LUAHAN HATI PENUNGGANG KUDA BESI

  • 0
Beberapa kali saya hampir mengalami kemalangan disebabkan pemandu kereta di hadapan kiri atau kanan saya tidak menyalakan lampu isyarat apabila hendak menukar lorong. Pernah juga hampir mangalami kemalangan disebabkan pemandu menyalakan lampu isyarat pada masa kecemasan iaitu kira-kira hanya 5 meter dari jarak kendaraan di belakang sebelum menukar lorong.

P/S: Di negara saya, apabila hendak menukar lorong biasanya pemandu akan menyalakan lampu isyarat pada tempoh dan jarak yang agak selesa, 20-30 meter, supaya pemandu di belakang menyedari hasrat pemandu di hadapannya hendak menukar lorong. :) Di samping itu, penggunaan horn begitu menggalakkan antaranya bagi memberi isyarat kepada kereta di hadapan supaya berhati-hati apabila hendak menukar lorong. :D

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
____________________________________________________________

Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak. 

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing.  Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal.


PEMBELIAN RUMAH PELABURAN PERTAMA

  • 0
Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bangi ke rumah saya di Desa Anggerik, Nilai, pada penghujung bulan Disember 2012 yang lepas, saya ternampak sebuah banner iklan rumah dijual di sebuah unit Apartment Desa Jati. Saya terus memberhentikan motor dan menyalin nombor h/p yang termaktub pada iklan tersebut.
_____

Setelah lebih 3 bulan akhirnya suri saya menandatangani surat peranjian jual beli bagi unit yang diiklankan tersebut. Proses pembelian bagi rumah ini agak panjang memandangkan pihak penjual yang pada awalnya bersetuju dengan menggunakan khidmat seorang peguam sahaja namun kemudian telah melantik peguam lain bagi pihaknya.

Saya tidak ada masalah dengan lamanya proses pembelian ini. Apa yang penting, saya boleh mendapatkan kunci rumah segera selepas surat perjanjian jual beli ditandatagani. Dengan begitu saya boleh terus menyewakan unit tersebut tanpa perlu membayar [1] ansuran bulanan pembiayaan kepada bank dan [2] kos selenggaraan bulanan kepada JMB. :)

Walau bagaimanapun, penjual hanya bersetuju memberikan kunci apabila saya membayar sewa sebanyak RM300/bulan. Akhirnya saya bersetuju menyewa dengan kadar yang ditetapkan memandangkan saya boleh menyewakan unit tersebut pada kadar yang lebih tinggi dan menjana keuntungan daripadanya.

NILAI KAWASAN BERPOTENSI?

  • 0
Salah satu sebab kenapa Nilai adalah kawasan yang berpotensi bagi pelaburan hartanah adalah laluan keluar dan masuk ke sana yang pelbagai. :) Ada tol PLUS, tol Lekas, dan jalan lama yang boleh menjadi pilihan sama ada ke arah Lembah Kelang ataupun ke arah Selatan.

Wallahu ta'ala a'lam.

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

  • 0


Salah satu kebahagiaan seorang suami adalah ketika dia pulang dari mencari nafkah, sang isteri menyambutnya dengan membawakan segelas air pelepas dahaga. :)
P/S: Yang masih bujang, ambil air sendiri ok! :D


Salah satu kebahagiaan seorang suami adalah apabila dia dapat memeluk surinya sekurang-kurangnya 3 kali dalam sehari, iaitu sebelum pergi ke tempat kerja, ketika pulang dari tempat kerja dan menjelang tidur pada waktu malam. :) 
P/S: Bagi yang masih bujang, dapat peluk bantal sahaja nampaknya. :D
_____

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa, in syaa Allah. :)

MENGENAL SYIAH

  • 0
Pada bulan Januari yang lepas saya ada berkongsi beberapa kali tentang Syiah di laman facebook saya. Antara status yang saya kongsikan tersebut adalah sebagai berikut:

Isu Syiah | Di bandar Roma, Italia ada masjid dan pusat Islam Sunni, manakala di kota Teheran, Iran diharamkan membina walaupun hanya sebuah masjid Sunni.

Bandar Teheran satu-satunya ibu negara di dunia yang tiada masjid Ahlu Sunnah, manakala gereja (Kristian), sinagog (Yahudi), dan tempat ibadah agama-agama (bukan samawi) lainnya, ada banyak di Iran.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Isu Syiah | Dalam kepercayaan Syiah, Ummul Mukminin Sayyidah 'Aisyah R.A. adalah seorang penjenayah dan sangat dibenci kerana pernah menentang Sayyiduna 'Ali dalam perang Jamal.

Wallahu ta'ala a'lam.

P/S: Bagaimana pula dengan status Sayyiduna Mu'awiyah? :)
_____

Isu Syiah | Kebencian Syiah terhadap Ummul Mukminin, Sayyidah 'Aisyah R.A. tidak sekadar diyakini dengan hati dan caci maki dengan lidah bahkan sekiranya ada peluang perlu dibuktikan dengan perbuatan.

Wallahu ta'ala a'lam.

Wa al-'iyadzu billah.

Wallahu al-Musta'an.
_____

Isu Syiah | Orang Syiah menggelar orang Islam yang menolak kepercayaan mereka sebagai kaum Nawasib.
Kaum Nawasib adalah penentang Sayyidina Ali pada perang Siffin dan Jamal, pembunuh Sayyidina Husain di Karbala dan menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan.

Manakala Syiah (menurut kepercayaan mereka) adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah (al-Quran) dan Nabi (al-Sunnah).

Bagi mereka, kaum Nawasib adalah orang yang memusuhi Ahlul Bait dan pencinta Ahlul Bait. Kaum Nawasib lebih hina berbanding orang kafir serta patut dimusuhi dan diperangi (sekiranya mampu). Memusuhi dan memerangi kaum Nawasib bermakna memusuhi dan memerangi musuh Allah dan Nabi serta Ahlul Bait.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Isu Syiah | Orang Syiah sangat menghormati dan mencintai Ahlul Bait. Bagi mereka, orang Islam selain Syiah yang tidak menghormati dan mencintai Ahlul Bait digelar sebagai kaum Nawasib.

Namun di sisi Syiah tidak semua ahli keluarga Rasulullah SAAW tergolong dalam Ahlul Bait.
Sebagai contoh isteri Rasulullah SAAW, Ummul Mukminin Sayyidah 'Aisyah Binti Abu Bakr R.A. dan Sayyidah Hafsah Binti 'Umar R.A. tidak dianggap sebagai Ahlul Bait dalam kepercayaan Syiah. Padahal Allah SWT sendiri telah mengiktiraf bahawa kesemua isteri Rasulullah SAAW adalah Ahlul Bait (Surah al-Ahzab: 32-33).

Wallahu ta'al a'lam.

P/S: Abu Bakr R.A. dan 'Umar R.A. sememangnya dibenci oleh Syiah, padahal keduanya adalah bapa mertua Rasulullah SAAW. Adalah tidak patut sekiranya kita tidak menganggap bapa mertua kita sebagai ahli keluarga, padahal beliau sendiri yang telah menjadi wali menikahkan anaknya dengan kita.

P/P/S: Kita tidak perlu menjadi Syiah untuk mencintai Ahlul Bait. Bahkan kita perlu menjauhkan diri daripada Syiah serta menolaknya sekiranya ingin mencintai Ahlul Bait dengan sempurna.
_____

Isu Syiah | Orang Syiah bukan orang kafir, walaupun terkadang tindakan mereka lebih kejam daripada orang kafir.

ASWJ yang sebenar tidak pernah mengkafirkan Syiah. Sebagaimana Sayyidina 'Ali tidak mengkafirkan pengasas ajaran Syiah, Abdullah Bin Saba'.

Tuduhan paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas Syiah adalah sesat dan digesa untuk bertaubat.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Isu Syiah | Fatwa pelik salah seorang Ulama Syiah Ayatullah Muhamad Sadiq al-Hussaini al-Ruhani

Soalan:
Adakah boleh menikahi beberapa orang wanita secara mut'ah pada satu masa dan aku menggauli mereka semua pada waktu yang bersamaan?

Jawapan:
Dengan namanya yang nama-namanya agung.
Dibolehkan menikahi beberapa wanita dan dibolehkan pula menggauli mereka semua pada waktu yang bersamaan.

P/S: Saya tidak pasti "nya" itu merujuk kepada siapa. Apakah Allah SWT atau Sayyidina 'Ali. Wallah ta'ala a'lam.
_____

Isu Syiah | Syiah menganggap bahawa tiga Khalifah yang pertama; Sayyidina Abu Bakr R.A., 'Umar R.A., Uthman R.A. dan para Sahabat R.A. yang lain bersekongkol merampas jawatan khalifah daripada Sayyidina 'Ali.

Menurut Syiah, Sayyidina 'Ali lebih berhak menyandang jawatan khalifah berdasarkan wasiat Rasulullah SAAW di Ghadir (lembah) Khum.

Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Sabda Nabi SAAW, "Janganlah kalian mencela sahabat-sahabat ku. Seandainya salah seorang daripada kalian menginfaqkan emas sebanyak bukit uhud, maka (hal tersebut) tidak akan mampu menyamai satu timbangan (pahala) seorangpun daripada mereka, juga tidak akan sampai setengahnya." [H.R. Bukhari No. 3397]

P/S: Harga 1 gram emas 999 ataupun 24 karat dalam RM 160. Harg 1 kilogram emas pula dalam RM 160 ribu. Saya tidak dapat membayangkan berapa berat dan besar bukit uhud yang Nabi SAAW sebutkan itu.

P/P/S: Orang Syiah tidak pernah berasa risau dan khuatir dengan apa yang disampaikan dalam hadis ini. Mereka lebih mempercayai fatwa ulama mereka berbanding sabda Nabi SAAW, bahkan juga firman Allah SWT. Wallahu ta'ala a'lam.
_____

Sekiranya para pembaca sekalian berminat untuk mengenal lebih mendalam tentang Syiah, maka saya suka berkongsikan tentang buku yang ditulis oleh Dr Sayyid Musa al-Musawi yang bertajuk Kenapa Aku Meninggalkan Syiah. Beliau adalah salah seorang tokoh besar Syiah yang akhirnya bertaubat dan meninggalkan kesesatan Syiah. Beliau berkongsikan perjalanan taubat beliau dalam buku tersebut.

Para pembaca sekalian boleh mendapatkan salin buku tersebut pada link berikut ini >  https://dl.dropbox.com/u/92843833/Kenapa%20Aku%20Meninggalkan%20Syiah%20-%20Dr.%20Sayid%20Musa%20al-Musawi.pdf

Semoga bermanfaat.