FINANCIAL CONFIDENCE

  • 0

Kali ini saya nak share tentang Financial Confidence. 

Ha?! Apa benda tu?

"Financial Confidence is the ability to make everything back if you were to suddenly lose it. True financial confidence means that you are not bound by any job, country, or material possessions. Your skills and abilities create financial confidence, because no one can take them away from you." Dan Lok

Secara mudahnya, walau apapun yang berlaku, anda ada kebolehan untuk menghasilkan wang dengan kemahiran yang anda ada sekarang. 

Kalau tak ada skill ini, apabila sumber pendapatan utama hilang atau terjejas, orang akan hilang punca dan tak tahu nak buat apa. Itulah yang banyak berlaku apabila pandemik melanda negara dan dunia sejak tahun lepas.

Orang-orang hebat, mereka ada financial confidence ini. Bila diberhentikan kerja, dia terus kerja sendiri (freelance) ikut kepakaran yang dia miliki. Ada yang bisnes tiba-tiba jatuh sebab PKP, dia terus tukar bisnes lain. Dan rupanya pendapatan yang dihasilkan sama, malah kadang-kadang lebih baik daripada kerja atau bisnes mereka sebelumnya. 

Adakah anda dah capai financial confidence?

Cuba jawab soalan ini dulu.

Sekiranya anda kehilangan segalanya hari ini; wang, harta, kerja atau bisnes, adakah anda boleh bangkit semula? Nak sara diri, keluarga dan bayar komitmen sedia ada lagi?

Ya, nak dapat balik semua itu memang ada prosesnya dan makan masa. Tapi ada tak keyakinan anda boleh survive dan akhirnya akan kembali macam asal atau bahkan mungkin lebih lagi? 

Jika jawapan anda ya, maka syabas dan tahniah!

Jika jawapan anda tidak, maka sesuatu perlu dilakukan sebelum malapetaka yang lebih buruk berlaku.

Fuhhh... Bunyi macam seram, kan? 

Tapi itulah realiti yang boleh berlaku dan malah dahpun berlaku. Ada waktu ketika bisnes yang anda bina merudum, runtuh, kena tipu. Gaji atau elaun kena potong, kena berhenti kerja. Atau pelaburan yang anda join rugi besar, duit kena bawa lari, market crash, property rosak, penyewa lari. Dan macam-macam masalah lagi. 

Semua itu di luar kawalan kita, sebab kita tak tahu pun bila benda itu nak jadi. Lepas ini muncul pula krisis apa lagi, kita pun tak tahu. 

Kita tak boleh nak salahkan keadaan atau takdir. Itu semua adalah proses kehidupan, nak tak nak bila dah jadi terpaksa hadap juga. 

Sebab itu financial confidence ini sangat penting. Tak kan nak tunggu benda buruk jadi dulu baru terhegeh-hegeh nak cari solution, kan?

Jadi, macam mana nak capai financial confidence? 

Insya-Allah saya akan cuba terangkan dalam posting seterusnya. 

Cuma sebagai penutup, saya nak share tentang cerita Tuan Hafiz Mansor yang jatuh bankrap, tapi boleh survive dan bangkit untuk jadi kaya. Beliau adalah seorang yang ada financial confidence. RFS boleh ikuti kisah jatuh bangun beliau kat sini - yup.la/lpx

Sekian. Terima kasih sudi baca sampai habis. Stay safe and keep healthy. 


RFS

No comments:

Post a Comment