SEDEKAH ATAU INFAQ?

  • 0
Kita mungkin sering bersedekah tapi kita sangat jarang melakukan infaq. Kerana walaupun sedekah dan infaq memiliki persamaan namun sebenarnya sedekah dan infaq adalah dua hal yang berbeza. Secara mudahnya, perbezaan antara sedekah dan infaq adalah sebagaimana yang akan dijelaskan berikut ini.

Sedekah adalah perbuatan baik yang memberikan manfaat bagi diri sendiri dan orang lain. Contoh: doa, nasihat, senyuman, membuang duri dari jalan solat dhuha, bahkan berjimak dengan isteripun sedekah. Di bawah ini saya menyertakan beberapa dalil tentang sedekah yang bukan infaq.

"Senyumanmu untuk saudaramu adalah sedekah" (H.R. Bukhari Kitab Adab)

"Doa keselamatan yang datang dari salah seorang di antara kamu sekalian akan menjadi sebuah amal sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap suruhan kepada kebaikan adalah sedekah, dan larangan kemunkaran adelah sedekah. Sedekah juga dapat diperoleh melalui shalat dhuha 2 rakaat" (H.R. Bukhari no. 2989, Muslim no. 1668).

"Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha" (H.R. Abu Daud, Kitab Shalat no. 1285, 1286, 5243).

"Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka boleh bersedekah dengan kelebihan hartanya (sedangkan kami tidak boleh)." Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemunkaran adalah sedekah, dan hubungan jima' kalian (dengan isteri) adalah sedekah." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala." (HR. Muslim)
Infaq adalah memberikan harta benda (materi) yang bermanfaat kepada orang lain. Atau dengan kata lain, setiap sedekah yang melibatkan harta benda (materi) adalah infaq. Contoh: mengisi wang dalam tabungan di masjid, memberi wang, makanan atau pakaian kepada orang yang memerlukan, memberi makan kepada haiwan.

Jadi, infaq itu termasuk sedekah tapi sedekah itu boleh jadi bukan infaq. Untuk bersedekah tak perlu ada harta tapi untuk melakukan infaq perlu ada harta.

Wallahu ta'ala a'lam.

Credit to Khalifah Ali

No comments:

Post a Comment