KAUM YAHUDI DI MADINAH

  • 0
Sekurang-kurangnya ada 2 hal penting yang boleh saya ambil dari riwayat hidup salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salman al-Farisi R.A. Yang pertama adalah tentang strategi dalam perang Khandaq. Dan yang kedua adalah tentang kewujudan kaum yahudi di Yatsrib (kini dikenali dengan Madinah)

Sebelum memeluk Islam, Salman al-Farisi R.A. adalah seorang ahli kitab (nasrani). Ia mempelajari agama tersebut dari seorang ahli kitab yang juga ketua gereja yang soleh. Sebelum gurunya itu meninggal, ia sempat berpesan kepada Salman bahawa tidak lama lagi akan diutuskan seorang rasul di kawasan yang berbatu dan banyak pohon kurma. Ciri-ciri rasul itu adalah ia [1] boleh menerima hadiah tetapi [2] tidak dibenarkan mengambil sedekah dan [3] terdapat khatm nubuwwah (tanda kenabian) di pundaknya.
Setelah itu Salman mengambil keputusan untuk mencari tempat yang dimaksudkan gurunya itu. Tahukah Anda ke mana Salman pergi? Ia pergi ke Yatsrib.

Kita telahpun mengetahui bahawa selain suku Aus dan Khazraj, kaum yahudi adalah di antara golongan yang menetap di Yatsrib. Saya merasa bukanlah suatu kebetulan (there is no accident-quote from Kungfu Panda) pada ketika itu kaum yahudi yang juga ahli kitab telah lama menetap di sana. Di Madinah dan sekitarnya ada yahudi dari Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa'.

Adakah kewujudan ahli kitab di sana sama seperti Salman, menanti kehadiran seorang utusan Allah sebagaimana yang diceritakan di dalam kitab yang diturunkan kepada mereka?

Jawapannya boleh jadi ya. Mereka ke sana kerana meyakini apa yang disampaikan di dalam kitab mereka.

Orang-orang yang Kami berikan kitab (ahli kitab) mengenalnya (Rasulullah SAW) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri... (Surah al-Baqarah: 146)

Dalam kitab tafsir diriwayatkan bahawa Ibnu Salam, salah seorang sahabat R.A. yang sebelumnya juga adalah seorang ahli kitab mengatakan, "Sesungguhnya ketika aku melihatnya, maka aku segera mengenalinya sebagaimana aku mengenal anakku sendiri bahkan aku lebih mengenal Muhammad SAW."

Di antara pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas:
  • Ahli kitab (nasrani dan yahudi) sebenarnya telah lama menantikan kehadiran utusan Allah sebagaimana yang disampaikan di dalam kitab mereka.
  • Mereka tahu dan meyakini apa yang disampaikan oleh Allah melalui utusan-utusan-Nya. Bahkan mereka turut meyakini apa yang Rasulullah SAW sampaikan. Untuk melihat salah satu buktinya, klik di [sini].
  • Kerana meyakini apa yang disampaikan oleh utusan Allah, mereka cuba mengambil tindakan yang sepatutnya. Sedangkan umat Islam masih ramai yang tak pandai mengaji, memahami, apatah lagi mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

No comments:

Post a Comment