HUTANG OH HUTANG

  • 0
Ada orang yang terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup. Ada juga orang yang mengalami kesempitan hidup kerana berhutang.

Persamaan keduanya, mereka sama-sama berhutang dan sama-sama mengalami kesempitan hidup.

Manakala perbezaan keduanya, seorang berhutang kerana keperluan sedangkan seorang lagi berhutang kerana kehendak.

Dalam suatu hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." [Direkodkan oleh Imam al-Baihaqi]

Tapi ada juga orang yang tidak sedikitpun berasa risau dan tidak pula berasa hina dengan hutang yang tidak pernah dibayar sedikitpun sejak berhutang dulu sehinggalah ke hari ini. Malah ada orang yang tanpa segan silu, hutang lama belum bayar tapi sudah tukar kereta baru. Hu hu hu...

Saya percaya anda pernah kenal sekurang-kurangnya satu orang jenis macam ini.

Memang padanlah ayat yang paling panjang dalam al-Quran adalah tentang hutang.


Bayar Hutang

Allah akan membantu orang yang bersungguh mahu melangsaikan hutangnya.

Nabi SAW pernah berkata, "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin merugikannya, Allah juga akan merugikannya." 

[Direkokan Imam Al-Bukhari]

Izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi. Kira-kira 6 tahun lepas ketika saya sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Jambi, saya dan beberapa orang kawan membuka bisnes kedai makan. Antara sumber kewangan bagi memulakan bisnes itu adalah wang pinjaman daripada abang saya, Ustaz Nizamul Fakri. Jumlahnya mencecah 10 juta. Bukan RM, tapi Rp. :D

Bisnes tersebut berjalan kira-kira setahun dan kemudian bungkus. Dan saya masih lagi menanggung hutang. Alhamdulillah. ^_^

Selang beberapa tahun, abang saya tidak ingat bahawa saya pernah berhutang dengan beliau. Maklum sahaja ketika itu beliau orang kaya, kerja di luar negara, tinggal di Doha. Namun begitu saya tidak pernah lupa. Saya berjanji kepada diri sendiri akan tetap membayarnya suatu masa nanti.

Alhamdulillah, hutang itu berjaya saya bayar juga akhirnya. Abang saya sendiri baru ingat bahawa saya masih berhutang ketika saya maklumkan hendak mengembalikan wangnya.


Jangan Beri Hutang

Kata kakak saya Cikpuan Hikmah Safir, "Bila orang hendak berhutang dengan kita, orang itu akan cium tangan kita. Tapi bila sampai masa kita hendak minta balik duit kita, kita perlu cium kaki orang itu."

Saya tambahkan, "Itupun (selepas cium kaki orang itu) belum tentu lagi dia akan bayar hutang dia." -_-

Sekiranya ada yang mahu berhutang daripada kita,
1. Jika kita mampu, bagi sebanyak mana yang diperlukan dan halalkan.
2. Bagi hanya seberapa banyak yang kita mampu dan halalkan. (Paling banyak saya boleh bagi RM100)
3. Tidak usah bagi langsung tapi tolak dengan cara yang baik.

Sekian perkongsian kali ini semoga bermanfaat dan boleh menjadi panduan dalam urusan hutang.


RFS

P/S: Kalau kita ada banyak simpanan, kita tidak perlu berhutang. Panduaan kewangan ini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com boleh membantu anda membuat simpanan secara konsisten.

No comments:

Post a Comment