LAUNDRY SAJADAH

  • 0
Minggu lepas ketika dalam perjalanan dari tempat kerja Bangi ke rumah di Nilai, saya singgah sebentar di surau R&R Nilai bagi menunaikan solat asar.
Ehsan daripada gegarsyeh.blogspot.com
Setelah solat, saya melihat seseorang sedang menyusun sajadah yang nampaknya telah dibasuh dan terlipat kemas pada rak sajadah. Kemudian beliau mengumpulkan sajadah yang lainnya dan memasukkannya ke dalam plastik. 

Saya percaya beliau akan membawa balik sajadah itu bagi dibasuh, kemudian menghantarnya semula ke surau dan mengambil sajadah yang lain pula untuk dibawa balik. Begitu seterusnya.

Saya sungguh kagum dengan perbuatan beliau yang sederhana namun begitu kreatif dalam berbuat kebajikan dan mengumpul saham akhirat.

Saya doakan beliau istiqamah dan perbuatan beliau itu boleh menjadi sunnah hasanah.

P/S: Sekiranya di surau lelaki ada sajadah, maka di surau perempuan ada sajadah dan telekung. :)

No comments:

Post a Comment