TIPS MEMILIH JODOH | ANTARA BACAAN AL-QURAN DAN JODOH

  • 0
Wanita dinikahi karena empat hal. Karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan selamat. (H.R. bukhari dan Muslim)


Dan (wahai isteri-isteri Nabi) ingatlah (sebutlah) apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Ahzab: 34)


Sudah begitu lama saya tercari-cari tips yang mudah bagi para lelaki dalam memilih jodoh. Sebelum ini saya pernah berkongsi bahawa tips bagi para wanita dalam memilih jodoh adalah dengan menilai kualiti solat lelaki yang hendak diterima sebagi suami. Perkongsian ini saya tulis sejak lama dengan tajuk TIPS MEMILIH JODOH | ANTARA SHALAT DAN JODOH. Untuk makluman para pembaca, perbincangan berkenaan perkara tersebut saya tulis dalam bahasa Indonesia. Itulah sebab mengapa solat ditulis shalat. :)

Kini, setelah lebih dua tahun saya berkongsikan perkara itu, barulah saya berasa yakin untuk berkongsi tips memilih calon pendamping hidup yang taat beraga bagi para lelaki. Caranya adalah dengan menilai kualiti tilawah (bacaan) al-Quran wanita yang hendak disunting sebagai isteri. Tips tersebut serupa dengan cara Imam Hasan Al-Banna dalm  menentukan pendamping hidup.
Buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna oleh Ustaz Muhammad Lili Nur Aulia terbitan Alam Raya Enterprise halaman 22 (seperti dalam gambar) ada menceritakan tentang perkara ini.

Wallahu ta'ala a'lam.

No comments:

Post a Comment