KELAS KEWANGAN ONLINE

Adakah anda tahu 
jika setiap bulan anda 
semakin kaya atau miskin? 

Ramai orang mengandaikan bahawa mereka tahu jawapan bagi persoalan di atas. Tetapi bila ditanya berapa nilai aset bersih (net worth) atau tahap kekayaan mereka, sekadar anggaran kasar pun ramai yang tak tahu. 

Bagi memudahkan orang ramai belajar ilmu kewangan, sejak tahun 2017 saya mula menganjurkan kelas kewangan atas talian. Sehingga kini, alhamdulillah lebih 300 orang telahpun mendapat manfaat dan ini memberi kepuasan tersendiri kepada saya.


Di bawah ini adalah komentar beberapa orang alumni kelas kewangan yang saya kendalikan.






Sebelum meneruskan penerangan, izinkan terlebih dahulu saya memperkenalkan diri dan penglibatan saya dalam dunia kewangan.

Saya Raisul Fadhla Safiruddin, tapi biasa dipanggil dengan sebutan Rais atau di FB saya lebih dikenali sebagai RFS. Di FB saya suka berkongsi tentang ilmu serta tips kewangan, pelaburan dan kisah kehidupan. Kadang-kadang ada selit tazkirah juga.


Masa tingkatan 4 dan 5, saya (dan kawan-kawan) diamanahkan untuk uruskan koperasi sekolah. Seronok pegang duit banyak, walaupun bukan duit sendiri. Hihi.

Barisan Jawatankuasa Department Syirkah Mahbubah

Kemudian saya sambung belajar kat Darul Quran JAKIM. Tahun kedua naik jadi bendahari persatuan pelajar. Jadi saya mula serius belajar ilmu kewangan. Buku kewangan pertama yang saya baca bertajuk Cukup Wang Hati Tenang tulisan Hajah Rohani. Alhamdulillah, syukur dapat bantu gandakan kewangan persatuan melalui pelbagai sumber pendapatan dan langkah penjimatan.

Bertugas sebagai bendahari semasa pendaftaran pelajar baru Darul Quran JAKIM tahun 2005.

Tamat belajar di DQ, saya sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Jambi, Indonesia. Ketika itu juga saya bertunang sehingga lebih bersungguh merancang dan uruskan kewangan.

Setelah konvo, alhamdulillah pada hujung tahun 2009 saya terus ditawarkan kerja sebagai seorang pendidik di salah sebuah institusi pendidikan yang terkemuka di Kuantan, Pahang.

Dalam mesyuarat bersama Pengarah, Penolong Pengarah dan Guru Penolong Kanan. 

Apabila mula menerima pendapatan sendiri, saya semakin serius mendalami ilmu kewangan. Gaji saya masa itu kebanyakannya habis untuk buku/ebook, seminar, bengkel, kursus dan sebagainya yang berkaitan dengan bisnes, kewangan dan pelaburan. Untuk buku sahaja, kat rumah saya sekarang ada 2 rak besar penuh dengan buku. Di bawah ini adalah keadaannya. 

Sorry, nampak agak bersepah sebab dah terlalu penuh.

Pada tahun 2012 saya memperkenalkan satu idea menyimpan wang dengan mudah dan seronok. Saya namakan kaedah itu sebagai program "Simpan Si Hijau". Alhamdulillah, kaedah ini mendapat sambutan dan pengiktirafan daripada orang ramai, termasuklah tokoh bisnes, kewangan dan pelabur hartanah.




Saya mula menerbitkan ebook kewangan pertama pada tahun 2014 yang bertajuk Mudahnya Simpan Duit. Pada tahun 2016 pula saya menerbitkan ebook kedua yang bertajuk 7 Perangkap Kewangan. Dan akhirnya atas permintaan orang ramai, pada tahun 2017 saya mula anjurkan Kelas Kewangan atas talian.

Dan terkini, saya baru sahaja melancarkan ebook Persediaan Kewangan Menghadapi Kegawatan bagi membantu mendidik lebih ramai orang supaya bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan ataupun kegawatan.

Ini hanya sebahagian daripada banyak lagi buku, ebook, tutorial, video dan lain-lain yang menjadi rujukan saya untuk menyusun modul Kelas Kewangan Online ini.


Di dalam kelas nanti, anda boleh belajar dengan lebih mendalam selama 7 hari tentang 10 perkara berikut ini. 

1. Prinsip kewangan dan sains kekayaan
2. Rahsia pengurusan aliran tunai yang terbukti berkesan
3. Bina harta dan tingkatkan kemewahan
4. Tiga kaedah bijak untuk bayar hutang dengan pantas
5. Rancang perlindungan kewangan yang memenuhi keperluan
6. Prinsip pelaburan yang boleh menjana pulangan lumayan
7. Pelaburan cara lambat untuk jadi kaya?
8. Formula sebenar untuk bebas kewangan
9. Seni berhutang dalam membina kekayaan
10. Rahsia MSI atau SPP.

Ya, kelas akan berlangsung selama kurang lebih 7 hari. Setiap hari akan ada 2-3 sesi

Di samping itu, saya juga akan memberikan beberapa bonus kepada peserta kelas kewangan, iaitu:

Moneyback Guarantee 
Jika dalam masa 3 hari sejak mula kelas anda rasa apa yang saya kongsikan tidak berbaloi dengan wang yang anda bayar, segera pm saya untuk tuntut semula wang anda. Saya akan segera pulangkan tanpa banyak soal.

Ebook 7 Perangkap Kewangan
Panduan yang menerangkan tentang 7 jenis perangkap dalam kewangan yang boleh membuat seseorang semakin hari semakin miskin. Anda wajib mengenali kesemua perangkap itu supaya duit anda selamat. Dan jika sudah terjerat, saya ada terangkan langkah-langkah yang boleh anda buat untuk melepaskan diri daripadanya. Ebook ini bernilai RM29
Untuk maklumat lanjut, klik pada gambar. 

Draft Personal Financial Plan
Di luar sana, anda perlu menjalani sesi rundingan dan dikenakan caj profesional sekurang-kurangnya RM200 untuk mendapatkan fail perancangan kewangan yang lengkap seperti ini.

Lifetime Support Group 
Sebaik sahaja kelas tamat, anda akan mendapat support seumur hidup di dalam group WhatsApp secara eksklusif. Ada yang sanggup bayar RM10 sebulan atau RM100 setahun bagi menyertai group coaching ini.


Baik, sekarang tiba masanya bagi saya untuk menyatakan berapa yuran yang perlu anda bayar bagi mendapatkan semua itu?

Sebenarnya yuran kebijaksanaan untuk sertai kelas intensif selama 7 hari ini berserta kesemua bonus yang saya tawarkan di atas berharga RM200 lebih. 

Mahal?

Ya, ilmu ini memang mahal. Malah saya sendiri laburkan beribu-ribu ringgit bagi mempelajari ilmu ini.

Namun saya tak mahu nilai RM200 itu membantutkan niat dan semangat anda untuk belajar.

Jadi, saya letak yuran komitmen yang amat mampu milik. Sangat murah, dan sungguh berpatutan dengan apa yang anda bakal miliki nanti.


Yuran komitmen Kelas Kewangan ini berserta ke semua bonus di atas serendah RM69 sahaja.

Ya, hanya RM69 sahaja.

Itupun saya akan pulangkan 100% jika semasa kelas sedang berjalan (dalam masa 3 hari), anda mahu menarik diri.

Jika itu berlaku, maka saya yang rugi.
Dan anda akan dapatkan semula wang anda.

Tapi tidak apa-apa. Kerana jika anda setuju dengan tawaran ini, maka itulah akad yang akan kita sepakati dan redhai bersama.

Jadi, saya mahu yakinkan anda betul-betul agar tidak perlu ragu-ragu lagi. 

Namun maaf, tawaran ini saya buka khas bagi 10 pendaftar terawal sahaja. Dan yuran akan naik RM10 setiap kali kuota pendaftaran telah cukup 10 orang. 

Maknanya, orang ke-11 dan seterusnya perlu bayar RM79 untuk pendaftaran. 

Yakinlah bahawa ini adalah pelaburan yang terbaik untuk masa depan anda. Apatah lagi nilainya hanya RM69 (jika daftar segera)

Perlu saya tekankan bahawa sesungguhnya anda tidak wajib join kelas kewangan ini, kecuali anda memang serius mahu belajar dan ubah keadaan kewangan sekarang jadi lebih baik.

Saya tak nak ajak anda sertai kelas ini hanya untuk keuntungan semasa-mata. Saya ikhlas nak berkongsi ilmu kewangan kepada anda dan sesiapa sahaja.

Jujur saya sarankan, sila daftar jika anda rasa betul-betul perlu sahaja. Anda suka, sayapun gembira.


Saya senaraikan semula apa sahaja yang anda berhak dapatkan sekiranya mendaftar ke kelas kewangan atas talian ini.

☑️ Kelas kewangan intensif selama 7 hari
☑️ Setiap hari akan ada 2 sehingga 3 sesi
☑️ Moneyback guarantee dalam 3 hari
☑️ Ebook 7 Perangkap Kewangan
☑️ Draft Personal Financial Plan
☑️ Lifetime support Group

Nak join?

Klik di sini untuk pendaftaran

Terima kasih sudi baca sampai habis.