PESAN TAZKIRAH

  • 0
Sms tazkirah

Short message service atau lebih dikenali dengan sms adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui handphone untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Sebuah pesan sms maksima hanya terdiri dari 140 karakter. Penggunaan sms menjadi begitu meluas kerana mudah dan murah.

Pada hari-hari tertentu seperti hari jadi, hari guru baru-baru ini, hari raya dan lain-lain sms digunakan sebagai pengganti kad ucapan. Pada hari-hari tersebut penggunaan sms akan lebih banyak daripada kebiasaannya.

Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengirim atau menerima sms. Alangkah baiknya kalau sms tersebut boleh menyumbang ke arah kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain, bukan sebaliknya. Untuk itu, saya mengajak diri saya sendir dan para pembaca sekalian supaya kita boleh gunakan kemudahan sms untuk kebaikan.

Cara paling mudah untuk melakukan perkara di atas adalah dengan mengirim sms tazkirah sekurang-kurangnya 1 sms setiap hari kepada seseorang di dalam senarai contact di dalam h/p kita. Isi sms tersebut boleh diambil dari ayat Quran atau hadis Nabi SAW atau kalam hikmah orang-orang soleh. Jika Anda mendapat kemudahan free sms kepada seorang atau lebih, sangat malang dan rugi jika kemudahan tersebut dibiarkan saja dan tidak digunakan bagi tujuan ini. Mubazir!

Sms atau status facebook?

Status facebook juga boleh digunakan untuk menyumbang ke arah kebaikan (begitu pula sebaliknya). Hanya saja kesan terhadap orang yang membaca status fb dan orang yang menerima sms adalah berbeza. Pada saya, sms lebih bersifat personal berbanding status fb. Oleh sebab itu selain tetap menulis status yang baik di fb,

Pesan berantai

Anda mungkin pernah mendapat pesan sama ada melalui sms, fb, ym, e-mail dan sebagainya yang berbentuk pesan berantai. Di akhir pesan tersebut kita diminta untuk menyebarkannya kepada orang lain, biasanya ditentukan 5, 10, 20 atau bahkan 50 orang, jika tidak akan berlaku sesuatu yang buruk ke atas kita atau keluarga kita.

Saya tidak berniat menulis lagi tentang pesan berantai kerana saya kira tulisan blog Kereta Mayat berkenaan hal itu sudahpun cukup. Dan saya peribadi bersetuju dengan apa yang ditulis. Sila klik di [sini] untuk membacanya.


Adab dalam menerima dan menyampaikan pesan

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah (tabayun) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah ke atas suatu kaum disebabkan kebodohan, maka akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat: 6)

Pastikan pesan yang diterima atau hendak disampaikan kepada orang lain adalah berita yang benar, sahih, authentic. Sekadar merasa bahawa pesan yang kita terima itu (nampak) baik tidak bermakna kita boleh percaya begitu sahaja dan terus menyampaikannya. Lakukan sedikit tabayun bagi memastikan kesahihan pesan tersebut. Apatah lagi jika pesan itu dikaitkan dengan Allah, Nabi SAW dan agama Islam. Kerana agama kita dibina atas dalil yang sahih sahaja, bukan dengan sangkaan-sangkaan (yang boleh jadi benar atau salah). Wallahu ta'ala a'lam.

Jemput baca entry [ini] supaya lebih jelas dengan point ini. :) Terima kasih!

No comments:

Post a Comment