PESAN TAZKIRAH

  • 0
Sms tazkirah

Short message service atau lebih dikenali dengan sms adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui handphone untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Sebuah pesan sms maksima hanya terdiri dari 140 karakter. Penggunaan sms menjadi begitu meluas kerana mudah dan murah.

Pada hari-hari tertentu seperti hari jadi, hari guru baru-baru ini, hari raya dan lain-lain sms digunakan sebagai pengganti kad ucapan. Pada hari-hari tersebut penggunaan sms akan lebih banyak daripada kebiasaannya.

Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengirim atau menerima sms. Alangkah baiknya kalau sms tersebut boleh menyumbang ke arah kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain, bukan sebaliknya. Untuk itu, saya mengajak diri saya sendir dan para pembaca sekalian supaya kita boleh gunakan kemudahan sms untuk kebaikan.

Cara paling mudah untuk melakukan perkara di atas adalah dengan mengirim sms tazkirah sekurang-kurangnya 1 sms setiap hari kepada seseorang di dalam senarai contact di dalam h/p kita. Isi sms tersebut boleh diambil dari ayat Quran atau hadis Nabi SAW atau kalam hikmah orang-orang soleh. Jika Anda mendapat kemudahan free sms kepada seorang atau lebih, sangat malang dan rugi jika kemudahan tersebut dibiarkan saja dan tidak digunakan bagi tujuan ini. Mubazir!

Sms atau status facebook?

Status facebook juga boleh digunakan untuk menyumbang ke arah kebaikan (begitu pula sebaliknya). Hanya saja kesan terhadap orang yang membaca status fb dan orang yang menerima sms adalah berbeza. Pada saya, sms lebih bersifat personal berbanding status fb. Oleh sebab itu selain tetap menulis status yang baik di fb,

Pesan berantai

Anda mungkin pernah mendapat pesan sama ada melalui sms, fb, ym, e-mail dan sebagainya yang berbentuk pesan berantai. Di akhir pesan tersebut kita diminta untuk menyebarkannya kepada orang lain, biasanya ditentukan 5, 10, 20 atau bahkan 50 orang, jika tidak akan berlaku sesuatu yang buruk ke atas kita atau keluarga kita.

Saya tidak berniat menulis lagi tentang pesan berantai kerana saya kira tulisan blog Kereta Mayat berkenaan hal itu sudahpun cukup. Dan saya peribadi bersetuju dengan apa yang ditulis. Sila klik di [sini] untuk membacanya.


Adab dalam menerima dan menyampaikan pesan

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah (tabayun) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah ke atas suatu kaum disebabkan kebodohan, maka akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat: 6)

Pastikan pesan yang diterima atau hendak disampaikan kepada orang lain adalah berita yang benar, sahih, authentic. Sekadar merasa bahawa pesan yang kita terima itu (nampak) baik tidak bermakna kita boleh percaya begitu sahaja dan terus menyampaikannya. Lakukan sedikit tabayun bagi memastikan kesahihan pesan tersebut. Apatah lagi jika pesan itu dikaitkan dengan Allah, Nabi SAW dan agama Islam. Kerana agama kita dibina atas dalil yang sahih sahaja, bukan dengan sangkaan-sangkaan (yang boleh jadi benar atau salah). Wallahu ta'ala a'lam.

Jemput baca entry [ini] supaya lebih jelas dengan point ini. :) Terima kasih!

PROGRAM 2 IN 1

  • 0
Pada hari Sabtu minggu lepas (14/5) saya dan isteri pergi ke Shah Alam untuk menghadiri program Sembang Sub Sale Property yang dianjurkan oleh Abang Ensem @ En. Meor Zaidi dan ceramah yang akan disampaikan oleh Fadhilah al-Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhaily seorang ulama besar dari Syiria. Maka perjalanan kami ke Shah Alam pada hari itu bagi menghadiri 2 program, 2 in 1. :)

Sembang Sub Sale

Abang Ensem pasti dah lama ternanti-nanti review dari saya tentang seminar perdananya itu. Ha ha ha... Secara jujurnya saya katakan, jika Anda ingin mempelajari pelaburan hartanah, Anda boleh mendapatkannya dari buku-buku pelaburan hartanah yang ditulis oleh Milan Doshi, Azizi Ali, Renesial Leong bahkan e-book yang ditulis sendiri oleh Abang Ensem. Namun malangnya bukan semua hal boleh ditulis di dalam buku. Ada perkara-perkara tertentu yang tidak boleh dimasukkan di dalam buku atas beberapa alasan. Lagipun apa yang dibaca dan apa yang didengar memiliki kesan yang berbeza ke atas diri seseorang. Untuk itu, selain membaca buku, kita juga perlu mengahadiri seminar.

Alhamdulillah! Seminar Abang Ensem adalah salah satu seminar yang agak murah, hanya RM 88 sahaja. Kalau seminar hartanah yang lain, harganya mungkin ratusan atau bahkan ribuan ringgit. Kalau mahu bukti, sila klik di [sini]

Di antara kelebihan seminar ini:
  • Seminar ini lebih fokus kepada sub sale property, cara paling selamat untuk memiliki hartanah. Everyone need secure, right?
  • Tips-tips yang boleh menjimatkan wang kita seperti tips tisu tandas dan bawa anak kecil. :)
  • Penyertaan yang terhad kepada 25 orang sahaja.
  • Yuran penyertaan yang sangat berpatutan.
  • Makan sedap!
  • Dapat bergambar dengan Abang Ensem. :D
Namun sepertinya Abang Ensem terlupa menyampaikan sesi 5 - Beli 1 dapat 2, 3, 4 rumah percuma. Hu hu hu...

Bagi mendapatkan manfaat lebi dari seminar ini, saya telah pun memikirkan untuk bertanya beberapa soalan. Namun malangnya ada beberapa soalan yang terlupa untuk ditanyakan. Ini disebabkan saya tidak membuat persediaan soalan dalam bentuk tulisan. Hu hu hu lagi...

Ceramah Dr. Wahbah al-Zuhaily

Selepas seminar Abang Ensem, saya dan isteri menuju ke Masjid Negeri Selangor bagi menghadiri ceramah Dr. Wahbah al-Zuhaily yang akan dimulakan pada pukul 2:30 petang. Ceramah yang dianjurkan secara bersama oleh Masjid Negeri, PUM dan ABIM itu bertemakan "Sumpah" dan lebih menjurus ke arah sumpah yang ditujukan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebelum program bermula, saya sempat berjumpa dan berpelukan dengan Ustaz Mohd Zamri Mohd Shapik, YDP Persatuan Ulama Malaysia Negeri Selangor. Alhamdulillah! Kali terakhir berjumpa dengan beliau pada hari raya puasa tahun lepas.
Alhamdulillah! Ceramah termasuk sesi soal jawab berlangsung sehingga pukul 4:20. Selepas ceramah, saya dan iseteri terus pulang ke Seremban, solat asar dah jama' dengan zohor. Seronok jugak sekali-sekala dapat dating eh rihlah 'ilmiyyah macam ni dengan isteri. Sila klik di [sini] bagi membaca entry isteri saya tentang program ceramah ini.

'Ala kulli hal, alhamdulillah katsira!


Catatan:

Saya mohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana begitu lama tidak mengemas kini blog ini. Saya juga mohon maaf kerana pada bulan lepas hanya berjaya menulis 3 entry sahaja. :_(

Minggu depan saya insya Allah akan menulis beberapa entry baru bagi memenuhi target menulis sekurang-kurangnya 4 entry dalam sebulan. Saya mohon doa daripada sekalian pembaca semoga saya terus diberi kekuatan untuk meneruskan perkongsian. Semoga perkongsian yang sedikit ini dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Amin!

MATEMATIK SEDEKAH

  • 0
Menurut ilmu matematik yang biasa kita pelajari:
10 - 1 = 9
10 - 2 = 8
10 - 3 = 7
10 - 4 = 6
10 - 5 = 5
dan seterusnya

Tapi menurut firman Allah dalam surah al-An'am ayat 160:
10 - 1 = 19
10 - 2 = 28
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
dan begitulah seterusnya

Sifirnya sangat mudah, sedekah 1 dapat 10. Kalau 10, dibalas 100. Kalau RM 800, Allah ganti RM 8 ribu. :D Senang 'kan?


Jika mengikut surah Al-Baqarah ayat 261 lebih hebat lagi. Setiap sedekah berupa infaq diumpamakan seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi sebuah pohon dengan 7 cabang dan setiap cabang membuahkan 100 benih baru. Dan jika Allah SWT berkehendak, Dia mampu menjadikannya lebih banyak dari itu.
Kita boleh gambarkan seperti berikut ini:
10 - 1 = 709
10 - 2 = 1408
10 - 3 = 2107
10 - 4 = 2806
10 - 5 = 3505
dan seterusnya

Jika setiap infaq dibalas dengan 10 kali ganda sahaja sudah sangat hebat apatah lagi jika dibalas sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Mungkin ada di antara kita telah melakukan infaq tapi merasa tidak mendapat balasan. "Allah mengikut persangkaan hamba-Nya", maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Jadi yakinlah bahawa setiap infaq yang kita lakukan pasti dibalas oleh Allah SWT. Hanya saja balasan-Nya ada yang disegerakan dan ada yang ditunda sehingga kita benar-benar perlu. Ada balasan dalam bentuk harta (material) dan ada juga yang dibalas dalam bentuk dikurniakan kesihatan, disembuhkan dari sakit, dipermudahkan jodoh, dihapuskan dosa, dihindarkan dari musibah, dilindungi dari azab dan lain sebagainya.


Catatan:

Hukum matematik di atas pernah berlaku ke atas saya beberapa kali. Saya pernah menceritakan dua kisah di antaranya di dalam blog ini. Jika Anda berminat untuk membacanya, sila klik link berikut ini: