DEFINISI KAYA

  • 0
Definisi kaya tidak sama bagi setiap orang.

1. Menurut majalah Forbes, orang kaya adalah orang yang memiliki pendapatan sekurang-kurangnya USD 1 juta setahun.

2. Mengikut pandangan kebanyakan rakyat Malaysia pula orang kaya adalah seorang jutawan iaitu orang yang memiliki sekurang-kurangnya RM 1 juta dalam akaun simpanannya.

3. Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Amru bin Al-As pernah ditanya oleh seorang lelaki, "Bukankah kami termasuk orang-orang yang miskin?"
Abdullah berkata kepada orang itu, "Adakah engkau mempunyai isteri yang tinggal bersamamu?"
Dia menjawab, "Ada." 
Abdullah bertanya, "Adakah engkau mempunyai kediaman yang engkau diami?"
Dia menjawab : "Ada." 
Abdullah berkata, "Kalau begitu engkau termasuk orang-orang kaya."

4. Rasulullah SAW pernah berkata, "Bukanlah kaya itu kerana banyak harta tapi kaya (yang sebenarnya) ialah kaya jiwa. [Direkodkan oleh Imam Muslim]

Apakah maksud kaya jiwa? Kaya jiwa ialah jika hati mampu bersabar apabila diuji dengan kemiskinan dan mampu bersyukur apabila diuji dengan kekayaan (ya, menjadi kaya juga merupakan suatu ujian). 

Dalam apa jua keadaan orang yang memiliki hati dn jiwa yang sedemikian akan mendapat ketenangan dalam hidupnya.

Maha Adil Allah SWT yang telah menentukan bahawa kekayaan jiwa itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira orang miskin atau kaya. Asalkan hati itu dihubungkan dengan Allah, maka hati itu akan tenang.

Wallahu ta'ala a'lam.

Apa definisi kaya menurut anda? ^_^



RFS

P/S: Dalam perkongsian akan datang insya-Allah saya akan kongsikan definisi kaya (harta) menurut pilihan saya. ;)

P/P/S: Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Download ebook Cara Mudah Simpan Duit di sini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com

No comments:

Post a Comment