MACAM MANA NAK CAPAI FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak sambung perkongsian tentang Financial Confidence yang sempat tertangguh minggu lepas. 

Jadi, macam mana caranya kita boleh nak capai Financial Confidence? 

1. Upgrade mindset

Ada ungkapan yang menyatakan seperti ini, "Being broke is temporary situation. Being poor is state of mind."

Cara untuk tambah baik mindset adalah dengan belajar dan berlatih secara berterusan. 

Boleh dengan banyakkan membaca, dengar ceramah, tengok video, sertai kelas, dapatkan bimbingan mentor atau apa sahaja kaedah pembelajaran yang dapat bantu upgrade mindset kita. 

2. Your network is your net worth 

Sungguh benar ungkapan yang menyatakan bahawa jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut wangi. 

Untuk tujuan ini, saya ada beberapa group WhatsApp untuk bina circle yang sekepala dengan saya dalam beberapa hal.

Daripada perkongsian dan perbincangan dalam group itu alhamdulillah terhasil banyak peluang emas.

Contohnya, kami dapat sama-sama belajar kewangan, bisnes, marketing, trade saham, beli rumah lelong, melabur dalam bisnes F&B, klinik gigi dan macam-macam lagi. 

Jadi bermula daripada sekarang, sertai circle yang boleh menyokong dan mendorong kita agar mencapai apa yang kita impikan.

3. Fokus buat apa yang anda minat dan mahir

Buat apa yang anda minat sampai mahir. 

Anda tentu akan buat sesuatu yang anda minat walaupun tak dapat duit. Bahkan anda sanggup keluar duit untuk buat sesuatu anda minat.

Dan bila dah mahir dalam perkara yang anda minat, orang akan sanggup bayar anda untuk buat perkara itu. 

4. Develop dan upgrade skill buat duit

Kemahiran yang kita ada sejak lahir lagi adalah kemahiran cari makan. Begitu sahaja lahir, bayi akan terus mencari sumber makanan. Selagi tak dapat, ia akan menangis. 

Tapi bila dah beranjak dewasa, keperluan kita bukan sekadar makan minum, pakaian dan kediaman. Kita juga ada keperluan lain seperti pendidikan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain. 

Untuk memenuhi semua keperluan itu, kita mesti memiliki kemahiran buat duit. 

Bagi mencapai Financial Confidence pula, kita perlu menguasai High Income Skill iaitu kebolehan menjana pendapatan besar dan pantas dengan hanya menggunakan apa yang ada pada dari kita sahaja. 

Antara High Income Skill yang amat bernilai sekarang ini seperti marketing, branding, copywriting, closing, public speaking. 

Anda boleh dikatakan telah capai Financial Confidence kalau dapat buat 5 angka dalam masa sebulan ataupun sekurang-kurangnya 4 angka seminggu. 

5. Rancang dan urus wang dengan bijak

Kemahiran buat duit memang penting. Tapi kemahiran urus duit jauh lebih penting. Alangkah baiknya jika keduanya dapat berjalan seiring. 

Tak guna kalau anda pandai buat duit, tapi bab urus duit ke laut, susah menyimpan, kuat membazir, tak ada aset.

Simpan duit dengan konsisten meskipun jumlahnya sedikit. Mula bina aset walau sekecil 1 gram emas sekalipun.

Bila ada aset yang cukup, saya jamin anda bukan sahaja capai Financial Confidence, tapi juga capai Financial Freedom. 

Ok lah, panjang dah emel kali ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya buat anda yang membacam

Dalam post yang akan datang, insya-Allah saya akan cuba berkongsi mengenai High Income Skill.


RFS

P/S: Panduan yup.la/bwt ini insya-Allah boleh bantu RFS dalam develop dan upgrade skill buat duit. Saya sendiri alhamdulillah antara yang terawal dapat belajar panduan itu. 

FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak share tentang Financial Confidence. 

Ha?! Apa benda tu?

"Financial Confidence is the ability to make everything back if you were to suddenly lose it. True financial confidence means that you are not bound by any job, country, or material possessions. Your skills and abilities create financial confidence, because no one can take them away from you." Dan Lok

Secara mudahnya, walau apapun yang berlaku, anda ada kebolehan untuk menghasilkan wang dengan kemahiran yang anda ada sekarang. 

Kalau tak ada skill ini, apabila sumber pendapatan utama hilang atau terjejas, orang akan hilang punca dan tak tahu nak buat apa. Itulah yang banyak berlaku apabila pandemik melanda negara dan dunia sejak tahun lepas.

Orang-orang hebat, mereka ada financial confidence ini. Bila diberhentikan kerja, dia terus kerja sendiri (freelance) ikut kepakaran yang dia miliki. Ada yang bisnes tiba-tiba jatuh sebab PKP, dia terus tukar bisnes lain. Dan rupanya pendapatan yang dihasilkan sama, malah kadang-kadang lebih baik daripada kerja atau bisnes mereka sebelumnya. 

Adakah anda dah capai financial confidence?

Cuba jawab soalan ini dulu.

Sekiranya anda kehilangan segalanya hari ini; wang, harta, kerja atau bisnes, adakah anda boleh bangkit semula? Nak sara diri, keluarga dan bayar komitmen sedia ada lagi?

Ya, nak dapat balik semua itu memang ada prosesnya dan makan masa. Tapi ada tak keyakinan anda boleh survive dan akhirnya akan kembali macam asal atau bahkan mungkin lebih lagi? 

Jika jawapan anda ya, maka syabas dan tahniah!

Jika jawapan anda tidak, maka sesuatu perlu dilakukan sebelum malapetaka yang lebih buruk berlaku.

Fuhhh... Bunyi macam seram, kan? 

Tapi itulah realiti yang boleh berlaku dan malah dahpun berlaku. Ada waktu ketika bisnes yang anda bina merudum, runtuh, kena tipu. Gaji atau elaun kena potong, kena berhenti kerja. Atau pelaburan yang anda join rugi besar, duit kena bawa lari, market crash, property rosak, penyewa lari. Dan macam-macam masalah lagi. 

Semua itu di luar kawalan kita, sebab kita tak tahu pun bila benda itu nak jadi. Lepas ini muncul pula krisis apa lagi, kita pun tak tahu. 

Kita tak boleh nak salahkan keadaan atau takdir. Itu semua adalah proses kehidupan, nak tak nak bila dah jadi terpaksa hadap juga. 

Sebab itu financial confidence ini sangat penting. Tak kan nak tunggu benda buruk jadi dulu baru terhegeh-hegeh nak cari solution, kan?

Jadi, macam mana nak capai financial confidence? 

Insya-Allah saya akan cuba terangkan dalam posting seterusnya. 

Cuma sebagai penutup, saya nak share tentang cerita Tuan Hafiz Mansor yang jatuh bankrap, tapi boleh survive dan bangkit untuk jadi kaya. Beliau adalah seorang yang ada financial confidence. RFS boleh ikuti kisah jatuh bangun beliau kat sini - yup.la/lpx

Sekian. Terima kasih sudi baca sampai habis. Stay safe and keep healthy. 


RFS

BIO HACK: MAKAN BESAR TAPI MAINTAIN SIHAT DAN SLIM

  • 0
Sekarang kan sedang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Dah tentu ramai yang jadikan peluang ini untuk cheat diet, makan sedap-sedap dan puas-puas. Kan? Hihi.

Ben Greenfield, seorang jurulatih kecergasan ternama dari US ada berkongsi tips bio hack simple untuk kekal sihat dan slim walaupun makan banyak. 

Jadi berdasarkan kajian yang beliau jumpa, ada 2 cara yang boleh kita buat.

1. Kajian di Jepun mendapati bahawa kita dapat kawal paras gula dalam darah selepas makan minum macam-macam dengan berjalan selama 15 minit. 

Ataupun...

2. Sebelum makan, bersenam dulu sekejap. Ya, tak perlu lama, 30 saat sahaja pun dah cukup. Boleh buat squat, lunges, pumping. Kalau terlebih rajin, buatlah jumping jack atau burpees. Kahkah. 
Ben sendiri biasanya sebelum makan besar akan beransur sekejap pergi ke tandas, bukan untuk buang tapi sebab nak buat squat. 

Ok, itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih sudi baca sampai habis dan selamat beramal.

RFS
Health is wealth

P/S: Kalau nak tengok video Ben cakap pasal benda ni, boleh tengok dalam komen kat sini - https://youtu.be/zbtDOzy34-Y

P/P/S: Kat atas itu gambar mi Aceh kat Warung Mie Bang Baka 1990, Jalan Study Found, Kuta Alam, Banda Aceh. Alhamdulillah, hari itu sempat merasa sebelum balik Malaysia.

MANFAAT AUTOPHAGY BILA BERPUASA

  • 0
Petang tadi keluarga saya makan ayam penyet. Tapi saya tak makan. Bila masuk waktu maghrib, saya hanya minum air kosong, kemudian terus gerak ke surau.

Lepas solat isyak, kat surau ada sediakan kuey tiaow goreng, bihun goreng, popia dan teh tarik. Tapi saya terus balik.

Saya sedang puasa sejak petang semalam sampai pagi esok. Sasaran kali ini nak puasa sekurang-kurangnya 36 jam. Kalau lebih, kira bonus.

Salah satu manfaat utama daripada puasa adalah autophagy, iaitu satu proses di mana badan kita membuang sel-sel lama dan rosak bagi digantikan dengan sel-sel baru dan baik. Bila proses ini berlaku, insya-Allah badan akan beransur menjadi lebih sihat dan kuat.

Proses autophagy ini tak berlaku dan boleh terganggu bila ada makanan/minuman masuk perut. Sebab bila kita makan minum (kecuali air kosong), hormon insulin dalam badan akan naik.

Tak lapar ke tak makan? Tipu lah kalau tak lapar langsung. Lapar memang ada, tapi tak ada rasa sampai nak kebulur. Hehe.

Ok lah, nak tido dulu. Kalau tido lambat, hormon kortisol pula naik. Bila kortisol naik, badan jadi lebih lapar dan tekanan darah juga jadi tinggi.

Selamat berehat.

RFS
IF for Life

P/S: Rekod puasa paling lama yang pernah saya buat, 50 jam lebih sikit.

RESET BODY DENGAN INTERMITTENT FASTING

  • 0
Masa balik Aceh itu hari, jadual Intermittent Fasting saya terganggu. Selalunya buat 16 jam atau lebih. Masa kat sana dapat buat 12 jam sahaja. Itupun kadang-kadang ada yang tak cukup. Huhu.
Rasa tak tenteram pula kalau tak makan puas-puas, sebab banyak yang sedap-sedap dan harga pun murah. Contohnya roti bakar coklat macam dalam gambar kat atas. Harganya cuma Rp10k atau sekitar RM3 sahaja. 

Kat kedai yang sama juga ada jual kebab daging Rp10k, burger special (daging dengan telur) Rp10k, mi/nasi goreng telur Rp8k dan Indomie (macam Maggie) goreng Rp7k. Sekali makan kenyang dengan harga serendah RM3 ke bawah. Kan murah tu? 

Bagi mengurangkan rasa bersalah dan memperbaiki kesilapan itu, baki bulan Januari ini saya berazam nak buat IF sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk beberapa hari. 

Alhamdulillah, dah mula sejak semalam dan hari ini dapat sekalikan dengan puasa sunat.

RFS
IF for Life

P/S: Last meal, 7:30 petang semalam. Next meal: 7:30 pagi esok. Total: 36 jam. Buka puasa nanti minum green tea dan air kosong sahaja.