RUMAH MAMPU MILIK

  • 0
Rumah sebagai tempat tinggal adalah salah satu keperluan asas bagi setiap orang sama ada milik sendiri ataupun menyewa. Impian bagi setiap orang yang masih menyewa rumah orang lain adalah dapat memiliki rumah sendiri sebagai kediaman.

Namun cabaran besar yang dihadapi oleh generasi sekarang adalah tentang harga rumah. Harga rumah dari tahun ke tahun semakin meningkat, tanpa kita tahu bilakah harganya akan turun.

Formula Harga Rumah Mampu Milik

Sebenarnya kita masih boleh memiliki rumah jika mampu menguruskan kewangan dengan baik serta meletakkan sasaran untuk membeli rumah pada kadar harga mampu milik.

Kata orang London, "There are no cheap or expensive houses. It's all about affordability issues. Quality always comes with a price to pay."

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui kadar harga rumah mampu milik? Berikut ini adalah formulanya.

Kadar harga rumah mampu milik adalah 3 tahun gaji bersih.

Gaji bersih yang saya maksudkan adalah jumlah pendapatan selepas ditolak KWSP, zakat dan cukai.

Kalau gaji bersih RM2000 sebulan, maknanya harga rumah mampu milik adalah RM72 ribu sahaja.

Kalau gaji RM5000 pula, harga rumah mampu milik adalah RM180 ribu sahaja.

Jika mahu rumah yang lebih besar dan selesa, tentu perlu menggabungkan pendapatan sendiri dengan pendapatan pasangan memandangkan harga rumah yang besar tentu lebih mahal. Namun begitu, dalam strategi pelaburan hartanah, menggabungkan pendapatan suami isteri bagi pembelian rumah adalah satu pantang larang.


Terima kasih sudi baca sampai habis.


RFS

P/S: Sebenarnya setiap orang layak beli rumah pada harga sehingga 5-6 tahun gaji di mata bank. Tapi kalau anda beli rumah pada harga lebih daripada 3 tahun gaji, walaupun anda sanggup bayar bulan-bulan tapi itu sudah di luar kemampuan.

P/P/S:Nak tahu bagaimana cara rakan saya Tuan Wahi Abd Rashid beli rumah setiap 2 tahun sekali? Rujuk di sini ---> bit.ly/kitbelirumah

RISIKO BELI KERETA TERPAKAI

  • 10
Bercadang membeli kereta terpakai?

Mohon tangguhkan dulu niat anda. Baca ini dulu agar tidak tertipu.

>>> bit.ly/kitbelikereta
Oleh En. Hanizul

Saya ingin berkongsi pengalaman. Petang tadi saya selepas pulang dari pejabat saya pergi ke sebuah kedai kereta terpakai yang terletak di Bangi. Lokasi spesifik tidak perlu saya dedahkan.

Seorang kawan telah meminta pertolongan saya untuk pergi membuat tinjauan (survey) ke atas sebuah kereta Perodua Viva Elite. Kawan saya ini seorang perempuan dan baru mendapat pekerjaan. Jadi beliau memerlukan sebuah kereta untuk memudahkan ulang alik ke tempat kerja.

Kawan saya ini baru sahaja bergraduasi pada bulan lepas, sama seperti saya juga. Kawan saya ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam membeli kereta sebelum ini. Zero knowledge pasal kereta.

Setelah membuat tinjauan, saya terjumpa sebuah Viva Elite berwarna ungu seperti beliau inginkan.

Saya disambut oleh seorang jurujual dengan begitu baik sekali dengan ucapan salam dan selamat datang. Standard lah tu, nak pikat hati pelanggan. He he he...

Tanpa berlengah saya terus menyatakan tujuan saya untuk melihat dan merisik Viva Elite. Jurujual tadi kelihatan begitu semangat menunjukkan beberapa unit Viva Elite yang ada di kedai itu.
Saya pula terus meluru ke sebuah kereta Viva berwarna tadi sambil jurujual tadi mengikut dari belakang dan terus membuka pintu kereta Viva tersebut.

Hanizul : Berapa harga on the road (OTR) Viva ini, Boss?

Jurujual: Harga body RM 27,000 harga on the road RM 30,000.

* Terperanjat saya dengar harga OTR dengan pertambahan RM 3000.

Hanizul : Wow! Harga body RM27000, harga OTR jadi RM30000. Kenapa mahal sangat Boss sampai kene tambah RM3000?

Jurujual : Tidak mahal dah, Cik. Murah dah tu. RM 3000 itu adalah caj untuk urusan tukar nama di JPJ, urusan Puspakom, road tax, insurance. Lepas itu bla bla bla…

Hanizul : Oh, ok. So, kira-kira berapa bayaran bulanan Viva ini, Boss?

Jurujual : Cik nak buat full loan ataupun ingin membayar sedikit down payment?

Hanizul : Cuba kira untuk kedua duanya sekali. Katakan down payment 10%.

* Jurujual tadi terus mengira loan tadi menggunakan kalkulator pada phone dia.

Jurujual : Jika Cik nak buat full loan bayaran bulanan adalah sekitar RM410. Dan jika buat down payment 10% bayaran bulan menjadi RM370.

Hanizul : Boleh tahan jugak mahal dia ye kalau full loan. Berapa interest rate awak kira tu?

Jurujual : Interest rate terkini untuk kereta second adalah sekitar 5% ke 6%.

* Sekali lagi saya terperanjat mendengar interest 5% ke 6 %. Hi hi hi…

Hanizul : Tingginya interest awak kira tu.

Jurujual : Standard dah ni Cik untuk kereta second.

Hanizul : Hmmm… Ok, ok. Saya nak tengok-tengok kereta dulu. Kereta ini free accident ke, Boss?

Jurujual : Yes of course, Cik. For very sure free accident.

Hanizul : Saya hanya tersenyum saja.
_____

Berikut saya ringkaskan keadaan Viva Elite tadi.
* Enjin bergegar dan sedikit bising apabila dihidupkan.
* Apabila minyak ditekan bunyi enjin menjadi makin bising.
* Kelihatan bumper depan dan belakang sedikit jatuh dan ada ruang diantara lampu depan dan belakang.
* Bahagian bawah karpet tempat tayar spare disimpan kelihatan berkedut dan kemek seperti telah dilanggar belakang dan diketuk dengan begitu kemas.
* Bahagian mounting enjin kelihatan lari dari kedudukan asal yang bergegar dengan ketara sekali.
_____

>>> bit.ly/kitbelikereta
_____

* Dalam hati saya berkata teruknya keadaan kereta ini. Mesti pernah kemalangan agak serius.

* Jurujual tadi hanya terdiam dan tergamam melihat saya mengelilingi kereta Viva tersebut. Saya buat macam kereta saya sendiri. Semua saya periksa dan korek. Hi hi hi...

Hanizul : Macam ni la, Boss. Keadaan kereta ini dah teruk sangat sebenarnya. Kereta ini dah lepas accident.

* Jurujual tadi ingin mencelah.

Hanizul : Awak diam dulu bagi saya habis bercakap. Kereta ini dah teruk rosaknya (seperti yang saya nyatakan di atas). Berkaitan dengan loan pula tingginya awak sembelih, sampai 6 % awak kira. Interest kereta second adalah sekitar 4% ke 4.5% sahaja, saya baru je semak dengan bank.

Hanizul : Berkaitan dengan urusan tukar nama, Puspakom, road tax insurance sampai RM3k awak paw. Banyak tu. Insurance Viva Elite baru pun tak sampai RM1200. Awak cas sampai RM1500. Apa ni? Macam mana awak meniaga ni?

Hanizul : Banyak sangat kelentongnya. Teruk lah melayu hentam Melayu macam ni. Viva Elite baru pun sekitar RM450 sebulan. Awak kira tadi RM410. Lebih baik dan berbaloi beli baru je.

Hanizul : Tujuan orang beli kereta second sebab nak murah sikit. Tapi teruk kena cekik macam ni.

* Terus tunduk terdiam jurujual tadi selepas kena ceramah dengan saya.

Jurujual : So, jadi tak ni, Cik?

Hanizul : Kalau awaklah kan, awak nak beli tak kereta ni?

Jurujual : Kalau saya mungkin cari kereta lain dulu kot.

Hanizul : So, itu lah jawapan saya. Awak dah jawab pun. Ok lah. Saya minta diri dulu.

Begitulah ceritanya petang tadi di salah sebuah kedai kereta terpakai di Bangi.

P/S: Dapatkan ebook Panduan Beli Kereta Pertama ---> bit.ly/kitbelikereta. Di dalam ebook ini banyak perkongsian tips dan panduan serta pelbagai bentuk penipuan jurujual kereta yang tidak jujur.

KUDA BESI BARU TAPI TERPAKAI

  • 0
Honda Future ini dijual pada harga RM3800 siap tukar nama.

Dalam surat beranak tertulis dilahirkan pada bulan November 2012.

Perbatuan lebih 9 ribu KM.

Murah, berpatutan atau mahal?


RFS

P/S: Sedang merisik kuda baru.
Demikian status FB saya pada tarikh 21hb Disember 2014. Tujuan status itu dibuat adalah untuk proses Due Dilligence.

Apa itu Due Dilligence? Baca di sini.

Saya mendapat maklumat tentang motor ini daripada laman sesawang Mudah. Lokasi motor ini ada di Sungai Buaya, Sabak Bernam Kuala Selangor.

Kebetulan saya ada seorang kawan bertugas sebagai seeorang guru di Sungai Buaya. Saya terus menghubungi kawan saya dan meminta kesedian beliau untuk melihat keadaan motor yang hendak saya beli itu.

Setelah kawan saya bersetuju, saya menghubungi penjual dan memaklumkan bahawa saya berminat hendak membeli motor yang beliau jual. Tapi memandangkan saya tinggal di Nilai, kawan saya akan menghubungi beliau bagi melihat keaadaan motor itu sebelum meneruskan proses pembelian.

Selepas mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada kawan saya, barulah saya menentukan tarikh dan masaa dengan penjual bila saya akan ke Sungai Buaya bagi urusan pembelian motor dan tukar nama pemilik.

Pada tarikh yang disepakati bersama, saya bersama suri bertolak ke Kuala Selangor dengan kereta Viva suri saya. Sebelum balik dari sana, kawan saya belanja makan mi udang yang sememangnya terkenal di kawasan Kuala Selangor. Saya pulang ke Nilai dengan menunggang kuda besi baru tapi terpakai. Suri saya pula memandu kereta Viva.

Terima kasih sudi baca perkongsian ini sampai habis. ^_^


RFS

P/S: Motor ini pada asalnya diiklankan dijual pada harga RM3666. Namun akhirnya saya beli sekali dengan proses tukar nama guna MyEG pada harga RM3350 sahaja. Alhamdulillah.

HUTANG OH HUTANG

  • 0
Ada orang yang terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup. Ada juga orang yang mengalami kesempitan hidup kerana berhutang.

Persamaan keduanya, mereka sama-sama berhutang dan sama-sama mengalami kesempitan hidup.

Manakala perbezaan keduanya, seorang berhutang kerana keperluan sedangkan seorang lagi berhutang kerana kehendak.

Dalam suatu hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." [Direkodkan oleh Imam al-Baihaqi]

Tapi ada juga orang yang tidak sedikitpun berasa risau dan tidak pula berasa hina dengan hutang yang tidak pernah dibayar sedikitpun sejak berhutang dulu sehinggalah ke hari ini. Malah ada orang yang tanpa segan silu, hutang lama belum bayar tapi sudah tukar kereta baru. Hu hu hu...

Saya percaya anda pernah kenal sekurang-kurangnya satu orang jenis macam ini.

Memang padanlah ayat yang paling panjang dalam al-Quran adalah tentang hutang.


Bayar Hutang

Allah akan membantu orang yang bersungguh mahu melangsaikan hutangnya.

Nabi SAW pernah berkata, "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin merugikannya, Allah juga akan merugikannya." 

[Direkokan Imam Al-Bukhari]

Izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi. Kira-kira 6 tahun lepas ketika saya sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Jambi, saya dan beberapa orang kawan membuka bisnes kedai makan. Antara sumber kewangan bagi memulakan bisnes itu adalah wang pinjaman daripada abang saya, Ustaz Nizamul Fakri. Jumlahnya mencecah 10 juta. Bukan RM, tapi Rp. :D

Bisnes tersebut berjalan kira-kira setahun dan kemudian bungkus. Dan saya masih lagi menanggung hutang. Alhamdulillah. ^_^

Selang beberapa tahun, abang saya tidak ingat bahawa saya pernah berhutang dengan beliau. Maklum sahaja ketika itu beliau orang kaya, kerja di luar negara, tinggal di Doha. Namun begitu saya tidak pernah lupa. Saya berjanji kepada diri sendiri akan tetap membayarnya suatu masa nanti.

Alhamdulillah, hutang itu berjaya saya bayar juga akhirnya. Abang saya sendiri baru ingat bahawa saya masih berhutang ketika saya maklumkan hendak mengembalikan wangnya.


Jangan Beri Hutang

Kata kakak saya Cikpuan Hikmah Safir, "Bila orang hendak berhutang dengan kita, orang itu akan cium tangan kita. Tapi bila sampai masa kita hendak minta balik duit kita, kita perlu cium kaki orang itu."

Saya tambahkan, "Itupun (selepas cium kaki orang itu) belum tentu lagi dia akan bayar hutang dia." -_-

Sekiranya ada yang mahu berhutang daripada kita,
1. Jika kita mampu, bagi sebanyak mana yang diperlukan dan halalkan.
2. Bagi hanya seberapa banyak yang kita mampu dan halalkan. (Paling banyak saya boleh bagi RM100)
3. Tidak usah bagi langsung tapi tolak dengan cara yang baik.

Sekian perkongsian kali ini semoga bermanfaat dan boleh menjadi panduan dalam urusan hutang.


RFS

P/S: Kalau kita ada banyak simpanan, kita tidak perlu berhutang. Panduaan kewangan ini ---> mudahsimpanduit.blogspot.com boleh membantu anda membuat simpanan secara konsisten.

PERANGKAP TIKUS

  • 0
Anda pernah jumpa orang yang suka tayang kereta besar, superbike, duit bersusun-susun dan pelbagai lambang kekayaan dan kemewahan yang lain di media sosial?

Biasanya mereka buat itu bagi dua tujuan. Yang pertama, hendak menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang berjaya. Dan yang kedua, mereka mahu mengajak orang agar ikut apa yang mereka buat supaya boleh berjaya seperti mereka. Kononnya.

Apa yang orang tidak tahu adalah, kereta dan motor itu entah siapa punya. Kalaupun mereka punya, beli secara tunai ataupun berhutang entah berapa lama. Duit itu pula dari mana datangnya? Apa yang biasa saya jumpa adalah duit pinjaman peribadi yang begitu mudah diperolehi daripada kaunter buat hutang di mana-mana pasaraya.

Menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan seperti itu di media sosial biasanya diamalkan oleh mereka yang menjalankan bisnes MLM dan/atau Skim Cepat Kaya. Bukan semua, tapi kebanyakannya begitu.

Sebenarnya ramai yang tidak selesa dengan cara seperti itu. Namun sesiapa yang terdesak dan perlu duit segera dalam jumlah banyak biasanya akan terpukau dengan cara itu dan akhirnya masuk perangkap.

Itu baru dari segi gaya dan cara, belum lagi masuk dan tengok apa projek yang hendak ditawarkan kepada orang ramai agar menyertainya. Tentang perkara ini kita bincang lain kali pula.


RFS
Penunggang tegar kapcai

P/S: Gaji banyak tapi tak tahu ke mana? Susah simpan sekurang-kurangnya 10% gaji? Nak tahu cara mudah dan seronok simpan duit? Rujuk di sini --->  mudahsimpanduit.blogspot.com