BUKU MILAN DOSHI

  • 4
Beberapa bulan yang lalu ketika sedang membaca blog Abang Ensem, saya terjumpa satu entry tentang buku Milan Doshi yang dibaca oleh Abang Ensem. Kemudian di dalam ruang komen, Kambing Selam mengatakan bahawa dia telahpun memiliki buku tersebut secara percuma. Dia hanya perlu membayar RM 68 untuk mendapat 2 helai tiket seminar serta sebuah buku Milan Doshi seharga RM 69.90 secara percuma. Wow! Unbelievable! Ok! Untuk sementara kisah tersebut berhenti di situ.

Ketika cuti Tahun Baru Cina, 3/2/2011, saya tergerak untuk membeli buku di MPH Book Store, Jusco Seremban 2. Salah satu buku yang ingin saya beli adalah buku Milan Doshi. Dan saya ingin membeli buku versi bahasa Melayu supaya memudahkan saya dalam memahami kandungan buku tersebut. Di sana saya menemukan kedua tajuk buku yang ditulis oleh Milan Doshi. Dan salah satunya dalam keadaan yang sudah agak cacat. Mungkin sebab ramai orang telah membaca tapi tidak mahu membelinya.
Memandangkan bajet kewangan saya yang agak terhad, selain membeli 2 buah buku Renesial Leong, saya hanya membeli sebuah buku Milan Doshi iaitu "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang". Walaupun buku tersebut agak cacat, saya terpaksa membelinya kerana hanya itulah satu-satunya stock yang ada. Hmmm... Nampaknya ketika itu saya mesti mengamalkan istilah "don't judge the book by its cover". :)

Dalam masa yang sama saya masih teringat tentang kisah Kambing Selam di atas dan berharap dapat memiliki sebuah lagi buku Milan Doshi dengan cara yang sama, membayar RM 68 untuk 2 tiket seminar + sebuah buku. :)

Harapan saya tersebut menjadi kenyataan ketika saya melayari website Milan Doshi sebagaimana yang ditulis di dalam bukunya, www.milandoshi.com. Alhamdulillah! :) Saya akan menceritakan tentang seminar tersebut pada entry selanjutnya, insya Allah.

4 comments:

  1. Cayalah Ustaz. Saya pun tak pernah pergi seminarnya lagi..

    ReplyDelete
  2. @abang ensem

    He he he... Kalau untuk beginner macam saya memang banyak dapat ilmu. Tapi kalau untuk expert macam abang Ensem mungkin sekadar ulangan kot. :)

    Cuma seminarnya dalam bahasa Inggris. Tu saya lemah sikit. Hu hu hu...

    Tapi memandangkan ini sebuah "tawaran yang tak dapat ditolak", saya dan isteri pun join la jugak. :)

    Bila la Abang Ensem nak buat seminar macam Milan Doshi? Beli 2 tiket dengan harga murah dapat free e-book lagi. He he he...

    ReplyDelete
  3. sharing is caring ustaz..congrats ;)

    ReplyDelete
  4. @kambingselam

    Tuan ade join program Milan Doshi yang 3 hari 2 malam tu? Saya belum cukup duit dan English tak berapa power, kalau join takut tak berbaloi. Hu hu hu...

    ReplyDelete