PENDAPATAN 4 ANGKA DARIPADA INTERNET

  • 1
Pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM1000/bulan (sebahagian orang suka menyebut dengan pendapatan 4 angka) ibarat sebuah tembok tinggi yang menghalang perjalanan seorang pemula (beginner/newbie) seperti saya. Namun apabila tembok itu telah berjaya dilepasi, saya percaya mampu pergi lebih jauh dan laju in syaa Allah. Allahumma amin.

Pada mulanya pendapatan RM1000/bulan daripada internet kelihatan agak besar dan sukar saya capa. Cuba bayangkan, 4 angka tu! :) Tidak sedikit wang yang telah dieluarkan untuk membeli bermacam-macam pakej e-book dan video tutorial bagi mencapai matlamat mendapatkan pendapatan 4 angka pertama daripada internet. Namun hasilnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Apa yang salah?

Akhirnya saya menyedari bahawa ini adalah masalah fokus dan paradigma. Sekiranya masalah fokus dan paradigma ini dapat diselesaikan, laluan akan semakin mudah dan cerah in syaa Allah.

Masalah fokus.

Kebanyakan orang (Ceh! Cakap orang, padahal diri sendiri pun macam tu) tidak fokus dengan apa yang dikerjakan. Projek yang satu belum berjaya, sudah mula silau dan terpikat dengan projek lain pula. Begitu dan begitulah seterusnya. Maka sampai bila-bila tidak berjaya.

Dalam internet ada pelbagai cara hendak mendapatkan wang. menyertai affiliate, dropship, jual barang digital (e-book, aplikasi, laman sesawang dan sebagainya), jual barang fizikal (makanan, pakaian, gadjet dan sebagainya), jual perkhidmatan dan macam-macam lagi. Semuanya mendatangkan wang. Namun sekiranya semuanya hendak dibuat, biasanya tidak ada satupun yang akan menjadi. (Pengalaman sendiri la tu! :P)

Akhirnya saya memilih menjual barang fizikal iaitu buku. Saya memilih facebook sebagai media bagi mendapatkan pelanggan. Ini adalah fan page kedai buku atas talian saya Hikmah Book Shop.

Selesai masalah pertama. 

Tapi pendapatan 4 angka pertama masih belum pernah tercapai. Kalau jualan (bukan pendapatan) 4 angka sebulan memang pernah. Tapi jika ditolak wang modal maka hasil keutungan yang didapat cuma 3 angka sahaja. Alhmdulillah kathira. 

Masalah paradigma

Antara RM1000 dan 4 angka, yang mana satu lebih mudah dicapai? Saya fikir RM1000 lebih mudah memandangkan ia lebih spesifik dan jelas. Namun bagi sesetengah orang, ia masih nampak agak besar. Cuba perhatikan penerangan berikut ini.

RM1000 / 30 hari = RM33.33 --> digenapkan menjadi RM34/hari
Saya hanya perlu menjual 2 unit produk dengan keuntungan bersih RM17 setiap hari.
Atau saya hanya perlu menjual 1 unit sahaja produk dengan keuntungan bersih RM34 setiap hari.

Ok. Sekarang antara RM1000/bulan dan RM34/hari, yang mana satu lebih mudah dicapai? :) Jadi, adakah sekarang sudah berlaku anjakan paradigma? :D 
Dapat jual banyak ni tiap hari pun kira ok kan?

Saya sendiri ada sebuah produk dengan keuntungan bersih sekitar RM22/unit yang dijual menggunakan facebook. Sekiranya setiap hari saya berjaya menjual 2 produk sahaja, maka pendapatan saya RM1320/bulan, in syaa Allah. :)

Bagaimana sekiranya handak mendapatkan RM2000, RM3000 dan seterusnya? Saya fikir sekarang saya sudah menjumpai cara dan jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah kathira.

P/S: Walaupun menjual 2 produk sahaja sehari menggunakan facebook nampak mudah tapi hendak mencapainya secara konsisten tidak semudah yang difikirkan tanpa ilmu dan tindakan yang tepat. Wallahu ta'ala a'lam.

P/P/S: PM saya sekiranya mahu saya tunjukkan bagaimana hendak mendapatkan ilmu supaya berjaya menjual setiap hari dan konsisten.

1 comment:

  1. askum ustaz.. berminat nk tau, mcmana nk pm?

    ReplyDelete