LAUNDRY SAJADAH

  • 0
Minggu lepas ketika dalam perjalanan dari tempat kerja Bangi ke rumah di Nilai, saya singgah sebentar di surau R&R Nilai bagi menunaikan solat asar.
Ehsan daripada gegarsyeh.blogspot.com
Setelah solat, saya melihat seseorang sedang menyusun sajadah yang nampaknya telah dibasuh dan terlipat kemas pada rak sajadah. Kemudian beliau mengumpulkan sajadah yang lainnya dan memasukkannya ke dalam plastik. 

Saya percaya beliau akan membawa balik sajadah itu bagi dibasuh, kemudian menghantarnya semula ke surau dan mengambil sajadah yang lain pula untuk dibawa balik. Begitu seterusnya.

Saya sungguh kagum dengan perbuatan beliau yang sederhana namun begitu kreatif dalam berbuat kebajikan dan mengumpul saham akhirat.

Saya doakan beliau istiqamah dan perbuatan beliau itu boleh menjadi sunnah hasanah.

P/S: Sekiranya di surau lelaki ada sajadah, maka di surau perempuan ada sajadah dan telekung. :)

POTENSI KAWASAN BANDAR BARU NILAI

  • 0
Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa perkara yang menjadikan Bandar Baru Nilai sebagai kawasan yang berpotensi.

> Banyak kemudahan dan pelbagai pilihan tempat untuk berbelanja.
- Berhampiran kedai runcit, restoran, cyber cafe, 7-Eleven, klinik, bank dan lain-lain.
- Berhampiran Pasaraya Tesco dan Giant.
- Dekat ke Nilai 3 (dalam lingkungan 10-15 minit).

> Banyak kemudahan pendidikan, ibadah, rekreasi dan riadah.
- Berhampiran USIM, Manipal International University, Nilai University, INTI International University, Murni Nursing College, Sekolah Rendah SRI Al-Amin Bangi dan lain-lain.
- Berhampiran Masjid Putra Nilai. Setiap Ahad pukul 8 pagi ada kuliah agama oleh Tuan Guru Dr. Zulkifli Al-Bakri.
- Berhampiran Dataran Nilai dan Taman Rekreasi Awam.
- Berhampiran Kompleks Sukan Airport dan Stadium tertutup Nilai.

> Laluan keluar masuk yang mudah dan banyak pilihan.
- Berhampiran Tol Plus (Nilai) dan Lekas (Pajam).
- Dekat ke KLIA/LCCT, Putrajaya dan Bangi/Kajang (dalam lingkungan 20-30 minit).
- Selain tol, terdapat tidak kurang daripada 2 laluan alternatif untuk ke arah Selatan, KL, KLIA/LCCT, Putrajaya dan Bangi/Kajang.

Wallahu ta'ala a'lam.