CORETAN HARTANAH

  • 1

Semalam ketika sedang mengemas fail rumah pertama, saya menjumpai coretan tentang kajian dan perbandingan yang saya buat terhadap beberapa rumah di Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. 

Daripada beberapa rumah yang dikaji, akhirnya pilihan jatuh kepada rumah yang diduduki sekarang ini. 

P/S: Coretan dalam gambar ini dibuat pada penghujung tahun 2011. Ketika itu purata bagi harga rumah teres 2 tingkat unit tengah dalam RM170k. Manakala kadar sewa dalam lingkungan RM600-700/bulan.

Harga sekarang bagi jenis yang sama kebanyakannya RM200k. Manakala kadar sewa RM1k. Wallahu ta'ala a'lam. 

Keterangan gambar

Ketika itu saya dan suri telah sepakat dan membuat keputusan hndak membeli rumah di Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. Pelbagai pertimbangan difikirkan sehingga Desa Anggerik menjadi pilihan, antaranya bersebelahan dengan USIM. Suri aya berkhidmat di USIM.
> Sekiranya hendak membeli rumah, tentukan dahulu kawasan mana yang hendak dibeli dan fokuskan pada hartanah di kawasan tersebut.

No. 7451, 7501, 5433 .... sehingga 5686 itu adalah no rumah yang dijual. Saya menghubungi no h/p ejen/pemilik rumah dan melawat kesemua rumah itu. Ada rumah yang dapat dimasuki dan ada juga yang sekadar dapat dilihat daripada luar.
> Proses ini sememangnya menuntut komitmen yang agak besar namun ianya berbaloi apabila kita dapat membandingkan dan akhirnya menjumpai yang mana satu rumah pilihan hati.

Akhirnya ana dan suri membuat keputusan membeli rumah yang dijual pada harga RM260k. Harga asal rumah itu ketika mula dilancarkan sebelum tahun 2000 adalah RM196k. Saya mendapat maklumat daripada seseorang yang pernah bekerja di syarikat pemaju taman tersebut. Purata kenaikan harga hanya 33% sahaja selepas kira-kira 10 tahun.
> Pembeli perlu mendapatkan maklumat daripada juru nilai, pegawai bank ataupun pegawai syarikat pemaju berkenaan anggaran nilai semasa rumah yang hendak dibeli bagi membuat kajian dan perbandingan harga jualan dan harga semasa supaya wang yang dikeluarkan bagi membeli rumah itu berbaloi.

Wallahu ta'ala a'lam.

PROJEK CUTI SEKOLAH

Selasa, 28/5/2013

Projek hari ini adalah melakukan kerja-kerja laundry bagi menghabiskan 2 bakul longgokan pakaian.

Projek laundry alhamdulillah sudah selesai. Selepas asar nanti projek melawat 3 unit hartanah lelong pula. Manakala esok, projek meracun lalang yang suka menghiasi laman rumah. Wallahu al-Musta'an.



Rabu, 29/5/2013


Projek meracun lalang yang suka menghiasi laman rumah telahpun selesai dikerjakan. Alhamdulillah. Sebelum penyemburan racun dilakukan, lalang telah dipotong dan dimasukkan ke dalam plastik hitam. Akhirnya terkumpul 6 bungkus plastik hitam besar.

Khamis, 30/5/2013

Projek hari ini mengemas dan mengemas kini beberapa fail dokumen, antaranya:
- Fail rumah pertama
- Fail rumah kedua
- Fail anakanda Qawwam

Projek ini baru sahaja selesai. Alhamdulillah.


Jumaat, 31/5/2013

Projek hari ini adalah mengemaskini blog yang sudah begitu lama terbiar dek penangan micro-blog bernama Facebook. Hu hu hu...

P/S: Sebahagian kandungan kemas kini diambil daripada Facebook. :D

PENGALAMAN PERTAMA MENYERTAI LELONGAN AWAM

  • 0

Apartment Desa Jati, Nilai pada harga rizab RM45k sahaja. Oh! Murahnya. Sebagai perbandingan, suri saya baru sahaja membeli 1 unit di sini secara sub sale pada harga RM65k. Alhamdulillah, unit tersebut telahpun disewakan pada kadar RM575 sebulan.

Memandangkan saya agak lewat menjumpai iklan di atas, maka saya tidak sempat melakukan persediaan bagi menyertai lelongan awam bagi unit tersebut. Rupanya seorang rakan saya menyertai lelongan awam bagi unit tersebut. Saya bertanya kepadanya sekiranya dibenarkan mengikutinya bagi mempelajari sesi lelongan awam secara langsung melalui pengalaman. Alhamdulillah, beliau membenarkan saya mengikutinya.

Lelongan awam bagi unit tersebut dianjurkan oleh RHB Bank di NSTP, Jalan Riong, Bangsar. Daripada sekian banyak hartanah yang diiklankan, hanya 3 sahaja yang dilelong. Itupun semua terjual secara rundingan (kawtim), tanpa perlawanan. Manakala hartanah yang lain, semua called off. Termasuklah hartanah yang kawan hendak masuk membida. Hu hu hu... 

Alhamdulillah, walau bagaimanpun kami mendapat pengalaman yang begitu berharga daripada sesi lelongan awam semalam.