PERANGKAP MLM/SCAM

  • 0
Saya percaya semua orang pernah ditawarkan menyertai mana-mana bisnes MLM dan/atau Skim Cepat Kaya (Scam/SCK). Ada yang akap macam ini, "Belum lengkap hidup seseorang itu sekiranya belum pernah ditawarkan menyertai MLM dan/atau Skim Cepat Kaya."

Saya sendiri pernah beberapa kali ditawarkan pelbagai bisnes MLM dan SCK sejak menuntut di IPT sehingga ke hari ini. Ada yang saya sertai sekadar untuk mendapatkan produk dengan harga ahli, ada bisnes yang membuahkan sedikit keuntungan dan tidak sedikit pula yang rugi.

Namun begitu berasa serik menanggung rugi, saya mula berjinak untuk belajar tentang bisnes, kewangan dan pelaburan yang sebenar. Mujur saya agak cepat berasa serik, iaitu ketika masih di IPT. Apabila sudah mula bekerja, saya lebih banyak belajar tentang bisnes, kewangan dan pelaburan melalui buku, ebook, seminar dang bengkel sama ada yang percuma mahupun yang berbayar sehingga 4 angka.

Alhamdulillah, sejak itu saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan bertindak serta tidak pernah lagi menyertai mana-mana bisnes dan pelaburan yang mengarut.

Satu perkara yang patut saya syukuri, dulu saya tidak pernah menyertai bisnes MLM atau terperangkap dalam SCK dengan menggunakan duit pinjaman sama ada daripada ahli keluarga, apatah lagi daripada institusi kewangan. Jadi, walaupun pernah jatuh rugi beberapa kali, kerugian yang ditanggung tidak begitu teruk berbanding mereka yang berani dan sanggup membuat pinjaman.

Biasanya jurujual bisnes MLM dan SCK suka mensasarkan golongan penjawat awam (pegawai kerajaan) sebagai mangsa.

Kenapa? Kerana para penjawat awam biasanya begitu mudah dipujuk agar membuat pinjaman peribadi bagi menyertai sebarang bisnes/pelaburan yang menjanjikan keuntungan tertentu. Dan sememangnya pihak institusi kewangan juga lebih mudah meluluskan permohonan bagi golongan penjawat awam.

Boleh dikatakan sekiranya ada penjawat awam yang masih belum pernah menanggung hutang pinjaman peribadi itu adalah satu perkara yang sungguh pelik.

Jika anda atau pasangan anda adalah seorang penjawat awam, sila berhati-hati! Perangkap MLM dan SCK sentiasa menanti. ;)


RFS

P/S: Duit simpanan selalu habis? Terpaksa berhutang sehingga gaji seterusnya masuk? Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? 100% PERCUMA. Download ebook Cara Mudah Simpan Duit di sini ---> bit.ly/cmsdfreemium



No comments:

Post a Comment