport Group ada melantik penasihat kewangan bagi membantu Puan Pusparani menguruskan wang itu.

Penasihat kewangan mencadangkan pelan kewangan dan membahagikan SGD200,000 untuk setiap anak. Manakala SGD150,000 lagi untuk Puan Pusparani. Jika ditukar kepada RM, jumlahnya hampir RM400,000.

Dengan wang itu, beliau berhenti kerja di Singapore, kemudian pindah dan meneruskan kehidupan di Johor Bharu.

SGD50,000 daripada duit itu digunakan untuk bayar hutang, melancong dan berbelanja. Baki SGD100,000 lagi dilaburkan pada bisnes pengangkutan milik abangnya di Kuala Lumpur, dengan harapan setiap bulan ada pendapatan daripada bisnes itu.

Namun tanpa disangka, tindakan itu telah menelan habis wangnya dan juga wang anak-anaknya. Kata abangnya duit SGD100,000 itu hanya cukup untuk beli 1 lori. Sedangkan abangnya perlukan 3 lori.

Dah alang-alang melabur, Puan Pusparani keluarkan pula duit anaknya untuk tambah modal. Sepatutnya beliau tak boleh usik duit anak-anak. Tapi sebab fikir nanti boleh bayar balik, beliau ambil SGD400,000 (kurang lebih RM1 juta) duit anaknya untuk beli lori.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, bisnes berjalan ok dan ada bagi pendapatan. Masuk sahaja bulan ke-4 bisnes dah mula bermasalah dan akhirnya lingkup.
.
Walau bagaimanapun, duit anaknya masih ada SGD400,000 lagi. Kalau dalam RM sekitar RM1 juta. Sebab dah tak ada duit lain, beliau guna pula duit itu untuk perbelanjaan.

Nak tahu berapa lama duit ini dapat bertahan? 4-5 bulan sahaja. Tak tahu habis ke mana. Sebab tidak dinyatakan.

Duit memang penting. Tapi apa yang kita faham tentang duit dan bagaimana cara kita menguruskannya adalah lebih penting.

RFS
Jutawan Rupiah

HIDUP AFALAH PILIHAN

  • 0
Masa anak muda baru kerja teruja beli kereta baru, saya yang dah kerja 8 tahun masih selesa menunggang kapcai. Itupun beli motor terpakai. Hehe.

Masa orang seronok kahwin guna personal loan, saya sanggup bersusah supaya boleh kahwin tanpa berhutang.

Masa orang happy bercuti kat luar negara, saya sekeluarga menikmati percutian dalam negara.

Masa orang beli baju baru, saya masih pakai lagi baju yang dah lebih 10 tahun.

Masa orang merungut harga rumah mahal, alhamdulillah saya berjaya bantu beberapa orang kawan yang bergaji sekitar RM2,000 beli rumah.

Hidup adalah pilihan. Pilihlah kehidupan yang tenang dan bahagia. Bersabar dengan kesusahan. Bersyukur dengan kesenangan.

RFS

LELAKI YANG MENINGGALKAN POPULARITI

  • 1
Vine adalah media sosial khas untuk video pendek. Lima tahun lepas masa benda alah ini baru sahaja dilancarkan, ada seorang mamat yang suka upload video kelakar. Kebanyakan videonya adalah prank.

Dalam tempoh dua tahun, dia ada lebih 7 juta orang followers. Memang power.

Satu hari dia rasa ada yang tak kena dengan hidup dia dan terfikir,  "When your virtual life is better than your real life, there is a problem."

Selepas itu dia putuskan untuk tinggalkan media sosial. Pelik tapi benar.

Pernah sekali itu ada satu syarikat pemasaran besar di dunia tawarkan dia kontrak bernilai USD1 million untuk kerjasama selama setahun.

Tak fikir lama, dia tolak tawaran itu. Gila sungguh. Video pasal peristiwa ini ada dia rekod dan upload kat YouTube. (Saya ada share dalam komen kat bawah)

Kenapa tak nak? Dia hanya cakap yang dia tak nak terlibat dalam memasarkan makanan yang tidak sihat.

"Imagine you're 99 years old and on your death bed. All of a sudden you had a chance to come back to right now. What would you do?"

Ayat di atas itu yang kuat dorong dia sehingga sanggup lepaskan tawaran yang boleh buat dia jadi jutawan.

Dia juga selamba sahaja delete video dia yang ada lebih 1,500,000,000 views. Huhu.

Kenapa dia buat itu semua? Sebab dia tak rasa bangga dengan apa yang dia buat itu.

Apa yang buat bangga adalah apabila dia dapat kumpulkan dana jutaan dollar untuk bantu orang yang betul-betul memerlukan.

Dia terlibat aktif dengan aktiviti kemanusiaan dan turun langsung ke padang untuk bantu masyarakat Somalia, Rohingya dan lain-lain.

Nama mamat ini adalah Jerome Jarre.

RFS