AZAM TAHUN 2011

  • 4
SURAT KEPUTUSAN
TENTANG

Dengan rahmat Allah Yang Maha Kuasa, saya Raisul Fadhla Bin Safiruddin telah:

Menimbang:
  1. Bahawa saya telah diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk oleh sebaik-baik Pencipta, Allah SWT, untuk menjadi hamba sekaligus khalifah-Nya di muka bumi.
  2. Bahawa saya telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik potensi untuk mengabdi kepada-Nya dengan sebaik-baik pengabdian.
  3. Bahawa dengan perkenan dan izin Allah, saya mampu melaksanakan azam yang saya susun.

Mengingat:
  1. Surah al-Ra'd:11, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesebuah kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri."
  2. Surah Ali 'Imran: 159, "Maka apabila engkau telah membulatkan tekad, maka ber-tawakkal-lah kepada Allah."
  3. Hadis qudsi dari Nabi SAW, "Aku sesuai persangkaan hamba-Ku."
  4. Hadis Nabi SAW, "Bahwa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin diraih atau karena seorang perempuan yang dia ingin dinikahi, maka hijrahnya menuju ke arah yang ditujunya itu."
  5. Selama tiada yang tidak mungkin bagi Allah (dan memang tiada yang tidak mungkin bagi Allah), maka tiada pula yang tidak mungkin bagi kita.*

Memutuskan:
  1. Pengesahan Azam Tahun 2011 sebagaimana terlampir.
  2. Surat keputusan ini berlaku sejak tanggal ditetapkannya dan akan ditinjau kembali apabila terdapat kekeliruan.
Kuantan, 28 Disember 2010


Raisul Fadhla Bin Safiruddin


________________________________________________________________________



Lampiran: Surat keputusan Raisul Fadhla Bin Safiruddin tentang Azam Tahun 2011

AZAM TAHUN 2011
SPIRITUAL
  • Menjaga solat dhuha setiap hari
  • Menjaga solat malam sekurang-kurangnya seminggu 2 kali
  • Berpuasa sekurang-kurangnya 3 kali setiap bulan
  • Khatam Al-Qur'an sekurang-kurangnya sekali setiap bulan
  • Infaq 10% dari pendapatan setiap bulan
  • Menyimpan RM 900 setiap bulan untuk persediaan deposit pembelian rumah pertama
  • Menyimpan sekurang-kurangnya 1 oz perak setiap bulan
  • Membeli rumah pertama dengan harga sekurang-kurangnya 15% di bawah market value
INTELEKTUAL
  • Menulis blog sekurang-kurangnya 4 entry setiap bulan
  • Membaca sekurang-kurangnya 3 buku setiap bulan
FIZIKAL
  • Jogging sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu
  • Berat sekarang 66 kg, berat ideal 60 kg pada bulan Mac 2011
P/s:
  • Anda sangat disarankan untuk menuliskan azam Anda sendiri. Anda boleh menyalin azam di atas kemudian menyesuaikannya dengan diri Anda.
  • Saya memilih awal tahun sebagai momentum untuk menjadi lebih baik. Tapi sebenarnya kita boleh membuat momentum sendiri tanpa mesti menunggu awal tahun. Contoh momentum yang lainnya: hari jadi, lulus belajar, tarikh pernikahan, kelahiran anak dan lain sebagainya.
  • Tulis azam Anda dengan cantik kemudian tampal pada tempat yang strategik seperti di belakang pintu bilik, wallpaper komputer atau laptop, meja belajar, di tepi cermin, dinding di tepi katil dan sebagainya. Atau tampal pada semua tempat-tempat strategik tersebut supaya sentiasa terbaca dan masuk ke dalam fikiran separa sedar sehingga Anda menjadi lebih termotivasi untuk menjalankannya.
  • Saya turut menyertakan entry ini pada Contest: Azam Tahun 2011 yang dianjurkan oleh Mat Joe, salah satu blog favorit saya. :)
  • Contest tersebut dianjurkan oleh Mat Joe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (RM 50), Kak Ina KL (Cookies RM 50), Abang Ensem (6 e-book, RM 120), Kak Yon (3 x RM 10 top up, RM 30) dan Tini Hani (4 ribbon brooch, RM 20)

4 comments:

  1. sedap momentom utk tahun 2011.. saya pon nak join gak contest ni.. mcm best je.. hihi

    ReplyDelete
  2. salam rais, terima kasih joint my contest. kenepa z ada 2?

    apapun harap azam dari pelbagai sudut tu tercapai

    ReplyDelete
  3. @Matjoe
    W'salam. Kononnya nak ambik asal perkataan dari bahasa Arab. :) Tapi saya dah edit balik ikut BM jadi azam.

    Terima kasih atas soalan (teguran). :)

    ReplyDelete
  4. @ShakirShafiee™
    Ket, join contest ataupun tak, azam tetap kena set juga. :)

    ReplyDelete