MENYERTAI TAKAFUL

  • 2
Perancangan dan pengurusan kewangan seseorang tidak lengkap tanpa aspek perlindungan. Oleh itu saya memutuskan untuk segera mengambil polisi takaful. Dengan menyertai takaful, bermakna seseorang telah memindahkan sebahagian risiko kepada syarikat takaful.

Namun sebelum membuat keputusan untuk memilih polisi takaful mana yang hendak diambil, saya cuba membuat sedikit kajian. Hal ini penting bagi menjimatkan wang dan dalam masa yang sama boleh memiliki polisi yang sesuai dan perlindungan yang mencukupi. Saya membaca panduan-panduan yang dituliskan di dalam buku-buku kewangan. Saya juga turut membaca beberapa blog ejen takaful yang dengan mudah boleh kita jumpai melalui search engine. Di antara blog yang saya kunjungi ialah:
Dan dengan izin Allah SWT, dalam masa proses mengkaji ini law of attraction berlaku ke atas saya. Alhamdulillah! Minggu lepas sahaja, Allah pertemukan saya dengan 3 orang kawan yang masing-masing merupakan ejen takaful dari 3 syarikat yang berbeza. :) Ini memudahkan urusan saya dalam mendapatkan maklumat dan penerangan.

Akhirnya pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, saya telah menandatangani polisi takaful life, critical illness, personal accident dan medical card dari Takaful Ikhlas.

2 comments:

  1. good sharing bro. kalau nak ikutkan semua benda nk kene cover. tp manakan nak bayar premiumnya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Saya hanya mencarum RM 5/hari (RM 5 x 365 hari = RM 1825/tahun) untuk mendapatkan keempat-empat polisi perlindungan di atas.

    Mat Joe ambik PruBSN kan? Biasanya ejen PruBSN memang dah set cover keempat-empat polisi perlindungan tu untuk klien mereka. :)

    ReplyDelete