PROGRAM 2 IN 1

  • 0
Pada hari Sabtu minggu lepas (14/5) saya dan isteri pergi ke Shah Alam untuk menghadiri program Sembang Sub Sale Property yang dianjurkan oleh Abang Ensem @ En. Meor Zaidi dan ceramah yang akan disampaikan oleh Fadhilah al-Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhaily seorang ulama besar dari Syiria. Maka perjalanan kami ke Shah Alam pada hari itu bagi menghadiri 2 program, 2 in 1. :)

Sembang Sub Sale

Abang Ensem pasti dah lama ternanti-nanti review dari saya tentang seminar perdananya itu. Ha ha ha... Secara jujurnya saya katakan, jika Anda ingin mempelajari pelaburan hartanah, Anda boleh mendapatkannya dari buku-buku pelaburan hartanah yang ditulis oleh Milan Doshi, Azizi Ali, Renesial Leong bahkan e-book yang ditulis sendiri oleh Abang Ensem. Namun malangnya bukan semua hal boleh ditulis di dalam buku. Ada perkara-perkara tertentu yang tidak boleh dimasukkan di dalam buku atas beberapa alasan. Lagipun apa yang dibaca dan apa yang didengar memiliki kesan yang berbeza ke atas diri seseorang. Untuk itu, selain membaca buku, kita juga perlu mengahadiri seminar.

Alhamdulillah! Seminar Abang Ensem adalah salah satu seminar yang agak murah, hanya RM 88 sahaja. Kalau seminar hartanah yang lain, harganya mungkin ratusan atau bahkan ribuan ringgit. Kalau mahu bukti, sila klik di [sini]

Di antara kelebihan seminar ini:
  • Seminar ini lebih fokus kepada sub sale property, cara paling selamat untuk memiliki hartanah. Everyone need secure, right?
  • Tips-tips yang boleh menjimatkan wang kita seperti tips tisu tandas dan bawa anak kecil. :)
  • Penyertaan yang terhad kepada 25 orang sahaja.
  • Yuran penyertaan yang sangat berpatutan.
  • Makan sedap!
  • Dapat bergambar dengan Abang Ensem. :D
Namun sepertinya Abang Ensem terlupa menyampaikan sesi 5 - Beli 1 dapat 2, 3, 4 rumah percuma. Hu hu hu...

Bagi mendapatkan manfaat lebi dari seminar ini, saya telah pun memikirkan untuk bertanya beberapa soalan. Namun malangnya ada beberapa soalan yang terlupa untuk ditanyakan. Ini disebabkan saya tidak membuat persediaan soalan dalam bentuk tulisan. Hu hu hu lagi...

Ceramah Dr. Wahbah al-Zuhaily

Selepas seminar Abang Ensem, saya dan isteri menuju ke Masjid Negeri Selangor bagi menghadiri ceramah Dr. Wahbah al-Zuhaily yang akan dimulakan pada pukul 2:30 petang. Ceramah yang dianjurkan secara bersama oleh Masjid Negeri, PUM dan ABIM itu bertemakan "Sumpah" dan lebih menjurus ke arah sumpah yang ditujukan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebelum program bermula, saya sempat berjumpa dan berpelukan dengan Ustaz Mohd Zamri Mohd Shapik, YDP Persatuan Ulama Malaysia Negeri Selangor. Alhamdulillah! Kali terakhir berjumpa dengan beliau pada hari raya puasa tahun lepas.
Alhamdulillah! Ceramah termasuk sesi soal jawab berlangsung sehingga pukul 4:20. Selepas ceramah, saya dan iseteri terus pulang ke Seremban, solat asar dah jama' dengan zohor. Seronok jugak sekali-sekala dapat dating eh rihlah 'ilmiyyah macam ni dengan isteri. Sila klik di [sini] bagi membaca entry isteri saya tentang program ceramah ini.

'Ala kulli hal, alhamdulillah katsira!


Catatan:

Saya mohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana begitu lama tidak mengemas kini blog ini. Saya juga mohon maaf kerana pada bulan lepas hanya berjaya menulis 3 entry sahaja. :_(

Minggu depan saya insya Allah akan menulis beberapa entry baru bagi memenuhi target menulis sekurang-kurangnya 4 entry dalam sebulan. Saya mohon doa daripada sekalian pembaca semoga saya terus diberi kekuatan untuk meneruskan perkongsian. Semoga perkongsian yang sedikit ini dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Amin!

No comments:

Post a Comment