RISIKO BELI KERETA TERPAKAI

  • 9
Bercadang membeli kereta terpakai?

Mohon tangguhkan dulu niat anda. Baca ini dulu agar tidak tertipu.

>>> bit.ly/kitbelikereta
Oleh En. Hanizul

Saya ingin berkongsi pengalaman. Petang tadi saya selepas pulang dari pejabat saya pergi ke sebuah kedai kereta terpakai yang terletak di Bangi. Lokasi spesifik tidak perlu saya dedahkan.

Seorang kawan telah meminta pertolongan saya untuk pergi membuat tinjauan (survey) ke atas sebuah kereta Perodua Viva Elite. Kawan saya ini seorang perempuan dan baru mendapat pekerjaan. Jadi beliau memerlukan sebuah kereta untuk memudahkan ulang alik ke tempat kerja.

Kawan saya ini baru sahaja bergraduasi pada bulan lepas, sama seperti saya juga. Kawan saya ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam membeli kereta sebelum ini. Zero knowledge pasal kereta.

Setelah membuat tinjauan, saya terjumpa sebuah Viva Elite berwarna ungu seperti beliau inginkan.

Saya disambut oleh seorang jurujual dengan begitu baik sekali dengan ucapan salam dan selamat datang. Standard lah tu, nak pikat hati pelanggan. He he he...

Tanpa berlengah saya terus menyatakan tujuan saya untuk melihat dan merisik Viva Elite. Jurujual tadi kelihatan begitu semangat menunjukkan beberapa unit Viva Elite yang ada di kedai itu.
Saya pula terus meluru ke sebuah kereta Viva berwarna tadi sambil jurujual tadi mengikut dari belakang dan terus membuka pintu kereta Viva tersebut.

Hanizul : Berapa harga on the road (OTR) Viva ini, Boss?

Jurujual: Harga body RM 27,000 harga on the road RM 30,000.

* Terperanjat saya dengar harga OTR dengan pertambahan RM 3000.

Hanizul : Wow! Harga body RM27000, harga OTR jadi RM30000. Kenapa mahal sangat Boss sampai kene tambah RM3000?

Jurujual : Tidak mahal dah, Cik. Murah dah tu. RM 3000 itu adalah caj untuk urusan tukar nama di JPJ, urusan Puspakom, road tax, insurance. Lepas itu bla bla bla…

Hanizul : Oh, ok. So, kira-kira berapa bayaran bulanan Viva ini, Boss?

Jurujual : Cik nak buat full loan ataupun ingin membayar sedikit down payment?

Hanizul : Cuba kira untuk kedua duanya sekali. Katakan down payment 10%.

* Jurujual tadi terus mengira loan tadi menggunakan kalkulator pada phone dia.

Jurujual : Jika Cik nak buat full loan bayaran bulanan adalah sekitar RM410. Dan jika buat down payment 10% bayaran bulan menjadi RM370.

Hanizul : Boleh tahan jugak mahal dia ye kalau full loan. Berapa interest rate awak kira tu?

Jurujual : Interest rate terkini untuk kereta second adalah sekitar 5% ke 6%.

* Sekali lagi saya terperanjat mendengar interest 5% ke 6 %. Hi hi hi…

Hanizul : Tingginya interest awak kira tu.

Jurujual : Standard dah ni Cik untuk kereta second.

Hanizul : Hmmm… Ok, ok. Saya nak tengok-tengok kereta dulu. Kereta ini free accident ke, Boss?

Jurujual : Yes of course, Cik. For very sure free accident.

Hanizul : Saya hanya tersenyum saja.
_____

Berikut saya ringkaskan keadaan Viva Elite tadi.
* Enjin bergegar dan sedikit bising apabila dihidupkan.
* Apabila minyak ditekan bunyi enjin menjadi makin bising.
* Kelihatan bumper depan dan belakang sedikit jatuh dan ada ruang diantara lampu depan dan belakang.
* Bahagian bawah karpet tempat tayar spare disimpan kelihatan berkedut dan kemek seperti telah dilanggar belakang dan diketuk dengan begitu kemas.
* Bahagian mounting enjin kelihatan lari dari kedudukan asal yang bergegar dengan ketara sekali.
_____

>>> bit.ly/kitbelikereta
_____

* Dalam hati saya berkata teruknya keadaan kereta ini. Mesti pernah kemalangan agak serius.

* Jurujual tadi hanya terdiam dan tergamam melihat saya mengelilingi kereta Viva tersebut. Saya buat macam kereta saya sendiri. Semua saya periksa dan korek. Hi hi hi...

Hanizul : Macam ni la, Boss. Keadaan kereta ini dah teruk sangat sebenarnya. Kereta ini dah lepas accident.

* Jurujual tadi ingin mencelah.

Hanizul : Awak diam dulu bagi saya habis bercakap. Kereta ini dah teruk rosaknya (seperti yang saya nyatakan di atas). Berkaitan dengan loan pula tingginya awak sembelih, sampai 6 % awak kira. Interest kereta second adalah sekitar 4% ke 4.5% sahaja, saya baru je semak dengan bank.

Hanizul : Berkaitan dengan urusan tukar nama, Puspakom, road tax insurance sampai RM3k awak paw. Banyak tu. Insurance Viva Elite baru pun tak sampai RM1200. Awak cas sampai RM1500. Apa ni? Macam mana awak meniaga ni?

Hanizul : Banyak sangat kelentongnya. Teruk lah melayu hentam Melayu macam ni. Viva Elite baru pun sekitar RM450 sebulan. Awak kira tadi RM410. Lebih baik dan berbaloi beli baru je.

Hanizul : Tujuan orang beli kereta second sebab nak murah sikit. Tapi teruk kena cekik macam ni.

* Terus tunduk terdiam jurujual tadi selepas kena ceramah dengan saya.

Jurujual : So, jadi tak ni, Cik?

Hanizul : Kalau awaklah kan, awak nak beli tak kereta ni?

Jurujual : Kalau saya mungkin cari kereta lain dulu kot.

Hanizul : So, itu lah jawapan saya. Awak dah jawab pun. Ok lah. Saya minta diri dulu.

Begitulah ceritanya petang tadi di salah sebuah kedai kereta terpakai di Bangi.

P/S: Dapatkan ebook Panduan Beli Kereta Pertama ---> bit.ly/kitbelikereta. Di dalam ebook ini banyak perkongsian tips dan panduan serta pelbagai bentuk penipuan jurujual kereta yang tidak jujur.

9 comments:

  1. Ebook ni ada lagi tak tuan?

    ReplyDelete
  2. Selamat Petang dan salam sejahtera Encik Hanizul,

    Selepas baca article cik ni, saya rasa encik ni memang tak arif dalam bab penjualan kereta terpakai... dan saya juga sangat simpati kepada jurujual yang kena maki "Melayu Hentam melayu"sebab jumpa customer macam encik.

    Alright, untuk pengetahuan umum, bank offer rate 2.8% - 3.5% untuk kenderaan baharu sahaja, sebab kenderaan baharu harga pinjamannya tinggi. Buat untuk kenderaan terpakai, secara logiknya, rate 4% - 6% boleh dikira standard, sebab harga pinjamannya rendah, dan rate ini DITENTUKAN & DISETUJUI oleh bank negara, bukan salesman dan taukeh-taukeh yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan rate-rate tersebut.

    Ok, seterusnya, harga viva elite dengan harga body RM27,000 (Body), dan campur RM3000 (insurance roadtax tukarnama puspakom processing fees) sebenarnya sangat-sangat masuk akal.

    RM27,000 , kalao pinjaman dengan Bank, wajib membeli insurance first party, disana caj dia sudah hampir dekat RM1200 (anggaran), RM100 (b5 b7 report) , RM150 (tukarnama hak milik), Roadtax (RM20), runner fees + processing fees (RM1500). harga ini memang berpatutan untuk caj pembelian kenderaan terpakai. mungkin dari sini kalao rasa RM1500 caj tambahan tu terlampau mahal, cuba nego dengan jurujual, dalam dunia jual-beli, mesti ada tawar menawar.

    Banyak lagi yang saya ingin sembang, tetapi masa saya terhad, harap komen ini tidak menyinggung perasan mana-mana pihak. jika ada sya minta maaf terdahulu,
    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru buat tukar nama kelisa thn 07 auto. B5 rm120(runner) tukar nama rm100 insurance rm593 1st party roadtax rm20. total rm833

      Delete
  3. sombong sangat cara awak. dia salesmen hanya kerja dan dapt commision. klu tak minat tak perlu hantam orang tunjuk pandai. lebih baik diam dan cari kereta lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kene buat macam tu.. arwah ayah saya kena paw kaw2.. sebab dah banyak sangat yang kene tipu.. bukan sikit anak diaorang tipu..pasal prosess fee dan sebaggainya itu semu harga tak masuk akal.. tak caya tengok youtube cik din kereta terpakai..

      Delete
  4. Memang patut ditegur 'saleman' jenis cekik darah mcm tu ....SBB nye yg tanggung hutang 9 thn cust ..so sbelum beli kena la periksa 200% dulu

    ReplyDelete
  5. kalau kita beli kereta terpakai tunai, tapi tak tukar nama lagi. Alih2 selepas 3 tahun, pemilik lama nak ambik balik nombor plate, siap ugut nak scrap kereta sebab kita tidak bersetuju. Apakah langkah2 yang boleh kita lakukan.

    ReplyDelete
  6. kalau kita beli kereta terpakai tunai, tapi tak tukar nama lagi. Alih2 selepas 3 tahun, pemilik lama nak ambik balik nombor plate, siap ugut nak scrap kereta sebab kita tidak bersetuju. Apakah langkah2 yang boleh kita lakukan.

    ReplyDelete