CORETAN HARTANAH

  • 1

Semalam ketika sedang mengemas fail rumah pertama, saya menjumpai coretan tentang kajian dan perbandingan yang saya buat terhadap beberapa rumah di Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. 

Daripada beberapa rumah yang dikaji, akhirnya pilihan jatuh kepada rumah yang diduduki sekarang ini. 

P/S: Coretan dalam gambar ini dibuat pada penghujung tahun 2011. Ketika itu purata bagi harga rumah teres 2 tingkat unit tengah dalam RM170k. Manakala kadar sewa dalam lingkungan RM600-700/bulan.

Harga sekarang bagi jenis yang sama kebanyakannya RM200k. Manakala kadar sewa RM1k. Wallahu ta'ala a'lam. 

Keterangan gambar

Ketika itu saya dan suri telah sepakat dan membuat keputusan hndak membeli rumah di Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. Pelbagai pertimbangan difikirkan sehingga Desa Anggerik menjadi pilihan, antaranya bersebelahan dengan USIM. Suri aya berkhidmat di USIM.
> Sekiranya hendak membeli rumah, tentukan dahulu kawasan mana yang hendak dibeli dan fokuskan pada hartanah di kawasan tersebut.

No. 7451, 7501, 5433 .... sehingga 5686 itu adalah no rumah yang dijual. Saya menghubungi no h/p ejen/pemilik rumah dan melawat kesemua rumah itu. Ada rumah yang dapat dimasuki dan ada juga yang sekadar dapat dilihat daripada luar.
> Proses ini sememangnya menuntut komitmen yang agak besar namun ianya berbaloi apabila kita dapat membandingkan dan akhirnya menjumpai yang mana satu rumah pilihan hati.

Akhirnya ana dan suri membuat keputusan membeli rumah yang dijual pada harga RM260k. Harga asal rumah itu ketika mula dilancarkan sebelum tahun 2000 adalah RM196k. Saya mendapat maklumat daripada seseorang yang pernah bekerja di syarikat pemaju taman tersebut. Purata kenaikan harga hanya 33% sahaja selepas kira-kira 10 tahun.
> Pembeli perlu mendapatkan maklumat daripada juru nilai, pegawai bank ataupun pegawai syarikat pemaju berkenaan anggaran nilai semasa rumah yang hendak dibeli bagi membuat kajian dan perbandingan harga jualan dan harga semasa supaya wang yang dikeluarkan bagi membeli rumah itu berbaloi.

Wallahu ta'ala a'lam.

1 comment:

  1. Assalam tuan blog. Bagus coretan belian rumah ni. Jemput juga baca pengalaman sy beli rumah anggerik ni tahun lepas..
    http://pludcorner.blogspot.com/2013/12/hsh-proses-belian-rumah-secondhand.html

    ReplyDelete