10 SEBAB GROUP WHATSAPP JADI SEMAK

  • 0

Ada beberapa sebab kenapa group WhatsApp jadi semak. Berikut ini adalah 10 di antaranya:

1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga
bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.

2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!

3. Respon menganjing/tak serius pada komentar ahli group yang bagi
cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?

4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap
rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa
punyalah payah.

5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih
sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak
berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya
sampai jam 2-3 pagi. WTH?!

6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full. Gila kau! Habis jammed hp.

7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama,
dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.

8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia
ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.

9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.

10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita
sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.

Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!

Sumber: Arif Atan

MAJLIS NIKAH DAN WALIMAH KAMI

  • 0

Saudari Mujahidah Puteri menulis status FB seperti berikut:

Bila menatap lambakan potret sahabat-sahabat dalam arena dakwah yang baru mendirikan rumahtangga, dengan pelbagai aksi mesra, bersanding, solekan tebal dan gambar close up, pertama sekali yang terdetik adalah rasa simpati.

Mereka ahli dalam bidang agama dan tentu sekali menyedari perihal hukum, justeru saya cenderung menganggap keberadaan mereka dalam suasana sedemikian adalah bukan atas pilihan mereka.

Detik-detik bergelar raja sehari, kadang-kadang yang banyak menetukan itu dan ini adalah kaum keluarga. Si pengantin kadangkala terpaksa mengikut demi menjaga hati. Lalu terjadilah apa yang terjadi.

Cuma harapnya, ia kembali diperbaiki. Isteri hanya untuk tatapan suami. Jangan biar keindahannya dinikmati oleh mata-mata ajnabi. Bahagia dan berkat dalam rumahtangga bukan pada potret perkahwinan yang dibangga-bangga, ingat tu :)

[copied from myilham.com]
___

Berikut ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya ketika melangsungkan pernikahan dan majlis walimah.

Majlis Nikah

Saya menikah dan mengadakan walimah pada hari yang berbeza. Ketika majlis nikah, hanya keluarga dekat dan kawan rapat sahaja yang dijemput.

Pada malam sebelum majlis nikah, saya berbincang dan berpakat dengan bakal ayah mertua melalui telefon tentang perjalanan program (tentatif) untuk esok hari. Kami menyepakati apa yang perlu (seperti pakai sarung tangan bagi isteri sebagai bentuk ikhtiar berhati-hati) dan apa yang tidak perlu dilakukan (seperti cium dahi isteri, jemput baca ---> notarfs.blogspot.com/2011/12/mencium-dahi-isteri-selepas-akad-nikah.html).

Juru gambar dan juru solek atau mak andam (sekiranya ada) sepatutnya mengikut kehedak kita sebagai pelanggan yang sianggap raja, bukannya kita yang mengikut kehendaknya. Jadi, tidak perlu ikut kehendak mereka sekiranya boleh mencalarkan maruah kita dihadapan Allah SWT dan Rasul SAW.

Majlis Walimah

Ketika majlis walimah, kami menghidangkan jamuan secara buffet. Kami membahagikan 3 kawasan meja makan, bagi mengurangkan percampuran (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan.

Gambarannya seperti ini: kawasan meja lelaki, meja buffet (sebagai partition), kawasan meja keluarga (di tengah), meja buffet lagi dan kawasan meja perempuan. Kami meletakkan label bagi setiap kategori meja. Walaupun tidak semua tetamu mengikut meja yang ditetapkan, namun begitu sedikit sebanyak apa yang kami upayakan boleh dikatakan memuaskan.

Meja makan pasangan pengantin diletakkan berasingan dari meja para tetamu, iaitu di bahagian dalam pagar rumah.

Saya dan isteri tidak bersanding, malah kami menjadi penyambut tetamu dan beramah mesra dengan mereka. Saya di kawasan meja lelaki, manakala isteri di kawasan meja perempuan dan sekali sekala ke kawasan meja keluarga.

Jadi kami hanya bersama ketika makan dan sesi bergambar bersama tetamu tertentu sahaja.

Untuk sesi bergambar bersama tetamu, kami hanya bergambar di dalam rumah. Hanya keluarga dan kawan rapat sahaja yang dapat bergambar kami suami isteri, sama ada kami yang menjemput ataupun mereka yang meminta.

Tetamu yang kurang rapat, hendak minta bergambar dan masuk ke dalam rumah pun segan. :)

Pernikahan adalah suatu ibadah. Syarat diterimanya suatu ibadah adalah kemurnian ikhlas pada niat serta mengikut panduan yang diajarkan syariat.

Tidak mungkin suatu ibadah itu bisa mencapai redha Allah jika dalam proses pelaksanaannya ternoda oleh hal-hal yang bertentangan dengan kehendak-Nya.

Syaitan sentiasa berusaha merosakkan niat dan proses ibadah pernikahan hamba-hamba Allah dengan pelbagai cara. Syaitan sungguh kreatif dalam menjerumuskan anak Adam ke dalam lembah dosa.

Hanya dengan perlindungan-Nya saja kita boleh terlepas daripada tipu daya syaitan. Maka mohonlah kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan dan sentiasa dijaga.

Sekadar perkongsian pengalaman. Semoga ada manfaatnya.

Wallahu ta'ala a'lam.

RFS
Bukan malaikat

BELI SARAPAN DI GERAI KEGEMARAN DI PASAR AMPANGAN

  • 0

Pagi semalam saya beli sarapan di kawasan pasar Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Seperti biasa, kalau saya bermalam di rumah mertua di Taman Paroi Jaya, saya akan beli sarapan di sini.

Selepas meletak kereta Perodua Viva silver di bahu jalan sebelah klinik swasta, saya berjalan kaki ke gerai kegemaran.

Untuk 5 bungkus nasi kerabu, 3 bungkus laksam, sebungkus nasi lemak dan sebungkus nasi dagang harga yang perlu saya bayar hanya RM26.50 sahaja.

Di samping harganya yang berpatutan, rasa juadahnya juga begitu memuaskan.

Alhamdulillah.

RFS
Bukan pegawai KPDNKK

NASIHAT KEWANGAN OLEH ABANG BANGLA

Kawan saya mengatakan bahawa beliau ada kenal beberapa orang Bangladeshi dan Indonesian (bukan saya) yang datang bekerja di Malaysia. Beliau selalu tanya bagaimana mereka boleh survive walaupun dibayar upah yang murah.

Antara tips yang mereka kongsikan adalah:

1. Mula dari bawah.

Permulaan hidup memang susah, terpaksa jadi kuli orang, tapi di situ kita akan belajar selok belok kerja yang kita lakukan. Lama kelamaan boleh buat bisnes sendiri.

2. Hidup bawah paras kemampuan.

Jika gaji hanya seribu sebulan, jangan berbelanja seolah-olah gaji sepuluh ribu sebulan. Jangan kerana mahu mendapat kekaguman orang lain yang hanya beberapa saat cuma, kita terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ada sesetengah daripada mereka sudah jadi jutawan, ada yang sudah balik negara sendiri dengan pikulan emas bukan wang tapi emas.

Kata-kata paling pedas seorang Abang Bangla pernah cakap kepada kawan saya,

"Orang Malaysia ini banyak berlagak. Macam mana gaji 2-3 ribu tara cukup? Pagi-pagi pigi kirija naik kereta, isi minyak mahal-mahal. Tengok saya pigi kirija naik basikal saja.

Kalau makan mesti mau pigi kedai makan, makan mahal-mahal. Saya masak sindiri saya mau makan, pakat dengan kawan-kawan gilir masak-masak.

Saya gaji sebulan 1 ribu saja, tapi saya boleh simpan wang banyak ribu juga. Itu hari saya guna 20 ribu bili rantai emas untuk bini saya Bangladesh sana.

Orang sini gaji mahal-mahal mau simpan sikit-sikit pun susah"

RFS

P/S: Ramai orang pandai buat duit. Semua orang pandai habiskan duit. Tapi tidak ramai yang pandai urus duit.

Perkara paling penting dalam mengurus kewangan adalah membina simpanan. Tapi kalau hutang keliling pinggang, macam mana nak menyimpan?

Ini saya belanja satu ilmu ---> bit.ly/cmsdfreemium

PERCUMA sahaja! Jangan cakap saya tak payung.

Saya ada kongsikan beberapa subjek seperti berikut:
+ Cara mudah dan seronok simpan duit
+ Barah kewangan
+ Ubat merawat barah kewangan
+ Kisah mangsa skim cepat kaya dirawat daripada barah kewangan
+ Bagaimana kawan saya gaji RM1500 boleh beli rumah di Bandar Seri Putra, Bangi
+ Formula kadar harga rumah mampu milik
+ Dan lain-lain

5 STRATEGI IBU BAPA PENDORONG

Ada 5 strategi yang perlu dijalankan bagi menjadi ibu bapa pendorong, iaitu:

1. Buang strategi garang.
2. Mengubah 'konsep diri' negatif ke positif.
3. Mengekalkan 'konsep diri positif' dengan MEMUJI daya usaha, hasil kerja dan prestasi anak.
4. Tingkatkan estim diri (maruah/harga diri) anak.
5. Cipta peluang supaya anak dapat bertindakbalas
dengan maklumat dan pengalaman baru.

Sumber: Mengurus tingkah laku anak gaya Nabi