BERURUS NIAGA DENGAN MATA WANG HAKIKI

  • 0
Dua minggu yang lepas saya membeli peti ais dari sahabat saya, Saudara Hafiz, dengan harga 17 dirham. Harga dirham ketika itu ialah RM 25. Bermakna17 dirham x RM 25 = RM 425.

Untuk pengetahuan Anda, saya telah mendapatkan dirham tersebut pada harga RM 24/dirham. Bermakna jika dihitung kembali, saya hanya membeyar peti ais tersebut dengan harga 17 dirham x RM 24 = RM 408. Saya telah melakukan penjimatan sebanyak RM 17. :)

Sehari kemudian, harga dirham naik RM 1, bermakna sahabat saya telah mendapat untung RM 17 dari kenaikan harga dirham. Jika sekarang harga dirham sudah RM 27, keuntungan sahabat saya telah bertambah RM 17 lagi. Tunggu sampai esok! Jika analisis teknikal hari ini tepat, esok harga dirham akan naik lagi sekurang-kurangnya RM 1.*
Jika kita lihat dengan lebih mendalam, kita akan mendapati bahawa sahabat saya (penjual barang) mendapat untung lebih banyak dari saya (pembeli). Kalau Anda adalah seorang peniaga dan ingin perniagaan Anda lebih menguntungkan, terimalah dinar dan dirham sebagai alat pembayaran. Di samping perniagaan Anda lebih untung, mudah-mudahan rezeki Anda menjadi lebih berkat dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Berurus niaga dengan mata wang hakiki memang menguntungkan bagi kedua belah pihak. Pembeli untung. Penjual lagi untung.

*Anda boleh melihat harga semas dinar dan dirham KGT (Kelantan Gold Trader) pada web site WIM (World Islamic Mint). Perubahan harga (jika ada) akan berlaku pada pukul 12:15 AM setiap hari Selasa hingga Jumaat mengikut pergerakan harga perak semasa.


Catatan:

Entry di atas pertama kali disiarkan dalam blog Hikmah Gold dan note fb saya pada minggu lepas.

Saya merasa perlu untuk berkongsi pengalaman ini bagi memberikan kesedaran kepada diri saya sendiri dan para pembaca sekalian agar menukarkan (kalaupun tidak semua, sebahagian) wang fiat kepada mata wang hakiki (dinar dan dirham). Semoga perkongsian yang sedikit ini dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Amin!

Jika Anda berminat untuk menukarkan wang fiat Anda, sila hubungi no h/p saya 010 785 1002. Saya akan cuba membantu setakat yang termampu, insya Allah.

No comments:

Post a Comment