SEMINAR PROPERTY PALING MURAH

  • 2
Entry kali ini ada kaitan dengan dua entry sebelumnya.

Ketika melayari www.milandoshi.com, saya menemukan ini:
Invest RM 68 to get 2 Complimentary Property intensive Tickets (worth RM 388/each) + 1 Property Book (worth RM 49.90) for FREE!
Unbelivable, right? Istilah "too good to be true is not true" agak mengganggu saya dalam membuat keputusan di sini. Mujur saya masih ingat dengan kisah Kambing Selam yang pernah saya ceritakan pada entry sebelumnya. Saya yakin seminar inilah yang diceritakan olehnya. Akhirnya dengan senang hati saya membuat keputusan untuk mendaftar dan menyertainya.

Namun saya melupakannya untuk beberapa ketika. Sehingga sehari sebelum program seminar tersebut saya mendapat sms (dalam bahasa Inggris) dari Calvin, seorang commitee program. Isi sms tersebut meminta saya untuk melakukan transfer RM 68 ke akaun HSBC atas nama Wealth Mastery Academy sebelum pukul 12 tengah malam.

Sebelum melakukan transfer, saya menghubungi Calvin bagi mendapatkan pengesahan dan kepastian serta bertanya beberapa soalan. Saya masih terkejut dengan tawaran 2 tiket + sebuah buku hanya dengan harga RM 68. Akhirnya saya mendapat penjelasan bahawa tawaran tersebut memang benar dan saya boleh memilih tajuk buku yang saya kehendaki. Memandangkan saya telahpun memiliki buku "Bagaimana Anda boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang", maka saya memilih buku "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Melalui Pelaburan Hartanah dan Pasaran Saham", buku yang tidak jadi saya beli pada Tahun baru Cina kerana bajet kewangan saya yang terhad. :)
Calvin juga memberi tahu bahawa seminar tersebut akan diadakan dalam bahasa Inggris. Dan setakat ini semua seminar Milan Doshi adalah dalam bahasa Inggris. Dari situ saya membuat kesimpulan. Panitia meletakkan sasaran peserta ini adalah golongan yang well educated. Kenapa saya berfikir begitu? Kerana orang yang menguasai bahasa Inggris biasanya dari kalangan orang yang berpendidikan tinggi. Dan biasanya golongan ini juga memiliki pendapatan yang lumayan dan peluang untuk membuat pelaburan lebih terbuka luas.

Walau bagaimanapun, saya masih tertanya-tanya kenapa mereka dapat menganjurkan seminar dengan biaya yang sangat murah. Pada akhir seminar tersebut saya mendapatkan jawapannya. Tentu ada juga ingin tahu apa jawapannya? Sila sertai sendiri seminar tersebut. Anda hanya perlu membayar RM 68 untuk mendapatkan 2 helai tiket seminar (senilai RM 776) dan sebuah buku Milan Doshi yang Anda kehendaki. Nothing to lose, right?


Catatan:

Menyertai seminar ini merupakan salah satu pelaburan yang terbaik bagi saya dan isteri.

Pada saya, lebih baik Anda menyertai seminar ini berbanding sekadar membeli buku Milan Doshi sahaja. Kalau hanya beli buku, tak dapat tiket seminar. Tapi kalau pergi seminar, buku dapat, tiket seminar pun dapat. Bukan 1 tiket tetapi 2.

Dalam seminar ini Milan Doshi sempat mempromosikan "3 Day Mind Blowing Financial Program - REAL ESTATE WEALTH MASTERY". Saya tertarik untuk menyertai program ini. Tapi untuk sementara waktu saya tangguhkan dulu kehendak tersebut. Untuk makluman, program ini juga dalam bahasa Inggris. :)

2 comments:

  1. saya belum pernah menghadiri kursus Milan doshi..setakat ini saya hanya melihat kursusnya di youtube..bagaimana dengan kursus RM68? Sangat berbaloi?

    ReplyDelete
  2. Isi seminar ini seperti isi buku "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Melalui Pelaburan Hartanah dan Pasaran Saham" versi bahasa Inggeris. Hanya saja ada yang tidak didedahkan di dalam buku tapi disampaikan di dalam seminar.

    Kalau Saudara belum membeli kedua-dua buku Milan Doshi, menyertai seminar ini adalah cara yang sangat berbaloi untuk mendapatkan salah satu bukunya. :)

    Atau kalau Saudara dah ada kedua-dua buku Milan Doshi dan ada sesiapa yang Anda kenal hendak membeli buku Milan Doshi, lebih baik Saudara cadangkan supaya menyertai seminar ini. Kerana RM 68 boleh dapat 2 tiket seminar. Tiket lagi satu mungkin boleh untuk Saudara. :)

    ReplyDelete