SESUATU TENTANG NILAI MASA

  • 0

Minggu lepas saya belajar kelas Business Strategic Gameplan anjuran BRC. Nama je kelas bisnes, tapi lebih banyak ajak dan ajar kita supaya sentiasa berfikir serta belajar agar jadi seorang manusia yang berilmu dan bermanfaat. 

Dalam banyak-banyak sharing, salah satunya tentang Value of Time, Nilai masa. 

Bila buat refleksi saya terfikir bahawa orang yang berjaya dan kaya adalah mereka yang mampu meningkatkan nilai masa mereka. 

Setiap orang ada masa 24 jam sehari. Tapi nilai 24 jam itu adalah berbeza bagi setiap orang. 

Contohnya solat 5 waktu. Semua orang yang solat 5 waktu ada nilai berbeza. 

Yang solat berjamaah terutamanya di masjid/surau dah tentu 27 kali ganda lebih bernilai daripada mereka yang solat sendirian. Kalau yang tinggal solat amatlah malang. 

Orang yang exercise contoh jogging atau angkat beban. Sambil exercise tu ada yang berfikir, berzikir, dengar ngaji, dengar podcast, dengar muzik atau tak dengar apa-apa. Just exercise. 

Begitu juga masa memandu kereta atau menunggang motor. Sambil buat aktiviti itu masa terus berjalan. Kalau tak diisi dengan aktiviti bernilai atau bermanfaat, maka ia berlalu begitu sahaja dengan nilai yang rendah atau sia-sia.

Sempena tahun baru kali ini saya cuba melakukan beberapa rutin harian baru agar dapat lebih menghargai masa dan sisa umur yang masih berbaki. 

Sekian perkongsian kali ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. 

Become the best in the world at what you do. Keep redefining what you do until this is true. [Naval Ravikant] 

RFS

P/S: Nak baca ulasan saya tentang kelas BSG? Klik kat sini - BSG

P/P/S: Nak baca emel daripada saya? Isi details kat sini - yup.la/notawang