Prof. Dr. David Guy Myers seorang pakar dalam bidang psikologi ada menulis tentang hubungan antara kekayaan dan kebahagiaan dalam buku beliau The Pursuit of Happiness: Who is Happy and Why.
Beliau menyatakan bahawa kajian yang dijalankan di serata dunia membuktikan ada 2 cara untuk menjadi kaya dan bahagia.
2. Tidak mempunyai kehendak yang banyak.
Jadi sekiranya anda bercita-cita hendak menjadi seorang yang kaya dan bahagia sekali gus, pastikan anda memiliki banyak harta dan pada masa yang sama tidak mempunyai banyak kehendak.
Saya mendapati ramai orang yang telah mencapai kebebasan kewangan adalah mereka yang memiliki aset (pendapatan pasif) yang cukup dan pada masa yang sama kehidupan mereka sederhana namun selesa.
Tidak dinafikan, ada juga di antara mereka yang mencapai kebebasan kewangan menjalani hidup agak mewah. Namun ianya tidak menjadi masalah selagi mana aset mereka masih mampu menampung perbelanjaan keperluan dan kehendak mereka sekeluarga.
Kesimpulannya, bagi menjadi seorang yang kaya dan bahagia pastikan agar terlebih dahulu dapat mencapai kebebasan kewangan.
RFS
P/S: Mulakan langkah pertama anda ke arah kebebasan kewngan dengan membina simpanan yang kukuh. Sekiranya anda masih berasa sukar membuat simpanan secara konsisten setiap bulan, panduan kewangan ini boleh membantu menyelesaikan masalah anda ---> mudahsimpanduit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment