KUDA BESI BARU TAPI TERPAKAI

  • 0
Honda Future ini dijual pada harga RM3800 siap tukar nama.

Dalam surat beranak tertulis dilahirkan pada bulan November 2012.

Perbatuan lebih 9 ribu KM.

Murah, berpatutan atau mahal?


RFS

P/S: Sedang merisik kuda baru.
Demikian status FB saya pada tarikh 21hb Disember 2014. Tujuan status itu dibuat adalah untuk proses Due Dilligence.

Apa itu Due Dilligence? Baca di sini.

Saya mendapat maklumat tentang motor ini daripada laman sesawang Mudah. Lokasi motor ini ada di Sungai Buaya, Sabak Bernam Kuala Selangor.

Kebetulan saya ada seorang kawan bertugas sebagai seeorang guru di Sungai Buaya. Saya terus menghubungi kawan saya dan meminta kesedian beliau untuk melihat keadaan motor yang hendak saya beli itu.

Setelah kawan saya bersetuju, saya menghubungi penjual dan memaklumkan bahawa saya berminat hendak membeli motor yang beliau jual. Tapi memandangkan saya tinggal di Nilai, kawan saya akan menghubungi beliau bagi melihat keaadaan motor itu sebelum meneruskan proses pembelian.

Selepas mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada kawan saya, barulah saya menentukan tarikh dan masaa dengan penjual bila saya akan ke Sungai Buaya bagi urusan pembelian motor dan tukar nama pemilik.

Pada tarikh yang disepakati bersama, saya bersama suri bertolak ke Kuala Selangor dengan kereta Viva suri saya. Sebelum balik dari sana, kawan saya belanja makan mi udang yang sememangnya terkenal di kawasan Kuala Selangor. Saya pulang ke Nilai dengan menunggang kuda besi baru tapi terpakai. Suri saya pula memandu kereta Viva.

Terima kasih sudi baca perkongsian ini sampai habis. ^_^


RFS

P/S: Motor ini pada asalnya diiklankan dijual pada harga RM3666. Namun akhirnya saya beli sekali dengan proses tukar nama guna MyEG pada harga RM3350 sahaja. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment