PEMBELIAN RUMAH PELABURAN PERTAMA

  • 0
Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bangi ke rumah saya di Desa Anggerik, Nilai, pada penghujung bulan Disember 2012 yang lepas, saya ternampak sebuah banner iklan rumah dijual di sebuah unit Apartment Desa Jati. Saya terus memberhentikan motor dan menyalin nombor h/p yang termaktub pada iklan tersebut.
_____

Setelah lebih 3 bulan akhirnya suri saya menandatangani surat peranjian jual beli bagi unit yang diiklankan tersebut. Proses pembelian bagi rumah ini agak panjang memandangkan pihak penjual yang pada awalnya bersetuju dengan menggunakan khidmat seorang peguam sahaja namun kemudian telah melantik peguam lain bagi pihaknya.

Saya tidak ada masalah dengan lamanya proses pembelian ini. Apa yang penting, saya boleh mendapatkan kunci rumah segera selepas surat perjanjian jual beli ditandatagani. Dengan begitu saya boleh terus menyewakan unit tersebut tanpa perlu membayar [1] ansuran bulanan pembiayaan kepada bank dan [2] kos selenggaraan bulanan kepada JMB. :)

Walau bagaimanapun, penjual hanya bersetuju memberikan kunci apabila saya membayar sewa sebanyak RM300/bulan. Akhirnya saya bersetuju menyewa dengan kadar yang ditetapkan memandangkan saya boleh menyewakan unit tersebut pada kadar yang lebih tinggi dan menjana keuntungan daripadanya.

No comments:

Post a Comment