Anda pernah jumpa orang yang suka tayang kereta besar, superbike, duit bersusun-susun dan pelbagai lambang kekayaan dan kemewahan yang lain di media sosial?
Biasanya mereka buat itu bagi dua tujuan. Yang pertama, hendak menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang berjaya. Dan yang kedua, mereka mahu mengajak orang agar ikut apa yang mereka buat supaya boleh berjaya seperti mereka. Kononnya.
Apa yang orang tidak tahu adalah, kereta dan motor itu entah siapa punya. Kalaupun mereka punya, beli secara tunai ataupun berhutang entah berapa lama. Duit itu pula dari mana datangnya? Apa yang biasa saya jumpa adalah duit pinjaman peribadi yang begitu mudah diperolehi daripada kaunter buat hutang di mana-mana pasaraya.
Menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan seperti itu di media sosial biasanya diamalkan oleh mereka yang menjalankan bisnes MLM dan/atau Skim Cepat Kaya. Bukan semua, tapi kebanyakannya begitu.
Sebenarnya ramai yang tidak selesa dengan cara seperti itu. Namun sesiapa yang terdesak dan perlu duit segera dalam jumlah banyak biasanya akan terpukau dengan cara itu dan akhirnya masuk perangkap.
Itu baru dari segi gaya dan cara, belum lagi masuk dan tengok apa projek yang hendak ditawarkan kepada orang ramai agar menyertainya. Tentang perkara ini kita bincang lain kali pula.
RFS
Penunggang tegar kapcai
P/S: Gaji banyak tapi tak tahu ke mana? Susah simpan sekurang-kurangnya 10% gaji? Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Rujuk di sini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment